MENU| Home | Facebook

Thursday 31 January 2013

Rumah sewa rm50 seksyen 2 shah alam

Pernahkah ada terdengar cerita tentang rumah sewa yang berhantu di seksyen 2 shah alam..

Pemiliknya hanya mengenakan rm50 sebagai bayaran dan peraturannya jangan membawa banyak barang masuk kedalam rumah..

Cerita tentang rumah ini sudah lebih kurang 10 tahun berlaku..
Pada ketika itu suasana rumah itu memang seram..

Penghuni yang tinggal di situ adalah kebanyakan pelajar..
Penghuni di situ selalunya dapat bertahan beberapa hari sahaja di situ kerana diganggu makhluk halus yang mendiami rumah tersebut..

Anda boleh membaca cerita2 tentang rumah ini di blog-blog..

Tetapi sekarang rumah ini dikatakan telah dibeli oleh seorang Arab dan telah dicat cantik serta tidak menyeramkan lagi..

Dibawah ini saya sertakan gambar rumah yang menyeramkan yang diambil beberapa tahun lalu..

READ MORE- Rumah sewa rm50 seksyen 2 shah alam

Cerita tentang rumah sewa rm50

Ini saya sertakan cerita tentang rumah sewa rm50 di shah alam yang tersebar di internet beberapa tahun lalu..
Benar atau tidak hanya penulis asal cerita ini yang tahu..


Ceritanya begini...
Sembilan tahun lepas aku
dapat sambung belajar di
UiTM Shah Alam. Jadi perkara
pertama yang perlu difikirkan
adalah tempat tinggal sebab
aku tidak dapat hostel. Oleh
sebab kerajinan &
keprihatinan aku dan kawan-
kawan,maka dapatlah kami
rumah sewa, berdekatan
seksyen 2. Berhampiran
dengan Wet World.


Rumah tu banglo 2 tingkat 4
bilik. 3 bilik dekat atas dan 1
bilik dekat bawah. Kami
semua berlapan,kiranya 2
orang untuk 1 bilik lah. Aku
ringkaskan sajalah, kami
masuk rumah tu dengan
perasaan berbelah bahagi;
gembira, suka, pelik, rimas,
takut semua ada.


