MENU| Home | Facebook

Friday 27 December 2013

Manusia Bersayap Ditemui

CERITA makhluk seakan manusia mempunyai sayap sering kita dengar atau lihat melalui filem atau drama televisyen.Tetapi, seorang pengamal perubatan alternatif, Khairul Syakirin Abdul Wahab yang berasal dari Kemaman, Terengganu mendakwa pernah berjumpa dan berbual dengan makhluk seakan manusia bersayap.

Katanya, peristiwa itu berlaku tiga tahun lepas.

“Kejadian itu berlaku di Kemaman semasa sedang merawat seorang remaja berumur 14 tahun yang dirasuk jin.

“Kejadian itu menyebabkan keluarga remaja itu sanggup datang dari Johor Bahru, Johor untuk merawat anaknya,” katanya.

Tutur Khairul, dia berkesempatan berbual-bual dengan makhluk tersebut.

Menurut cerita lisan sebelum manusia mendiami bumi ini, terdapat makhluk lain yang mendiami bumi dulu. Mereka ini dikenali sebagai bangsa Polip.Bangsa Polip hidup di bumi jutaan tahun dahulu sebelum manusia.
Uniknya, mereka bukan jin, malaikat atau manusia tetapi fizikalnya seakan-akan manusia cuma mempunyai sayap untuk terbang seperti seekor burung. Khairul memberitahu, makhluk itu memperkenalkan namanya sebagai Mizari.

“Mizari mendakwa telah wujud sebelum manusia tetapi kerana mengingkari perintah Tuhan mereka dihukum tidak mempunyai zuriat selain tidak akan mati.

“Katanya, jumlah mereka sekitar 7,000. Mizari sendiri mendakwa telah hidup selama empat juta 130 ribu tahun,” katanya.

Namun, akhirnya Mizari bersetuju untuk keluar daripada dalam badan remaja tadi tetapi dengan satu syarat iaitu bersalaman dengan kedua-dua ibubapa mangsa terbabit sebagai tanda memohon maaf.

Khairul memberitahu, dia berkesempatan berjumpa dengan Mizari beberapa hari selepas itu.




“Badannya dipenuhi dengan bulu berwarna putih, berwajah manusia yang cukup tampan serta bersayap. Tetapi, saya anggap semua ini mungkin mimpi atau gangguan jin semata-mata.

“Ini kerana tiada bukti bercetak atau rakaman video yang direkodkan mengenai makhluk ini,” ujarnya.

Realitinya, kes sebegini bukan sekadar berlaku di negara ini malah di negara Eropah dan Asia lain seperti Britain dan China.Beberapa tahun lepas, satu kejadian pelik di Derbyshire Countryside, Britain. Seorang warga tempatan menemui sejenis makhluk yang mulanya kelihatan seperti seorang bayi.Namun setelah diamati secara dekat, dia mendapati makhluk tersebut menyerupai seorang manusia tetapi mempunyai sayap.

Menurut laporan ujian makmal, makhluk pelik itu memiliki struktur tulang mirip dengan susunan tulang pada badan manusia bezanya terdapat sedikit rongga seperti serangga.Malah, entiti itu memiliki rupa bentuk mirip manusia dengan dua tangan lengkap dengan lima jari dan dua kaki.

Bahagian kepalanya pula dipenuhi rambut berwarna perang keemasan. Bagaimanapun, saintis Britain mendapati, ia hanya sejenis serangga seakan manusia. Beberapa tahun lepas di Guangzhou, China pula gempar dengan foto wanita tua bersayap yang berpakaian serba putih dan telah mati.

Ramai yang menganggap wanita itu malaikat yang jatuh dari langit. Namun, selepas dua orang mahasiswa sebuah universiti tempatan melakukan penyelidikan terhadap gambar tersebut mereka mendapati, ia palsu dan telah diubah suai. Malah, yang dikatakan sayap tiruan itu sebenarnya sayap ayam.

Sumber
READ MORE- Manusia Bersayap Ditemui

Sunday 22 December 2013

Awasi Unsur Syirik Jika Guna Kayu Koka





Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka?
Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?
Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor
 

 
Jawapan
Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.
Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka.
Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka.
Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras.
Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul.
Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk ‘madi’ seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam.
Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam Sabdanya (mafhumnya); “Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT.” (Hadis sahih)
Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan.
Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.
Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen kepada penjual atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya.
Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.
Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja.
Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya.
Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit.
Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat.
Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti ‘assina’ dan ‘assinut’. Dalam al-Quran disebut ‘at-tiin’, ‘az-zaytun’, ‘ar-rummaan’, ‘an-nahiil’ dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan.
Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.
Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain.
Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan.
Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya.
Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT.
Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang.
Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, “Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian.”
Umar menjawab; “Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya.” Lalu Nabi berkata kepadanya, “Perlahankan sedikit.”
Wallahua’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
(Petikan dari Harakah Bil.1337)
READ MORE- Awasi Unsur Syirik Jika Guna Kayu Koka

Cara Mengenali Tukang Sihir



Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan ak Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid.Ada pula yang menulis ayat al Quran di telapak kaki atau menulis al- Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir keawalanya hingga rosak ayat tersebut. Ada yang sembahyang tanpa wuduk atau tepat dalam keadaan junub. Ada yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut Allah SWT. pada waktu penyembelikan kemudian membalingkan sembelikan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.
Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan menjadi pesuruh(khadam) kepadanya melainkan dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan. Maka sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya.
 
