MENU| Home | Facebook

Monday, 13 May 2013

karak....


Kisah Yang Agak Seram..

Sebenarnya, saya tiada idea ni so..untuk mengisi masa lapang n mengapdet blog, saya sediakan article yang agak seram dan menarik untuk bacaan member2, saya dapat article ni dari emel. Hehe..so "jangan biarkan diri anda di selubungi misteri"


KISAH KARAK..... 
 
Sebenarnya Karak ada dua jalan, satu
 jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru) 
Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu, pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu. Mana tidaknya seingat aku hampir
10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak. 
Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
 
Langsuir
 
Budak Sekolah (merayau-rayau)
 
Wanita Tua
 
Bas Lama
 
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
 
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
 
Pontianak
 
Hantu Pocong
 
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
 
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).
 
 
 
MAKA TERSEBUTLAH KISAH....
 
Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni...dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..

  
Lebuhraya Karak 
Lebuhraya karak mula dibina pada 
1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland. 
  
1.
 Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuhtermasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta. 
2.
 Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur". 
3. Volkswagen kuning
 
Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga.....
 
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar 
radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dariJelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus.... 
4. Kereta Misteri
 
KARAK - Penemuan sebuah kereta
 Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri. 
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari 
Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. 
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
 
"Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
 
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.
 
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
 
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.
 
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.





 
Usaha mengangkat



Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di"semadikan" semula di bawah jambatan tersebut!
 
(sumber dari kosmo!)
 
  
Jalan Lama Karak 
1.
 Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni....nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik...Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).
  


 
Jalan Lama Karak



2.
 Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram! 
3. 
Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasanhutan@kampung....Sampai  di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?. 
4. 
Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang.. 
5.
 Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa. 
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di
 KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap. 
6
. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80'an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "temperature"naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya....lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur! 
  
ANTARA LEBUH RAYA YANG BERHANTU :- 
GURUN, KEDAH 
SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 
'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. 




 
Kancil yang terbabas



Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai 
Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu. 

Semasa kejadian pukul
 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. 
"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.
 
"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.
 
(sumber dari Kosmo!)
 

No comments:

Post a Comment