Pertama,tuan umah
hanya kutip rm50
saja sebagai deposit
dan sewa pertama
hanya bayar bila
masuk bulan kedua
kami duduk rumah
tu. Kiranya bulan
pertama percuma
lah….[?]
Kedua,tuan rumah
tak bagi kami bawa
barang banyak-
banyak sebab nanti
penat nak angkat
balik, terangnya…
Ketiga,pokok ara
tepi umah tu sangat
besar sampai
dahannya boleh
masuk tingkap bilik
atas.
Malam pertama duduk rumah
tu kami tidak tidur sebab
sibuk punggah dan kemas
barang serta layan serta layan
dvd korea. Cerita seramnya
berlaku semasa hari kedua.
Tak payah nak tunggu malam,
siang-siang pun kami dah
kena kacau. Azmi “dagu”
orang pertama kena.
Masa tu baru pukul 10.30
pagi [anggaran aku la], si Azmi
ni bangun nak buang air
besar. Jadi dia pergilah bilik
air di bawah tu tapi ada orang
di dalam [sebab pintu
tertutup]. Bilik air atas rosak,
tuan umah kata nanti dia akan
betulkan. Tunggu punya
tunggu, tak keluar-keluar
orang dalam tandas tu. Jadi
Azmi ni memekik la suruh
cepat sikit keluar sebab dia
tak tahan. Akibat jeritan si
Azmi ni, habis satu rumah
bangun pergi tengok apa hal.
Yang peliknya, kami berlapan
semua ada, habis siapa dlm
tandas ni? Pintu tandas
berkunci siap ada bunyi orang
flush jamban lagi. Dalam
ramai-ramai ni,Lan seorang
saja yg berani sikit [mungkin
fasal dia ni keturunan bugis],
dia rentap pintu tandas tu
sampai terbuka. Tak ada orang
tapi daripada kesan yang
ada,pintu tu memang dikunci
daripada dalam. Akhirnya
Azmi tak jadi berak, mungkin
sebab takut.
Malam tu kami kena lagi
teruk.
Masa aku nyenyak tidur
malam tu tiba-tiba ada orang
tarik kedua-dua belah kaki aku
sampai aku terjatuh katil.
Kepala aku terhentak dulu di
lantai! Apa lagi,angin la aku
sebab ingat budak-budak nak
main-mainkan aku tapi bila
bangun tak nampak orang
pulak. Yang ada cuma Lan
yang tengah membuta dekat
katil atas. Aku tak rasa Lan
yang buat sebab mesti dia
tidur mati. Bila aku keluar
bilik, aku dengar budak-budak
tengah ketawa. Rupanya
diaorang tengah layan DVD
dekat hall bawah. Aku pun
masuk bilik balik sebab masih
bingung tapi baru ak perasan
masa aku tengah jengah ke
bawah tadi aku perasan Lan
ada!! Bukan ke tadi aku
nampak dia tengah membuta
dalam bilik? Ahh sudah.
Dengan perasaan berani-
berani takut aku tengok atas
katil Lan ada bonjol bawah
selimut,kiranya macam ada
orang lah. Aku tarik kain
selimut tu and guess what?
Ada batu nisan yang dah retak
dan secara automatik bilik aku
diselubungi bau hapak dan
hanyir yang menusuk.
Masa ni jangan tanya aku lah
apa aku buat sebab kalau
benda ni jadi dekat korang
pun takkan nak tinggal dalam
bilik tu lagi betul tak? Aku
rasa kaki aku dah tak jejak
tanah sebab lari laju sangat.
Aku lari keluar bilik tu dan
pergi ke hall sebab nak
beritahu kawan-kawan aku
tapi yang macam haram
jadahnya tak ada seorang pun
ada dekat hall. Nak tahu man
diorang pergi? Semua dah
duduk dekat luar rumah!
Rupanya awal-awal lagi
diorang dah kena kacau. Yang
laknatnya, tak ada seorang
pun nak kejutkan aku….taik
betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku,
kami berbincang nak buat apa
sebab sekarang sudah pukul 3
pagi. Nak minta tolong tok
imam,rumah tok imam pun
kami tak tahu. Nak minta
tolong jiran, kiri kanan rumah
kami cina. Akhirnya Salleh
ajak lepak restoran Hakim
sampai pagi. Bunyinya macam
senang tapi masing-masing
semua tak pakai baju dan
pakai boxer dengan kain
pelekat saja. Mahu tak mahu
terpaksalah kami masuk
rumah tu balik sebab nak
ambil seluar, dompet dan
kunci motor.
Oleh sebab bilik Bob dan
Naim saja yang ada di bawah,
maka kami ambil keputusan
nak pinjam baju n seluar
mereka. Masing-masing takut
nak naik tingkat atas. Dompet
pun aku tinggal. Masing-
masing berpakat guna duit
Naim dahulu. Nasib baik kunci
motor kami sangkut dekat
dinding [tempat penyangkut].
Masa nak keluar dari rumah
tu, Wak perasan ada budak
perempuan dekat pintu dapur
tengah senyum sambil lambai
tangan dekat dia. Aku pun
terperasan budak tu juga
lepas aku tengok muka Wak
bertukar pucat lesi. Senyuman
budak tu buat aku rasa
macam nak terkincit dalam
seluar. Kepala lutut aku
menggigil sampailah dekat
restoran Hakim!
Lepas sampai restoran Hakim,
masing-masing sibuk buka
cerita termasuk aku sekali lah.
Mula-mula Wak cerita, malam
tu lebih kurang pukul 12
lebih,dia sibuk download lagu
tiba-tiba ada bunyi macam
orang baling batu dekat
tingkap bilik dia. Bila dia
jengah,dia nampak ada
seorang perempuan duduk
dekat atas pokok kayu ara
sebelah rumah tu, pakai baju
putih kekuningan dan koyak-
koyak dengan rambut panjang.
Yang sadisnya,perempuan
hodoh tu boleh senyum dekat
dia pulak. Wak ni apa lagi
terus tutup tingkap dan keluar
pergi bilik dia n terus pergi
bilik aku lah kononnya.
Malangnya, lagi seekor hantu
pulak duduk dekat depan
pintu bilik dia tapi kali ni
hantu budak. Jadi dia ambil
keputusan terjun tingkap bilik
dia ke bawah. Akibatnya, kaki
dia terkehel. Nasib baik tak
patah.
Azmi “dagu” pula cerita dia
nampak ada budak perempuan
lambai tangan dekat dia [yang
ini, aku pun kena juga ok].
Aku pasti budak itu bukan
manusia sebab dia tak ada
kaki! Sam pula cerita dia
nampak hantu tu dekat siling
