MENU| Home | Facebook

Friday 29 January 2016

arwah kawan berikan ikan ketika memancing

TRAGEDI ini terjadi 17 tahun lalu. Hobi memancing adalah lumrah aktiviti kami. Di sini, ingin penulis ceritakan pengalaman peribadi hampir 20 tahun yang lalu.

TRAGEDI ini terjadi 17 tahun lalu. Hobi memancing adalah lumrah aktiviti kami. Di sini, ingin penulis ceritakan pengalaman peribadi hampir 20 tahun yang lalu.

Kami terdiri daripada enam orang sahabat yang amat meminati memancing dan bersukan. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan 1989. Kumpulan kami terdiri daripada Pak Su, Man, Amir, Sham, penulis dan Rahmat. Lokasi yang kami tuju ialah Pantai Bersih, Bagan Ajam dekat Butterworth, Pulau Pinang.
Pada awal 1987, penulis menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Shah Alam selama tiga tahun. Ketika itu terbantutlah segala aktiviti memancing buat seketika.

Sehinggalah pada cuti semesta, penulis bercuti sebulan untuk menunggu keputusan peperiksaan.
Penulis pun pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti yang agak panjang. Pada suatu petang, penulis turun ke padang untuk bermain bola bersama rakan sekampung. Hampir waktu Maghrib kami berhenti bermain sambil berehat di tepi padang. Penulis tertanya sesuatu pada rakan mengenai gerangan Hamid (bukan nama sebenar). Kenapa beliau tidak ada bersama petang itu. Selalunya beliau akan bermain di posisi sayap kanan. Oleh kerana soalan demi soalan aku ajukan, barulah Pak Su menyatakan bahawa Fandi sudah meninggal dunia empat bulan yang lalu akibat jatuh dari bumbung rumah. Penulis terasa amat simpati dan sedih atas kehilangan beliau.

Pada suatu hari, kami merancang untuk memancing seperti biasa di Pantai Bersih. Segala rancangan diatur dengan baik. Kami difahamkan ketika itu adalah musim sembilang. Kali ini, tinggal kami berlima saja tanpa kehadiran arwah Fandi.
Perjalanan kami dari rumah untuk ke lokasi hanya 45 minit dengan berbasikal. Kami tiba di Pantai Bersih jam 10.30 malam. Pada mulanya kami duduk setempat. Selepas satu jam berlalu, cuma anak gelama yang sudi menjamah umpan.

Pak Su dan Man pun menukar tempat ke lokasi lain. Tinggallah penulis, Amir dan Rahmat dalam kedudukan berhampiran. Masa terus berlalu. Penulis mula terasa bosan. Akhirnya penulis mengambil keputusan menukar tempat duduk ke lokasi lain tidak jauh dari Amin dan Rahmat.
Pak Su dan Man entah ke mana. Hanya lampu pelita mereka yang nampak samar-samar dari jauh. Jam di tangan menunjukkan hampir 2.20 pagi. Hasil tangkapan kurang memuaskan.
Oleh kerana amat bosan, penulis menghisap rokok demi menghalau nyamuk dan agas yang mengganggu telinga. Tidak semena-mena. ada orang datang menghampiri aku dengan membawa beberapa ekor ikan semilang besar-besar belaka. Orang itu menegur penulis mengenai hasil tangkapan yang diperoleh.

Dengan hati sedikit kecewa penulis menjawab: “Takde apa.”
Lalu orang itu pun meletakkan ikannya yang besar dan agak banyak di sebelah penulis. Orang itu kemudian meminta rokok daripada penulis. Dengan tanpa bicara, penulis pun menghulurkan rokok dari poket baju kepadanya. Seketika kemudian, penulis terfikir sejenak dalam keadaan samar-samar siapalah beliau. Setahu penulis, rakan tidak ada seorang pun rakan penulis yang merokok melainkan Pak Su. Tetapi Pak Su hanya menghisap rokok daun nipah. Namun dia entah di mana bersama Man malam itu.

Hati penulis mula goyah dan gelabah. Daripada segi fizikal dan suara, orang itu amat penulis kenali. Setahu penulis, arwah Hamid memang merokok. Lalu penulis bertanya pada beliau: “Hang siapa?”
Orang itu menjawab: “Aku Hamid... kawan hang. Takkan dah tak kenal kot!”

Penulis terus terasa seperti hendak pitam. Tubuh terasa sejuk dan pucat. Cepat-cepat penulis terus bingkas dan berlari meninggalkan orang itu bersama peralatan pancing. Penulis terus mengayuh basikal sepantas yang boleh untuk pulang ke rumah. Keesokan harinya rakan lain datang ke rumah untuk bertanyakan hal semalam dan kenapa penulis pergi meninggalkan mereka tanpa memberitahu sesiapa pun.
Dalam keadaan badan terasa demam, penulis menceritakan peristiwa semalam yang dialami. Semua rakan kehairanan dan terpinga-pinga antara percaya dengan tidak. Suatu perkara yang meyakinkan penulis iaitu suara dan bentuk badan Hamid yang agak jelas sekali malam itu.

“Orang itu memakai kemeja-T putih lengan panjang,” cerita penulis lagi.
Kini hampir 20 tahun berlalu. Penulis pun sudah berumah tangga. Malah tugasan memisahkan penulis dengan rakan sekampung lain dan kami jarang dapat melakukan aktiviti memancing bersama.

Namun kini hanya anak penulis sebagai teman memancing di ketika masa lapang. Kami akan ke kolam pancing komersial di sekitar Butterworth dan Pulau Pinang.

*Artikel diperolehi dari laman web "BERITA HARIAN JORAN".

READ MORE- arwah kawan berikan ikan ketika memancing

disakat ketika memancing

Hujung minggu sudah semestinya tidak aku biarkan berlalu begitu sahaja.

Inilah masa terbaik untuk aku mencurahkan segala skill memancing yang aku
miliki. Dan minggu ini setelah berbincang dengan teman seangkatan, Che Din
kami sepakat memilih Tasik Bera sebagai medan menguji kehebatan.
Apabila mempastikan semua barangan keperluan seperti joran, mata kail, batu
ladung, lampu suluh, pisau, lima batang joran dan sebagai sudah siap aku dan
Che Din mula berangkat meninggalkan rumah sewa. Kami bercadang untuk mencari
umpan atau membelinya di dalam perjalanan nanti.

Setelah beberapa jam perjalanan aku melihat Che Din sudah lena dibuai mimpi.

Suasana sunyi mengundang kebosanan, walaupun kiri kanan jalan kaya dengan
keindahan alam semulajadi, bagi aku sebagai budak kampung ini semua sudah
menjadi perkara biasa. Untuk menghilangkan kesunyian aku menghidupkan radio,
tetapi agak perlahan sebab aku tidak mahu mengganggu mimpi Che Din.

Sebaik sampai di tempat yang dituju dan membeli umpan daripada penjual yang
terdapat di situ. Tanpa berlengah lagi kami terus mencari 'port'
masing-masing. Aku memilih untuk duduk di bawah rimbunan pokok bakau yang
terletak betul-betul di tepi tebing tasik. Begitu juga dengan Che Din juga
memilih 'port' yang baik tidak jauh
dari aku. Selang beberapa minit dua
joran aku sudah sedia terendam di dalam tasik menunggu mangsa.
Tasik Bera memang terkenal dengan ikan-ikan air tawarnya, jadi tidak
hairanlah kalau pada hari itu agak ramai juga kaki pancing yang lain turut
leka dengan joran masing-masing. Tetapi ada juga antara mereka hanya datang
sekadar menonton gelagat pemancing bertarung dengan ikan-ikan di sini.

