MENU| Home | Facebook

Saturday 30 December 2017

Menempah Bilik.



Menurut majalah tersebut,pada hari kejadian..gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah markrobas ( Bas Mini ) untuk menuju ke satu destinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, "Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.
READ MORE- Menempah Bilik.

Teksi.



Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok. Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan. Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja. Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami. Sempat jugak saya bertanya, "Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat. Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya. 

Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali. Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.
READ MORE- Teksi.

Friday 29 December 2017

Sesuatu Ikut Pulang Dari Tempat Tugas.



Saya juga ingin berkongsi sama pengalaman yang saya sendiri alami. Apa yang berlaku pada saya bukanlah dibuat-buat tapi yang sebenarnya terjadi pada saya kira2 sebulan lebih yang lalu, ketika saya bertugas hingga lewat malam untuk menyelesaikan laporan untuk keesokan harinya. Bila sudah selesai, jam di tangan saya menunjukkan kira2 jam 1.20 pagi. Saya langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika saya hendak melangkah keluar dari tandas, saya terkejut bila pintu tandas di belakang saya seperti digegarkan. Walaupun terkejut saya tidak memikirkan apa2. Saya sempat berkata dalam hati, "Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai bergegar pintu bila berjalan?" Saya terus ke pintu untuk periksa lantai dan dinding pintu kubikel kerana saya bersama teman2 sekerja dilatih agar mencari punca sekiranya sesuatu berlaku. Saya periksa semua ok tidak ada apa2 pun. 


Saya pun pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar saya terdengar pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi. Tok... Tok... Tok... Tok... Saya terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Saya perhatikan buat seketika, terdiam saya bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Saya beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis. Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah. Sampai saja saya terus bersihkan diri dan siap2 untuk tidur apabila saya terdengar salakan anjing melolong tinggi. Saya terus bangun dan pergi ke balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Saya perhatikan dalam hati ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Saya terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa2 hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah. Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan putarkan CD ayat2 suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat tidur. Itu saja yang saya ingin kongsi sama.
READ MORE- Sesuatu Ikut Pulang Dari Tempat Tugas.

Ketidakmampuan mengawal rasa takut



Jika ketakutan yang dihidapi oleh seseorang itu melampau atau keterlaluan, maka rawatan tertentu diperlukan bagi mengatasinya.


Secara am, ramai orang yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan penyakit mental atau psikiatri. Bila seseorang itu dikatakan sedang menghadapi masalah mental, masyarakat dengan mudah mengatakan bahawa orang itu gila. Dengan kata lain, masyarakat memandang serong terhadap orang yang menghadapi penyakit mental.

Sebenarnya terdapat 300 kategori penyakit mental. Satu hingga dua peratus dikatakan menghadapi penyakit psikotik atau gila. Sementara 98 peratus lagi tidak ada kena mengenai dengan penyakit tersebut.

Terdapat dua blok paling besar mengenai penyakit mental, iaitu murung dan keresahan. Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah.

Fobia bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.
Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain.

''Orang ini tahu bahawa fobianya itu tidak setanding dengan benda yang dia takut. Namun dia tidak berdaya melawan. Kerana terlalu takut, dia akan cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan objek atau situasi tersebut. Jika tidak dirawat, dengan melihat gambar atau mendengar cerita pun dia akan berasa takut.

''Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras.
"Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.

''Orang yang fobia ini seterusnya akan tertanya-tanya adakah dia diserang serangan jantung atau strok dan sebagainya. Dia mula hilang kawalan, semakin cemas dan terasa macam hendak mati,'' kata pakar psikiatri Hospital Pusrawi, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman yang ditemui baru-baru ini.
Tambahnya, jika kesemua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakkan daripada pergi ke tempat yang ditakutinya.

Beliau berkata, terdapat perbezaan antara fobia dan rasa takut biasa. Perasaan takut merupakan perkara biasa kepada manusia normal.
''Adalah perkara biasa bagi kanak-kanak mempunyai perasaan takut. Sebanyak 90 peratus kanak-kanak yang berumur dua hingga 14 tahun mesti takutkan sesuatu sementara yang berumur di antara 0 hingga dua tahun takut kepada orang yang tidak dikenali, bunyi bising, bila terpaksa berpisah dengan ibu bapa seperti apabila dihantar ke rumah pengasuh dan sebagainya.
''Kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun pula lebih suka berkhayal atau takut kepada benda yang kita tidak nampak seperti hantu, raksasa dan gelap.