Dalil kewujudan sihir – (Surah al-Baqarah 102)
Berikut adalah cara-cara untuk mengenali tukar sihir:
  1. Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya
  2. Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ketempat yang sunyi.
  3. Memberi azimat-azimat tertentu
  4. Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami
  5. Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor
  6. Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
  7. Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masui sinar mentari
  8. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah
  9. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap denganya
  10. Dia membaca sesuatu yang tidak difahami
  11. Memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan
  12. Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.
Sumber: ustazsharhanshafie.blogspot.com
READ MORE- Cara Mengenali Tukang Sihir

Saturday 21 December 2013

Ayat untuk mengetahui perkara ghaib

AYAT KETAHUI PERKARA GHAIB




Hendaklah kita memulakan puasa bermula pada hari isnin berbuka dengan sesuatu yang tidak berdarah seperti jenis ikan dan daging. Berbuka dengan kurma/tamar, nasi berserta sayuran, buah buahan, madu lebah dan air sahaja. Sesudah solat subuh awal hari selasa, sebelum matahari terbit, ayat Quran tersebut dituliskan diatas kain putih bersih berdakwatkan bancuhan air mawar (air ros) bercampur dengan zakfaron/kumkuma/kunyit. Maka kain yang sudah tertulis itu perlu ditanam di suatu tempat yang tidak dilalu manusia, tersembunyi dari manusia.

Setelah selesai, pada malamnya tersebut yakni malan rabu itu, sebelum tidur selepas solat isya’, bacalah ayat diatas beserta doanya yakni:-




Sebanyak beberapa kali sehingga terlena, maka sekiranya ingin mengetahui wajah sebenarnya seseorang seperti tokoh politik bertopengkan agama, maka Tuhan akan menunjukkan wajah sebenarnya samada bersifat Soleh atau munafik/fasik.Amalan diatas boleh juga diguna-pakai untuk mengetahui nasib kita dimasa akan datang, insyallah.
READ MORE- Ayat untuk mengetahui perkara ghaib

Friday 20 December 2013

kerana Uri Bayi, Jadi Tumpuan Makhluk Halus

Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus | Apabila kita menyebut tentang uri, kami ingin berkongsi tentang satu kisah seram di mana sebuah keluarga yang membawa balik uri bayi untuk ditanam di rumah, menjadi tumpuan makhluk halus. Salah seorang daripada ahli keluarga tersebut tersedar dan cuba melawan makhluk halus tersebut. Persoalannya, apakah yang terjadi kepada uri tersebut? Ikuti kisah di bawah ini.

Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.

Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.
Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.

Pontianak itu tiba-tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap di rumahku.

Oleh sebab itulah pontianak itu tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.
Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.

Sumber : Misteriousgrapersz
READ MORE- kerana Uri Bayi, Jadi Tumpuan Makhluk Halus

Thursday 19 December 2013

Mengandung Tetapi Tidak Ada Bayi

Layane Santos. Pic: www.dailymail.co.uk Layane Santos. Pic: www.dailymail.co.uk BRASILIA: Doktor melakukan pembedahan Caesarean kecemasan terhadap seorang wanita yang sarat ‘mengandung’ namun terkejut apabila mendapati rahimnya kosong.
Wanita berusia 37 tahun itu dirawat bidan dari Cabo Frio sejak awal kehamilannya sebelum dibawa ke hospital selepas merasa sakit bersalin, kelmarin. Dia yang kelihatan sarat mengandung turut membawa bukti rawatan pranatal yang mengatakan kandungannya berusia 41 minggu.
Pengarah hospital berkenaan Rosalice Almeida berkata, dia dihantar menjalani pembedahan kecemasan apabila doktor gagal mengesan degupan jantung bayinya.
“Disebabkan ‘kandungannya’ sudah melebihi masa, doktor berpendapat tiada masa untuk melakukan ultrasound.
“Doktor terus melakukan pembedahan namun terkejut apabila mendapati rahimnya kosong,” katanya.
Sehubungan itu, kes berkenaan direkodkan sebagai kehamilan palsu dan wanita itu dirujuk kepada pakar psikiatri.
Sementara itu, suami wanita berkenaan yang berusia 23 tahun berkata, ini kali kedua isterinya ‘mengandung’.
Menurutnya, isterinya ‘mengandung’ tahun lalu namun mendakwa anak itu meninggal dunia di hospital tanpa menunjukkan sijil kematian kepadanya.
Sebelum ini, pada Disember tahun lalu seorang lagi wanita, Layane Santos, 19, mendakwa bayi perempuan yang baru dilahirkan dicuri di hospital selepas dia tersedar daripada pembedahan Caesarean dan dimaklumkan mengalami kehamilan palsu.
Layane mendakwa dikejarkan ke hospital pada usia kandungannya 38 minggu selepas mengalami sakit perut dan pendarahan.
Wanita itu menerima rawatan pranatal sepanjang kehamilannya, malah bidan turut merekodkan pembesaran bayinya termasuk ultrasound yang turut merakamkan degupan jantung menunjukkan dia hamil anak perempuan.
READ MORE- Mengandung Tetapi Tidak Ada Bayi