Zuuuupppp......, zuuuuppppp......, dua lagi pancing aku lepaskan. Cukup
kelima-lima pancing aku sedia menanti mangsa. Aku sedia menunggu dan mula
memasang angan-angan. Moga-moga pancing aku disambar kelah. Aku lihat Che
Din juga sudah mula menyandarkan badannya ke pokok bakau sambil menyedut
rokok gudang garam kegemarannya.
Matahari mulai terbenam, tetapi peliknya satupun joran aku tidak terusik,
Setelah beberapa kali mengganti umpan ternyata pada hari tersebut ikan
seolah-olah terlalu kenyang. Begitu juga dengan Che Din, aku lihat dia juga
gelisah menanti, satu demi satu rokok disambung, ikan tidak dapat-dapat.

Perut pun sudah mula menyanyi minta di isi, apa lagi akupun makanlah beb!
Sambil makan mata aku tak lepas dari terus memandang gigi air, entah macam
mana ada sesuatu yang menarik perhatian aku seolah-olah sedang menari-nari
di atas permukaan air tidak jauh dari tempat aku duduk. Aku amati objek
tersebut betul-betul untuk pastikan apakah bendanya. Sekali pandang macam
ikan terbang pun ada. Tapi hati kecil aku berkata sendiri mana ada ikan
terbang dan kalau adapun takkan bercahaya macam lampu pula.
Aku semakin mengamatinya tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah objek
tadi tiba-tiba berubah menjadi lembaga seperti kepala manusia dengan rambut
panjang menghurai dan muka yang cukup menggerunkan. Ia semakin menghampiri
dan aku dapat melihat dengan jelas wajahnya yang buruk serta dipenuhi ulat tersebut.

Dalam keadaan ketakutan dan menggigil ini aku cuba melaung nama Che Din
tetapi mulutku terkunci. Dalam pada itu, lembaga tersebut terus terbang
menuju ke arahku semakin lama semakin hampir. Aku terpaku dan tidak tahu nak buat apa yang aku dapat rasakan ialah seluarku mulai basah. Aku rasa semakin
lemah dan akhirnya tidak sedarkan diri.

Apabila aku membuka mata, aku sudah berada di rumah sewa dan jiran-jiranku ada di sebelah. Seribu satu persoalan bermain di benak ku, tetapi aku masih lemah untuk bertanya itu semua kepada Che Din. Che Din hanya memberitahu
yang aku disampuk. Apabila mengenang semula apa yang berlaku aku masih tak
dapat nak bayangkan rupa sebenar lembaga tersebut.

Che Din mengatakan dia melihat aku seolah-olah dipukau oleh sesuatu dan langsung tidak menghiraukan panggilannya. Melihat keadaan aku yang semakin
tidak terarah, Che Din kemudiannya mengemaskan semua kelengkapan memancing dan dengan bantuan beberapa orang pemancing lain di situ, aku telah diusungnya ke kereta dan di bawa pulang.

Sebaik sampai di rumah Che Din telah meminta bantuan Pak Imam, (jiran kami) barulah keadaan aku kembali pulih. Bagaimanapun hingga kini aku masih lagi
tidak dapat membayangkan apakah lembaga yang mengganggu aku ketika itu, aku menjadi serik untuk memancing di waktu senja.

READ MORE- disakat ketika memancing

Sunday 24 January 2016

kisah seram di wad bersalin

Assalamualaikum admin ni lagi satu
kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.

Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.

Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.

Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, "ye ke.." Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, "kenapa suka makan limau.." Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. "Nak limau x??" Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..
Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…

Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.

Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, "erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??" Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, "nak limau tak?" Saya cakap, "Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah." Dia tanya saya lagi, "nak limau tak?" Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, "akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi." Dia geleng kepala je…

Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.

Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, "woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??" Saya cakap, "tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi.." Kawan saya cakap, "dengan sapa?" Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun
senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..

Kawan saya cakap, "mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??" Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. "La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah." Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis..

Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.

Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, "betul ke mu sembang dengan akak tu??" Saya cakap, "betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??" "Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak.." Saya cakap, "ya ke.. Biar betul.." Kawan saya cakap lagi, "mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak." Saya terus istighfar banyak²..

Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. "Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot.." Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye.. Cuba fahamkan ye.

READ MORE- kisah seram di wad bersalin

kisah seram di hospital

kisah benar ini terjadi pada kelmarin ketika saya dan keluarga menemani abah di hospital ampang puteri.

di tengah malam kira2 jam 11 lebih saya memutuskan untuk pulang ke rumah sewa, memandangkan tiada tempat tidur yg boleh saya tiduri di wad... lagipun badan2 saya sgt letih dan memerlukan tempat yg sedikit selesa..

saya memarkirkan kereta di ruangan letak kereta berbumbung di tingkat LG. perlahan2 saya atur langkah menuju ke service lif kerana lif lain sudah tidak berfungsi lagi di luar waktu melawat.. lif turun ke tingkat dua.. masuk sebuah keluarga di dalam lif itu, kelihatan mereka sungguh gembira menyambut kelahiran cahayamata.

si bapa tersengih2 sambil berbual dengan si kakak/adik perempuannya.

'kamu ingat tak dialog citer karak,encikk ada nampak emak saya tak??'
sambil bergelak ketawa mereka berciter mengenai cerita seram karak.

kami semua mengatur langkah keluar pabila lf sampai ke tingkat G, Namun begitu saya masih terpinga2 kerana bingung memikirkan dimanakah saya memarkirkan kereta saya... jenuh berfikir saya kembali ke lif dan menekan butang LG..

setibanya di pintu keluar masuk, saya kembali bingung apabila mendapati pintu keluar masuk sudah dikunci.. dalam hati bukan main resah skali kerana bingung bagaimana mahu keluar dr situ... saya termangu di hadapan sebuah bilik agak lama juga... selepas itu saya menapak menuju bilik purchasing namun tiada sesiapa disitu.. saya kembali ke hadapan bilik yg sama sambil berfikir... setelah itu saya ibarat mendapat idea untuk keluar dr pintu di level G kerana tak mungkin ada sesiapa yg boleh membuka pintu di LG tersebut.

saya mengatur langkah ke servis lif dan menekan butang, servis lif ini panjang kerana digunakan untuk membawa pesakit ke mana2 tingkat... sementara menunggu lif turun saya melempar pandangan di hadapan bilik yg saya berdiri lama.. alangkah terkejutnya saya kerana mendapati bilik itu adalah BILIK MENYELENGGARA MAYAT.. darah terus berderau naik ke muka... saya terus mengubah pandangan dan memandang pintu lif sahaja. terasa lega sekali apabila mendengar suara org bercakap2 di dlm lif itu, oh mungkin ada nurse yg turun kebawah.. getus hati kecil saya. namun terbukanya pintu lif saya menjadi lebih terkejut.... plinggggg lif itu adalah kosongggg... saya cepat2 masuk lif dan menekan butang G dan terus menundukkan pandangan... setibanya di G saya cepat2 mengatur langkah menuju kembali kereta yang diparkir di belakang bilik menyelenggara mayat itu.. sedang saya membuka pintu kereta kelihatan seorang wanita berjalan dengan laju menuju ke sebuah CRV yg terparkir selang 3 kereta dengan saya.. kelihatan wanita itu mengerling ke arah saya dan menstart enjin kereta dan beredar dengan tergesa2.. kelihatan beliau masih menjeling ke arah saya ketika keretanya melepasi saya..

