MENU| Home | Facebook

Saturday, 18 May 2013

Sekolah Madrasah Diganggu Pelbagai Makhluk


Saya Zul, kisah berlaku pada tahun 90an semasa bersekolah di Madrasah Al Irsyad Al Islamiyah. Sekarang tapak sekolah itu dijadikan bangunan pusat membeli-belah Ten Mile Junction, berdekatan kawasan Bukit Panjang. Kalau ada pendengar yang bersekolah di situ dahulu dan masih ingat kejadian yang berlaku di sana, mungkin mereka dapat mengesahkan pengalaman ini.

Sewaktu kejadian itu berlaku, kami meraihkan Hari Sukan di madrasah, jadi ramai murid mengambil bahagian di padang bola yang besar, termasuk Ustazah dan Ustaz menjadi pengadil. Kelas2 boleh dikatakan kosong. Dipendekkan cerita, barang2 atau beg2 kami diletak di dalam kelas. Bila hampir selesai permainan, kami semua kembali ke kelas untuk mengambil tuala yang kami bawa untuk mengelap peluh. Ada murid yang masih mengambil bahagian atau lepak2 di kantin. Waktu itu seingat saya selepas masuk waktu Zuhur, dan permainan bermula sekitar jam 9 pagi. Teman2 saya hendak pegi ke kelas mengambil tuala di dalam beg mereka. Pintu kelas semua ditutup.


Bila seorang teman saya membuka pintu kelas, dia ternampak ada murid sedang menyelongkar beg2 murid lain, dari belakang budak itu kelihatan memakai pakaian seragam sekolah dan bersongkok. Dia pun pekik, "Oi curi ke???" Budak itu pun pusing dan alangkah terperanjatnya apabila budak itu kelihatan bermata merah dan menunjukkan giginya yang bertaring. Makhluk itu terbang dan keluar dari tingkap. Kawan saya pengsan, yang lain lari memberitahu Ustaz2 atau pun Ustazah. Hari itu juga kecoh satu sekolah. Ada yang ternampak seorang makcik lari tanpa kepala memegang kepalanya sendiri dan berlumuran darah di belakang tandas. Ada yang tersampuk, ada yang nampak pocong di dalam tandas pada hari yang sama. Pada sesiapa yang tak tahu apa yang berlaku tetapi terdengar pekikan murid2 lain atau lari sana lari sini, mereka sangkakan bahawa pelajar2 lain sedang bermain main. Terus Hari Sukan dibatalkan dan kami disuruh pulang.

Sekolah kami ditutup seminggu selepas kejadian itu. Kerana ada Ustaz2 atau Imam2 besar hendak semah atau menghalau hantu2 yang mengganggu kami. Selepas kami mulakan kembali sekolah, semuanya ok untuk beberapa hari sampaikan terjadi satu kejadian aneh. Ketika salah sebuah kelas bersebelahan sedang diajar oleh seorang Ustazah, ada seorang murid tiba2 terpekik sekuat-kuat hati sambil berkata, "Panas... Panas..." Dia dirasuk oleh sesuatu makhluk. Dan hanya murid itu yang akan dirasuk setiap hari Khamis selepas solat Zuhur. Semua murid pada masa itu yang hendak pergi ke tandas mesti pergi bertiga. Benda ini dah lama terjadi di situ. Sebab sekolah kami setiap hari semasa berhimpun, akan baca ayat2 Suci Al Quran dan mungkin membuat benda2 itu tak tenteram. Macam2 lagi terjadi yang tak dapat diketengahkan.

Sekarang madrasah itu telah pun berpindah dan untuk pegetahuan semua, bila diselidik, dulu kawasan dan bangunan itu, merupakan penjara untuk banduan perang yang ditangkap askar2 Jepun semasa peperangan dan difahamkan ada orang tahanan atau orang awam yang ditangkap askar Jepun lalu kepalanya dipancung. Wallahu'alam. Sekian...

Read more: http://seram-giler.blogspot.com/2013/04/sekolah-madrasah-diganggu-pelbagai.html#ixzz2TfQobXl0

No comments:

Post a Comment