MENU| Home | Facebook

Saturday 31 August 2013

GANGGUAN PONTIANAK DI KAMPUNG BATU 4½


Tempat dan peralatan memuja.

Pontianak tenggek atas atap | KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama.

Aziz dan Zamri menunjukkan kawasan pemujaan.

 Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh.



Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.

“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.

Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga  dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya.
READ MORE- GANGGUAN PONTIANAK DI KAMPUNG BATU 4½

Tips cara melihat Aura

Ramai orang menyangka aura seseorang hanya dapat dilihat dengan kekuatan batin tingkat tinggi, atau dengan bantuan khodam (jin dan makhluk halus). Yang lebih moden, aura dapat dilihat dengan jelas menggunakan kamera khas. Tapi tahukah anda, aura sebenarnya dapat dilihat dengan mata kasar. Tips di bawah ini akan menerangkan cara-cara bagaimana untuk melihat aura seseorang. Namun sebelum kita melangkah lebih jauh, ada baiknya kita lihat sejenak mengenai apakah dan bagaimanakah sifat aura itu. Maksudnya agar kita tidak tersalah pemahaman tentang aura.

Ada beberapa hal penting yang berkaitan dengan aura :

Aura manusia selalu berubah-ubah sesuai dengan kematangan dan keperibadian seseorang.

Aura manusia berwarna-warni sesuai dengan keperibadian dan kehidupan seseorang. Masing-masing warna aura menunjukkan keperibadian yang berbeza.

Panjang pendeknya aura dapat dikesan dengan panca indera biasa seperti kulit ataupun dengan alatan pengesan aura.

Aura seseorang dapat mempengaruhi serta dipengaruhi oleh persekitaran. Ia dapat bertambah dan berkurang kerana faktor persekitaran.

Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan agar pancaran aura seseorang tetap bersinar, diantaranya ialah:

1. Makan makanan yang halal, baik dan tidak berlebihan.

2. Melakukan senaman dan olahraga yang cukup dan teratur.

3. Memenuhi keperluan tubuh seperti mendapatkan udara segar.

4. Istirehat yang cukup, mengurangkan tabiat rokok, alkohol dan ubat terlarang.

5. Menjauhi gerak hati, gerak fikir dan kegiatan-kegiatan yang negatif.

6. Menjauhi sikap hati yang kasar, mudah marah sebaliknya membanyakkan rasa kasih sayang.

Sekarang, mari kita melakukan latihan melihat aura. Sebelum melihat aura orang lain, ada beberapa urutan latihan yang harus dilakukan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan

Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin. Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat. Rapatkan masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm di depan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.

2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan

Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Tempelkanlah salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Amatilah bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.

3. Melihat Aura Diri Sendiri

Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang. Usahakanlah latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon. Tariklah nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali. Tataplah bayangan diri kita yang ada di cermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.

4. Melihat Aura Orang Lain

Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih. Usahakanlah penerangan di dalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter di depan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna aura.
READ MORE- Tips cara melihat Aura