umah! Bila buka saja mata,
hantu itu betul-betul “eye to
eye” dengan dia. Kiranya
semua kena kacau lah ni. Dan
aku orang akhir sekali cerita.
Aku cakap lah dua-dua kaki
aku kena tarik masa tidur
sampai kepala aku terhentak
dekat lantai. Lepas itu aku
cakap lah yang aku nampak
diorang tengah layan dvd
dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba
menyampuk “Bila masa pulak
kami tengok dvd ?”. Rupa-
rupanya tiada seorang pun
yang tengok dvd pagi
tersebut! Jadi, siapa yang aku
nampak?! Haru betul…..kaki
aku yang dari tadi menggigil
makin bertambah kuat
gigilnya.
Tengah sibuk berborak,aku
terbau sesuatu yang kurang
enak. Kawan-kawan aku yang
lain pun terbau juga. Rupanya
Azmi ni tadi dah terkencing
dalam seluar sebab takut
sangat. Nasib baik malam tu
tak ramai sangat orang dekat
Restoran Hakim tu. Malu
betul! Aku pulak ternampak
Sam pakai selipar sebelah lain.
Daripada sibuk-sibuk bercerita
seram terus jadi cerita kelakar
pulak.
Tengah ketawa, baru kami
perasan Salleh dengan Naim
tak ada bersama kami. Yang
ada cuma kami berenam. Aku,
Azmi Dagu, Sam banjar,Wak,
Bob dengan Lan. Dalam
ramai-ramai tu cuma Bob
seorang yang bawa HP, jadi
kami cuba telefon Naim tapi
tak ada orang angkat. Telefon
Salleh pula, sama juga tak ada
orang angkat. Kemudian Lan
ambil HP Bob tu, dia baca apa
entah agaknya lepas tu tahu
apa jadi? Dengar suara
perempuan menggilai! Gila-
gila punya ngilai sampai
meremang bulu roma aku.
Kami berenam terus terdiam.
Akhirnya kami sepakat akan
tunggu sampai pagi esok baru
balik rumah itu semula dan
cari Naim dengan Salleh.
Lepas dengar suara
perempuan menggilai dalam
HP tu, tiada seorang pun yang
buka mulut sehinggalah
subuh!
Pukul 7.30 pagi baru kami
blah dari Hakim. Hati aku
masih lagi kuat berdebar-
debar. Yang lain-lain aku
tahulah. Sampai dekat depan
rumah, aku tengok pintu
rumah dengan pagar terbuka
seluas-luasnya. Kalau pencuri
masuk ni, memang dia akan
kaya sebab laptop, wallet
dengan HP kami semua
dibiarkan macam itu saja.
Bulu tengkuk aku masih lagi
meremang. Tak ada seorang
pun berani masuk rumah itu
dahulu Aku ingat, ada lah
20-30 minit kami duduk
tercangak-cangak dekat depan
rumah sebab tak berani
masuk. Entah macam mana
agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la
kata hantu tu yang telefon
masuk umah. Lan angkat.
Sebenarnya dalam ramai-
ramai, Lan lah yang paling
berani tapi kadang-kadang
penakut juga lah. Pihak
hospital telefon, katanya Naim
ada di wad kecemasan
hospital Klang. Kemalangan
katanya. Pihak hospital kata,
ada miss call dari nombor hp
Bob, sebab itu dia telefon
nombor Bob. Oooo baru aku
faham. Yang peliknya Naim
kemalangan?
Masing-masing serba salah
jadinya. Bingung pun ya juga.
Tak tahu sama ada nak
melawat Naim di hospital
Klang atau cari Salleh yang
hilang. Akhirnya kami telefon
tuan rumah untuk tengok apa
yg patut. Aku dengan Sam
pulak pergi hospital Klang
tengok keadaan Naim. Kalau
memang tenat sangat, aku
akan beritahu yang lain suruh
datang. Yang lain aku suruh
cari Salleh keliling umah,
takut-takut dia kena sorok.
Kami masing-masing hanya
bertawakal. Masa dalam
perjalanan ke hospital Klang,
aku pun tak tahu Sam pecut
sampai berapa tapi hati aku
masih lagi kuat mengatakan
bahawa perkara ini belum
habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari
Naim. Sebak sungguh hati aku
tengok keadaan Naim yang
parah. Kaki dia teruk. Doktor
kata kena lenyek dengan
kereta atau sesuatu. Kes
langgar lari. Naluri aku kuat
mengatakan bahawa umur
Naim ni tak panjang sebab
darah keluar membuak-
membuak. Sam tak sanggup
tengok, air mata dia berjurai-
jurai keluar. Doktor pun
cakap Naim ni sudah nyawa-
nyawa ikan, tak dapat nak
tolong banyak. Aku duduk tepi
Naim, dia boleh bercakap lagi
tapi sangkut-sangkut. Dia
mintak maaf sebab
menyusahkan kami. Berulang-
ulang kali dia minta maaf tapi
aku masih lagi tak dapat
tangkap apa yang dia cakap.
Akhirnya dia meninggal juga.
Aku gagahkan hati aku telefon
kawan-kawan yang lain
beritahu kematian Naim. Aku
tengok Sam terduduk tepi
balkoni dengan mata merah
sebab nangis banyak sangat.
Tak lama lepas itu keluarga
Naim datang. Aku tak anggup
nak tunggu lagi dan ajak Sam
balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku
tengok ramai gila orang
tengah cari Salleh tapi tak
jumpa-jumpa. Habis satu
umah digeledah. Akhirnya ada
orang tua dekat situ minta
tolong dengan seorang ustaz.
Aku tak ingat apa nama ustaz
itu tapi lepas Asar baru kami
jumpa Saleeh duduk dekat
atas busut belakang rumah.
Yang hairannya, sudah 5,6
kali orang cari tapi tak ada
pula jumpa dia dekat situ. Tak
kisahlah janji dapat jumpa
balik Salleh. Kami semua
ambil keputusan pindah dari
rumah hari itu juga.
Kebetulan dekat seksyen 7
[pintu belakang UITM] ada
satu rumah untuk disewa, jadi
kami pindah situ lah. Barang-
barang Naim kami angkut
sekali. Terus terang aku cakap,
memang aku angin gila tengok
muka tuan rumah sebab tak
beritahu yang rumah ini
“keras”.patut lah dia suruh
bayar rm50 saja dulu dan tak
bagi bawa barang banyak-
banyak. Chisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat
dikebumikan di
Raub,Pahang.


