Peristiwa ni berlaku sekitar bulan June
2003. Waktu tu Abah sedang terlantar sakit di HSA Johor Bahru. Mama
pulak pada masa itu sering berulang alik antar KL-JB-KL pada setiap
hujung minggu. Kebiasaannya setiap hari Jumaat hujung minggu tu, Mama
akan ambik cuti dan bertolak ke JB. So kiranya dapat 3 hari untuk
menjaga Abah di hospital. Nasib baik masa tu Iki baru darjah 1 dan Ika
baru 6 tahun..so senang lah nak pontengkan mereka.
Satu hari tu, kiranya hari khamis Malam
Jumaat. Mama dan standby esok pagi2 nak bertolak ke JB. So malam tu
hubby kena settlekan mana2 kerja yang belum selesai. Tetiba dalam pukul
10 malam tu, seorang staff hubby call , beritahu ada sedikit masalah kat
tempat tapak projek pembinaan yang terletak kat Kuala Selangor tu.
Tengok jam dah pukul 10 lebih. Kalau nak pegi esok pagi takut terlewat
pulak nak balik ke JB, So akhirnya hubby decide nak pegi masa tu juga ke
situ. Kebetulan ada beberapa kakitangan dan pekerja yang masih ada di
sana. Hubby ajak mama sekali pegi lah dengan Iki dan Ika. Sebab tak kannak tinggal kami 3 beranak aje kat rumah.
Iki dan Ika dan tidur dah pun masa tu. Kami angkat aje masuk dalam
kereta. Bawak bantal dan selimut. Kebetulan masa tu kereta baru…baru
ambik dalam 2-3 hari lepas cam tulah…teringin pulak nak jenjalan malam2
kan.
Dalam pukul 11.30 kami bertolak dari Ampang. Perjalanan lancar. Kami melalui jalan Rawang – Bt Arang- Ijok – Kuala Selangor.
Drisebabkan dah jauh malam, lahu jer kami sampai. Tak sampai 1.5 jam
dah sampai ke sana. Selepas selesai urusan kat sana, kami pun nak balik
semula ke rumah. Masa tu jam menunjukkan dalam pukul 1.45 am. Mak aiiii
meremang pulak bulu roma ni. Tengah berfikir, nak ikut jalan mana yang
paling selamat. Mama cadangankan ikut laluan Kuala Selangor- Sg Buloh sebab jalan besar dan banyak lampu, tapi agak jauh sikit ler. Hubby kata dia nak cepat sampai rumah sebab pepagi nanti nak gi JB. So dia kata nak ikut aje laluan tadi.
Mama yang rasa mengantuk cuba tahankan
mata, nak temankan hubby. Iki dan Ika lena di seat belaKang. Kebetulan
Ika tengah demam. So dia memang tidur sepanjang perjalanan. Melalui
peKan Kuala Selangor cahaya lampu terang benderang, tapi sejurus Sampai
ke SImpang 3 Ijok nak masuk ke Jalan Bt Arang tu lamPu jalan dan mula
berkurangan. Sampai le akhirnya langsung tak ada lampu jalan.Sebenarnya Mama dah rasa semacam. Sebelum ni kami rancak berbual, tetiba macam dah tak ada modal berbual. Hubby pulak tetiba je berzikir dan..dengan kuat macam yang selalu bila dia buat nak tidurkan anak2.
Mama pulak tak semena2 boleh terkelaur dari mulut “ ehhhhh bau apa ni
busukkknya”…Iki yang kebetulan terjaga dari tidur pun cakap “
busuknyaaa”. Hubby cuma jawab..bau dari kilang sawit tu. Ok lah Mama diam jer sambil layan mata yang hampir mengantuk.
Mama perasan hubby tekan minyak semakin
laju. Dah ler jalan tu selekoh tajam semuanya. Hubby pulak makin kuat
dia baca selawat, istghfar dan berzikir. Mama tak ada lah rasa pelik,
sebab selalu dia buat cam tu, terutama kalau dia mengantuk bawak kereta tu.