Friday 30 August 2013

Niat beriqtiqaf di 40 masjid dan gangguan pontianak

Gambar hiasan sahaja
Kira-kira 7 tahun dahulu, dalam pengembaraan ku untuk mengenal diri, aku bermusafir dari satu masjid ke satu masjid dengan berjalan kaki seorang diri. Mana-mana masjid tempat aku bersolat maghrib akan menjadi hotel ku sebagai tempat menumpang tidur untuk malam itu. Objektif ku ketika itu untuk iqtiqaf di 40 buah masjid dalam jangkamasa dua minggu.
Berbagai-bagai pengalaman telah ku tempuh dengan pertolongan ALLAH semata-mata. Kepayahan banyak mengajar erti sebuah kehidupan. ‘Setiap kesusahan ada kesenangan.’ surah Al Insyirah. Aku kenal erti tawakal yang sebenarnya dalam pengembaraan itu. Aku mengerti perkataan sabar dengan rasa.
Kisah ini ku tulis untuk menjana pemikiran semua supaya bertambah bijak dan matang. Pada satu hari yang cerah, aku telah tiba disebuah masjid dalam keadaan yang penat, berpeluh dan berdebu setelah berjalan lebih kurang 7 kilometer dari masjid tempat aku bersolat asar. Kalau aku berlari lebih cepat sampai, tapi aku tidak mahu terlalu banyak berpeluh memandangkan baju hanya ada dua helai sahaja.
Setelah membersihkan diri, aku solat maghrib berjemaah dengan penduduk setempat. Selesai solat maghrib, aku berjumpa dengan Pak Imam untuk memperkenalkan diri dan meminta izin menumpang bermalam di masjid kampung itu.
‘Tak Boleh! Awak ingat masjid ni hotel percuma ke? Entah dari mana awak datang, nak mengotorkan masjid pulak. Awak ni orang tabligh ke?’ Masih ku ingat jerkahan Pak Imam tersebut. Marah sungguh dia pada ku.
‘Tapi..masjid ni kan rumah ALLAH. Saya hanya mahu menumpang iqtiqaf dan berehat di rumah ALLAH ini untuk malam ni saja. Esok, selepas subuh, saya keluarlah. Saya musafir yang sedang berjalan untuk mengenal diri.’
‘Pasal ini rumah ALLAH lah saya tak benarkan. Rumah ALLAH bukan hotel. Selepas Isyak awak keluar dari masjid ini.’ Tegasnya kepada ku.
Perasaan ku berbaur antara marah dan sedih.
‘Apalah dangkal sangat orang ini? Kalau tetamu datang ke rumah kita, sudah tentu kita akan raikan dan berikan tempat tidur yang selesa, inikan pula rumah ALLAH yang Maha berkuasa lagi Maha mengetahui. Lagipun, ini bukan rumah dia, ini rumah ALLAH!’ Hatiku berperang untuk melawan. Tapi ku tahan mulutku dari mengeluarkannya.
‘Baiklah pakcik, saya minta maaf.’
Dan aku pun keluar selepas solat isyak dengan iringan kata-kata manis dari Pak Imam itu, ‘Entah kutu berahak mana nak mencuri duit masjid. Pegikut ajaran sesat lah ni.’
Aku bersangka baik. Mungkin sudah pernah berlaku kecurian di masjid satu ketika dulu. Aku berjalan menuju ke depan di malam yang gelap. Terasa juga ada pontianak sedang mengintai di balik2 pokok getah itu. Tapi kalu berani dia menjerkah ku, akan ku jerkah dia balik lalu ku seligi kepalanya dan ku pakukan tengkuknya biar jadi bini aku (Mesti macam Maya Karin agaknya) kerana hatiku sedang membara ketika itu. Perasaan ku begitu sedih dan pilu sekali.
“Ya ALLAH..aku sedang belajar untuk mencintai Mu maka perkuatkanlah aku.’
Sekonyong2nya, berhentilah sebuah motosikal honda kapcai buruk yang berlampu malap. Rupa2nya, Tok Siak masjid tadi yang menunggangnya. Dia memberi salam kepada ku dan mengajak ku ke rumahnya. Aku menolak dengan cara yang baik tapi dia bersungguh mempelawa ku ke rumahnya.
Aku menolak dengan mengatakan bahawa niat ku bermusafir ini untuk beriqtiqaf di sebanyak masjid yang sempat aku kunjungi. Lalu dia mempelawa aku untuk makan malam dirumahnya dan kemudian dia akan hantarkan aku ke sebuah masjid yang lain malam itu juga.
Aku bersetuju dan membonceng motosikal buruknya itu. Setelah makan malam bersama keluarganya, iaitu isterinya, anak teruna dan dua orang anak lelakinya yang masih bersekolah rendah, dia mengajak ku berbual2 seketika.
Dia mengatakan yang dia sudah terdengar perbualan ku dengan Pak Imam tadi dan meminta maaf atas sikap Pak Imam itu. Katanya, Pak Imam itu bekas askar lalu aku menyatakan padanya bahawa aku pun askar gaks. Baru sahaja gagal kursus komando.
‘Patutlah..muka macam budak baru keluar pusat pemulihan dadah. Rupa tak semenggah. Pak Imam dah tersalah sangka dengan awak. Maafkanlah dia. dia tak tahu.’ Kata Tok siak.
‘Tapi tujuan awak bermusafir ini sangat bagus. Pakcik setuju dan suka sangat dengan cara awak ini.’ Dia diam seketika lalu menyambung.
‘Awak tak nampak ke ada pontianak sedang mengintai awak kat pokok getah tadi?’ Tanyanya serius.
‘Saya dapat rasa benda tu..cuma saya tengah sedih sangat la tadi pakcik.’
Tok siak bertanya, ‘ Apa yg nak disedihkan? Takkan seorang komando pun sedih?’
Aku tersengih mendengar pertanyaannya itu.
˜Saya telah gagal untuk jadi seorang komando. Tak cukup fit dan cukup mental untuk habiskan kursus. Itu perkara yang menyedihkan buat saya kerana ianya adalah cita-cita saya dan saya telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya. Ada orang yang dengki dan tidak mahu saya berjaya. Saya telah digagalkan dengan sengaja.’
˜Takpelah’ ada hikmahnya. Hikmah yang terbesar sekali, adalah keinginan untuk mengenal diri. Perasaan itu adalah imbalan yang terlalu besar atas kegagalan tadi. Sedikit sekali manusia yang dianugerahkan dengan perasaan itu.’
Aku terpegun mendengar pernyataan Tok Siak itu. Rupa-rupanya dia adalah dikalangan orang-orang yang mengetahui. Tak ku sangka, orang yang sebegini alim (berilmu dan memahami) hanya menjadi seorang siak masjid sedangkan orang sebegitu dangkal menjadi seorang Imam. Terbaliklah pulak.
˜Apakah kesudahan pencarian saya ini pakcik?. Adakah saya dapat mengenal diri saya nanti?’ tanyaku jujur.
˜Cerita sebegini elok sangat diterangkan di masjid. Apa kata kalau kita iqtiqaf di masjid kampong ini? Boleh kita sama-sama qiam (qiamulail).’
˜Tapi, Pak Imam dah tak bagi saya iqtiqaf kat situ pakcik, nanti dia marahkan pakcik pulak.
˜Hai..sayakan siak masjid..saya penjaga masjid itu. Itu bukan rumah dia, itu rumah ALLAH. Awak sedang menjadi tetamu ALLAH di salah sebuah rumah Nya yang berjuta2 diserata dunia kerana awak adalah musafir yang sedang mencari Nya. Saya wajib memberi makan kepada awak dan melayan awak dengan penuh penghormatan.’ Bersungguh Tok Siak menerangkan kepada ku.
Aku merasa amat gembira sekali dengan pernyataannya itu seolah-olah ianya adalah berita yang paling menggembirakan dalam hidup ku. Tak ku sangka, rupa-rupanya, ada manusia yang memahami dan mempunyai pemikiran yang selari dengan pemikiran ku.
˜Atau..awak sebenarnya kecut nak lalu jalan yang ada pontianak tadi?’ duganya sambil tersenyum lebar.
Aku tergelak mendengar pertanyaannya itu. Aku tak terfikir pun pasal pontianak itu. Setiap kali aku teringat pasal pontianak, aku teringat Maya Karin. Tentu nikmat agaknya kalau dapat kahwin dengan pontianak yang secantik Maya Karin.
˜Takde lah pakcik. Saya tak hairan sangat dengan benda tu. Saya dok kusut memikirkan tentang diri saya dan ALLAH. Itu saja.’
˜Sedang elok dan memang cantik! Kalau begitu, mohlah kita ke masjid.’ Ajaknya dengan segera.
Maka aku pun mengangkat beg dan mengucapkan terima kasih kepada isteri Tok Siak yang telah menghidangkan nasi berlaukkan gulai lemak pucuk ubi, ikan keli goreng (aku makan dua ekor plak tu), sambal tempoyak dan ikan masin. Aku begitu berselera sekali sehingga makan dua pinggan nasi tanpa sedar. Takde malu-malu lah. Lagi pun, aku baru saja selesai menjalani latihan lasak. Jadi selera ku memang tinggi apatah lagi masakan dari dapur seorang isteri. Biar pun isteri orang.
Kami tiba dimasjid lebih kurang pukul 11 malam. Pontianak tadi hanya bertenggek sahaja di atas dahan pokok getah. Kami selamba saja lalu dan sempat juga aku mengenyit mata kepadanya. Entah dia nampak entah tidak. Tapi dia tak menunjukkan sebarang reaksi. Naik juga bulu roma tengkuk aku. Ingatkan berani sangat. Yelah.. perasaan seram itu tetap ada tapi hati aku tak terusik dengan kehadirannya itu.
Aku rasa tak sabar nak mendengar cerita dan penerangan selanjutnya dari Tok Siak. Oh..ya..namanya, Ibrahim. Nama yang menunjukkan kebijaksanaan. Nama seorang Nabi yang bijaksana dan gagah. Pak Ibrahim ini telah menjadi salah seorang dari guru-guru ku yang mengajar erti ISLAM kepada ku dalam pengembaraan 14 hari 15 malam ku itu.
Sebaik tiba ke kawasan masjid, aku segera ke tandas yang berada di luar masjid, untuk menunaikan hajat yang terqada. Selesai urusan, aku keluar untuk berwuduk supaya lekas dapat aku solat sunat tahiyatul masjid dan sunat iqtiqaf. Sebaik saja aku keluar dari tandas, aku terdengar suara perempuan menangis. Sedih sekali bunyinya. Macam perempuan kematian anak. Mengongoi-ngongoi macam bunyi musang. Meremang bulu tengkuk ku.
Berdasarkan pengalaman yang dahulu, sah la, itu memang bunyi pontianak. Aku rasa dia nak mengorat aku. Tak pun, memang dia kenal Pak Ibrahim. Malangnya, aku tidak berminat untuk berkenalan dengan dia kerana hati aku sedang bercelaru. Tapi kalau dia cari pasal dengan aku, memang sungguh akan ku pakukan tengkuknya walau dengan ranting kayu sekalipun.
Aku berdiri di pintu tandas sambil merenung ke arah suara itu. Tiada apa yang kelihatan dalam gelap itu. Hanya pokok-pokok getah sahaja di depan.