Tuesday 17 December 2013

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.


2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.
READ MORE- Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

Monday 16 December 2013

Talqin - Soalan bocor serta soalan yang tidak akan ditanya Malaikat Mungkar dan Naqir.






Bismillahirrahmanirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Cuba tonton video ini tentang satu kejadian melibatkan janazah seorang remaja yang digali semula hanya selepas beberapa jam dikebumikan dan saksikan kesan 'azab kubur' pada jasadnya?



Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Ini adalah bacaan talqin bilamana kita sudah dikuburkan nanti, Insya Allah.

Wahai (simati) bin (nama ibu), wahai (simati) bin (nama ibu),wahai (simati) bin (nama ibu), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (simati) bin (nama ibu), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (simati) bin (nama ibu), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka akan bertanya (soalan bocor) :
  1. Siapakah Tuhan kamu?
  2. Siapakah Nabi kamu?
  3. Apakah agama kamu?
  4. Apakah kiblat kamu?
  5. Siapakah saudara kamu?
  6. Apakah pegangan iktikad kamu?
  7. Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
  1. Allah Taala Tuhanku,
  2. Muhammad Nabiku,
  3. Islam Agamaku,
  4. Kitab suci Al-Quran ikutanku,
  5. Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  6. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
  7. bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".

Wahai (simati) bin (nama ibu) tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar.

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (simati) bin (nama ibu), bahawasanya:
  • mati ini adalah benar,
  • soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
  • bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
  • berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
  • dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
  • minum di kolam air nabi adalah benar,
  • ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya ; begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati :








185.Qullu nafsin itzha-iqatu almawti wa-innama tuwaffawna ojoorakum yawma alqiyamati faman zuhziha AAani alnnari waodkhila aljannata faqad faza wama alhayatu alddunya illa mataAAu alghuroori185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
185. Every soul shall have a taste of death: And only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. Only he who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): For the life of this world is but goods and chattels of deception.
http://www.sacred-texts.com/isl/quran/00319.htm

Malaikat Mungkar dan Naqir tidak akan bertanya :
  1. Kamu ini Melayu ke Mamak?
  2. Kamu ini China ke India?
  3. Kamu ini Tuanku ke Tengku?
  4. Megat ke Raden?
  5. Tun ke Tan Sri?
  6. Dato Paduka ke Dato Seri?
  7. Kamu ni UMNO ke PAS?
  8. Kamu ni PKR ke AKIM?
  9. Kamu ni oghe Kelate ke orang Perak?
  10. Kamu ni naik Mercedes ke Camry?
  11. Kamu ni orang Barisan ke Pakatan?
  12. Kamu ni itu ke ini?
Tidak sama sekali tuan tuan dan puan puan.
Kita tidak akan disoal tentang siapakah kita?

Yang sudah pasti adalah kita kan disoal tentang apa yang ditulis di atas dan saya terbitkan semula disini:
  1. Siapakah Tuhan kamu?
  2. Siapakah Nabi kamu?
  3. Apakah agama kamu?
  4. Apakah kiblat kamu?
  5. Siapakah saudara kamu?
  6. Apakah pegangan iktikad kamu?
  7. Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Saya mengesyorkan supaya kita sediakan jawapannya dan disematkan didalam hati seraya selalu mengulangkaji jawapan bocor kepada soalan soalan pasti ini.
READ MORE- Talqin - Soalan bocor serta soalan yang tidak akan ditanya Malaikat Mungkar dan Naqir.

Saturday 14 December 2013

Jenis-jenis Jin & Tugasannya



jin-syaitan-iblis
PEMBAHAGIAN JIN
Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya menyebut mengenai pembahagian jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a
Maksudnya : “ Allah swt menciptakan jin tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa.”

 
Di dalam hadis yang lain baginda Rasulullah saw bersabda
Maksudnya : “ Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
( Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak)
Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada bidang tugas dan kerja-kerjanya.