Tapi kali ni dia baca bukan cam selalu…selalu tu macam nak dodoikan
anak2 tidur tapi kali ni agak kuat ,keras dan garang suaranya.
Kereta dipandu semakin laju. Kecut gak
perut Mama. Selekoh tajam pun hubby bawak laju, nak sambung lena pun tak
boleh. Kat kiri kanan jalan jangan cakaplah..tak nampak apa pun. Hanya
kesuraman dan kegelapan malam. Takut pulak rasany anak pandang ke kiri
dank e kanan. Sampai senget2 badan mama nak imbangkan.
Tiba-tiba…a “ gedebummmmmmmmmmm….brapppp…brapppppppppp…..”
Alamak bunyi apa
tu…..bruzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kereta terus berjalan terhoyong
hayang dan gelong ke kanan. Hubby tekan brek megejut dan berhenti di
tepi jalan. Ehhhh apa dah jadi ni. Mama yang hampir2 mamai tu blur
sekejap. Pandang kiri kana hutan belantara. Ada pokok2 getah di kiri
kanan jalan. Sebelah kiri mama bila mama pandang ke luar..namak gaung
yang curam. Relex jap….Hubby perlahan2 buka pintu kereta dan keluar nak tengok keadaan.
Mula2 mama cam tak bagi jer dia keluar…tapi kalau tak kelaur camana nak
tau apa jadi kan…dalam ahti dah syakkk dah….mesti tayar pancit
ni…alamak….macam kes kebiasaan cerita2 seram kalau jalan malam2 kan…kalau skrg dah mcm citer Jangan Pandang Belakang ker..Karak ker..gitulah gamaknya.
Alamakkkkkk tayar kereta pancit pulak…dah
lah keadaan gelap gelita. Tak nampak pun kalau nak tukar. Hubby ambik
torchlight suluh ke tayar..flat habis……habis angin semua. Mama nak
keluar tengok tapi hubby tak bagi. Hubby pun try nak tukar tayar tu lah.
Gi belakang bukak bonet nak ambik spare tyre. Tetiba tersuluh pulak tayar belakang tu …astaghfirullahalazim….. tayar belakang pun pancit. Hilang habis angin. Laaa macamana ni spare tyre satu aje, tapi tayar 2 biji pancit. Cer tolong fikir sikit…
Masuk kereta kejap cari idea. Kebetulan
time tu Iki nak terkencing sangat. Mama tak berani nak suruh dia pancut
jer at luar tu. So apa idea erk..nak suruh pakai pampers dah tak muat
plak kan. Lagipun mana ada bawak pampers. So tengok ada botol air
mineral… hehehhe apa lagi..suruh dia masuk “anu dalam botol”
ajelah…betul2 anu dalam botol ni ler…lepas habis hajat dia tu, mama
simpan dulu botol tu, takut nak campak kat luar pulak. Kot2 terkena pulak rumah nenek kebayan kea pa.kan nyaya pulak kan.
Dalam 10 minit duduk dalam kereta pasang
lampu kecemasan…tak ada pulak kereta nak berhenti. Memang tak banayak
kereta lalu jalan ni yang semua orang maklum laluan ni agak keras waktu
malam. Cuba nak call, tapi hp tak ada coverage pulak. Yelah tengah2
hutan kan. Mati akal sekejap. Last2 hubby keluar berdiri tepi kereta
cuba nak tahan kereta yang lalu, tapi semua tak nak berhenti. Mungkin
diaorang pun takut nak berhenti tgh malam buta kat tepi hutan cam ni,
Ntah orang jahat ker ntah hantu ker pada fikiran diaorang ni agaknya. Akhirnya bila dah lama tak de kereta nak berhenti, Mama pun ikut keluar kereta.
Sambil dukung Ika, dengan harapan adalah kereta nak berhenti kalau dia
nampak bawak budak kecik ni. Cuma terfikri pulak kot2 tak jadi
pulakorang nakberhenti seba ingatkan hantu dukung anak kan.