Apabila terdetik saja perasaan seram dihati, segera aku bacakan doa, ˜Bismillahhi lazii la yadhurru maasmihi syaiun pi ard walaa pi samaa, wahuawal aliyul azim.’ Sedang aku kyusyuk membaca doa itu 3 kali, tiba-tiba jer Pak Ibrahim sudah berada disisi ku sambil merenung ke arah yang sama. Terkejut ˜dog’ aku!
˜Pergh’ Kurus semangat’, sambil aku mengurut dada. Pak Ibrahim gelak kecil.
˜Jom kita tangkap pakcik! Boleh saya buat bini.’ Secara spontan aku tergerak bercakap seperti itu.
˜Dia minat kat kau ni.. tu pasal dia ikut kita. Sudah, abaikan dia. Dia adalah ujian buat kau.’ Pak Ibrahim memotong stim ku.
˜Dia kira dah mengganggu kita. Jom kita setel kan dia ni dulu.’ Rupa-rupanya, masih ada lagi semangat juang dalam diri ku ini. Aku geram kerana di ganggu. Itu pun sebab ada Pak Ibrahim, kalau sorang-sorang, belum tahu lagi.
˜Bukan ke itu kerja dia untuk mengganggu orang-orang macam kita. Cuba halusi peristiwa ini, elok-elok kau berniat nak iqtiqaf dan beribadat di masjid ini, sekarang sudah terpesong untuk menangkap pontianak. Takde nya dia tu boleh secantik Maya Karin kalau ditangkap. Hodoh lagi menakutkan ada laa. Sudah, jangan dilayan.’ Potongnya sambil menarik tanganku.
Aku memandang tepat ke wajah Pak Ibrahim. Macamana dia boleh tahu yang aku menyamakan pontianak ni dengan Maya Karin, bukan ke perkara itu adalah rahsia hatiku dilubuk paling dalam. Memang pelik betul Pak Ibrahim ni. (seminggu kemudian barulah aku memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah ‘kasyaf’ seperti yang diterangkan oleh seorang lagi guru yang ku temui di masjid lain)
Melihatkan aku berat nak bergerak, Pak Ibrahim mengambil seketul batu lalu dibalingnya ke arah suara tersebut. Terdengar seperti bunyi kucing mengiaow kesakitan lalu senyap.
˜Haa..dah setel dah. Kucing je tu! Dah moh kita ke dalam.’ Pak Ibrahim mula melangkah ke kolah masjid.
Aku terpaku lagi. Macamana pulak boleh bunyi macam kucing ni. Hai..pontianak..pontianak..jibam..jibam, tak fasal-fasal aku sibuk memikirkan hal kau. Hilang semua sedih aku tadi.
Aku bukannya sedih sebab gagal kursus komando. Tahun depan boleh ambik lagi. Aku sedih sebab akhlak Pak Imam masjid ni sebenarnya. Aku juga sedih bila terasa seolah-olah ALLAH halau aku keluar dari rumah Nya sedangkan aku sedang mencari kecintaan terhadap Nya.
Ibarat kena halau dari rumah boyfriend atau girlfriend yang kita minat. Sedih sangat rasanya. Seperti, ˜Keluar kau dari rumah Ku, kau tidak layak untuk tidur di sini.’ Seperti itu yang ku rasa. Bayangkan kalau ALLAH halau kita keluar dari rumah Nya melalui mulut Pak Imam tu.
Tapi bila dipujuk balik oleh Pak Ibrahim, hati ku gembira semula. Pak Ibrahim seolah-olah mengatakan bahawa bukan ALLAH yang menghalau aku, tapi Pak Imam itu yang menghalau, kerana Pak Imam itu sedang dalam keadan salah sangka terhadap ku.
Maka timbul angan-angan untuk jadi seorang tua seperti Pak Ibrahim ini, yang tinggi lagi dalam ilmunya tetapi rendah hati dan berakhlak mulia. Bukan saja dia meminta maaf bagi pihak Imam, memberi ku makan, menghiburkan hatiku yang sedih, menyedarkan ku tentang ujian pontianak itu dan mengajarku ilmu tauhid serta tasauf secara terperinci pada malam itu.
Ada orang yang dangkal, ada orang yang bijak. Ada orang yang sombong, ada orang yang rendah diri. Jahat dan baik. Dengki dan berbakti. Cantik dan hodoh. Semuanya ada dua. Yang positif dan yang negative. Aku belajar mengenal kedua-duanya sekali. Rupa-rupanya, dah disebut dalam surah yaasin ayat 36. Diterangkan secara terperinci oleh pak Ibrahim ini.
˜Maka fahami dan terimalah kamu kedua-dua nya itu sebagai salah satu dari ilmu ALLAH! Ini adalah perkara asas dalam ilmu mengenal diri yang kamu cari itu.’ katanya kepadaku. Lalu ku tangkap tangannya dan ku kucup syahdu. Meleleh air mataku apabila terasa betapa sayangnya ALLAH pada ku kerana di terangkan tentang perkara yang berlaku melalui mulut Pak Ibrahim. Kemudian kami solat sunat malam berjemaah.
Tahajud malam itu indah sekali. Begitu juga dengan solat tasbih. Wow..lazat tak terkata. Lapang dan permai. Seakan terlihat bintang-bintang bertaburan berkerlipan dilangit meskipun aku sedang sujud di muka bumi. Cantik lagi mengasyikkan tapi kecil dan tak berdaya. Nikmat sungguh tahajud apabila di rasai dengan sepenuh jiwa. Jiwa yang sedar. Jiwa yang tahu siapa kah dia.
Aku ini ibarat robot yang benar-benar tertakluk di bawah perintah dan kehendak tuan ku, sepertimana yang telah dilatihkan oleh tentera kepada ku.(Yes sir! Kami dengar dan kami taat, “taat setia” cogankata askar melayu) Tiada daya upaya ku melainkan mengikut saja apa yang telah disediakan oleh tuan ku untuk ku. Aku merasakan tidak perlu kan apa-apa pun dimuka bumi ini. Cukup dengan ALLAH!
Aku tertidur dalam keadaan bersujud sehinggalah Pak Ibrahim mengejutkanku supaya tidur dalam keadaan yang lebih sempurna. Aku hanya tersedar selepas lampu masjid dipasang. Dalam mamai itu, masih lagi aku terasa nikmat kelapangan yang seluas langit dan bumi itu diruang dada ku yang sempit ini. Aku bangun dalam senyum. Dengan segera aku berwuduk kerana aku tak sabar untuk bersolat semula.
Pak Ibrahim melaungkan azan subuh. Aku dengan segera bersolat sunat fajri dan sunat subuh. Dua orang penduduk kampong datang ketika aku bersolat. Aku sudah tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Masih fana dengan solat tahajud malam tadi. Aku sehingga malas untuk mengangkat kepala. Bukan mengantuk tapi khyusuk. Hatiku asyik dengan ˜ALLAHUALLAH! Asyik sungguh. Rasa tidak mahu berhenti.
Keasyikanku itu terhenti dengan laungan iqamat oleh Pak Ibrahim. Dengan pantas aku berdiri, sepantas pergerakan ketika nombor ku dipanggil semasa dalam kursus dahulu.(˜cepat dan cergas’ cogankata komando) Hanya ada lima orang sahaja pada solat subuh itu. Pak Imam yang menghalauku itu, dua orang pakcik yang sudah tua, Pak Ibrahim dan aku. Sedangkan aku masih lagi berseluar jeans dan ber t-shirt hitam sahaja. Itulah pakaian ku buat berjalan, tidur, makan dan bersolat. Yang lain lengkap berkopiah. Apa ku peduli, aku sedang asyik dilamun cinta. Pak Ibrahim pun tak cakap apa.
Pak Imam membaca surah Al fatehah dengan lantang dan merdu. Tapi entah kenapa, hatiku merasa tidak seronok mendengar bacaannya itu. Seperti ada yang tak lepas atau tak kena. Aku abaikan saja kerana aku sedang seronok sendiri mengadap Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. (ada kalanya perasaan takut yang teramat sangat pula, ada masanya perasaan sedih, dan banyak masanya plak takde perasaan)
Jadi..aku hargai perasaan yang datang itu dengan kesyukuran. Ianya anugerah yang terlalu besar buat ku. Ibarat berdiri di depan Yang Dipertuan Agong di atas padang kawad dengan pedang yang terhunus seperti di hari pentauliahan pangkat ku satu ketika dulu. Sedia berkorban dan sedia menurut perintah!
Selesai solat dan doa, kami bersalam-salaman. Aku hanya tunduk sambil bersalam dengan Pak Imam. Pak Imam menarik tangannya cepat-cepat seolah-olah jijik untuk bersalam denganku. Aku tak tersinggung pun walaupun aku pernah bersalam dengan YDP Agong, PM dan panglima2 tentera, mereka tidak pula menarik tangan secepat itu. Hanya Pak Imam sahaja yang berperasangka terhadap ku lantaran pandangan lahiriyahku yang tidak semenggah (senonoh) atau tidak semegah uniformku di bilik.
˜Ibrahim, cuba kamu periksa kalau-kalau ada barang yang hilang. Yang paling utama peti duit.’ Pak Imam mengarahkan Pak Ibrahim sambil merenungku.
Aku hanya tunduk dan yang hairannya, aku tak terasa apa-apa pun dengan kata-katanya itu. Kemudian, aku mengangkat muka dan tersenyum kepadanya.
Pak Ibrahim menghampiri Pak Imam. ˜Pak Imam, saya iqtiqaf di sini dengan anak muda ini malam tadi. Namanya, Kapten Walid (bukan nama sebenar), dari Sg Udang, Melaka. Dia hanya menumpang iqtiqaf untuk malam ini sahaja dalam musafirnya mencari diri.’
Pak Imam sangat terkejut dengan kenyataan Pak Ibrahim itu. Dia merenung wajahku.
˜Tuan..dari PULPAK la ni ya? Kenapa tak cakap dari awal?’, tanyanya sedikit gugup.
Aku sudah mahu ketawa. Aku teramat gelihati dengan keletah spontan Pak Imam. Sebaik saja mengetahui pangkat dunia ku, tiba-tiba saja dia memanggil aku ‘tuan!(memang tradisi tentera untuk terus menghormati pegawai atasannya walaupun dia sudah bersara) Sedangkan aku hanya hamba sahaya yang hina dina.
Aku menyalam Pak Ibrahim, mencium tangannya, sambil mengucapkan terima kasih buat kali ketiga kepadanya lalu bersalam dengan Pak Imam. Aku berpusing mengambil beg lalu dengan segera keluar dari masjid itu dengan kaki kiri.
Aku ketawa sepuas-puasnya seperti orang gila sebaik saja keluar dari kawasan masjid itu. Hatiku bagai digeletek-geletek. Aku merasa kelakar dengan karenah manusia ini. Dan seketika, timbul pula rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Pak Ibrahim dalam keadaan yang begitu drastik.
Tapi tak mengapa, aku akan bertemu dengannya semula, tak di dunia, di akhirat jua. Sekejap gembira, sekejap sedih dan sekejap lagi asyik. Aku berjalan dengan tunduk kerana terasa malu pula untuk melangut muka seperti mana aku selalu berjalan satu ketika dulu.
Dan aku meneruskan perjalanan itu bagai orang gila dengan hati yang asyik. Baru ku tahu, bagaimana perasaan orang yang gila ‘bahagia’.
kredit: sufi moden dan Blog Tok Wan
READ MORE- Niat beriqtiqaf di 40 masjid dan gangguan pontianak