JENIS DAN TUGAS JIN
1. Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.

2. ‘Ifrit adalah pgolongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuata yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah swt sebagaimana firman-Nya bermaksud :
“Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.(Surah al-Naml:39)

Perkataan ‘Ifrit hanya sekali sahaja yang disebut di dalam al-Quran.

3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang mebuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat.

4. Al-Marid sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat.
Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali. Maksudnya :
“dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka” (Surah al-Nisa’:117)
“Dan ada di antara manusia Yang membantah perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap Syaitan Yang telah sebati Dengan kejahatan.”(Surah al-Hajj :3)
“Dan (Kami pelihara urusan langit itu) Dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan Yang derhaka;”(Surah al-Saffat :7)

5. Al-Awamir kerana ia lama tinggal di dalam rumah manusia. Mereka tinggal di rumah –rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Mereka suka mengusik.
Baginda Rasulullah saw melarang kita daripada membunuh jin yang tinggal di rumah kita apabila ia menyerupai binatang seperti ular melainkan setelah diberi amaran sebanyak tiga kali. Kalau tidak keluar juga bolehlah dibunuh dan tidak berdosa.
Diriwayatkan satu sabda Rasulullah saw daripada Abi Said al-Khudri
Maksudnya : Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir ( jin yang tinggal di rumah ) maka hendaklah mengarahkan ia keluar ( sebanyak tiga kali ). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.
Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-tergesa membunuhnya sebagaimana sabda Rasulullah saw
Maksudnya : Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak ( dalam perut ) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka.
( Riwayat Imam Bukhari )
Di dalam hadis yang lain
Maksudnya : “Ular itu adalah jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera dan babi yang diubah daripada kaum Bani Israil yang ingkar.”( Riwayat al-Tabarani.Hadis Sahih )

6. Al-Arwah ialah sejenis jin yang suka mengganggu kanak-kanak. Mengenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi di dalam bukunya  tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain seperti :
“Dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan Dia Dengan Ruhul-Qudus (Jibril). “(Surah al-Baqarah : 253)
Maka roh di sini diterjemahkan sebagai Jibril.

“Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir”.(Surah Yusuf : 87)
Yang dimaksudkan di sini ialah rahmat Allah.
“Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.”(Surah al-Waqi’ah :89)
Roh di sini diterjemahkan sebagai kerehatan.
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.(Surah al-Isra’ :85)
Roh di sini adadalah makhluk sama ada roh manusia atau pun haiwan. Ataupun di dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai nyawa.
“kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya “.(Surah al-Sad : 72)

Maka pengertian roh di sini adalah roh yang ditiupkan ke dalam jasad Adam iaitu nyawa.
Setelah kita lihat di dalam ayat-ayat yang disebutkan dan di dalam ayat-ayat yang lain ternyatalah tidak ada satu pun ayat yang mengatakan roh / arwah itu adalah jin.Sebagaimana diriwayatkan sabda Rasulullah saw
Maksudnya : Janganlah kamu menyumpah angin kerana ia adalah daripada rahmat Allah.
Juga diriwayatkan satu hadis
Maksudnya : Isa adalah hamba Allah, rasulnya, kalimah dan kekasihnya.
Dan hadis
Maksudnya : Rasulullah melaknat barang siapa yang mengambil sesuatu yang ada padanya roh dengan sengaja memang tujuan sasarannya.
Dan diriwayatkan dalam hadis yang lain
Maksudnya : Roh-roh adalah tentera yang diaturkan, apabila ia berkenalan, ia akan berbaik-baik, apabila ia tidak sebati ia akan berkelahi.

PERINGATAN :
Perbincangan ini dipaarkan semata-mata sebagai penambah pengetahuan kerana terdapatnya pendapat ulama yang lain tentang istilah Arwah/roh ini.
Sumber: Darussalam
READ MORE- Jenis-jenis Jin & Tugasannya

Thursday 12 December 2013

Cara Untuk Mengelakkan Daripada Gangguan Jin




GANGGUAN JIN
Kaedah untuk mengelakkan diri daripada gangguan jin adalah seperti berikut:
  1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.
  2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
  3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
  4. Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat
  5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah
  6. Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah
  7. Melaungkan Azan
  8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
  9. Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur
Huraiannya:
 