saya terus memandu pulang ke rumah sewaan saya.. setibanya dirumah, saya terlalu letih untuk mandi, lantas menukar baju tidur dan terus terbaring di atas katil.. sebelum terlelap, saya ada berbalas2 mesej di facebook mengenai bilik menyelenggara mayat.. sedang terlalu mengantuk saya meletakkan blackberry saya di sebelah.. bilik sudah digelapkan. namun secara tiba2 blackberry saya menayangkan sebuah kisah seram, terkejut dengan sitasi itu ( kerana BB saya tidak boleh memuatturun page youtube sepanjang kari) saya lantas menekan butang 'kembali' namun tiada apa yg berlaku.. BB saya keras sepanjang 10 minit.. cuma apa yg boleh saya lakukan adalah dengan memperlahankan bunyi tersebut.. saya hampir menghempaskan BB saya kerana tidak mampu untuk menutup ruangan youtube itu dan juga gagal untuk mencabut bateri... selepas kira2 10 minit barulah BB saya kembali seperti sediakala..

jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. saya lantas memejamkan mata, namun imaginasi pintu bilik di hospital itu terus mengganggu lena saya..dan saya seolah2 berada di satu alam yg lain dan bukan di dalam bilik sendiri... sedang hammmpiiirrr nak lena secara tiba2 katil saya seperti dilanggar sesuatu.. saya terus terjaga dari lena.. mencelikkan mata dan tiada apa yang kelihatan.. saya semakin resah dan gelisah.. lantas membaca ayatul kursi dan surah 3 qul.. bacaan saya tersekat si surah an-nas, saya seperti terlupa surah tersebut.. lantas membaca auzubillahiminassyaitonirrajim sebanyak 3 kali dan mula membaca surah an-nas.. setelah agak tenang saya kembali memejamkan mata... namun tidak lama selepas itu kedengaran bunyi guli jatuh di atas lantai seperti di tempat umi di SSI.. pada mulanya ibarat 3 biji guli yang jatuh, hati yg berdebar ini kembali membaca ayat kursi.. sehabis ayat itu dibaca sebanyak entah berapa kali bunyi guli yg sangat kuat kembali kedengaran sebanyak 2 kali dan keadaan menjadi senyap seketika.. saya mencelikkan mata.. saya bingkas menuju ke bilik air dan mengambil air sembayang... selesai wudhu dan solat, saya membiarkan bilik terang benderang dan kembali tidur.. alhamdulillah tidur menjadi lena...

dan pagi itu saya berjanji untuk datang di hospital jam 6 pagi namun saya terlajak tidur.. dan saya menjadi sangat2 letih... sehingga hari ini, bahu2 saya menjadi lenguh dan sakit2....

sekian, pengalaman misteri saya


Sumber

READ MORE- kisah seram di hospital

Monday 18 January 2016

cerita hantu di kem PLKN

Cerita hantu kali ni telah dikongsikan oleh salah seorang peserta kem PLKN.. Nama dan kem PLKN beliau terpaksa di rahsiakan diatas permintaan tuan punya cerita seram ini.. Untuk tidak memanjangkan cerita ni mari kita sama² baca kisah dan pengalam yang telah beliau lalui semasa menjalani latihan di kem PLKN tersebut.

Dah namanya pun hantu.. Memang la hantu ni tergolong dari golongan jin dan syaitan, selagi dia tak dapat sesatkan orang, selagi tu lah dia akan cuba.. Benteng pertahanan diri? Dekatkan diri pada Allah, of course.. Hiasi dengan bacaan Al-Quran dan zikir, InsyaAllah, diri akan selamat dalam lindungan Allah S.W.T.

Kali ni, saya nak bercerita lagi kisah seram benar iaitu kejadian yang saya alami sendiri semasa berada di kem PLKN.. Kem PLKN mana tak perlu la saya nyatakan di sini untuk menjaga nama baik kem PLKN tersebut.. Kali ni, cerita hantu main peek-a-boo pulak..hahaha.. Sounds so funny, but seriously, memang bukak kaki langkah seribu la masa tu.

Taklimat Daripada Jurulatih Kem Pasal Hantu

Alkisahnya, kat tempat saya menjalani latihan PLKN ni, ada satu bilik air ni kat area blok perempuan yang orang cakap sedikit keras (bilik air ni bercampur antara tandas dan ruangan mandi dan jugak kolah)..

Kiranya ada la dalam 5-10 pintu untuk bilik air dan setiap group or batalion ada tandas yg berbeza².. Kat tempat ni, latihan memang ketat.. Contohnya pukul 12 tengah malam, dah wajib tidur.. Lampu wajib tutup.. Dan kat tandas pun, lampu kena tutup kecuali tandas yang depa cakap ade hantu ni..

Jurulatih cakap, tandas ni keras ada penunggu.. Jadi, jangan tutup lampu.. Jurulatih cakap lagi, malam² biasanya akan ada orang yang mandi kat situ (bukan manusia, okhayyy…) guna tandas tu dan sebagainya.. Tu pasal la tandas tu tak perlu tutup lampu sedangkan tandas-tandas lain memang kena tutup lampu.. Dan jangan guna tandas tu waktu malam lebih dari kul 12 tengah malam.. Kalau nak guna tandas dah tak tahan juga, jurulatih suruh guna tandas lain..

Kalau dah jurulatih pun dah kata gitu memang tandas ni mempunyai cerita hantu nya yang tersendiri la..
Masa kat sini, kami akan bergilir2 untuk berjaga setiap malam.. Kira ada shif la, contohnya, dari pukul 12 hingga pukul 2 pagi, akan ada 3 orang pelatih perempuan dan 3 orang pelatih lelaki yang akan berjaga untuk setiap shif.. Next shif untuk berjaga, pukul 2 hingga pukul 4 pagi dan last skali pukul 4 hingga pukul 6 pagi.. Setiap jam, pelatih-pelatih yg berjaga / mengawal ni wajib membuat rondaan di semua blok yang ada.. Kiranya pelatih perempuan akan buat rondaan kat blok² perempuan dan pelatih lelaki akan buat rondaan kat blok² lelaki..

Lepas buat rondaan, kena berkumpul dekat bilik berkawal yang disediakan..
Antara waktu 12 – 4 pagi, sememangnya waktu kemuncak biasanya kami dikacau.. Macam dah jadi perkara normal la pulak walhal dalam hati, kecut jugak lah.. Biasanya masa kat bilik berkawal, kami akan berkumpul dan baca yassin ramai².. Sebab kadang² kat bilik berkawal tu pun kami pernah dikacau..huhu.. Contohnya orang lempar batu dekat tingkap atau pintu.. Bunyi yang macam² ada 'benda' yang terbang dari pokok ke pokok lain dan sebagainya..

Cerita Hantu Sebenar Bermula

Alkisahnya pasal tandas ni, masa tu saya dan 2 orang lagi kawan amik shif pukul 2 – 4 pagi.. Waktu kemuncak hantu kem PLKN ni biasanya mengacau.. Masa tu kami buat la rondaan kat blok² perempuan.. Semua orang tengah syok² tidur, kami lak kena berjaga.. Memang jeles betul la.. Berbekalkan hanya lampu suluh dan berpakaian lengkap beruniform dan berkasut boot, kami pun meronda.. Suluh sana, suluh sini, tetiba saya tersuluh satu bayang manusia yang mengadap ke arah kitorang tapi jauh la dari kitorang masa tu.. Masa tu hati da start dup dap dup dap.. Dah macam lagu dangdut da..

