MENU| Home | Facebook

Tuesday, 21 May 2013

Kisah Seram Abang Polis


# sebelum melangkah lebih jauh adalah dinasihatkan kepada semua yang berumur 13 tahun ke bawah sila dapatkan nasihat atau tunjuk ajar orang yang lebih tua kerana cerita ini mungkin akan menakutkan anda..begitu juga bagi mereka yang lemah semangat mintak sape2 teman kan masa baca cerita ini.
Begini cerita nya :
Kejadian berlaku di sebuah balai polis di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh tuan empunya badan kepada uwan saya dan uwan saya yang menceritakan kepada saya.

Hari itu seperti biasa pukul 7.00 malam En Kassim bertugas di balai polis. Tiba-tiba balai polis telah menerima satu panggilan yang mengatakan ada satu kemalangan maut telah berlaku berhampiran dengan Pekan Batu Kikir..alah dekat-dekat dengan jambatan bosi tu..
En Kassim dan beberapa anggota nya bergegas ke tempat kejadian..sampai di tempat kejadian dilihat nya sebuah kereta telah bertembung dengan sebuah motosikal…kereta itu tidak la teruk sangat tahap keremukan nya tetapi motosikal tersebut totally hancur.
Apa plak nasib penunggang nya? bisik hati En Kassim..tak jauh dari situ nampak orang ramai tertumpu kepada satu tubuh yang terbujur di tepi jalan..tak lain tak bukan tubuh penunggang motosikal.Nafas nya sudah tiada maknanya dah meninggal dunia. En Kassim dan anggota nya menguruskan mayat tadi untuk dihantar ke hospital Kuala Pilah. Selesai semua nya En Kassim pulang semula ke pejabat.
Jam sudah menunjukan pukul 12.00 malam.En Kassim habis duty pukul 6 pagi esok..kebetulan rakan pejabat  beliau ada kecemasan dan perlu balik ke rumah.Tinggal En Kassim seorang diri di balai tersebut.Tiba-tiba dia teringat wajah mayat yang diuruskan nya senja tadi..



Bulu tengkuk nya mula meremang di tambah pula angin yang berlalu menambahkan lagi sejuk malam itu..dan masa itu juga la En Kassim teringat kata-kata nenek nya tentang pengurusan mayat.Nenek nya pernah bagi tau yang mayat ni kadang-kadang ada badi dan boleh lekat pada kita..
En Kassim rasa badan nya tidak sedap dan tidak seperti biasa..’aku kena badi mayat tadi ke’ bisik beliau..’x boleh jadi ni aku kena mandi ni’ kata nya lagi..dalam cahaya yang samar-samar di tambah bulan yang dilitupi awan En Kassim memberanikan diri untuk pegi mandi di bilik air belakang pejabat nya..
Dalam perjalanan ke bilik air dia rasa macam ada sesuatu yang mengekori nya..seperti akan ada kelibat..semua bulu yang ada pada En Kassim meremang..seram sejuk badan En Kassim.  Beliau gagahi juga dan sampai ke bilik air..



Semasa mencuci muka En Kassim tekejut beruk sebab ada seperti suara yang mengganggu beliau dan memanggil manggil…jantung beliau dah nak jatuh dah bedebar takut takut hantu mayat eksiden petang tadi ganggu beliau….
sekali lagi suara itu berbunyi “pssstt” pssstt”…
bertambah takut En Kassim..bukan sahaja suara tersebut tetapi disulami juga dengan bau yang sangat wangi…
“pssst” “pssst” sekali lagi bunyi dan bau wangi…kali ini En Kassim dah nekad apa nak jadi jadi la dia nak lawan jugak hantu tu..dan cari dari mana datang nya bunyi tadi….
rupa-rupa nya AMBI PUR la yang bunyi tadi tu..ambi pur memang la wangi…suspen je la En Kassim ni hahaha

SUMBER : http://phatthegreat.blogspot.com/2011/12/kisah-seram-abang-polis.html

No comments:

Post a Comment