 
1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan
Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini.
“ Dan bila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)
2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
Rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu tidak dimasuki syaitan, (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.
Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)
3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)
4. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Daripada ‘Uqbah bin Amir,dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”
5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah.
Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad.
6. Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah
“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)
7. Melaungkan Azan
Selain itu syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.
Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Muslim).
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari)
8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Mujadilah [19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan merekalupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;
9. Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur
Apabila Rasulullah s.a.w. jatuh sakit kerana disihir, Malaikat Jibril telah menjampi Baginda dengan membaca 2 Qul iaitu Surah An-Nas (Qul a’uzubirabbinnas) dan Al-Falaq (Qul a’uzubirabbil falaq) dan ditiup pada seluruh tubuhnya
Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari ‘Aisyah r.a. katanya adalah Rasulullah SAW apabila beliau berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tangannya kemudian menghembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a’uzubirabbinnas) dan (Qul a’uzubirabbil falaq) kemudian beliau sapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, beliau mulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya.
Semoga sama-sama kita mengamalkannya. InsyaAllah.
READ MORE- Cara Untuk Mengelakkan Daripada Gangguan Jin

perisai Kebal Menghadapi Ilmu Hitam, Sihir, Pukau, Santau





santau sihir pukau
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
 


1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan. 
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda Hinopsis:
  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.
4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda Sihir Gila:
  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA
Tanda-Tanda:
  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.
6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?
Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.
7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.
Bagaimana Berlakunya Sihir ini?
Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): “Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah”.
Pengertian Pendarahan
Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.
9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Cara berlakunya Sihir ini
Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
Sumber: Sinar Zamdurrani
READ MORE- perisai Kebal Menghadapi Ilmu Hitam, Sihir, Pukau, Santau

Tuesday 10 December 2013

Tanda-tanda anda mempunyai saka




1 – Menderita penyakit yang tidak ada punca. Sakit tetapi apabila pergi ke hospital doktor kata tidak sakit. Begitu juga halnya dengan sakit jantung tanpa diketahui puncanya tiba-tiba
dapat serangan jantung.

2 – Sakit yang dideritai berpanjangan dan berulang-ulang. Misalnya gastrik, kencing manis, darah tinggi, migrain yang tidak akan sembuh dan kekal didalam badan penghidapnya. Hilang
hanya seketika kemudian datang semula.

3 – Menderita penyakit misteri yang berpanjangan. Asyik terkena sihir saja, nampak sihat tetapi sebenarnya sedang sakit. Ada ketikanya tidak boleh tengok matahari, sentiasa hendak
tidur, lemah, lesu dan sakit pada badan yang tidak diketahui sebabnya.

4 – Penyakit keturunan seperti kemurungan, gout dan gila.

5 – Jodohnya panas. Bertunang putus, Susah dapat jodoh, ada orang suka tetapi akhirnya tidak jadi, kadang-kadang sama-sama suka tapi akhirnya tidak jadi kahwin. Semua itu ada
kaitannya dengan saka, ia mengganggu perasaan orang lain.

6 – Sukar mendapat zuriat, kadang-kadang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi masih tidak mendapat cahaya mata. Apabila saka itu sudah ada di dalam badan maka ia tidak mahu
berkongsi dengan orang lain apabila sudah dapat makan dari tubuh manusia.
Ada yang boleh mengandung tetapi sering keguguran, biasanya dari pengalaman mengatasi masalah saka biasanya perempuan yang menghadapi masalah itu berhadapan dengan saka jin nenek. anak hilang di dalam kandungan itu juga disebabkan oleh saka itu dinamakan saka bunian atau saka kayangan, ia jenis hanuman.

7 – Mempunyai emosi yang tidak stabil, sering beremosi, cepat merajuk, cepat marah, sensitif yang keterlaluan, cemburu keterlaluan dan cepat naik angin.

8 – Jauh dari Allah, semakin lama makin liat untuk melakukan ibadat. Ada juga kes yang apabila diberi sepotong ayat al-Quran dan zikir untuk diamalkan mereka mengantuk sangat
hingga tidak mampu melakukannya.

9 – Didalam keluarga ada anak-anak yang sangat nakal, kecil-kecil sudah melawan orang tua dan terlalu degil.

10 – Salah satu tanda lelaki yang mempunyai saka ialah isteri orang sangat tertarik kepadanya dan bukan anak dara. Lelaki itu dipandang manis, sekali pandang sudah terpikat
terutamanya isteri orang. Itu semuanya kerja saka, jika berjaya maka satu kejayaan besar bagi iblis memporak-perandakan rumah tangga anak Adam. Berhati-hati dengan lelaki yang
mempunyai daya penarik.

sumber
READ MORE- Tanda-tanda anda mempunyai saka

Saturday 7 December 2013

Bagaimanakah solat jika anak menghalang dari sujud?