Saya pun berbisik la kat kawan², "eh..korang..baca ayat kursi tau.. Buat pendinding diri.. Rasa macam tak sedap hati je neh.." Kawan² da start hairan.. Diorang tanya la kenapa? Saya pun hala lampu sekali lagi nak tunjuk la ke arah bayang² tu, tapi memang da tak de da bayang² tu.. Maka saya pun anggap la mungkin mainan bayangan saya je kot.. Tak pun pelatih nak pergi tandas ke (walhal dalam hati menafikan bukan camtu..) Bila da tengok benda tu takde, saya cakap la dengan kawan², nanti bila kat bilik berkawal nanti saya ceritakan.. Kami pun amik keputusan untuk terus meronda lagi.. Suluh sana, suluh sini..

Masa nak balik ke bilik berkawal semula, kami pun melintas la kat depan bilik air yang mempunyai banyak cerita hantu seram tu.. Tetiba ada semerbak bau sabun.. Wangi sangat².. Padahal masa mula² masuk tadi takde pulak bau wangi² macam neh.. Entah macam mane, ada pulak kawan yang pergi tegur bau tu.. Kira terlepas cakap la.. Sedangkan jurulatih pernah pesan, kalau ada terbau pape yang wangi dari tandas ni malam², jangan sesekali tegur..

Kitorang terdiam.. Dalam hati da kecut da nih.. Tapi entah macam mane, rasa nak tau jugak bau sabun tu membuak².. Jadi, kitorang sepakat nak masuk tandas tu.. Masa sampai kat area tandas tu, bau wangi makin kuat dan siap bunyi orang mandi lagi.. Bunyi orang cedok air dalam kolah dan jirus untuk mandi.. Memang jelas sangat².. Lepas tu kami pun dengan langkah yang takut tapi buat² berani, nak jugak masuk dalam tandas tu..

Masa tu ada kawan saya ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis berani la sikit berbanding kitorang.. Masa mula² dia jejak kaki kat pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu " Helllloooooooooooo…" Terus serta-merta, bunyi orang yang mandi tadi hilang.. Tapi bau wangi tu still lagi ada.. Kawan saya yang berani ni terus masuk, cek satu² dalam bilik air.. Saya dan sorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas je, takut la kami nak masuk..

Lepas kawan masuk cek berpuas hati, dia keluar, cakap semua bilik air kosong takde orang.. Tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi dan bau wangi pun memang semerbak.. Nak kata ada orang cilok kuar dari situ masa kami mula² nak masuk memang mustahil sangat² la sebab kami duduk kat pintu tandas.. Pintu tandas yang satu lagi pun takde kesan tapak selipar yang basah.. Jadi agak mustahil la orang tersebut keluar..
Masa tu hati dah tak payah cakap la.. Memang jantung berdegup giler².. Last², kitorang pun nak blah.. Tapi kawan saya yang berani ni pergi tutup suis lampu tandas tu la pulak sebelum kitorang keluar.. Tak sampai 10 langkah kitorang keluar, tiba²…

"Tiiiikkkk…."

Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka pulak ni??
Kawan saya yang berani ni tak puas hati.. Jadi dia pergi semula kat tandas tu.. Dia tutup balik suis lampu tu.. Pastu dia datang balik kat tempat saya dan kawan yang sorang lagi tunggu.. Baru je dia nak sampai kat tempat kitorang, "tikkk…" Lampu tandas tu menyala kembali.. Kali ni, kami andaikan suis lampu ni yang problem kot.. Masa ni, memang dah start takut dah ni.. Masa tu kami pun dah cakap kat diorang, dah² la tutup suis lampu tu.. Jurulatih kan tak bagi kita tutup.. Tapi dia tak mau dengar apa yang kitorang bagitau tu..

Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri macam tu, kawan saya yang berani ni still tak puas hati.. Untuk kali ke-3, dia pergi lagi kat tandas yang banyak cerita hantu tu untuk tutup semula lampu tu.. Lampu suluh kami halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan.. Lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri dekat pintu tandas tu dalam 10-15 saat jugak la.. Pelik, suis tu tak pulak terbuka dengan sendiri masa dia ada kat situ..

Lepas tu, bila dia nak datang je ke arah kami, "tiiiikkkkkkkk…" suis lampu tu terbuka kembali.. (scaryyyy woooo)
Kali ni.. Tanpa berlengah² ape lagi… Kami terus angkat kaki langkah seribu la.. Tak tahan wooo kena kacau macam tu.. Kami lari cepat² balik ke bilik berkawal.. Lepas tu, kami cerita la kejadian yang baru kami alami ni kat pelatih lelaki..
Malam tu, ingatkan kami je yang terkena.. Rupa²nya pelatih lelaki yang berkawal masa shif saya tu jugak kena kacau.. Saya dah tak ingat dah cerita hantu diorang kena kacau macam mane.. Tapi yang pastinya diorang pun kena kacau dengan hantu dalam tandas jugak.. Cuma hantu tu bukan main dengan suis lampu la tapi main dengan benda lain..

Sejak hari tu, saya da tak nak dah berkawal antara shif 12 hingga 2 pagi dan 2 hingga 4 pagi.. Saya biasanya amik shif jam 4 – 6 pagi je, sebabnya pukul 5 pagi kebanyakan pelatih dah bangun untuk mandi dan bersiap² untuk solat subuh.. Jadi waktu untuk saya dan 2 pelatih berkawal yang lain kiranya tak sunyi sangat la sebab pelatih lain da bangun da kan..

Adeh… Meremang sekejap bulu² roma bila teringat balik kat cerita hantu kem PLKN ni.. Tu la antara pengalaman yang saya alami sendiri.. Untuk next part, saya akan kongsikan lagi pengalaman saya sendiri yang nampak bayang² kat tingkap tapi takde orang pun dan kawan saya sendiri pun nampak banyang² ni.. Selepas tengok bayang² tu, kami kena tindih..
Banyakkan la beramal dan ingat pada Allah.. Yakinlah hanya Allah sahaja yang paling berkuasa di dalam dunia ni.. Jin, Iblis dan Syaitan ini juga makhluk ciptaan Allah yang cuba menyesatkan manusia dengan menakutkan kita supaya kita lebih takutkan mereka daripada Allah.. Semoga kita semua berada dalam lindungan Ilahi sentiasa dari gangguan jin, iblis dan syaitan ni..
Amiiinn..

READ MORE- cerita hantu di kem PLKN

Sunday 17 January 2016

cara buat pedinding rumah


Dari Amalan Orang Orang dahulu, jika Kalimah Bismillahhirrohmanirrohiim di tulis sebanyak 21X pada empat(4) keping kertas puteh atau empat(4) helai kain puteh, lalu di bubuh empat penjuru rumah atau harta atau ladang, boleh menjadi pendinding dari kejahatan jin dan manusia.
Kemudiannya, mahulah di-amalkan Kalimah Bismillah 21X setiap hari......

Insyallah.
Wallahualam

READ MORE- cara buat pedinding rumah

DOA MUSTAJAB JIKA DI DALAM KECEMASAN


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Sahabat Sahabat Baginda SAW, Isteri Isteri Baginda SAW dan Seluruh Ahlul Bait.

Dibawah ini ada satu Doa' yang amat Mustajab bagi mereka yang bergantung hati kepada DIA Yang Maha Esa.

Jika berlaku kecemasan oleh kaum kafir, maka mahulah membaca doa' ini sepenuh hati dan serahkan sahaja urusan kepadaDIA.
Inilah Doa'nya.

ALLAHHUMMA' FI-NI-HIM BI-MA SYIQ-TA

Ya ALLAH, cukuplah Engkau
uruskan mereka.