''Daripada umur tujuh hingga 16 tahun pula mempunyai perasaan takut yang lebih realistik seperti apabila perlu berpidato, menghadapi peperiksaan dan takutkan kemalangan.
''Ada banyak jenis ketakutan dan jika ibu bapa tidak bijak mengawalnya maka ia akan menjadi fobia yang serius setelah anak dewasa kelak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan jangan mengugut anak dengan meletakkan benda yang ditakuti di hadapan anak. Cara respons anak semasa kecil memberi kesan kepadanya setelah dewasa,'' ujar Daniel Zainal lagi.
Menurut beliau, antara jenis fobia yang biasa ialah:

l Fobia terhadap binatang tertentu.

l Fobia terhadap alam sekeliling seperti ketinggian, menaiki lif, tangga, air dan gelap.

l Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.

l Fobia sosial iaitu takut diperhatikan dan orang ini akan cuba mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain.

l Agoraphobia - orang yang sudah ada serangan panik dan akan rasa takut di mana-mana saja dia pergi. Dia sentiasa berfikir jika sesuatu terjadi padanya siapa yang akan menolongnya. Ini akan menyebabkannya tidak mahu keluar rumah.

Daniel Zainal berkata, orang yang terlalu fobia hingga menjejaskan jadual harian boleh dirawat menggunakan kaedah tingkah laku dan kognitif (cognitive behaviour therapy) dan terapi pendedahan.
Ujarnya, orang yang fobia juga akan diajar teknik bertenang seperti pernafasan, meditasi (orang Islam boleh berzikir) dan merehatkan otot-otot. Cara ini boleh mengawal dan mendapatkan keyakinan.
Beliau memberi amaran supaya tidak mengambil ubat penenang secara sewenang-wenangnya. Ubat-ubatan sebegini hanya bertindak untuk sementara waktu. Bagaimanapun ia dibolehkan jika diambil mengikut peraturan dan nasihat doktor.
READ MORE- Ketidakmampuan mengawal rasa takut

Tuesday 26 December 2017

Lelaki Cerita Detik Seram Diganggu "Sesuatu" Di KM333 Lebuhraya Pantai Timur 2




Sebelum ini anda sudah pasti pernah terdengar kisah-kisah seram di Lebuhraya Pantai Timur 2 yang diceritakan di media, ada yang mengatakan lebuhraya memang benar-benar berhantu sehingga menyebabkan berlaku banyak kemalangan.

 Namun ada juga yang mendakwa kemalngan yang berlaku di LPT2 berkenaan bukanlah sebab berhantu tetapi kerana struktur pembinaan jalan.

Apa pun yang terjadi sebelum ini tidak dapat dipastikan, terbaru seorang lelaki bernama Hazir Haron telah berkongsikan satu kisah yang berlaku kepadanya dua hari lalu.

Beliau menceritakan pengalaman seramnya melalui LPT 2 yang agak menyebabkan bulu roma anda naik.

Jom kita baca;

Salam Ramadhan buat semua...

Nie status susulan status pagi tadi masa den upload lepas sahur then nak tido dah time nie....
Oklah... Nak kata seram... Macam x seram sangat... Then nak kata dah kena ikat... Macam x kena ikat... Huhuhu... Apa2 pun... Nie pengalaman kedua sebenarnya kena di jalanraya... Ok... Mai nak cerita... Dari mula sampai abeh....

Status yang dimuatnaiknya selepas sampai di rumah

Tepat jam 8.35mlm kami pun bertolak dari Marang....

Dari marang... Kami lalu jalan dalam... Sampai keluar ke exit tol ajil.... Jalan dalam sini pun super gelap... Tapi buat biasa je la... Ok... Bermula atas LPT2... Mcm2 la dok borak dgn mem... Sambey makan satar... 16 hinggit Satar dok makan berdua... Then mifzal join jap mkn dua tiga ketul... Aku drive... Zue dkt sebelah mengupas satar... Then suap... Mkn dan bercerita... Lepas tu... Termasuk la cerita bab LPT2 nie dkt zue... Bila start dia cakap... "Sunyikan highway ni bang... X ramai orang guna pun..." huhuhuhu....

Aku pun cerita la citer2 kes kemalangan atas LPT2 ni yg aku tahu la... Sampai ke kes yg harimau kena langgar tu... Then zue pun sambut la... Memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway.... Then aku pun ckp... Tu la... Kena hati2... Takleh cakap besau... Takleh cakap pelik2 atas highway nie.... Then aku ckp dah xmo satar dah kenyang.... Waktu nie.. Zue pun lap2 tgn guna tuala basah dan simpan la satar tu semua... Dia pun pusing ke blkg nak amik air... Then dia ckp... Abg ada gantung air sejuk ke dkt blkg seat dia tu... Aku pun paling la skali tgk... Air yg mana dia maksudkan..... Then............ Aku pusing ja depan balik.... Aku hanya mampu ucap... ALLAH! then aku terus diam....