Alhamdulillah tak lama lepas tu ada sebuah kereta yang agak uzur berhenti.
Lega rasanya. Ada 2 pemuda keluar dari kereta tu. Mama pulak yang rasa
cuak..manalah tau orang berniat tak baik ke. Tapi tawakal ajelah…
Ohhh rupanya 2 orang pemuda ni berniat
baik nak bantu kami. Dia kata tempat kereta kami rosak ni memang kawasan
yang “ala-ala keras” gak ler. Dia kata kalau dia nampak hubby sorang
jer mungkin dia tak berhenti kot..tapi dia nampak ada pompuan dan ada
anak kecik..so dia berhentilah. Tapi tak ada apa yang dia boleh buat..walaupun keduan2nya bekerja di bengkel kereta di Kuala Selangor.
Yelah spare tayar Cuma satu jer..Cuma apa yang dia boleh buat Cuma dia
try pam (kebetulan dia ada bwak pam) tayar dan cuba tampal tempat bocor
tu dengan kain ke getah apa ntah gitulah…so boleh bertahan sekejap…so
lepas dia buat kami jalan ler perlahan2..tak sampai 5 minit..angin dah
habis balik..ulang benda yang sama…lama2 dah naik fedup..hubby lanyak jer kereta tu…lantak ler….tengok ada dalam 8 km lagi nak sampai ke Bndr Tasik Puteri. Alahai jauhnya…..
Sampai dekat tempat yang ada
liputan..call kawan dia yg dok kat Tasik Puteri..tapi sayang..dia pakai
kereta Nissan..tak ngam tayar dia ngan keta kami. So masa tu dah hampir
kul 2.30 pagi..nak call orang pun dah dinihari..bengkel semua dah
tutup..akhirnya terpaksa gak calling kakak mama. Dia add kereta yg sama
ngan kami…so nak pinjam tayar spare dia ler.tapi tak kan nak suruh dia
hantar pulak tgh pagi buta tu..so hubby call adik dia kat Ampang..mintak
tolong datang, dan ondway ambik spare tayar kat Gombak..
Dalam 1 jam lebih menunggu akhirnya
sampailah adik ipar bawak spare tayar. Masa ni dah kurang rasa takut
sebab kat kawasan taman perumahan. Dalam kul 3.30 pagi gitulah selesai
lah tukar spare tayar. Tengok pada keadaan tayar tu memang tak boleh nak
diselamatkan dah. Tayar tu cam nak berkecai rupanya…Tak leh nak tampal.
Rim tayar nak rosak dah..agghhhh tak kisah ler janji boleh jalan….
Dalam perjalanan balik..barulah Hubby
bukak cerita. Alkisahnya selepas melepas pekan Ijok tadi..dia tiba2 rasa
meremang bulu roma dan cam ternampak sesuatu. Tapi dia tak nak bagitau
mama sebab tak nak mama takut pulak. So masa yg Mama dan Iki cakap bau
busuk tu…diapun terasa sama..Cuma dia perasaan ada sesuatu di tepi
cermin kereta, seklias pandanan dia ternampak. Tu yang dia berzikir, berselawat danbaca ayar- quran dengan kuat tu dan bawak kereta macam rebut.
Entah kenapa tiba2 tayar kereta mcam terlanggar lubang pulak. Mengikut
cerita 2 orang makanik yg tolong kami tadi tu..dia hari2 berulang alik
lalu jalan tu..memang tak ada lubang besar kat kawasan tu…so
Waullahualam…….hanya Allah yang mengetahui.
Alhamdulillah dalam kul 4.30 pagi girulah kami sampai rumah. Huh itulah kisah suspen Mama. Tapi
sekarang ni kalau nak ke Kuala Selangor tak perlua lagi melalui laluan
sunyi cam ni…sekarang kan dah ada LATAR (Lebuhraya KL-Kuala
Selangor)..laluan terang benderang.
pergh 2 jam stgh stuck dlm hutan msti seram kn apa pon syabas krne ko mmg brni
ReplyDelete