cerita kak pon

Asalamualaikum

       First time, baru belajar.

Dulu masa kecik, tahun 1997 duduk umah kampung jenis tinggi, rumah takde singki dan tandas kat luar. Saya ni ada Asma, selalu sangat semput, jadi kat bilik ada lubang untuk saya buang kahak ( tpi kena jirus bersih kalau tak bau waktu pagi).

Nak di jadikan, ada satu hari tu, tengah malam, saya semput, batuk kahak banyak, jadi saya buang lah kahak saya dii lubang ajaib itu. masa kali pertama buang kahak tu, saya dongak lah atas nak melegakan tekak. lepas tu saya tengok bawah balik. Boleh tak bayangkan, Kak pon ni, sesedap rasa sedang mendongak tengok saya. melompatlah saya. elok2 cuma semput demam seminggu.

Lalu terpaksalah saya berubat sebab demam tak kebah, lemah semangat katanya. Tapi atuk yang ubat saya tu kata, benda ni memang berlaku, dan die sentiasa buat rondaan kat kampung saya.. Mujur cuma die duk kat bawah, kalau die terbang naik ke atas macam mana lah agaknya.

READ MORE- cerita kak pon

Thursday 29 August 2013

teksi menjelma jadi kereta buruk

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai.  Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent.  Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.

Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam.  Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya.  Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan.  Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu.  Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong.  Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi.  Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya.  Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan.  Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.

Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.  Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu.  Terkumat kamit mulut kami.

Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?"  Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya.  Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.

Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain.  Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent.  Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. 

Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya.  Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.  Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya.  Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.

Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.  Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera.  Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.

Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi. 

Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari teksi tadi, dia terperanjat apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya,  Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.

Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.
READ MORE- teksi menjelma jadi kereta buruk

bertemu lansuir ketika memancing

Salam sejahtera. Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam maya ini. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran bermaksud: "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan". Manusia juga dikurniakan sesuatu yang tidak ada pada sebarang makhluk lain... sesuatu yang disebut sebagai akal. Namun seringkali manusia sendiri tidak tahu menghargai pemberian tersebut, lalu mempersia-siakannya.

Hari sudah melangkah ke petang. Sebaik selesai menunaikan fardhu zohor, aku bergegas ke belakang rumah. Persediaan belum aku buat, sedangkan bila-bila masa dari sekarang bapa saudaraku akan sampai. Kami sudah sepakat untuk pergi memancing di Pulau Indah. Cuti persekolahanku kali ini dimulakan dengan aktiviti yang memang aku minat semenjak kecil lagi, memancing.

"Assalamualaikum...! Lan!." Ahh.. pakcikku dah sampai. "Dah siap ke belum?", laungnya lagi.

"Waalaikumussalam. Sini pakcik! Dah siap dah."

Setelah memeriksa semua keperluan, kami berangkat meninggalkan perkarangan rumah. Empat batang joran bersama keperluannya seperti mata kail, batu ladung dan sebagainya ada kami bawa bersama.

"Kita cari umpan dalam perjalanan nanti", kata pakcik.

"Okey", kataku sepatah. "Cantekkkkk," hatiku pula bersuara.

Perjalanan melalui lebuhraya agak membosankan. Aku menghidupkan radio bagi menghilangkan suasana sunyi. Pakcik terus memandu dengan tenang.

"Yeaaa... kita bersama lagi petang ini dengan lagu pembukaan yang digilai ramai sekarang, Isabella...".

Suara juruhebah kesukaan ramai, Jond, berkumandang di udara. Aku juga salah seorang peminat setianya. Persembahannya memang hebat.

Aku melayan perasaan sendiri. Pakcikku bersiul kecil mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang. Aku ikut terhibur.

Selang beberapa minit, pakcikku menghentikan kereta di bahu jalan.

"Ada orang jual umpan tu. Mari kita tengok."

Sebaik selesai urusan membeli umpan, kami meneruskan perjalanan. Kami hanya memerlukan lebih kurang setengah jam sahaja untuk sampai ke tempat tujuan.

Kehijauan pepohon bakau melenyapkan terus keletihan. Alangkah cerianya beburung berterbangan bebas. Terlupa seketika bahawa aku akan menduduki peperiksaan PMR tak lama lagi.

"Meh sembahyang asar dulu."

Aku mengambil wudhuk dan kami berjamaah. Selesai berdoa, kami mengambil joran masing-masing dan mula memasang mata kail. Aku yang sudah biasa dengan joran dan kail, tidak berasa kekok lagi. Semuanya aku buat sendiri.

Kelihatan beberapa orang sedang leka dengan kail masing-masing. Ada juga yang sekadar menonton.

Zuuppppp... Aku melepaskan tali pancing. Kami mula menunggu, setelah semua joran dipasang. Moga-moga kami berjaya hari ini, insya Allah.

Matahari sudah mula terbenam, namun joran kami masih belum terusik. Sesudah beberapa kali memasang umpan, hanya riak halus air yang kelihatan. Kami ambil keputusan untuk bersolat dahulu.


Sesudah solat, kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi, sambil sedia untuk bertindak andainya pancing terusik. Sesudah makan, kami kembali tumpukan perhatian kepada pancing.

"Isy... kenapa tak ada sekor pun naik ni?", bisik hati aku. "Belum rezeki agaknya..."

Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di permukaan air.

"Apa tu aaa...? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu." Namun kata-kata itu tidak aku tuturkan.

Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek lain yang sesunggunya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapanku, kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh dan berambut panjang mengurai.

Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pakcikku yang tadi berada tidak jauh dariku kini sudah hilang. Aku berasa amat takut. Lembaga tersebut menggebang-gebangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arahku. Matanya yang merah membuatkan aku semakin takut.

Tiba-tiba aku rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belakang.

"Lan! Lan oii...! Kau tengok apa tu?"

Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur. Seketika kemudian, ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh bercakap, walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku. Pakcikku terus memanggil-manggil namaku.

Semakin lama aku rasa semakin lemah dan akhirnya aku pengsan.

Keesokannya, aku mula sedar. Aku berada di rumah dan ibuku berada di sebelah.

"Mana pakcik?" spontan aku bersuara.

"Pakcik ada kat luar tu...", ibuku menjawab.

Aku rasa badanku lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi rumah.

Pakcikku yang sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan duduknya apabila aku bersila berhampiran dengannya.

"Kau kena sampuk semalam agaknya". Pakcikku bersuara sambil tergelak kecil.

Aku cuma mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung tak hiraukan panggilannya. Dia terus mengangkat semua joran dan mengemaskan barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan kejang, seperti terkena kejutan elektrik.

Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam. Mungkin aku dah kena fobia agaknya.
READ MORE- bertemu lansuir ketika memancing

Wednesday 28 August 2013

Misteri Di Hotel Di Kawasan Masjid India


Saya Halil, dan ingin sekali berkongsi pengalaman yang berlaku lima tahun yang lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di kawasan Masjid India. Begini ceritanya...

Hari itu hari Sabtu, kami tiba di KL Central Kuala Lumpur dari Singapura jam 3 petang dengan menaiki keretapi. Kami terus menaiki teksi dan menuju ke Masjid India untuk bermalam di sebuah hotel di sana. Hotel ini boleh dikatakan popular di kalangan pengunjung2 dari Brunei & Singapura. Kami ditempatkan di salah sebuah bilik di tingkat tujuh hotel itu. Malam itu saya baru saja balik ke hotel dari membeli barang di salah sebuah kedai di kawasan Masjid India seorang diri. Pada awalnya saya tidak mengikuti isteri, kedua2 anak saya yang berusia 3 & 5 tahun bersama anak saudara saya, yang telah pergi berjalan-jalan terlebih dahulu.