Soalan :
Ketika solat, anak lelaki saya yang berusia setahun setengah duduk dihadapan saya sehingga menghalang saya daripada sujud. Apa yang perlu saya buat?
Jawapan :
Dalam Keadaan Ini Anda Boleh Lakukan Sama Ada :

1- Tolak dengan perlahan anak anda ke sebelah. Awas, jangan sampai anak terjatuh! .
2- Tunggu sehingga anak itu beredar sendiri .
3- Melangkah ke belakang atau ke kanan atau kiri supaya mendapat ruang untuk sujud .
Apa yang penting, jangan sesekali angkat anak tersebut kerana anak tersebut mungkin belum berkhitan atau mempunyai kesan najis pada pakaiannya atau di dalam lampinnya. Menanggung najis atau sesuatu bernajis ketika solat boleh membatalkan solat.
Petikan :
Buku “Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat ”“Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya” Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya ‘dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak “[HR Al-Bukhari dan Muslim]
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)
Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.
“Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan dan malas “.
“Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isya ‘dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat” [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya Allah.
“Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh “. “Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka – ‘Bagaimana hamba-2ku ketika kamu tinggalkan?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam keadaan solat juga ‘. “[HR Al-Bukhari]
Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka “[HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Banyak permasalahan, yang bila diurut, berpunca dari pelaksanaan solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. “Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?” (Surah Hud: 81)
Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu mengikuti urusan dunia.
“Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad: 7)
“Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa,” (Surah Al-Hajj: 40)
sumber
READ MORE- Bagaimanakah solat jika anak menghalang dari sujud?

Friday 6 December 2013

SubhanaAllah!! Anai-Anai Memakan Al-Quran (Gambar)

SubhanaAllah!! Anai-Anai Memakan Al-Quran (Gambar) | Sangat ajaib bila kita melihat gambar yang akan di paparkan di bawah ini. Anai-anai telah memakan Al-Quran yang berusia 100 tahun, tetapi tidak semua dimakannya. Mari kita lihat gambar-gambar di bawah.
Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI-ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun keseluruhan kulit naskah Al Quran dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI-ANAI termasuklah TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU. APA YANG MENAKJUBKAN ialah anai-anai tersebut
LANGSUNG TIDAK MENYENTUH HURUF-HURUF ASAL AL-QURAN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB….SUBHANALLAAAH !!!!!!
SubhanaAllah Anai Anai Memakan Al Quran Gambar SubhanaAllah!! Anai Anai Memakan Al Quran (Gambar) SubhanaAllah Anai Anai Memakan Al Quran Gambar 2 SubhanaAllah!! Anai Anai Memakan Al Quran (Gambar) SubhanaAllah Anai Anai Memakan Al Quran Gambar 3 SubhanaAllah!! Anai Anai Memakan Al Quran (Gambar)

READ MORE- SubhanaAllah!! Anai-Anai Memakan Al-Quran (Gambar)

Apakah Pesan Roh Kepada Manusia??




Apakah Pesan Roh Kepada Manusia?? | Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah saw lagi:


“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt ” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:


“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ” Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

“Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Wallahualam. - See more at: http://fuh.my/apakah-pesan-roh-kepada-manusia/#sthash.fr0zhiWq.dpuf

READ MORE- Apakah Pesan Roh Kepada Manusia??

Tuesday 3 December 2013

Bangunan Kerajaan Di Shah Alam Berhantu?

Kisah Seram! Bangunan Kerajaan Di Shah Alam Berhantu?  | Bekerja di pejabat sehingga lewat malam bukanlah satu kehendak. Namun di atas desakan orang atasan yang mahukan sesuatu ‘task’ disiapkan segera, terpaksalah berkorban masa. Hendak siapkan di rumah, mungkin memakan masa atau tidak fokus. Jadi di pejabatlah hanya sesuai untuk menyiapkan kerja tersebut. Di bawah ini terdapat satu kisah seram di mana seorang wanita mendakwa diganggu ketika sedang menyiapkan tugasannya. Apa yang KisahBest.My kongsikan di sini, adalah menjadi pilihan sama ada kita mahu mempercayainya atau pun tidak. Namun alam ghaib itu sudah diakui wujud.
ring
Kebanyakkan kes2 menyeramkan selalu terjadi di lokasi yg biasa senang dijumpai . Samada rumah usang , rumah ditinggalkan orang terlalu lama dan termasuklah bangunan pejabat lama dan baru . Bangunan pejabat yg dimaksudkan kat sini ialah opis2 , tak kisahlah opis kerajaan @ swasta . Kat sini i nak share pengalaman serem skit . kejadian berlaku di opis – Bangunan Kerajaan di Shah Alam , bukannya niat nak takutkan jantung org , tapi nak share apa yg terjadi n pengalaman sdn bhd .