Wallahualam

READ MORE- DOA MUSTAJAB JIKA DI DALAM KECEMASAN

AYAT MUSTAJAB MEMBANTU MANGSA KERASUKAN DAN DI GANGGU JIN DAN SYAITAN


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.
Segala Pujian Hanya Untuk DIA Sebanyak Bilangan Ciptaan NYA.
Maha Suci DIA Dari Kelemahan Dan Kekurangan.

Maha Besar DIA Dengan Segala Kebesaran Selayaknya Bagi DIA Pencipta Segala Sesuatu.

Tiadalah Sesuatupun Menyamai DIA Dari ZatNYA, NamaNYA, SifatNYA, FeelNYA.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Penghulu Segala Makhluk Di Langit Dan Di Bumi.

AYAT MEMBANTU MANGSA KERASUKAN

Jika di dapati seseorang kelihatan di rasuk atau di ganggu, mahulah membaca ayat di bawah dan di tepuk di bahagian belakang mangsa diatara belikat.

BISMILLAH HI MA-SYA-ALLAH.

Bacalah sebanyak banyaknya sehingga mangsasedar dan pulih.
Di bolehkan juga membaca dan di usappada ubun ubun.

Insyallah.

READ MORE- AYAT MUSTAJAB MEMBANTU MANGSA KERASUKAN DAN DI GANGGU JIN DAN SYAITAN

Friday 15 January 2016

Kisah seram di kawasan R&R Ajil

Kisah seram di kawasan R&R Ajil
Kawasan Bukit Belah inilah didakwa pengguna terserempak lembaga hitam melintas.

SEORANG pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.
Insiden seram juga berlaku kepada rakannya sendiri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di awal lebuh raya berkenaan dibuka.
“Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau," katanya.

Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya.

Apabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa.

Ahmad Aziz turun menceritakan satu lagi insiden menyeramkan iaitu ketika dia bersama rakan berhenti di R&R Ajil.
Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.

“Ketika di R&R Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing.

“Apabila tiba di rumah rakan di Jerangau Barat, saya keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan si isteri sebenarnya masih berada di R&R Ajil.

“Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya," katanya.

Ahmad Aziz berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar di atas jejambat.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.

“Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tidak berlakunya kemalangan meragut nyawa,” katanya.

Lembaga besar di sempadan Ajil-Bukit Besi

Seorang penarik kereta atau “Call Man”, Shamsudian Salleh, 43 berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

Kisah-kisah mistik yang diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.

“Antara kisah makhluk halus yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi.

“Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang berlaku kemalangan.

“Ada juga rakan yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas.

“Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir,” katanya.

Kubur lama dipindahkan

Biarpun laporan pihak berkuasa menyatakan punca utama berlakunya kemalangan di LPT2 disebabkan kecuaian pengguna, namun isu gangguan makhluk halus tetap menjadi perbualan hangat pengguna serta penduduk.

Malah, ada yang mempercayai unsur-unsur mistik  turut menjadi penyebab pusara di lebuh raya memandangkan satu demi satu kemalangan maut  terus berlaku apatah lagi tragedi berdarah itu terjadi di lokasi kilometer yang hampir sama.

Tragedi meragut lima nyawa termasuk empat daripadanya rentung di Kilometer (KM) 386 pada 24 Mei lalu begitu meninggalkan kesan di hati, selain insiden maut melibatkan seorang peronda LPT, Razali Ishak,44, pada 27 Jun 2014 di KM 415.1.

Kedua-dua kes tersebut turut menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengaitkan kejadian kemalangan maut melibatkan peronda LPT mempunyai kaitan dengan usur mistik ekoran adanya ‘seseorang’ dalam sekeping gambar diambil orang awam di lokasi kejadian.

Bagi warga emas dari Kampung Peroh, Che Nik Che Wil,71, cerita ada sesuatu yang melintas sehingga dikatakan punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.

“Pakcik tidak pernah alaminya tetapi sering dengar cerita sama beberapa kali iaitu ada benda melintas lalu menyebabkan pemandu terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga adanya kubur lama tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.

“Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pakcik dengar cerita ada beberapa orang  pekerja meninggal dunia kerana tragedi termasuk kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

“Daripada cerita didengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas,” ujarnya.

dipetik dari : sinar harian, 1 nov 2015
READ MORE- Kisah seram di kawasan R&R Ajil

suara hilaian di asrama


Sumbangan Hidayah Syibly

Assalamualaikum, buat pertama kali saya nak berkongsi sebuah kisah berkaitan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang kita kenal sebagai jin atau syaitan & ini merupakan pengalaman yang saya alami sendiri. Mohon maaf jika terdapat sebarang salah silap di sepanjang penceritaan ini. Peristiwa ini berlaku lebih kurang pada tahun 2000, ketika itu saya menuntut di Politeknik Johor Bharu, Pasir Gudang. Pembinaan institut itu sendiri diselebungi pelbagai kisah ganjil tidak kurang pula pengalaman seram pelajar2 senior yang yang menjadi bualan & diperturunkan setiap kali masuk semester baru.

Kisahnya begini, terdapat 6 buah hostel 4 tingkat & saya menghuni di salah sebuah hostel yang namanya Hi-Tech 3. Kebetulan saya dilantik sebagai ketua blok & pada malam itu blok kami mengadakan majlis makan2 di bilik aktiviti pelajar. Blok Hi-Tech 3 terdiri daripada 4 tingkat bangunan yang sangat besar & mempunyai puluhan bilik, kerana itu kami gelarnya sebagai 'Titanic'. Hi-Tech 3 hanya dihuni pelajar di aras 1 & ground Floor, sebaliknya tingkat 2 & 3 terbiar kosong tak berpenghuni sepanjang semester itu. Setiap kali waktu malam jika study di muka pintu, saya yang menghuni aras 1 tak dapat menghalang diri saya daripada tergoda untuk memerhatikan 2 tingkat atas yg kosong.Sebuah pemandangan yang mampu membuatkan bulu roma saya tegak berdiri! Sesekali terlihat kelibat susuk manusia berada di antara tiang2, sesekali terasa diperhatikan oleh 'sesuatu' dari celah2 tingkap bilik yang kosong & gelap.


Malam itu, setelah selesai jamuan saya & sekumpulan AJK blok bertugas membersihkan saki baki majlis. Setelah selesai, kami pun duduk2 di kaki lima berhadapan bilik saya sambil borak2 kosong. Macam biasa topik kegemaran penghuni hostel tatkala duduk sembang waktu malam begini tentulah kisah seram. Ketika itu kami sedang asyik bercerita tentang hantu tanpa badan yang kepalanya terapung-apung sedang 'mengganas' di kawasan taman perumahan berhadapan dengan Politeknik. Beberapa kali penduduk taman terserempak dengan objek misteri itu terapung-apung di atas bumbung rumah. Kami makin asyik berbual. Jam ketika itu melewati detik 12 malam & buat beberapa kali saya terasa angin dingin menyentuh belakang, leher & bahu saya. Serentak pada saat itu juga saya terlihat satu kilasan kain berwarna putih terbang sangat laju di ruang angkasa pergi & patah balik beberapa kali sepantas kilat. Kemudian pada aras 3 yang tidak berpenghuni, saya seolah2 terlihat satu susuk berdiri sebelah tiang memerhatikan kami yang sedang rancak berbual. Seingat saya, pada saat itu juga di antara sedar atau khayal saya terhidu bau yang wangi yg sukar saya jelaskan wanginya bagaimana. Semua itu saya alami sekilas dalam jangka masa beberapa saat sahaja. Saya memerhatikan gelagat kawan2 yang lain. Pada mulanya mereka nampak tenang2 saja seolah tak ada apa yang berlaku. Lama-kelamaan mereka kelihatan gelisah sehinggalah salah seorang dari kami yang dikenali sebagai mek memberitahu bahawa dia rasa tak sedap hati & rasa, nampak serta hidu sama sebagaimana yang saya alami. Setelah Mek membuka mulut, barulah seorang demi seorang mengaku mereka juga alami hal yang sama. Selaku yang paling senior di kalangan mereka, saya cuba berlagak tenang & memberitahu mereka supaya jangan tegur kejadian itu.