Setibanya saya di pintu bilik hotel dan belum sempat saya masuk, isteri saya bertanya, "Bang... Ada nampak botol susu Hafiz tak?" Saya menjawab, "Haa...? Mana saya tahu, sayakan baru balik ni. Kenapa, lupa nak bawa ke?" "Takde... Tadi ada sekarang dia tak tahu mana dia letak..." kata isteri saya. Saya pun bertanya pada anak saya yang berusia 3 tahun itu, "Mana Hafiz letak... Hafiz main campak2 ke?" Anak saya jawab, "Takuttt..." Dalam hati saya itulah kali pertama saya dengar dia cakap perkataan "takut". Saya pun mencari dan akhirnya terjumpa botol susunya di bawah katil. Botolnya betul2 berdiri tersembunyi di kaki hujung kepala katil. Dalam hati saya tertanya, "Macamana botol ni boleh berada di sini, dahlah di hujung, sempit pulak tu..."


Saya pun mencapainya dan memberi kepada isteri saya yang sedang mengandung tujuh bulan anak ketiga kami. Saya beritahu isteri itulah kali pertama saya dengar anak saya Hafiz berkata "takut". Kemudian saya mandi dan setelah itu saya dapati semuanya telah lepak. Saya kata pada isteri, "Siang dah nak tidur...??? Baru pukul berapa ni...???" Isteri saya jawab, "Dah penatlah bang... Budak-budak pun dah penat, tadikan kita dah jalan-jalan..." Memandangkan semuanya dah nak tidur, saya pun membancuh kopi panas dan menonton televisyen. Selalunya kalau berwisata, sayalah yang selalu tidur paling lewat. Jadi sedang saya terus menonton televisyen, tiba-tiba kedengaran suara. Suara itu datang dari tandas dan bunyi suara itu seperti seekor itik.

Saya terus mendengar lagi kalau-kalau bunyi itu kedengaran lagi, tapi tak ada pula. Saya terus bangun dan menuju ke tandas. Saya periksa di dalam dan saya selak juga bidai ruang mandi di dalam tandas tapi tak ada apa-apa pun. Saya pun keluar dan matikan lampu tandas. Saya duduk semula menonton televisyen dan saya mula berfikir, "Takkan ada itik di sini???" Saya berfikir dan bila saya teringat yang mak saya ada cakap, kalau bunyi itik malam-malam tu tandanya itulah Cik Kak! Meremang bulu roma saya! Saya pun terus bangun dan hidupkan semula lampu tandas kami. Saya tutup pintunya dan sambung menonton televisyen. Kurang dalam 10-15 minit kemudian saya pun membaringkan badan saya di atas katil.

Baru saja saya letakkan kepala saya di atas bantal, tiba-tiba seluruh bulu roma saya berdiri. Saya terasa macam sesuatu yang ingin memeluk saya. Terasa badan saya dipeluk kuat sehinggakan saya susah hendak bernafas. Saya meronta-ronta sambil membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Saya cuba mencuit isteri saya yang sedang tidur tapi gagal. Disebabkan pelukan dan tekanan yang sangat kuat, berpeluh-peluh saya, habis basah kuyup satu badan. Saya terus cuba melawan meronta-ronta dan akhirnya berjaya juga setelah hampir setengah jam bergelut dengan benda yang saya pun tak tahu apakah ia.

Tercungap-cungap saya macam nak semput pun ada. Saya mencapai segelas air di tepi televisyen, rasa haus tak terhingga. Saya terpinga-pinga mencari jawapan. Benda apa yang saya bergelut tadi??? Tapi saya tak tahu jawapannya. Tak lama selepas itu saya terus baring dan merengkan badan saya ke kanan. Alangkah terperanjatnya saya berderau jantung apabila saya dapati ada seorang perempuan sedang duduk, seperti duduk tahiyat dalam solat, di depan mata saya. Dia seperti perempuan yang sedang solat dengan telekung putih. Tapi saya tak nampak mukanya.

Saya terus memejamkan mata saya dan berpaling ke kiri semula. Dalam hati saya tertanya siapa perempuan ini? Saya mencuit-cuit isteri saya tetapi isteri saya tak bangun-bangun. Saya perlahan-lahan berpaling lagi ke kanan. Perempuan itu masih ada di situ dengan keadaannya seperti patung yang tak bergerak-gerak. Menggigil saya. Tak pernah saya berhadapan seperti ini. Saya memalingkan semula pandangan saya ke kiri dan baca ayat-ayat suci Al-Qur'an dan saya terus berkata dengan suara yang menggigil, "Siapa kau niii... Apa kau nak dengan aku??? Aku tak jemput kau pun di sini. Pergilah kau dari sini... Jangan ganggu aku dan keluarga aku..." Saya terus baca bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan memberanikan diri saya. Dengan perlahan2 saya memaling semula ke kanan dan saya dapati perempuan itu telah tiada!

Berpeluh-peluh saya, sambil mengucap "Alhamdulillah" berulang kali. Saya bangun dan duduk di atas katil sambil melihat isteri, anak2 dan anak saudara saya. Semua nyenyak tidur. Saya tak kejutkan mereka semua dan keesokannya barulah saya ceritakan pada isteri saya. Niat di hati nak bermalam selama dua hari tapi kami batalkan dan terus "check-out" dan bermalam di rumah saudara isteri saya. Sampai sekarang saya tak tahu benda apa itu. Kalau ada sesiapa yang boleh beritahu saya, tolong beritahu saya

Read more: http://seram-giler.blogspot.com/2013/04/misteri-di-hotel-di-kawasan-masjid.html#ixzz2dHdjpMze
READ MORE- Misteri Di Hotel Di Kawasan Masjid India

Misteri Lubuk puaka d Kampung Batangan Marang terengganu

assalamualaikum..kisah ini berlaku pd hari jadi atok ke 27.semasa cuti atok balik kampung awek atok d batangan.kampung batangan nie dalam negeri terengganu daerah marang.maafkn atok krn tak sertakan gambar dalam artikel nie.dalam perjalanan ke rumah si awek nie,atok melalui sebatang

sungai yg diberi nama penduduk tempatan sungai kulumin,atok menaiki bot untuk keseberang.di tengah sungai tu ada 1 batu besar,penduduk namakanya batu hidup,kerana dahulu batu nie kecil,namun sekarang ianya udah jadi pulau.insyAllah jika atok kesana lg atok akan petik gambar dan letakkn dalam artikel nie.keesokkn hari atok bersama ayah cewek atok pi mancing berhampiran pulau tu,entah cam mana atok terasa mau terkencing,ikutkn hati mau aje lepaskan kat dalam perahu nie,tapi malu pada orang tua nie,atok cakap pada dia atok mahu naik ke pulau tu sebab mau buang air.tapi dia tak benarkan atok naik,katanya sesiapa yg naik ke pulau tu akan deman kerana badi,bukan itu aje katanya lg pernah 1 ketika semasa musim udang galah di sungai nie,ramai yg datang memancing disini.masa tu bot tak cukup kerana terlalu ramai kaki pancing.6 lelaki dari kuantan datang tuk memancing tapi tak ada bot.salah seorang dari mereka cakap pd pemandu bot tolong hantarkn mereka ke pulau tu.ramai yg larang jangan naik ke pulau tu kerana pulau ada penunggu.tapi mereka tak endahkn ckp org kampung.pada mereka itu hanya karut,zaman moden mana ada hantu..setelah didesak oleh kaki2 pancing tu pak usu pun bawalah mereka ke pulau tersebut.setelah beberapa ketika berada di pulau tu memancing udang,salah seorang dari mereka dgn tidak semena-mena berteriak dgn lantangnya."hoi bakpe mu ore naik umoh aku???doh takdok tempat lain ke ape??selepas budak itu berkata kata..kelima lima kaki pancing itu pengsang.orang ramai yg sedang syok memancing tu takut untuk beri bantuan pada mereka.kerana sedari kecil meraka telah diajar dan diingatkn bahawa tempat itu berpuaka.tak seorang pun yg berani hulurkan bantuan.malah mereka laporkn perkara tu pada pihak polis.apabila polis datang dan ingin kepulau itu,secara tiba2 angin bertiup dengan kuatnya diikuti dengan panahan kilat.yg menghairankan masa kejadian itu tengahari dan keadaan panas terik memancar.setelah kilat dan angin kuat berhenti mereka semua terbungkam.6 kaki pancing yg berada di atas pulau itu telah tiada.kemana mereka semua pergi???itu yg jadi persoalan sampai sekarang.inilah yg di cite pada atok oleh ayah awek masa atok dalam bot semasa kami memancing.rasa mau buang air kecil tak dapat atok tahan lagi.apa nak jadi jadilah.atok terus terjun dari bot,terkejut orang tua tu dengan tindakan atok.dia berteriak"hei kalo lagu nie ike smo lari tokleh nok ngail lah hih ape mu nii.mu wak mende dale air tu?atok tak jawab sebab menahan sakit air yg dah lama nak keluar.bila keluar airnya fuh lega rasanya.semasa atok mahu naik ke bot kaki kanan atok ditarik sesuatu.atok dapat rasakan tangan orang yg menarik kaki atok.dalam hati mana ada orang dalam air nie.emm ini pasti dia.atok lepaskan tangan atok dari bot dan selamkn muka ke dalam air,masyAllah emang dia.maaf atok tak mahu gambarkn gi mana rupanya.lalu atok berteriak Allahhuakbar.benda itu melepaskan atok.u orang gambarkan sendiri gimana rupanya yea.