Dulu , sebelum opis i berpindah ke 1 lokasi baru , kami ber’kampung’ di Bgn Kerajaan Negeri . I masuk di situ thn 2005 . dah masuk 2 thn tak penah kena apa2 pun (Alhamdulillah la mmg tak mintak nak ‘rasa’ pun) . Tapi kes ni berlaku tanpa diundang . Masa tu tgh buat kerja admin , staff time tu pun tak ramai lagi . Buat keja sampai tak sedaq dah masuk maghrib . Sedaq2 ‘awak’ tu sorang2 ja kat opis tu . Tgk jam dah dekat 7.45 mlm . Kat tingkap nampak ‘gelap’ kat luar tu . Tak pa , cuba sedapkan hati sbb before ni pun dok kerap jugak dengaq kwn2 dok crita kes2 seram n pelik . Dlm hati Allah taala ja yg tau , dok tak dok jadi gelabah semacam . Terkenangkan mcm2 ….
( Masa dok buat keja kipas n aircond mmg tak ‘On’ ) Dalam pada masa dok buat keja tetiba terdengaq la bunyi mcm kertas diselak2 . Adoi hai ‘awak’ tu dah la dok kalut nak perabih keja , nak balik cepat … ada pulak bunyi2an . Apa lagi hati jadi bara la kawan . Dlm dok cuak tu ada rasa hangin la . Telinga dok try detect bunyi dr arah mana , tgk2 sbelah ‘kita’ ja . Mmg sah surat khabar sedang diselak sehelai demi sehelai . mata meliaq dok tgk standing fan kat belakang . still OFF !! Hmmm mulut mula mencarut tapi kaki langkah seribu beb !! Mana boleh tahan !!

Aku balik tinggai opis dlm keadaan terang menerang ! Main door pun tak lock ( pintu kaca ). Cuma Lock punat pintu papan . Kim slm la opis ! Berpeluh sejuk la makcik !! Nak lari turun ikut tangga lagi lah aku tak berani . Gagah la jugak naik lif , tapi mulut dok baca ayat Kursi tak berhenti2 . P kat kaunter guard nak tinggai kunci pintu papan tu . Guard pulak takdak ! yennadei !! Aku nekad tinggai la jugak . Sign buku . Blah !! Nak berjalan p parking kreta pun 1 hal . Gelap !! Turun bukit ! Ammak !! Beruang panda boleh lari sprint kalah watson nyambek n nazmizan ! Jolok kunci kreta pun dah kalut tak masuk2 … Bila dah boleh start kreta mmmm jadi pelumba F1 plak .

Ingatkan dah setle bab tu . Sampai kat pintu gate besaq … masyaAllah . Aku nekad belah ja . Org ka cik An ka lantak p la . Sbb dr jauh nampak menatang tu kecik n pendek makin lama nampak makin tinggi . Hitam . Adoiiii …. apa lagi aku tekan minyak la !!! Besok . DEMAM !! hambik kau ! errrr …. ni baru kena kat btg hidung sdn bhd . Blom lg yg kwn2 dok story mory … ishhh …. andai sesapa terbaca story ni , agaknya korang boleh tau kot , pejabat kerajaan yg mana aku sebut tadi . Sorry geng . Bukan nak takutkan hampa wei . Kalu tak caya , tanya la sesapa yg dah ‘lama’ kat situ . … Wallahhua’lam
READ MORE- Bangunan Kerajaan Di Shah Alam Berhantu?

Monday 2 December 2013

Seram! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai Tangan

Seram! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai Tangan | Siapa yang tidak terkejut jika kita sedang melalui kawasan perkuburan tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari dalam kubur. Itulah yang dialami oleh seorang wanita dari Brazil apabila terdengar bunyi bising dari sebuah kubur di kawasan berkenaan. Kemudian dia ternampak tangan ‘mayat’ berkenaan melambai-lambai ke arahnya. Sejurus selepas itu, niat untuk melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terbantut apabila mengalami ketakutan yang amat sangat. Wanita itu juga bergegas membuat laporan polis setelah melihat kejadian tersebut.
kubu
BRAZIL – Seorang wanita yang melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terkejut selepas melihat `mayat’ hidup yang melambaikan tangan kepadanya dari dalam kubur.
Jelas wanita berkenaan, dia amat terkejut selepas mendengar bunyi bising di kubur bersebelahan.
“Saya amat takut kerana menyangka melihat hantu yang cuba keluar dari dalam kubur dan melambai serta menggerakkan tangannya untuk membolehkan dia keluar dari situ,’’ katanya yang enggan namanya didedahkan.
Wanita itu berkata, dia kemudiannya berlari sambil menjerit, namun kembali semula ke kubur itu untuk memeriksa keadaan kubur berkenaan.
Selepas mendapati mayat itu adalah seorang manusia yang masih hidup, dia bertindak memanggil ambulans.
Pada mulanya, kata wanita itu, polis tidak percaya akan laporan yang dibuatnya dan dia dituduh membuang masa mereka dengan membuat lawak bodoh.
“Polis berulang kali bertanya pada saya adakah saya serius dan adakah ini satu jenaka,’’ katanya.
Selepas gagal meyakinkan pihak polis, dia kemudiannya meminta penjaga kubur supaya memberitahu polis bahawa laporan yang dibuatnya itu adalah betul.
Susulan itu, pasukan menyelamat digegaskan ke situ dan mereka menyelamatkan lelaki itu yang sebahagian besar badannya sudah tertanam dalam tanah.
Mangsa kelihatan tidak bermaya namun masih bernafas.
Polis percaya lelaki itu mangsa dalam satu pergaduhan sebelum penyerangnya mencampakkannya dalam lubang kubur yang kosong kerana menyangka dia sudah mati.
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana penyerang tidak sempat menimbun habis tanah di kubur berkenaan.
READ MORE- Seram! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai Tangan

