MENU| Home | Facebook

Tuesday 8 July 2014

WANITA DAKWA DIHUBUNGI MENDIANG NENEK MENERUSI SEBUAH GAMBAR SELFIE

PELIK!! WANITA DAKWA DIHUBUNGI MENDIANG NENEK MENERUSI SEBUAH GAMBAR SELFIE | Gina Mihai menerima kejutan dari alam barzakh. Wanita yang berasal dari Romania ini mendakwa dihubungi mendiang nenek beliau selepas menemui sebuah selfie yang angker di dalam telefon bimbit beliau. Di dalam fotoyang anda boleh lihat di bawah, nenek Gina kelihatan sedih dan leher beliau dijerut oleh seekor ular. Menurut kepercayaan orang Romania ini bermakna nenek Gina kini sedang diseksa di alam barzakh kerana dosa beliau semasa hidup. Oleh sebab itu gereja - gereja beredekatan rumah Gina kini melakukan upacara berdoa bagi meminta Jesus mengurangkan seksaan terhadap nenek Gina. Menurut Gina lagi nenek beliau mungkin terseksa kerana beliau sendiri tidak meletakkan makanan pada kubur nenek beliau selepas pengkebumian. Amalan tradisi ini dipercayai dapat membantu roh mereka yang telah meninggal dunia untuk lebih aman di barzakh.

Nampaknya roh juga sudah pandai selfie. Oleh sebab itu bolehlah dikatakan selfie kini sudah terlalu mainstrem sehingga roh juga boleh mengambilnya di dunia lain tanpa memerlukan telefon pintar.
READ MORE- WANITA DAKWA DIHUBUNGI MENDIANG NENEK MENERUSI SEBUAH GAMBAR SELFIE