MENU| Home | Facebook

Saturday 21 July 2018

produk lelaki sejati dan dan produk suami isteri termurah

READ MORE- produk lelaki sejati dan dan produk suami isteri termurah

pelbagai versi sulur bidar

Misteri Sulur Bidar

Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding  Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.

Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesuatu" yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari   dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.

Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.

Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.




Versi Pertama

Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.

Versi Kedua

Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.

Versi Ketiga

Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

Versi Keempat

Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang  dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

Versi Kelima

Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

Versi Keenam

Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.


Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?
READ MORE- pelbagai versi sulur bidar

apa itu sulur bidar

Soalan ni memang selalu saya dapat.
Ok, kita mulakan dari awal.
  • Sulur Bidar ni, gelaran yang diberikan oleh kaki pancing untuk “makhluk” atau “fenomena”.
  • Ia paling terkenal untuk Tasik Kenyir, Malaysia. Tasik lain ada juga dengar ceritanya tapi cerita ini paling sering dikaitkan dengan Tasik Kenyir.


Kisah yang paling terkenal (versi yang saya tahu) semenjak kecil lagi adalah di bawah ni.
Ia diceritakan semula oleh pelukis komik (ada ilustrasi). Ia dikatakan dari kisah benar yang diceritakan semula.

Ok, kita buka cerita :
  1. Sekumpulan kaki pancing, sedang memancing di Tasik Kenyir (naik satu bot).
2. Dalam borak-borak, terkeluar cerita tentang Sulur Bidar.
3. Ada sorang ni, mulur celupar dan kata nak pancing Sulur Bidar.”Kalau aku jumpa Sulur Bidar, aku pancing je..” Agaknya, macam tu lah dialognya kot.
4. Tak lama lepas tu, pusaran air berlaku. Mungkin macam ni agaknya air pusar tu.




5. Dari air pusar tu, timbul daun-daun kering (dari bawah air ke tengah pusaran).
6. Orang kata, daun tu kering walaupun ianya dari dalam air. Dan jika diambil, boleh dibakar.
7. Mereka datang dekat dengan pusaran air tu, ambil daun tu dan bakar untuk pastikan betul ke ianya adalah air pusar Sulur Bidar.

8. Selepas ambil daun dan bakar (daun sah terbakar). Tiba-tiba, air mula berkocak sangat kuat sehingga bot terbalik.
9. Dalam kalut-kalut tu, sorang yang mulut celupar tu berjaya berenang ke tepi dan selamat.
10. Kawan-kawan beliau yang lain tak dapat berenang ke tepi.
11. Gambaran dalam ilustrasi pelukis tentang apa berlaku, tubuh mangsa yang bercerai dari badan timbul satu persatu.


Kesimpulan :
Sulur Bidar masih tidak diketahui. Apakah ianya makhluk mahupun ianya adalah fenomena.
Untuk yang menggambarkan Sulur Bidar sebagai makhluk :
1. Berbentuk leper
2. Bersaiz besar sehingga mempunyai kekuatan membuat kocakan air sehingga boleh buat sebuat bot kecil terbalik.
3. Digambarkan seolah-olah kelihatan macam kulit ular. Sekali imbas ia kelihatan mirip kulit ular = sepadan.
Ada yang gambarkan ia sebagai :
1. Makhluk hidup (gambaran yang paling logik, saya dah letakkan sebagai video pertama).
2. Makhluk mistik (bagi yang percaya akan alam ghaib, kita sedia maklum bahawa jin bukan Islam aka syaitan boleh berada di mana-mana, dan akan lakukan apa yang mereka suka untuk mengganggu dan memesongkan akidah manusia)
3. Fenomena (pelepasan gas/udara dari dasar air boleh berlaku namun gelembung udara tidak akan menyebabkan tubuh manusia berkecai seperti gambaran cerita).
Sehingga hari ini, belum ada mana-mana pihak yang mengkaji dan membongkar cerita ini secara terperinci.
Jadi, Sulur Bidar masih lagi sebuah misteri.
Tinggalkan komen anda di bawah ye.. =)


credit
READ MORE- apa itu sulur bidar