MENU| Home | Facebook

Friday, 17 May 2013

Pakcikku Pengamal Ilmu Hitam (Kisah Seram)

 

Pakcikku Pengamal Ilmu Hitam (Kisah Seram) | Saya Ingin menceritakan tentang pakcik saya yang mengamal ilmu hitam untuk melakukan apa saja demi kepentingan dirinya. Saya sendiri pernah menyaksikanya adegan yang amat mengerikan dan menakutkan yang berlaku di salah sebuah tempat di Johor. Tempat yang dia menginap amat terpencil dari para penduduk dengan kampung. Pada satu malam, semasa saya berehat di luar beranda rumah, saya lihat pakcik mengambil anak batu lesung diikatnya seperti kain kafan. Ibu pada anak batu lesung itu disembunyikan. Tepat pada pukul satu pagi, saya terdengar suara anak kecil menangis dengan suara yang garau meminta tolong agar dibuka kain putih yang dibalut seperti kain kafan.

Pakcik terus membaca mentera dengan mulutnya terkumat-kamit tanpa menghiraukan yang saya dalam keadaan ketakutan dan hampir menangis. Bila pakcik saya makin kuat membaca mentera yang dipelajarinya, tiba-tiba sahaja angin kuat bertiupan di sekeliling rumah. Tingkap kaca pecah dan suara Kak Pon mengilai begitu kuat. Saya panggil pakcik saya berulang kali supaya menghentikan menteranya tapi dia tak peduli. Bila dia mendongakkan mukanya, kelihatan begitu menakutkan kerana kulit mukanya bersisik dan matanya merah menyala.



Saya dengar dia berbicara dengan anak lesung kecil itu, "Aku akan pulangkan kau pada ibu kau kalau kau dapat menunaikan permintaan ku..." Pakcik saya sanggup mengamal ilmu hitam sesat itu mencari kekayaan dan ingin penduduk kampung menghormatinya. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2003. Sejak itu saya tak pernah mengunjunginya. Akhir sekali dia menghembus nafas yang terakhir pada tahun ini. Yang amat menyedihkan semasa dimandi dan dikebumikan, jenazahnya berbau busuk dan mukanya bernanah walaupun sudah dimandikan. Hingga saudara dan sahabat arwah pakcik saya begitu terperanjat bila melihat jenazah. Apa yang saya ceritakan ini adalah benar kerana saya tak dapat melupakanya hingga ke hari ini.

Read more: http://seram-giler.blogspot.com/2013/05/pakcikku-pengamal-ilmu-hitam-kisah-seram.html#ixzz2TY8O9ssO

No comments:

Post a Comment