MENU| Home | Facebook

Monday, 6 May 2013

pembunuhan paling kejam dalam sejarah Malaysia,kes Mona Fendi

dari tgh hari sampai petang aku habiskan masa baca pasal perbicaraan kes Mona Fendi ni. mula2 aku cuma tahu yang kes ni pasal mayat dikerat 18. setelah aku baca perbicaraan kes ni, keterangan saksi, keterangan ketiga2 tertuduh, mmg ngeri bak ang!! so aku nak simplifykan kat sini pasal kes yang aku baca ni. aku baca benda ni dari laman web, ditulis oleh seorang wartawan yang pada ketika itu bertugas dlm mahkamah masa perbicaraan kes ini berlangsung pada 1994.
si mati, Datuk Mazlan Idris, bekas ADUN Batu Talam, Pahang, telah dibunuh dan mayatnya dikerat 18 bahagian. nak tengok camne dia kena kerat? tgk pic bawah ni.
kejadian berlaku lebih kurang masa tgh malam, 2 Julai 1993 dekat rumah Mona Fendi and suami dia kat Ulu Dong, Pahang. Ni ha gmbr umah diorang. mmg menyeramkan!!
Tertuduh pertama ialah Juraimi Husin, pembantu Mona dan suaminya, tertuduh kedua, Mohd Affendy Abd Rahman dan tertuduh ketiga ialah Maznah Ismail iaitu Mona Fendi (nama gelaran). caye tak yg Mona Fendi ni pernah jadi penyanyi dan ada keluarkan album dan pernah tercalon dlm Muzik2 tp tersingkir masa pusingan pertama? aku pun baru tahu pasal ni sbnrnya. dlu tak baca sangat kes ni dgn detail. 
Mona dgn suami dia seorang bomoh. yg si mati ni, ada kaitan dgn dua manusia ni sbb dia nak jd Menteri Besar Pahang, so dia gunakanlah khidmat bomoh pasangan suami isteri ni. yg Juraimi Husin tu, mcm anak angkat dorang la, kira pembantu dorang, dia menurut je kata si Mona dan suaminya tu. Perbicaraan kes ni berlangsung di Mahkamah Tinggi Temerloh pada tahun 1994.
Malam 2 Julai tu, pembunuhan berlaku di bilik air rumah dorang. masa tu konon2 diorang nak mandi bunga kan Datuk ni. Datuk tu dalam keadaan terbaring, sedangkan sepatutnya kebiasaannya mandi bunga dlm keadaan duduk kan? Kat sini dah timbul keraguan. kata tertuduh pertama, Juraimi, dia dengar upacara ni utk buat ibu duit, macam nak gandakan wang la. masa hari kejadian, Datuk Mazlan ada keluarkan wang RM200 000. kemudian mengikut keterangan tertuduh pertama, suami mona, Affendy, arahkan dia utk tetak leher mangsa hingga putus. dia mengaku melakukan tetakan dengan kapak sebanyak tiga kali. dua kali yg pertama leher tak putus, kali ketiga baru putus. 
"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga

kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan 
daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi 
dalam keterangan membela diri.

Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi. Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong 18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin dan mencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya. Ngeri bukan? aku sampai naik loya baca benda ni. aku bukan boleh benda2 mcm ni, sbb tu takmo jadi doctor. tp gatai lak nak jadi peguam. padahal peguam pun kena deal ngan kes2 ngeri mcm ni gak. huhuhu.

ok sambung lagi. keterangan ketiga2 tertuduh ni mmg bercanggah dan berbeza antara satu lain. tertuduh pertama, Juraimi menegaskan bahawa dia dalam keadaan tak sedar masa pembunuhan tu berlaku. dia hanya menurut apa yg diarahkan oleh Mona dan suaminya. lepas dia tetak mangsa, Mona dan suaminya bergegas ke KL menggunakan kereta si mati, dan meninggalkan tertuduh pertama seorang diri di rumah tu dengan upah rm180 sebagaimana yg dikatakan oleh tertuduh pertama. dia diarahkan oleh Mona utk menanam mayat itu. kemudian beberapa hari kemudian, sepupu mangsa datang ke rumah tu mencari mangsa. dia bertanyakan ke mana Mona dan suaminya pergi, Juraimi hanya menjawab tidak tahu. selepas sepupu mangsa datang, Juraimi terus menanam senjata pembunuhan iaitu kapak dan parang yg digunakan untuk melapah mayat mangsa. 