Sejujurnya saya bukanlah seorang yang berani, dalam hati ketika itu Tuhan sajalah yang tahu. Tidak pernah sepanjang hidup saya mengalami pengalaman seram sejelas itu. Saya mengajak mereka pulang ke bilik masing2 & anggap saja kejadian itu hanyalah lintasan hati dan bukannya apa2. Masing2 tidak mahu pulang ke bilik mereka
& dalam keadaan yang tegang itu kami terdengar satu suara jeritan yang sangat kuat. Tanpa fikir panjang berebut-rebut kami yang seramai 10 org tu berasak masuk ke dalam bilik. Tangan saya pantas menutup lampu & terus selak langsir tingkap mencari arah suara itu datang. Pada masa itu apa yang terlintas di fikiran saya suara jeritan itu datangnya dari blok lelaki bersebelahan blok kami. Mungkin budak-budak tu saja nak menyakat kami sebagaimana selalu. Mungkin juga suara penghuni hostel bergaduh atau tidak mustahil juga ada penghuni yang terkena histeria. Seakan rutin, tiada apa yang pelik tatkala menjelang minggu peperiksaan pasti ada yang terkena histeria. Ketika saya memerhatikan blok sebelah, amatlah menghairankan kerana saya dapati bilik mereka semua gelap & mereka juga berada di tepi tingkap memerhatikan blok kami. Situasi cemas itu berlangsung selama beberapa minit. Setelah saya amati, apa yang boleh saya katakan jeritan yang amat panjang itu seolah-olah datangnya dari kedudukan yang tinggi di tengah2 ruang langit antara blok Hi-Tech 3 & blok lelaki.

Masih terngiang-ngiang di pendengaran saya saat saya menaipkan kisah ini suara yang sangat mengerikan itu. Suara itu seolah-olah ketawa memperolok-olokkan kami, tetapi juga kedengaran seperti menjerit kemarahan tetapi juga jeritan itu kedengaran seperti mendayu-dayu kerana sedih. Itulah setepatnya yang mampu saya gambarkan jeritan yang berlangsung selama beberapa minit itu. Selepas jeritan itu berhenti keadaan sunyi sepi. Oleh kerana itu merupakan minggu peperiksaan saya lihat pelajar lelaki kembali membuka lampu & meneruskan aktiviti mengulang-kaji pelajaran seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kawan2 yang memenuhi bilik kembali ke bilik masing2 walaupun masing diselubungi perasaan seram. Saya sendirian malam itu.....dush! Teman sebilik saya mengulang kaji pelajaran & tidur di bilik kawannya di tingkat bawah. Malam itu saya dihantui jeritan yang saya dengar tadi & sukar untuk melelapkan mata.Berbungkuslah saya malam itu sambil berdoa agar malam lekas2 berlalu. Keesokkan harinya fellow yang menjaga blok kami memesan supaya tidak seorang pelajar pun membangkitkan hal itu lagi demi menjaga kenteraman hostel.

Rupa-rupanya gangguan itu tidak berakhir di situ. Sepanjang minggu itu saya sendiri mendengarnya sebanyak tiga kali. Sama mengerikan berlangsung selama 10 ke 15 minit....ketawa, marah & mendayu2 meratap kehibaan.
READ MORE- suara hilaian di asrama

Pengalaman di Cikampek Indonesia

Sumbangan Mazri Yusoff

Waktu itu tahun 1999 , saya cuma ingat tahun nya kerana tahun itu terjadi kerusuhan hebat di Indonesia. Kebetulan company tmpt sy keje tu baru pindah ke factory baru tepatnya di daerah Bukit Indah , Cikampek ... tempat tu memang lah seram gile pada waktu malam dan banyak lah cerita yg beredar dari staff2 dan penduduk kampung di sekitar tmpt tu...

Waktu bangunan tu dibangun pun memang ada makan korban dan meninggal. Banyak yg bilang "Pak Mazri kalo pulang dari pabrik jangan bawa mobil lewat belakang ya pak, banyak orang udah ngeliat pocongan, hati2 ya Pak".. pendek kan cerita , malam itu adalah malam pertama kita keje sampai tengah malam dan tugas saya untuk mengunci semua pintu factory.. saya pun ajak kawan saya Pak Budi utk sama2 pastikan pintu dan tingkap ditutup rapi... boleh tahan lah besar beb factory tu.... yang aneh nya waktu kita tengah inspection kat daerah belakang factory tu, tetiba je ada angin sejuk semacam je menyapa kita.... saya pun tak berani nak cakap apa2 dan Pak Budi pun nampak cepat jalan coba nak kejar saya yang dah mcm atas angin berjalan cepat.. maklum lah saya ni memang penakut!! hahaha Yang aneh nya setengah jalan ke depan saya dan pak budi terdengar ada orang panggil kita "Hey !Hey! Hey! apalagi kita pun cabut lari... sampai di security post , budak2 security pun tanya kenapa dan kita pun bilang lah apa yg baru kita dengar.... yang saya ingat di belakang factory tu memang ada mata air dan tu memang tmpt benda2 tu tinggal....

Selepas tu saya pun suruh bapak2 security pergi tengok tempat tu pasal saya takut ada workers yang tertinggal... Lepas dorang balik, dorang report bilang semua tingkap terbukak dan bau wangi bunga kat belakang... saya pun bilang "Ya udah gak apa2 , malam ini gak usah kebelakang" pokoknya banyak lagi lah kejadian2 aneh sampai boss saya pun fed up dan akhirnya dengar cakap orang2 kampung situ kena sembelih lembu dan tanam kepala lembu depan factory...
READ MORE- Pengalaman di Cikampek Indonesia

gadis misteri

Sumbangan Mazri Yusof

Kisah berlaku tahun 2002 waktu saya bertugas di Jawa Barat. Pada suatu hujung minggu tu saya bersama istri, 2 anak saya yg masih kecil dan pembantu semua saya angkut untuk ke Bandung. Rumah saya tu dekat kota kecil (Cikampek) dan sekitar 2 jam perjalanan ke kota Bandung.. pendek kan cerita waktu perjalanan balik, saya yang sedang memandu rasa ngantuk dan istri saya pulak mati2 tak mahu ambil alih dan saya pun apa lagi terus berhenti dekat shophouses dekat kota Purwakarta untuk isap rokok ..