Seminggu lepas Itu,keadaan
sudah ok sikit cuma Salleh
saja yang sakit-sakit badan.
Akhirnya mulut aku tergerak
nak tanya Salleh apa yang
berlaku sebenarnya sebab
sebelum Naim meninggal dia
ada cakap dekat aku suruh
tanya Salleh satu rahsia.
Rupanya masa hari pertama
kami masuk rumah tu, Naim
dengan Salleh sudah buat hal.
Dia cangkul busut dekat
belakang rumah tu. Naim pula
kuis-kuis dengan kaki dia.
Mungkin sebab itu lah kaki
dia parah [dalam hati aku
lah]. Kemudian Salleh
cerita,kn ada malam yg kitorg
satu uma kena kacau tu dia
dengan Naim pun kena juga.
Tapi hantu tu siap kejar
diorang sampai dekat jalan.
Diorang punya la cuak sampai
lari ke tengah jalan. Entah
mana datangnya kereta tiba-
tiba hentam mereka. Naim
tercampak tengah jalan, dia
pulak dekat tepi jalan. Datang
kereta lain terus lenyek kaki
Naim. Lepas tu, Salleh kata
dia terus tak sedar apa-apa
sampailah kami jumpa dia
atas busut tu. Yang
peliknya,macam mana dia
boleh duduk atas busut
sedangkan dia kata dia lari
dekat tengah jalan besar?
Kenapa Naim seorang yang
kena teruk?