manakala bg pihak tertuduh kedua dan ketiga pula, mereka memberi keterangan bahawa semasa mereka sedang dlm upacaran nak mandi bunga kan si mati tu, Juraimi tiba2 masuk dengan sebilah kapak dan menetak leher mangsa. kat sini pun dh timbul keraguan, masa hujah penggulungan, pendakwaraya berkata, kalau betul Juraimi tiba2 masuk dan menetak leher mangsa, sudah tentu tangan Affendy dan Mona turut terkena tetakan sbb Affendy kata masa tu dia tengah mengusap wajah si mati manakala Mona sedang menjirus air ke muka si mati.
berikut adalah penggulungan hujah Timbalan Pendakwaraya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh ialah:
"Bahawa kamu di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah
malam 8 Julai 1993, di sebuah rumah tanpa nombor, di Kampung Peruas,
Ulu Dong, dalam daerah Raub di dalam negeri Pahang, dengan niatbersama
seperti yang ditakrifkan oleh Seksyen 34 Kanun Keseksaan, telah melakukan
kesalahan bunuh, iaitu menyebabkan kematian YB Datuk Idros @ Mohd
Mazlan Idris (nombor kad pengenalan 1317702) dan dengan itu kamu telah
melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama."
Fakta yang tidak dipertikaikan di sini ialah:
1. Pada hari pembunuhannya Datuk Mazlan telah mengeluarkan wang hampir RM300,000 dari beberapa bank di Kuala Lumpur.
2. Jasad yang ditemui dalam lubang stor di rumah yang didiami oleh Juraimi, Affandi dan Mona di Ulu Dong adalah jasad Mazlan.
3. Mazlan telah dibunuh di rumah tempat kediaman ketiga-tiga tertuduh pada 2 Julai 1993 jam lebih kurang 11.30 malam.
4. Pada masa kejadian ketiga-tiga mereka berada di situ.
5. Ketiga-tiga tertuduh mengenali Mazlan beberapa bulan sebelum kejadian.
6. Juraimi telah membawa pihak polis kepada penemuan senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.
Apa yang dipertikaikan di sini ialah siapakah yang bertanggungjawab
dalam pembunuhan itu.
- Juraimi mengatakan dia telah menetak leher Mazlan kerana arahan Affandi dan Mona. Sebulan sebelum kejadian, Affandi dan Mona telah membuat rancangan untuk membunuh Mazlan dan dia diminta memberikan kerjasama.Semasa menetak itu dia dalam keadaan tidak sedar.
- Affandi dan Mona pula di satu pihak mengatakan pada malam kejadian ketika mereka menjalankan upacara mandi bunga ke atas Mazlan, Juraimi dengan tiba-tiba seperti orang hilang pedoman menetak leher Mazlan. Motif Juraimi berbuat demikian kerana cemburukan hubungan Mazlan dengan Noraini.
Bagi pihak pendakwa pula, pembunuhan itu adalah hasil perancangan bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan pada 2 Julai 1993.Dalam usaha membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh,
pendakwaan bergantung kepada peruntukan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30 Akta Keterangan. Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan:
"Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa ramai orang
bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada
mereka itu adalah bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti seolah-
olah perbuatan itu telah dilakukannya olehnya."
Ini bermakna walaupun Juraimi yang menetak leher Mazlan sehingga membawa maut, Affandi dan Mona adalah dianggap turut membunuh Mazlan kerana mereka bertiga telah merancangkan pembunuhan itu bersama-sama.Pembunuhan itu adalah satu operasi yang dirancangkan bersama-sama oleh
ketiga-tiga tertuduh. Tetakan pada leher Mazlan dan kemudian jasadnya dikerat-kerat dan lapah dagingnya adalah bukti niat untuk membunuh.Tugas setiap tertuduh telah ditentukan lama sebelum kejadian:
- Satu lubang yang besar dan dalam digali oleh Juraimi beberapa hari sebelum kejadian
- Juraimi telah mengasah kapak, Affandi dan Mona setiap seorang mengasah sebilah parang yang akan digunakan dalam pembunuhan itu,
- Affandi dan Mona akan berpura-pura menyediakan Mazlan untuk membuat ibu duit dengan membaring dan mendongakkan kepalanya,
- Juraimi akan menetak leher Mazlan,
- Mayat itu akan dikerat-kerat dan dilapah, kemudian ditanam dalam lubang stor dan disimen supaya pembunuhan itu tidak dapat dikesan.
Seksyen 30 Akta Keterangan pula memperuntukkan:
 "Apabila lebih daripada seorang dibicarakan bersama atas suatu kesalahan yang sama, dan pengakuan salah yang dibuat oleh seorang daripada mereka yang menjejaskan dirinya dan beberapa orang lain itu terbukti,   mahkamah boleh menimbangkan pengakuan salah itu bagi menentang orang yang lain itu dan juga bagi menentang orang yang membuat pengakuan salah itu."
Ini membawa maksud apabila Juraimi mengaku menetak leher Mazlan di atas arahan Affandi dan Mona, keterangan Juraimi mengesahkan pembabitannya dalam rancangan pembunuhan itu boleh digunakan terhadap Affandi dan Mona untuk membuktikan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.Dalam kes ini, Juraimi melalui keterangannya di mahkamah dan percakapan beramarannya telah mengaku menetak leher Mazlan seperti yang dirancang oleh mereka bertiga.Dia juga dengan percakapan beramaran Mona yang menyebut perancangan mereka bertiga untuk membunuh. Percakapan Mona boleh digunakan terhadap Juraimi dan Affandi.Saya berhujah bahawa adanya niat bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan.

Ketiga2 tertuduh telah didapati bersalah sebulat suara oleh para juri, dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.
TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH

TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN

DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN
TEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara
bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris
di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993. 
Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori. 


ni aku ringkaskan je. mmg panjang sbnrnya perbicaraan kes dia, macam2 fakta, macam2 keterangan yang bercanggah dan hujah2 para peguambela, buat aku rasa teruja gila baca kes ni. hope lepas ni takda dah kes berprofil tinggi macam ni kat Malaysia. ngeri aihhh. pasni aku sambung g pasal 5 pembunuhan paling kejam kat Malaysia ni. dan yg number satunya kes ni la. nak tengok muka Mona Fendi, Affandi (suami Mona) dan Juraimi? ni ha gmbr diorang. 

yg pompan tu Mona, yg pakai spec tu Juraimi, and yg bwh tu suami Mona.
tgk la senyuman Mona, psiko gila kan?

1 comment:

  1. Sorry bro.. nak betulkan skit je.. gambar rumah yg bro siarkan tu, rumah mona fandy yg kat shah alam.. aku pernah masuk mase time gile2 carik entiti dulu.. rumah pembunuhan tu rumah kayu kat pahang.. peace.. (:

    ReplyDelete