Tetiba ada seorang gadis berbual dlm bahasa sunda yg untung sya faham, dia minta saya hantar kan balik ke kampung Cipaisan . Saya pernah dengar kampung tu tapi tak pernah sampai.. apalagi, saya pun bilang maaf lah pasal kereta saya penuh. Dia pun tak habis2 macam paksa saya suruh saya hantar balik tapi saya ingat betul gadis tu tak tengok muka saya tapi memandang ke arah seberang jalan ... mula rasa sesuatu yg aneh saya pun mintak diri dan terus naik kereta dan lanjutkan perjalan,adalam kereta saya pun tanya istri dia nampak tak gadis tadi tapi istri saya bilang mana ada orang, ingat kan u nyanyi sorang2 tadi. Esok nya dengan rasa ingin tahu, saya pun ajak kawan sekerja pegi ke tempat itu lagi. Alangkah terperanjat saya kerana di sebelah shophouse tu rupanya kuburan dan seberang jalan pun kuburn lama... say apun lanjutkan perjalnan ke kampung Cipaisan dengan di temani oleh teman saya dan sekali lagi terperanjat betul kerana depan jalan nak masuk kampung tu kawasan perkuburan jugak ... subhanallah dan wallahualambisawaf...
READ MORE- gadis misteri

Thursday 14 January 2016

KELIBAT ORANG MINYAK DI CANGKAT LADA PERAK





SATU LEMBAGA HITAM DI PERCAYAI ORANG MINYAK DI LIHAT ORANG KAMPUNG BERKELIARAN DI SEKITAR CANGKAT LADA, PERAK. SERAM DER, LAMA X DENGAR KISAH2 SERAM YANG MACAM NIE. DULU PERNAH GEMPAR GAK PASAL ORANG MINYAK NIE. MAKA RAMAI LA YANG SIBUK DOK CARI BULUH KUNING LETAK DALAM UMAH. KONON NYER ORANG MINYAK NIE LEMAH NGAN BULUH KUNING.


ALANG KITA SENTUH BAB ORANG MINYAK NIE, APA KATA KITA TENGOK BIODATA MAKLUK NIE.


ASAL USUL ORANG MINYAK
AKIBAT TERSALAH MENUNTUT ILMU SO DIA JADI HITAM DIA PERLU MEROGOL 40 ORANG GADIS DARA UNTUK PULIH. DAH SETIAP MANGSA YANG DAH DIPERKOSA AKAN DIPANGKAH DI MUKA , ISH MACAM PRU PLAK MAIN PANGKAH2.


MATLAMAT ORANG MINYAK
SELALU NYER ORANG MINYAK NIE DIKAITKAN KELEBIHAN UNTUK MENCEROBOH RUMAH ORANG UNTUK TUJUAN TERTENTU.


KELEBIHAN ORANG MINYAK
MUDAH MENCEROBOH RUMAH YANG BERKUNCI LENGKAP. DAPAT MENGHILANGKAN DIRI MASA KENA HAMBAT. LEH MELEKAT KAT DINDING MACAM CICAK. MAMPU NAIK KE ATAS HANYA MENGGUNAKAN BENANG DAN BOLEH MENGGUNAKAN PELESIT.


KELEMAHAN ORANG MINYAK
UNTUK MENGELAKAN GADIS DI KACAU ORANG MINYAK, KELOPAK JANTUNG PISANG DAN KELADI BIRA PERLU DITABUR KELILING TEMPAT TIDUR. UNTUK MENANGKAP PLAK KAIN BATIK LEPAS DIGUNAKAN SETELAH DIKEPONG. LEPAS TUE SAPA2 YANG BERANI TUE LEH LA GIGIT IBU JARI ORANG MINYAK NIE UNTUK HAPUSKAN DIA. TURUT TAKUT MELIHAT CERMIN. YELA MUKA HITAM LENGGAM KAN HAHA SURE BILA TENGOK CERMIN.. TANJAT BOBOI HEHEHE...


KEJADIAN BERKAITAN ORANG MINYAK
ADA SATU KEJADIAN PENAH TERJADI PADA 24 NOVEMBER 2006 SEORANG PENCURI MELUMURKAN DIRI DIA DENGAN MINYAK DITAHAN DI KAMPUNG TAWAS MALAYSIA.




KISAH ORANG MINYAK PERNAH POPULAR SEKITAR 1958. MENYEBABKAN P. RAMLEE
MENGARAHKAN SEBUAH FILEM "SUMPAH ORANG MINYAK"
TERBITAN MALAY FILM PRODUCTION LTD.







BERBALIK PASAL VERITA KAT CANGKAT LADA TUE, KES NIE MULA DAH SEMINGGU DAH DIORG PUN SIAP BUAT REPOT POLIS PASAL MENDA NIE PADA 11 MAY LALU. MANGSA YANG MENDAKWA UMAH DIA DI MASUKI ORANG MINYAK TU FOBIA UNTUK PULANG KE RUMAH SELEPAS MENJUMPAI KESAN TAPAK KAKI SEBESAR KATAK DI TANGGA DAN ALMARI SOLEK KEPUNYAAN BELIAU. PAK CIK NIE NAMA DIA SHAHMIDI SHAARI 44, DIA SIAP PANGGIL BOMOH LAGI UNTUK MENGHALAU ORANG MINYAK NIE.


PAK CIK NIE MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGHANTAR AHLI KELUARGA DIA BALIK KE KAMPUNG D BESOUT PERAK. BANYAK LAGI LA KEJADIAN PELIK SUSULAN KELIBAT ORANG MINYAK DI KAWASAN BERKENAAN.


BUAT MASA SEKARANG ORANG KAMPUNG DENGAN KERJA SAMA PASUKAN RELA MENGADAKAN RONDAAN SETIAP MALAM UNTUK MENGELAK KEJADIAN YANG X DI INGINI DARI TERJADI.


UNTUK LEBIH LANJUT KORANG LEH BACA KAT SINARHARIAN.COM


DENGAR KATA KAWAN SAM CANGKAT LADA NIE DEKAT GAK LA NGAN UITM SERI ISKANDAR HEHE..SO SAPA YANG STUDY KAT SANA BEWARE...XD NGEH3X


P/S: KEPADA ALLAH S.W.T LAH TEMPAT KITA MEMINTA PERLINDUNGAN JADI JANGAN LA PERNAH PUTUS DARI BERDOA KEPADA-NYA. SELALU AMALKAN LA DOA MOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARI KEJAHATAN SEMUA.MAKLUK.

credit: http://www.kucinghitam.net/2013/05/seram-kelibat-orang-minyak-di-cangkat.html#sthash.soNm4aLd.dpuf
READ MORE- KELIBAT ORANG MINYAK DI CANGKAT LADA PERAK

DISAMPUK PONTIANAK

Kisah ini terjadi dirumah nenekku masa itu aku umur 12 tahun darjah 6. kebetulan cuti sekolah jd sepupu2 pun balik kmpung bersama keluarga mereka masing2.aku masih lagi tnggal dngan nenekku.keluarga ku menetap di KL aku pula tnggl di sabah. ini adalah pengalaman benar ku dan nak jadikan
cerita..