READ MORE- Misteri Lubuk puaka d Kampung Batangan Marang terengganu

Uqasha Senrose Dirasuk Hantu Sebenar Dalam Paku Pontianak

Uqasha Senrose berkata dia tidak sangka babak menari tarian Jaipong yang tidak pernah dilakukannya itu tiba-tiba dapat dilakukan dengan baik tanpa disedari. Uqasha dapat merasakan dia melakukan tarian itu selepas dirasuk sesuatu.
“Sebenarnya ketika diminta oleh pengarah, Ismail Bob Hashim untuk menari dalam beberapa babak, terus-terang saya katakan saya tidak pandai menari langsung, apatah lagi menari tarian Jaipong.
paku pontianak download+xlupa.net  Uqasha Senrose Dirasuk Hantu Sebenar Dalam Paku Pontianak
“Namun ketika lagu itu diperdengarkan kepada saya ketika babak tarian, dengan tiba-tiba saja saya boleh menggerakan jari jemari untuk menari sehingga tamat babak. Selepas tamat sahaja lagu itu, saya sendiri tidak tahu apa yang saya dah buat.
“Pengarah kemudian memuji tarian saya dan dia kata saya buat dengan sangat baik ketika babak tarian itu. Padahal saya lakukannya dengan tanpa sedar dan seperti ada sesuatu yang merasuk saya ketika itu,” ceritanya yang ditemui ketika Majlis Tayangan Preview Filem Paku Pontianak di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.
Pertama kali membawakan watak Pontianak dalam filem seram, pelakon, Uqasha Senrose akui telah menerima sedikit ‘gangguan’ ketika membawakan watak tersebut di dalam filem terbarunya, Paku Pontianak.
Selain Uqasha, Paku Pontianak terbitan Metrowelath (MIG) turut diterajui oleh kekasihnya, Pekin Ibrahim, diba Yunus, Along Azendy, Ruminah Sidek, Hidayah Samsudin, Rashidah Jaafar dan Ruzaidi A. Rahman.
Trailer++Paku,+Sebuah+Filem+Seram+Adaptasi+Kisah+Benar Uqasha Senrose Dirasuk Hantu Sebenar Dalam Paku Pontianak
Sementara itu, Pekin turut berkongsi pengalaman ‘diganggu’ mahkluk yang tidak diingini ketika di set apabila seekor lembaga hitam dilihat berada di dalam foto yang diambil.
“Ketika penggambaran, memang ada sedikit ‘gangguan’ apabila lampu tiba-tiba jadi malap sebentar dan satu perkara yang agak menakutkan apabila gambar yang kami ambil beramai-ramai kelihatan seperti wujud seekor lembaga bersama.
“Sebenarnya ketika mengambil foto itu, kami sendiri tidak nampak wujudnya lembaga hitam itu tetapi tidak tahu bagaimana ianya kelihatan di dalam foto. Namun kami teruskan penggambaran seperti biasa,” beritahunya.
Penggambaran Paku Pontianak yang dijalankan di Kuala Kangsar, Perak telah mengambil masa selama lebih kurang 30 hari.
Paku Pontianak yang temui penonton di pawagam bermula 22 Ogos 2013 itu secara ringkas menceritakan mengenai seorang anak kampong bernama Adam. Akibat rasa bersalah kerana melanggar gadis bernama Melati, Adam dan keluarganya menyuruh Melati tinggal bersama mereka selepas kejadian itu. Melati menghidap amnesia dan telah lupa ingatan. Namun, kedatangannya di situ telah menyebabkan pelbagai kejadian misteri berlaku. Mungkin juga kisah silam Melati sedang menghantui hidupnya.
READ MORE- Uqasha Senrose Dirasuk Hantu Sebenar Dalam Paku Pontianak

Tuesday 27 August 2013

Penampakan Hantu Muncul Dalam Drama bersiri The Rippling Blossom?

Penampakan Hantu Muncul Dalam Drama bersiri The Rippling Blossom?

Penampakan susuk tubuh yang dikatakan hantu ini muncul disebalik kabinet dapur dimana Cheung Chi-lam dan Michael Tse sedang shooting  dalam sebuah drama bersiri yang berjudul The Rippling Blossom, drama itu disiarkan oleh sebuah stesen televisyen Broadcasts Limited, TVB,  di Hongkong. 

penampakan itu muncul pada minit yang ke 42 pada episod ke 14.. akibat dari itu Cheung mengaku sangat terkejut bila melihat sendiri imej tersebut, yang ditunjukkan oleh salah seorang krew disitu  kepada beliau.. namun setelah melihat berulang kali beliau membuat kesimpulan bahawa imej tersebut mungkin refleksi dari sesuatu.. Menurutnya lagi pengambaran drama tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan...

READ MORE- Penampakan Hantu Muncul Dalam Drama bersiri The Rippling Blossom?

