MENU| Home | Facebook

Saturday, 18 May 2013

Penjelasan Berhubung Rumah Didakwa Berhantu Di Seksyen 2 Shah Alam

Jam 6.47 petang tadi, saya menerima panggilan nombor tidak dikenali.

"Ada orang beri tahu, encik Mazidul tulis fasal rumah di Seksyen 2, Shah Alam itu," kata pemanggil.

Spontan saya melontarkan soalan.

"Encik ini siapa?"

"Saya diamanahkan menjaga rumah itu," jelasnya.

"Tiga malam lalu. saya dan kru 666 pergi ke sekitar rumah itu. Saya minta encik baca dahulu apa ditulis di blog dan bukan hanya mendengar dan mempercayai cakap orang. Sebenarnya, saya dan kru telah lama cuba mengesan owner rumah. Untuk pengetahun encik, setiap kali orang membangkitkan kisah rumah dikatakan berhantu di Seksyen 2, gambar rumah sama dipaparkan. Kami sebenarnya bersimpati dengan owner rumah dan bimbang kalau dia dianiaya. Itu semua ada dicatatkan di penghujung tampalan di blog," jelas saya.

Beliau memberikan respon berikut.

"Saya tahu"

"Lebih molek kalau encik Google, 'rumah berhantu Seksyen 2', nanti tengok apa orang lain pernah tulis. Kisah kononnya rumah sama pernah dihuni oleh pelajar Universiti Teknologi Mara, UITM Shah Alam dan dikatakan keluar dari rumah itu keesokkan harinya kerana didakwa berhantu. Ditambah pula dengan kisah kononnya selepas itu seorang daripada mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya," kata saya.

"Untuk pengetahuan encik Mazidul, rumah itu pernah disewakan kepada pelajar UITM 30 tahun lalu tetapi mereka tinggal sekali dengan owner rumah," jelas beliau.

Baca berita dan gambar rumah 2 tingkat disebarkan itu di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan banyak lagi paparan lain. 

"Jadi dakwaan kononnya rumah itu pernah diduduki kira-kira 9 tahun lalu, tidak benar?," tanya saya.

"Tidak," balas beliau ringkas.

"Dakwaan kalau disewakan RM50 sebulan, orang tidak sanggup duduk di rumah itu?," soal saya.

"Tidak benar sebab dalam rumah masih ada barang, perabot dan lain lain, owner memang tidak mahu bagi sewakan kepada orang," balasnya.

Sejak beberapa hari, kru 666 cuba mendapatkan bantuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor untuk mengesan pemilik rumah tetapi gagal.

"Saya tuliskan dalam blog, kalau betul di rumah itu ada orang mati dan mayat disimenkan di dinding seperti didakwa, pasti sudah lama pihak polis bergegas menjalankan siasatan," sambung saya.

Beliau tertawa.

"Itu semua tidak benar dan fitnah. Saya pun tidak tahu mengapa ramai orang menyebarkan berita palsu itu," katanya.

"Itulah, kalau boleh encik berhubung dengan owner, beri tahu dia, kru 666 berminat untuk masuk ke rumah sama, kita minum teh pada jam 12 tengah malam dan kalau boleh, izinkan kami membuat rakaman audio video di dalam rumah sekaligus menyingkap fakta sebenar. Tempoh hari sewaktu berada di luar pagar rumah, kru berbincang. Mereka  amat bersimpati jika semua dakwaan itu tidak benar. Kami hanya ingin membantu membersihkan nama rumah terbabit sebab selama ini tiada pihak memberikan penjelasan," cadang saya.

"InsyaAllah saya akan maklumkan kepada owner, saya hanya sebagai pemegang amanah," ujar lelaki berusia 50 an berasal dari Klang, Selangor itu.

Untuk rekod, kru 666 tidak dibayar oleh mana mana pihak untuk menjalankan tinjauan. Kami hanya sekadar penyingkap fakta di sebalik pelbagai dakwaan berhubung kes paranormal.

Maklumat itu juga saya kongsikan bersama beliau.

2 comments:

  1. Untuk makluman semua pembaca blog, sebagai seorang owner rumah di shah alam, saya cuma nak bagi makluman.Kalau ada rumah kosong di shah alam yg owner cuma balik kejap2 tapi tak nak sewa pada orang maknanya dia dah serik sangat nak beri sewa pada orang. Sebabnya???? Ramai orang yg keje atau student tak reti nak bayar sewa rumah, walaupun murah. Dahle keluar lari malam, lebih parah yg pegi tinggalkan hutang bil api beribu, bil air, bagi alamat rumah pada along. Tak sakit owner dibuatnya?? Nak bagi sewakan condo???? Pengalaman saya.....semua furniture disapu sama, siap lampu 2 dibuka tinggal mentol je. Untuk saya nak beri sewa pada budak2 Melayu???? Takpelah nuat homestay lagi elok. Sapa2 berani nak kata rumah gua berhantu???? SIAP KAU....DENGAN NAMA2, IC NO, GAMBAR LU GUA TULIS KAT BLOG NANTI. So pembaca....jgn mudah percaya dgn cerita budak2 biol yang perasan pandai benar bila tak bayar sewa rumah, hukum agama ke semua tolak tepi

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman semua pembaca blog, sebagai seorang owner rumah di shah alam, saya cuma nak bagi makluman.Kalau ada rumah kosong di shah alam yg owner cuma balik kejap2 tapi tak nak sewa pada orang maknanya dia dah serik sangat nak beri sewa pada orang. Sebabnya???? Ramai orang yg keje atau student tak reti nak bayar sewa rumah, walaupun murah. Dahle keluar lari malam, lebih parah yg pegi tinggalkan hutang bil api beribu, bil air, bagi alamat rumah pada along. Tak sakit owner dibuatnya?? Nak bagi sewakan condo???? Pengalaman saya.....semua furniture disapu sama, siap lampu 2 dibuka tinggal mentol je. Untuk saya nak beri sewa pada budak2 Melayu???? Takpelah nuat homestay lagi elok. Sapa2 berani nak kata rumah gua berhantu???? SIAP KAU....DENGAN NAMA2, IC NO, GAMBAR LU GUA TULIS KAT BLOG NANTI. So pembaca....jgn mudah percaya dgn cerita budak2 biol yang perasan pandai benar bila tak bayar sewa rumah, hukum agama ke semua tolak tepi

    ReplyDelete