Masa tu makcik aku yg bongsu dirasuk hantu disebuah pohon dibelakang kebun.sebelum kejadian..nenek ada menyuruh maksu ngan makngah p cari sayur di kebun.maksu menyangka makngah telah pergi dulu meningglknnya walhal makngah tengah bersiap dlm bilik.maksu pergi sorang2 masa tu da hampir senja.pulang dirumah maksu diam dn lansung pergi ke biliknya.nenek yg sedar perubahan sikap maksu tu menyuruh makngah bgtau datuk dn pkcik2 ku berjaga.jelas dimata maksu agak merah galak serta raub wajah seakan pucat. .nenek aku ni orangnya pandai mengubat juga dikenali sebagai bidan kampung serta pengamal perubatan tradisional.jd tidak hairan lah jika nenek aku ni banyak pengalamn serta kisah2 'menarik' sepnjang dia ' berkerier' dlm bidng brkenaan. mak su meracau2 tidak keruan sewktu di ubati oleh nenek juga dibantu datuk serta 2 org lg pakcik ku..aku melihat mak su ketawa mengilai2 seperti bukan dirinya nenek dengan tangkas membaca berapa ayat suci seraya berkata, "hai,mahluk terkutuk!keluar lah dikau dari tubuh anak ku jika tidak mahu dibinasakan!"mak su yg sedari tadi ketawa mengilai2 merenung tajam ke arah nenek.maksu meronta2 dengan kuat pakcik2 ku yg masa tu memegang tangan maksu terlepas dan lantas maksu cuba lari nmun sempat ditahan oleh datuk.makngah yg ada sekali menutup pintu bilik utk mengelakkn maksu yg kerasukkan terlepas lari.aku yg menyaksikan dari luar bilik merasa takut mengajak sepupu2 ku yg lain yg turut melihat kesurupan itu utk beredar pergi ke ruang tamu.adalh dlm sejam lbh kmi duduk diruang tamu tu.bermcm benda yg kmi dpt dngar.
seusai merawat mak su yg tersampuk nenek keluar pergi ke ruang tamu.nenek ckp maksu da pulih cuma dia dlm keadaan letih.datuk dn makngah jga.nenek ckp maksu tersampuk masa pergi cari sayur di belakang kebun dia ada jua ambil buah mangga luruh dibawah pokok dimana diatasnya tempat seekor puntianak bertenggek.nenek ckp,puntianak tu suka dengan maksu..tu yg dia ikut maksu balik rumah.aku tanya dengan nenek mcm mna nenek halau puntianak tu..nenek ckp dengan membaca berapa ayat suci Al-Quran serta picit di ibu jari kaki.dan kalau nak senang..ancam dengan menyebut namanya. kami yg musykil Tanya balik.nek,mcm mna pula puntianak ni ada nama?
nenek senyum dn ckp klau dulu dia pernah diberitahu ada kejadian masa dulu dia dengar dari mulut ke mulut dikampungnya masa tu nenek muda lg sebelum berkhwin bersama datuk.iaitu 2 beradik hilang di pulau penunggu.(nantilah sya ceritakan kisah ni.) nenek dapat tahu nama puntianak daripda kisah ini. nenek ckp setiap benda mesti ada namanya..seperti mana puntianak itu jelmaan daripda iblis syaitan.syaitan itu ada nma2nya bgtu juga jelmaannya sbgai puntianak.nenek ckp,masa picit ibu jari kaki maksu suara maksu berubah2 seperti nada haiwan diselang seli ketawa mengilai dn menangis.sungguh mengerikan sesiapa yg mendengar!ini benar sbb dari td kami duduk sblum nenek tiba kami mmg terdengar bunyi menyeramkan.kmi mmg sedia maklum itu mmg dtg dari bilik maksu namun suara maksu jauh berbeza. .meremangkan bulu roma kala itu.nenek lanjut lagi,puntianak tu berkeras enggan keluar dari tubuh maksu..ia berbicara mahu mengunakan tubuh maksu utk mendapatkn darah dan daging kmbing.jika tidk ia akan menggngu lagi.lalu nenek membantah bahawa perbuatan itu syirik tidk sekali akan akan melakukn hajat sedemikian.maka nenek mgunakan ayat2 suci yg ampuh serta menyebut namanya..
"AKU TAHU NAMA MU SIAPA DAN ASAL USUL MU DIMANA..DENGAN NAMA ALLAH MAHA KUASA SERTA IZINAN-NYA TERBAKAR LAH ENGKAU DIDALAM KHALIMAH2 SUCI NI.'CINDAI'..!!"
baru berapa potong ayat suci dibacakan tubuh maksu terketar2 dn menutup telinga.bilang nenek lg sejurus nama tu disebut atap zink rumah seperti ada 'benda' jatuh!dan kedengaran juga cakaran ditepi dinding bilik maksu.nenek lanjutkan bacaan dengan laungan kuat tidak lama pokok dibelakang jendela maksu seakan digocang2..rupanya puntianak tu dah keluar..suara puntianak mengilai terbang semakin menjauh.. keesokkan paginya..maksu pun pulih sepenuhnya.apa yg maksu ingat dia hanya memugut buah mangga yg jatuh dan masa tu banyak sngat buah bagus2.. tiba2 dia tak ingat dah.datuk dn pakcik2 ku pergi tebang pokok mangga lama dibelakang kebun tu.takut akan menjadi tempat tinggl mahluk berkenaan.2 hari kemudian nenek buat kenduri tolak bala...

TQ to Puteri hatiku 
Credit:Sumber
READ MORE- DISAMPUK PONTIANAK

benda tu hisap kaki mak

Keinginan bersukaria dan menyambung pelajaran adalah impian seorang remaja perempuan ini tetapi nasibnya tidak begitu baik berbanding dengan orang lain.Dia anak kedua daripada 4 beradik.Abang Sulongnya meninggal dunia akibat kemalangan semasa umurnya belasan tahun.Jadi sepatutnya dialah menjadi tempat bergantung harap ibu bapa dan adik beradiknya namun harapan itu masih tinggal harapan; masih belum menjadi kenyataan.

Kesihatan Munirah sering terganggu, kerap dia sakit dan hospital itu sudah jadi sebahgian dari rumahnya.Pandangannya menjadi kabur kekadang berbayang-bayang dan sering jatuh dari tangga.Dia secara rutin dibawa oleh ibunya berulang alik untuk mengambil ubat dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital tetapi penyakitnya tidak nampak berkurang.Doktor pun sudah tak tahu nak bagi ubat jenis apa lagi kerana penyakitnya adalah penyakit misteri.Hanya ubat penenang menjadi makanannya.

Munirah boleh nampak hantu,boleh nampak jin,malah boleh nampak hantu yang mengigit dan menghisap darah ibunya.Dia juga boleh nampak toyol yang datang mencuri duit dirumahnya namun tidak berdaya untuk berbuat apa-apa hanya sekadar memberitahu ibunya saja.

Oleh kerana ia berlarutan begitu lama , ibu bapanya mengambil keputusan berpindah  ke rumah lain.Walaupun sudah berada di rumah yang baru , ‘benda’ yang sama masih ada, masih datang menghisap darah. Ibunya telah berjumpa dengan bomoh dan pawang malah ada diantara mereka berkata bahawa boleh melihat berbagai perkara ghaib itu suatu anugerah.Samada ibu bapanya percaya kepada dakwaan itu tidak dipastikan tetapi mengikut percakapan ibunya seolah-olah mempersetujui dengan apa yang dikatakan.

Kini umur Munirah sudah lewat usia 20’an tetapi dia tidak dapat menyambung belajar lagi kerana masaalah yang dihadapi.Lebih menyedihkan lagi , kedua ibu bapanya lebih percayakan kepada bomoh dah pawang dari berubat secara rawatan Islam. Mereka tidak menunjukkan kesungguhan apabila disarankan untuk menggunakan kaedah menepati hukum. 

Jikalau mereka terus berjumpa dengan bomoh dan pawang , keadaan Munirah tidak mungkin akan sembuh.Jika ada kesembuhan pun  ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.Ibarat basuh berak dengan air kencing , penyakit akibat dari tindakan hantu dan jin diubati pula dengan hantu dan jin.Maka masaalah tidak akan selesai malah berpanjangan dan berlarutan. Apa yang dirisaukan adalah Munirah sendiri,ibunya atau mungkin adik perempuannya terus di’gomoli’ oleh makhluk laknat itu. Hampir keseluruhan badan ibunya penoh dengan kesan lebam-lebam. Adakah mereka merelakan keadaan ini berlaku berterusan?

credit: http://duniaseram.blogspot.my/
READ MORE- benda tu hisap kaki mak