LEGENDA & HANTU YANG SERING MUNCUL DALAM FILM KOREA

Hantu dalam bahasa Korea disebut Gwinshin (귄신), gwinshin adalah sebagian besar dari jiwa-jiwa orang mati yang tidak bisa kesisi lain kehidupan atau dengan kata lain tidak bisa hidup dialam mereka.
mereka penuh dengan kesedihan yang mendalam dan menyimpan banyak kebencian. kadang kala mereka adalah korban dari ketidak adilan yang tidak bisa meninggalkan dunia sampai jiwa mereka tenang dan secara tradisional, telah banyak ritual perdukunan yang dikembangkan untuk menanggulangi ini *ada disalah satu film/drama korea yang bercerita tentang ini.lupa judulnya*
ada beberapa Gwinshin yang terkenal dikorea yaitu :
1. Gwinshin Cheonyeo (처녀귄신)
Hantu Gadis Perawan. dimana menurut sejarah secara tradisional, anak gadis sangat kesulitan dalam hidupnya karena mereka diajari bahwa kebajikan (kebaikan) terbaik adalah untuk melayani ayahnya, suaminya, anaknya. Cheonyeo yang mati meninggal berarti ia tidak memenuhi tujuan hidupnya dan tidak mungkin akan meleburkan dirinya dari dunia.
pakaian yang biasa digunakan Gwinshin adalah Hanbok Putih yang disebut dengan Sobok (소복) dimana pakai tersebuh adalah pakaian berkabung tradisional dan mengapa rambut mereka terurai panjang kebawah karena gwinshin tersebut tidak menikah, sehingga ia tidak memiliki hak untuk memakai/memasang konde.
 2. Chonggak Gwinshin (종각귄신)
Hantu Laki-Laki Pria atau Hantu Sarjana. Tapi Chonggak Gwinshin jarang sekali menjadi figur utama dalam film/drama horor korea atau kehidupan budaya korea.
 3. Mul Gwinshin (물귄신)
menurut orang korea, Musim Panas banyak membawa kecelakaan tenggelam. sehingga ada hantu yang sering disebut dengan Mul Gwinshin atau Hantu Air (kalo tempat saya disebut Hantu Banyu*air). Mul Gwinshin adalah Jiwa yang kesepian karena tenggelam. Mul Gwinshin tidak suka kesendirian sehingga mereka akan mengambil/menarik orang-orang yang sedang berenang dan menyeret mereka kedalam air yang dalam.
Mul Gwinshin adalah Hantu yang sering dijadika perumpamaan/Ungkapan Korea, yaitu Mul Gwinshin Jagjeon (물귄신 작전) artinya Taktik Hantu Air. ungkapan itu digunakan apabila seseorang ingin mencelakai seseorang, jadi jika diungkapkan "jika aku akan turun, aku tidak akan turun sendiri" atau dengan umpama lainnya "ketika kamu tiba-tiba dibebani dengan pekerjaan tambahan dikantor/harus lembur. sehingga kamu santai saja mengatakan kepada boss kamu bahwa tim yang kamu miliki adalah pekerja yang sangat baik sehingga dia harus lembur juga. Dan itulah yang disebut dengan Taktik Hantu Air.
 4. Jaruyo Gwinshin (자유로귄신)
Jayuro adalah jalan raya yang menghubungkan Goyang ke Paju, yang terletak disebelah utara Seouldan. digunakan digunakan oleh orang-orang didistrik Ilsan untuk pulang dan pergi. jalan raya tersebut mengikuti sungai Han dan sangat terkenal karena sering diselimuti kabut yang sangat pekat, sehingga banyak kejadian kecelakaan mobil.
Dalam beberapa kejadian kecelakaan, diceritakan banyak orang yang berkendara melewati jalan raya tersebut melihat seseorang yang berdiri disisi jalan raya yang terlihat seperti seorang wanita muda yang sedang mengalami kesulitan dan ternyata setelah didekati serta melihat lebih dekat, wanita muda tersebut tidak mengunakan kacamata hitam tetapi matanya dicukil dan kosong.
dan cerita lainnya adalah seorang supir taksi yang menjemput seorang wanita muda pada hari hujan didekat jalan raya jaruyo dan supir taksi tersebut mengikuti alamat dan sistem GPS kedaerah terpencil. ketika ia melihat cermin untuk meminta penumpangnya memberikan petunjuk lebih rinci, supir taksi tersebut menemukan jika penumpangnya sudah tidak ada lagi dan dengan heran ia menghentikan taksinya dan menyadari bahwa ia telah berhenti didepan sebuah perkuburan umum. itu berarti Rumah Penumpang tersebut adalah Kuburan. --.
 5. Gwinshin di studio rekaman
dimana suara gwinshin sering muncul secara acak dalam rekaman atau siluet gwinshin ditampilkan bersembunyi dibilik rekaman. dalam beberapa kasus, banyak penyanyi yang menjadi saksi yang telah melihat gwinshin ketika mereka sedang rekaman dan tiba-tiba dikabarkan jika album mereka menjadi hit, sehingga dalam beberapa hal perusahaan yang menaungi penyanyi tersebut akan membuat cerita dan melepas cerita tersebut ke pers sebagai salah satu taktik pemasaran. (jadi inget dongeng Lee Minhyuk salah satu member BTOB di BTOB Diary pas dia lagi di Ruang Latihan disalah satu gedung Cube, dia bilang kalo banyak trainee yang melihat gwinshin tapi enggak tau jenis apa)
Nah, selain Gwinshin diatas, ada legenda lain yang sangat populer.
Didalam cerita legenda Guminho (구민호) adalah seorang Rubah Putih yang memiliki ekor sembilan. Gominho tersebut berusia selama 1.000 tahun yang dikutuk. ia akan bebas dari kutukan jika ia berkelakukan baik, maka ia akan dihormati dan naik kelangit untuk ditempatkan di istana Kaisar Langit Agung yang menguasai langit. Gominho dikenal dalam legenda bisa menyamarkan diri mereka sebagai wanita cantik di dunia manusia kemudian memangsa manusia.
Tapi, ada satu drama korea yang mengangkat cerita melalui drama yang diceritakan sangat ROMANTIS.
yang diperankan oleh Lee Seung Gi dan Shin Min Ah  "My Girlfriend Is Gominho" yang bercerita jika Gominho si rubah putih yang dikutuk didalam sebuah lukisan. jika ada seorang pria manusia yang membuat gominho jatuh cinta dan menikahi pria dan mencoba untuk hidup bersama selama 100 hari tanpa tertangkap, maka ia akan menjadi manusia sejati.
READ MORE- LEGENDA & HANTU YANG SERING MUNCUL DALAM FILM KOREA

7 Himpunan kisah mistik di Johor Bahru.



       Siapa kata hantu duduk kat kampung je? Jika korg yg lahir kat JB tak pernah dgr cerita hantu dari mulut ke mulut, mmg tak sah la..
       Ingat lagi tak pasal hantu perempuan yang memakai purdah kecoh culik budak? Ianya juga di kenali sebagai Wanita Setan.. Hantu tu di katakan menaiki kereta Kancil berwarna merah.. Time tu tahun 1996, aku darjah 2.. Dah nak masuk waktu maghrib je, semua budak2 tak kira la lelaki atau pmpn akan masuk ke rumah coz takut kena culik ngan hantu tu.. waktu malam hingga ke subuh di katakan hantu itu 'beroperasi' mencari mangsa.. Hantu tu di katakan nak tangkap 20 org gadis..  Sebab apa dia nak tangkap 20 org gadis? sebabnya nak isap darah 20 org gadis tersebut bg menghilangkan hodoh di muka akibat melanggar pantang..
       Oleh sebab tu juga hantu purdah tu memakai purdah kerana nak melindungi wajahnya yg kelihatan hodoh..cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu.. Di dewasa ini aku terfikir, HANTU PANDU KERETA KANCIL? HAHAHA.. Orang kata, cerita ini di war-warkan sbb nak mengelakkan anak dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai bohsia and bohjan, tapi tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan bagus juga ada cerita² macam ni.
       Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar.
Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?
       Apa yang penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya.
hehe.. hebat tak org Johor Bahru? Kecoh satu Malaysia tu.. ok itu cerita pembuka kata.. Selepas ini anda di sajikan dgn cerita2 mistik yg pernah kecoh di Johor Bahru..

Cerita 1, Lokasi Masai.

       Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yg di katakan 'berpenghuni'
Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yg di katakan 'berpenghuni'
 Tahukah korg bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..       Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..
Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an.
        Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!
       Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..

Cerita 2, Lokasi Villa Nabila Bukit Serene (berhampiran Strait View Hotel)

       Ini adalah pintu masuk ke Banglo Kerabat atau lebih di kenali sebagai Cristine Palace.. ianya terletak di sebelah jalan Lido - Danga
Ini adalah pintu masuk ke Banglo Kerabat atau lebih di kenali sebagai Cristine Palace.. ianya terletak di sebelah jalan Lido - Danga
  Kalau rasa berani sangat, try la 'berhijrah' ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja nk jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair.. ok, aku ada url video drpd budak poli JB, dorg ada masukkan kat youtube.. ni rakaman siang hari.. http://www.youtube.com/watch?v=fQ1omgTq-rk       Member aku pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk genap, kat dlm tu jadi ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat dlm tu.. entah-entah 9 orang.. kalau tak percaya korang leh tanya pengalaman (facebook name Tyecik Hades).. Kisah ni berlaku masa zaman rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal & kering.. Dorg akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau korg dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la.. Kadang2 time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila..
       Ada beberapa budak penakut ni lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk.. Lagi dasyat enjin kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan hasrat utk jejak kan kaki ke dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai meracau sudah..
       Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..
       Utk pengetahuan korg, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor.. Bahaya & belum di siasat..
       Mengapa Villa Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. Kepada polis yg baca artikel ini, sila sahkan cerita ini please~ hehe.. ni video yg kedua aku search kat youtube.. tak tau la budak mana punya kerja.. http://www.youtube.com/watch?v=h7RRI2oelY0 kalau korg rajin, korg try la main pause-pause.. mana lah tau korg ternampak lembaga yg tak di ingini masuk dlm video dorg tu.. huhuhu..