Akhirnya aku dapat jawapan
sebenar. Tak lama lepas Salleh
cerita dengan aku, dia jatuh
sakit. Tak tahulah sakit apa
tapi 3 bulan kemudian dia
meninggal. Keluarga dia
sendiri kebingungan sebab
doktor pun tak tahu sakit
Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni
ada kaitan dengan busut yang
diorang gali tu. Aku dengan
geng-geng aku yang lain
sempat ziarah arwah Salleh.
Paling tak boleh tahan Bob
sebab dia roomate dengan
Naim. Memang aku tau dia
sedih sangat. Yang tak boleh
lupa, kami semua menangis
masa angkat jenazah Salleh.
Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam
banjar,Wak, Bob dan Lan,
semua sekali selamat habiskan
pengajian di UITM. Buat Naim
dan Salleh, kami tetap akan
ingat korang sampai bila-bila.


Al- fatihah
Ops..Rumah banglo dekat
seksyen 2 itu sampai sekarang
ada lagi [agaknya]. Tiap kali
aku lalu kawasan situ mesti
aku rasa sedih sangat. Lagi
satu,masa hari terakhir kami
di rumah tu, Wak tertinggal
hp dia dekat bilik atas. Jadi
pada siapa-siapa yang berani,
boleh lah ambil hp tu tapi itu
pun kalau korang berani la…
nokia 3310
READ MORE- Cerita tentang rumah sewa rm50

Wednesday 30 January 2013

Misteri hotel bekas tapak hospital lama

Di kuala lumpur terdapat satu hotel yang didirikan di atas bekas tapak hospital..nama hotel ini terpaksa saya rahsiakan untuk menjaga nama baiknya..



Menurut cerita ramai penginap di hotel ini diganggu oleh kelibat yang menyerupai pontianak yang bermain-main diatas katil..
Jadi dari itu tidak ramai yang berani menginap di hotel tersebut kerana takut.



Kebanyakkan penginap di hotel tersebut adalah pengunjung dari luar yang tidak mengetahui sejarah hotel tersebut..
Jadi berhati-hatilah ketika memilih hotel tempat menginap
-admin
READ MORE- Misteri hotel bekas tapak hospital lama

cara mengenalpasti jin yang menyamar

Di sini saya ini menceritakan cara untuk membezakan antara haiwan betul dengan jin yang menyerupai haiwan..

Jin biasanya menyamar menjadi haiwan-haiwan seperti kucing,ular dan sbagainya..

Cara untuk membezakannya ialah dengan melihat matanya,
Jin yang menyamar tidak berkelip matanya...jika kucing cuba gosok dibawah dagunya,kucing biasanya akan menutup matanya tapi berbeza jika itu adalah jin kerana matanya xakan berkelip..

Selain itu bulu roma akan meremang jika berhampiran dengan jin yang menyerupai haiwan ini.

Jin selalunya akan menyerupai binatang dengan warna hitam atau putih..

READ MORE- cara mengenalpasti jin yang menyamar

Tuesday 29 January 2013

kisah seram UITM Lendu Melaka

kalau dulu heboh tentang orang minyak di uitm lendu melaka yang menganggu serta mencuri barangan milik pelajar..kelingan barang juga disertakan dengan nota...
gambar hiasan
sekarang ini kecoh dengan kelibat-kelibat pontianak yang mengganggu pelajar di asrama lelaki dan perempuan..
google images


uitm ini memang banyak berlaku kes-kes histeria dan macam-macam peristiwa seram..



disini juga terdapat tasik yang menyeramkan...yang dipercayai sesiapa yang melalui tasik ini pada waktu malam akan diganggu...


admin-tapi kebenaran cerita ini hanya pelajar disini yang dapat membuktikannya...



READ MORE- kisah seram UITM Lendu Melaka

Penanggal


Penanggal



Penanggal menurut kepercayaan ramai adalah manusia biasa tetapi sebagai balasan atas permintaannya Yang telah dipenuhi dia telah dipaksa untuk menjadi penanggal sehingga dia membunuh suatu jumlah orang,selalunya adalah 21 orang atau nombor ganji yang lain..
google image




Sebagai contoh jika anda telah membuat perjanjian dengan jin supaya membunuh seorang yang anda kehendaki @ permintaan ingin menjadi cantik dan setelah permintaan anda telah dipenuhi sebagai ganjarannya anda perlu menjadi penanggal dan perlu membunuh 21 orang lagi…itulah niat jahat syaitan untuk menyesatkan manusia..