Gambar Buaya Ganas Bujang Seblak Muntahkan Mayat Manusia Tanpa Kepala, Tangan Dan Kaki









Usaha mencari nelayan sungai Adrian Thomas yang hilang dipercayai dibaham buaya ganas dengan jolokan ‘Bujang Seblak’ berakhir dengan penemuan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki, pagi semalam.

Penemuan mayat menyayat hati itu bermula apabila penduduk kampung yang menyertai usaha mencari mangsa di Sungai Seblak terlihat gelagat pelik seekor buaya dianggarkan sepanjang 16 kaki menggoncangkan tubuhnya dan mengocakkan air sebelum memuntahkan mayat manusia.

Saksi kejadian, Mani Mangai, ,dari Rumah Mawan Ason, Empayak, Roban, berkata, seumur hidupnya, itulah kejadian paling aneh yang pernah dilihatnya.

Menurutnya seekor buaya kira-kira sepanjang 16 kaki, berwarna kehitam-hitaman tiba-tiba muncul hanya beberapa meter dari tepi perahunya, sambil mengocakkan air lalu memuntahkan sesuatu dari mulutnya.

Pada mulanya dia menyangka buaya terbabit memuntahkan plastik, tetapi beberapa minit kemudian, mereka mula terhidu bau busuk.

“Risau dengan perkara itu, kami terus merapatkan perahu kami dengan benda terbabit sambil menariknya dengan pendayung.

“Kami kemudian terperanjat apabila mendapati bahawa ia adalah sebahagian daripada tubuh badan manusia, iaitu bahagian dari pinggang ke paras bahu.

”Menurut Mani, semasa kejadian mereka sedang dalam perjalanan untuk memeriksa mata kail buaya yang telah dipasang dalam usaha menangkap buaya yang dipercayai membaham Adrian pada petang Jumaat lepas.

“Sebaik sahaja menemui mayat terbabit kami terus berpatah balik ke rumah panjang untuk memaklumkan penduduk kampung,” katanya.

Mani menemui mayat tersebut bersama tiga rakannya, iaitu Indet Senabong, pawang buaya yang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan, bapa mangsa serta Tuai Rumah Embol.

Indet, 50, berkata, kejadian pelik tersebut berlaku di muara Sungai Budak, kirakira 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai diserang.

“Menurut penduduk di sini, lokasi itu dikenali sebagai Teluk Berauh. Kejadian ini berlaku sekitar jam 9 pagi.

“Bagi kami, petanda ini adalah sesuatu yang baik dan membuktikan bahawa kehilangan mangsa selama ini mempunyai kaitan buaya, sekali gus menangkis cakap-cakap segelintir pihak bahawa mangsa hilang di hutan berhampiran, lemas serta beberapa tanggapan lain.

“Pada masa yang sama, kejadian ini menunjukkan buaya yang bertanggungjawab sudah mula merasai kesan daripada usaha yang telah kita jalankan,” jelasnya.

Justeru, Indet berharap usaha menangkap sang bedal yang dipercayai membaham Adrian akan membuahkan hasil tidak lama lagi.

Indet terkenal dengan kepakaran dalam menundukkan buaya apabila beliau pernah menangkap seekor buaya sepanjang 12 kaki di sungai yang sama pada 3 Julai tahun lepas.

Dalam kejadian itu, buaya terbabit yang dipercayai membaham Siah Munsong, isteri Tuai Rumah Embol dari Sungai Anak, tumpas dengan sekali tampar di kepalanya.

Sementara itu, ketika penduduk berkumpul di jeti rumah panjang terbabit sambil menunggu pihak polis membawa mayat berkenaan ke Hospital Saratok, mereka dikejutkan dengan berita daripada beberapa pegawai Jabatan PERHILITAN Sarawak bahawa terdapat petanda salah satu mata kail yang dipasang oleh pawang terbabit sudah mengena.

Sejurus itu, Indet, Mani dan Tuai Rumah Embol bergegas ke lokasi yang dimaksudkan, namun sekitar jam 2 petang semalam, kumpulan terbabit kembali semula ke rumah panjang dan mengesahkan mata kail terbabit belum lagi mengena.


-
READ MORE- Gambar Buaya Ganas Bujang Seblak Muntahkan Mayat Manusia Tanpa Kepala, Tangan Dan Kaki