Cerita 3, Terowong Lama British di Tambak Johor

       Kredit utk Azeem Zainal, pasal dia lah aku cari info mengenai kisah ini. Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?
       Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowongberkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan?
       Ok, aku nak bawa korg ke alam misteri.. Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri? Bertarikh 14 November 2010. Masa tu aku kat Melaka tgh sibuk2 ngan 'Projek Melaka' Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai setelah beberapa hari..
     SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru.
SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru.
 Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit MalaysiaLido Boulevard namanya.       Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah..
       Ini ada 2 video yg di sedut dari youtube berkenaan Terowong yg di katakan ini..
http://www.youtube.com/watch?v=WEDuqd-ShC0 dan http://www.youtube.com/watch?v=oVSiBbiqrMg
       Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan calang2 hantu!

Cerita 4, Banglo Hilang, area Taman Rinting

       Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian... wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
       Versi ke dua pula ada yg menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.
       Versi ke 3 lagi la macam haram.. banglo ni di katakan hilang pasal ada sorg sami buddha ni nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul2.. haram x? nak jadi David Copperfield pun agak2 la..
       Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo.. di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan.. mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada 3 org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu berada di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka melupakan saja hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang ni pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu.. persoalan yg menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?
apabila guna google maps utk beberapa tahun yg lalu, ini lah hasilnya yg di jumpa..
apabila guna google maps utk beberapa tahun yg lalu, ini lah hasilnya yg di jumpa..
sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 23 Januari 2011
sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 23 Januari 2011
HILANG, gambar yg di ambil beberapa tahun lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yg berwarna merah itu, ianya terletak di belakang tapak rumah yg hilang
HILANG, gambar yg di ambil beberapa tahun lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yg berwarna merah itu, ianya terletak di belakang tapak rumah yg hilang
sebelah kiri, rumah yg mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah. Kawasan kosong tu skrg di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.
sebelah kiri, rumah yg mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah. Kawasan kosong tu skrg di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 & 2003, takde lah pagar secantik yg kita leh tgk seperti gmbr2 di atas.. Dulu cuma pagar dawai yg kaler hijau tu, siap nmpk batu marmar nya lagi.. Security mmg ketat gila, pantang nmpk kereta benti kompem di halaunya..

       Ini adalah salah 1 story yg telah di ambil dari sebuah forum..

"sy nak tambah skit aper yg sy tau pasal banglow kat taman rinting nie..
seingat sy, banglow nie ilang kalo tak salah lah tahun 2003 or 2004.. sory sy lupa coz waktu tu sy bru abis SPM.. sy duduk umah abg ipar sy kat taman daya yg bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah.. so dia byk kwn ngan Pemaju2 Perumahan kat JB.. dia penah bawak sy pi tempat banglow tu.. waktu malam plak tu.. tiba jerk kat banglow tu, secara automatik nya bulu roma sy berdiri tegak.. hahahha.. waktu tu, sy just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yg tinggi tu jerk..(tapi tangga tu sy tak perasan plak).. yup, tapak umah tu bersih waktu tu.. takder rumput tumbuh lagi.. sy nak kuar dari kete tapi abg ipar sy tak bagi coz dia takut sy lemah semangat.. memang ramai org kat situ, tapi org penting2 jelah.. polis jaga laluan masuk ke banglow tu.. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing2 sibuk ngk Drawing plan Phase taman Rinting tu..
memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO.. tapi tetiba hilang.. sejam kemudian sy n abg ipar balik rumah kat taman daya..
sampai kat rumah, sy trus masuk.. tapi abg ipar marah sy.. dia ajak sy duduk luar dulu dalam 10 minit.. kemudian dia cakap entah kat sapa,
"sampai kat sini jerk, jgn ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil sy dibuat nya.. pastu sy trus masuk dan mandi..
kemudian abg ipar panggil n cerita tentang banglow tu.. dia cakap, banglow tu ader  org India yg beli.. tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. it's means, Org India tu sepatut nya bagi duit derma yg org ramai bg tu kat rumah kebajikan anak yatim johor.. tapi dia klepet aper entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu.. kira tuk bayar down payment lah tu.. pastu dia wat loan dan lantik abg ipar sy tuk wat penilaian kat umah banglow tu.. tu yg abg ipar sy kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. n pasal dia tak bg sy masuk umah trus masa sampai umah kat taman daya tu coz ptg sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jgn trus masuk umah pas datang banglow tu.. takut ader yg ikot kater nya.. tu jelah yg sy tau..
       waktu progress work, abg ipar sy tak terlibat.. tetapi waktu india tu nak wat loan kat bank, abg ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"

       Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan.. Misteri menjadi semakin misteri.. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi..

Cerita 5, Jambatan Permas Jaya & Railway Plentong

       Kemalangan maut pasti terjadi tiap2 tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yg ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..
       Kawan aku sendiri pun pernah arwah di sini.. Aku sendiri pun pernah eksiden pada tahun 2004 waktu nak ke sekolah Teknik Tanjun Puteri, alhamdulillah nasib baik tak ada apa2.. Ada la sorg cina mabuk ni, dia ingat jalan kat atas jambatan tu dua hala kot.. dia pun songsang lah.. terus berdentum.. Sungai di bawah jambatan ini menghala ke Plentong.. di kawasan berhampiran juga ada kes bunuh diri yang menyayat hati..
       Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang..
       Di pendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan kereta api kargo (dari plentong nk masok permas)..kt situ ade sorang brader beniaga burger smpai ke tgh malam..then datang seorang perempuan..pakaian serba putih mengendong anak..dtg ke stall burger tu..hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tgk pulak anak perempuan tu dlm kain yg dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru dtg kemas stall ape sume..tros dh x beniaga kt situ lagi..pokok buluh tu pon dh kene tebang..org2 situ ckp perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la..xtau betul atau tidak.. kalau tak percaya, korg pergi tanya Pak Tahir, dia tu ketua kampung kat situ.. huhu hari aku lalu situ nak balik kerja dlm pkl 11 malam.. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..

Cerita 6, Persimpangan Desa Rahmat, Tampoi.

 Di petik dari KOSMO!

JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu.
Menurut peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu.
"Memang banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika makan di restoran yang sama.
Imej tersebut hanya disedari ketika kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer.
Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku.
"Malah saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer," jelasnya.

Imej lembaga tak berkaki muncul dlm telefon bimbit Nor Kharunisa. 23 Januari 2011
Imej lembaga tak berkaki muncul dlm telefon bimbit Nor Kharunisa. 23 Januari 2011

ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.

JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka.
Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.
"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.
"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Dalam bulatan, imej aneh yg kelihatan tersenyum terdapat dalam gambar yg di ambil oleh Nor Kharunisa Abd. Ghani
Dalam bulatan, imej aneh yg kelihatan tersenyum terdapat dalam gambar yg di ambil oleh Nor Kharunisa Abd. Ghani

Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.
Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.

Cerita 7, Mahmoodiah.

       Banyak2 kisah mistik, aku rasa ini lah yang paling menyeramkan & banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dgn kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya.. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
       Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat2 di Raja itu.. Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dlm perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jln lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri.. Dia pun memberhentikan kenderaan & bertanya arah tujuan wanita berkenaan.. wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah..
       Kadir pun menumpangkn wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin.. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya.. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yg menjemputnya, tetapi akibat masalah yg tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki utk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit2.. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya.. Pernah 1 ketika semasa menunggan motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
       Apa saja ayat yg terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat2.. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas.. Kadir membatalkan hasratnya utk berjumpa kwn2nya lalu terus balik ke rumah.. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yg kebetulan bertandang ke rumahnya.. Pakciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu..
       Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran.. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorg wanita menahan teksinya & terus mengejar teksi berkenaan..
       Kisah ketiga ialah  bangunan yayasan warisan johor..mase perang jepun dulu..jepun gunakan bangunan tu buat markas / kem diorng la..so mcm2 hukuman jepun spt pancung kepale ape sume buat kt situ..kt situ jugak bnyk askar jepun mati.. org2 lama cerita, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dorg berbaris aku tak tau la.. wallahualam..
       Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam..ade org cite yang kwsn situ haunted pade waktu petang selepas asar sebelum maghrib..ade org pegi ziarah kubur time tu..ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala...banyak kali..penggali kubur kt situ pun sarankan jgn dtg waktu2 ptg mcm tu..lg2 kwsn tu..
Kubur di Mahmoodiah
Kubur di Mahmoodiah
READ MORE- 7 Himpunan kisah mistik di Johor Bahru.