Menurut kepercayaan penanggal digambarkan sebagai kepala manusia berserta isi perut tanpa tubuh badan yang beterbangan..tetapi menurut pakar penanggal hanyalah kepala semata-mata yang beterbangan mencari mangsa..
google image




Menurut pakar penanggal ini takut kepada benda-benda tajam seperti paku dan sebagainya..menanam pokok lidah buaya,kaktus @ pokok-pokok yang berduri juga boleh menghindari dari si penanggal ini.. 


google image


Penanggal menyukai darah orang bersalin dan memakan uri-uri bayi yang baru dilahirkan..
Sebab itu pakar menggalakkan uri bayi ditanam dengan benda-benda tajam seperti paku @ pensil untuk menjauhkan daripada penanggal…




Admin-jika dihutan ada saksi yang melihat penanggal dengan is-isi perut yang terburai..
READ MORE- Penanggal

POCONG


Pocong

Pocong atau juga dipanggil hantu bungkus juga dipanggil gula-gula oleh sesetengah orang merupakan sejenis hantu yang dipercayai rupa bentuknya seolah-olah mayat yang berkhafan..

google image

pocong selalunya dipelihara oleh penuntut ilmu supaya mengikut segala suruhannya,tetapi apabila tuannya mati pocong akan menyerupai tuannya dan mengganggu ahli keluarga dan orang-orang disekelilingnya..

seperti yang diketahui pocong meloncat-loncat untuk bergerak dan menakutkan orang tetapi ada yang berpendapat  bahawa pocong sebenarnya terbang kerana kaki hantu tidak menyentuh lantai.
google image


ADMIN:POCONG JUGA SUKA MENYAMAR JADI BANTAL GOLEK,,,,

READ MORE- POCONG

Sunday 27 January 2013

PONTIANAK


Pontianak 


Menurut cerita orang dulu-dulu Pontianak dikatakan wujud hasil daripada wanita yang mati ketika melahirkan anak..kedua-dua ibu dan anak mesti mati barulah ia menjadi Pontianak..


google image
Pontianak juga disebut kuntianak di Indonesia..selain itu nama lain bagi Pontianak adalah kakak cantik,cik pon,ponti,kunti dan sebagainya mengikut sesuatu tempat..


Tapi menurut pakar Pontianak adalah di kalangan jin atau manusia yang membezakannya adalah amalannya…mungkin ada maksud yang tersirat yang diperkatakan oleh pakar ini…


google image
Pontianak digambarkan sebagai suatu makhluk yang menyerupai manusia berpakaian serba putih dengan rambut yang panjang dan rupa yang menakutkan..


Pontianak dikatakan suka mengilai untuk menakutkan mangsaa-mangsanya..jika kita terdengar hilaian yang jauh awas kerana kemungkinan Pontianak ini berada sangat dekat dengan anda..tetapi jika anda mendengar hilaian yang dekat kemungkinan dia masih berada jauh dangan anda..


Pontianak juga gemar membaling batu dari atas pokok untuk menakutkan mangsanya..jika mangsanya memandang keatas untuk melihatnya orang itu akan berada dalam bahaya kerana Pontianak itu akan mengikutnya.. 
                             

Pontianak juga dikaitkan dengan selendang Pontianak,menurut kepercayaan sesiapa yang menemui selendang Pontianak hajatnya akan dikabulkan…selendang ini digambarkan sebagai satu selendang yang bewarna putih..


Menurut kata orang-orang tua jika kita memaku tengkuk Pontianak dia akan menjadi perempuan cantik tetapi menurut sesetengah orang memaku tengkuk lebih kepada mengunci Pontianak daripada mengganas…



Admin-bacalah surah 3 kul sebelum melangkahkan kaki ke rumah utk mengelakkan jin   mengikut  masuk kedalam rumah…





READ MORE- PONTIANAK