Zue terus paling kedepan dan terkejut... Dia mula la tanya macam2... Aku diam dan sambil baca apa yg patut... Dlm 10min gak aku tak layan dia bertanya tu.... Last2 aku ckp... "Ayg tido lah...." makcik nie plak x sampai 1minit terus terlena....

Apa yang aku nampak???? Ok. Alhamdulillah... Aku kalau kena bab2 camni masih boleh berfikir dengan waras dan takde respon yg terkejut2... Critical thinking aku masih elok gak ram dia....huhuhu...

Waktu aku nampak tu... Aku terus jeling KM punya no. Di tepi jalan... Dan nombor dia KM333.6.... Memang aku ingat sebab stail aku mmg suka hafal no. KM nie incase ada apa2 yg jadi.... Oklah... Aku cite la apa yg aku nampak.... Dah panjang nau nie.... Aku nampak curahan darah macam baru lepas kena langgar atas lane kanan....then depan sikit sekujur tubuh budak2 yg mana tangan dia dah hilang isi2 dan hanya tinggal tulang sahaja....kepala dia di bawah besi divider tu.... Dan dlm keadaan auto cruise aku tgh ON 120kmh time tu... Aku tak sempat brake dan aku takmau mengelak... Aku redah.... Dan waktu tu la yg terpacul hanya sepatah perkataan "Allah" dari mulut aku....

Dalam fikiran aku... Aku mula la pk... Hmmm... Nie la padahnya dok cerita bukan2 dkt zue tadi nie.... Tapi rupa2nya bukan takat tu saja.... Lepas zue dah terlena.... Aku rasa ada something betul2 tepi tingkap aku... Tapi aku langsung tak toleh.... Dlm hati aku kuat dok kata... Ini bayangan perasaan aku ja nie.... Then aku tgk ada cahaya samar2 dari side mirror on passager side... Aku pun tgk la side mirror tu... Then aku nampak ada something mcm kain terlekat dkt bontot kete aku... Aku terus toleh ke belakang... Aku nak tgk terus kain apa.... Then.... Time ni aku toleh tgk zue dok tido... Cuma... Tudung dia mcm dok toleh renung aku tepat.... Aku cepat2 pusing depan.... Rasa nak tau tu ada lagi... Aku pusing sekali lagi.... Then aku nampak mmg "tudung" zue tu betul2 tepi aku dkt arm rest dan zue dok tido elok ja... Aku paling depan dan beristighfar dan mula la baca macam2....

Akibat dah mula meremang bulu roma satu badan... Aku tepuk paha zue perlahana2... Aku kejut dia... Suruh tanggalkan tudung... Dia pelik... Aku x cite apa lagi... Aku ckp nampak ayg cam x selesa... Bukak la tudung... Lagipun dah gelap ni xde org nampak.... Dia buka tudung dan dia pun sambung tido....

Tak sampai 3 minit dia tido... Kali nie ujian aku kena agak lagi hebat.... Sepanjang highway aku jumpa tompokan darah2 merah.... Mcm benda baru kena langgar tu... Sampaikan mata aku pun dah nampak merah ja sepanjang jalan.... Aku amik air... Aku minum... Takut sebab aku dah letih sgt kot jadi camni... Then oleh kerana dah tak tahan...... Aku terpaksa gak kejut zue... Ayg..ayg... Bgn teman abg drive.... Then zue pun bgn... Dia tanya kenapa... Aku hanya diam seribu bahasa... Then dah mcm2 soklan dia dok tanya aku tak jawab.... Sepatah ja aku cakap.... "Takut"... Dia tanya lagi... Abg takut apa? Ha... Tadi apa yg abg nampak?? Then aku balas... Abg takut.... Teman abg.... Then aku terus diam...

Zue pun ajak la borak hal2 lain... Tapi aku tak berapa respon... Last skali aku ckp... "Ayg... Tgk jalan tar nie warna apa?" dia balas... Jap.... Kelabu la abg... Nape? Aku terus diam.... Lepas tu aku ckp... Abg nak ayg tgk jeeee jalan tar nie ye.... Ada la dlm 5min dia dok tgk... Timbul lagi tompokan darah yg seterusnya... Then aku ckp... "Haa... Ayg nampak tadi atas jalan?" dia ckp nampak apa bang?

Sama ja jalan tar nie.... Lepas tu aku ckp... Xpelah... Abg takut... Ayg jgn sambung tido... Terus teman abg borak.... Waktu nie aku set auto cruise 110kmh dan duduk lane kiri ja.... Perjalanan terus sampai lepas rnr perasing tu... Alhamdulillah...dah xde gangguan dah...

Aku pun mintak zue pulak yg drive... Sebab aku dah mengantuk... Dia sambung drive sampai la ke rumah... Kami sampai umah jam 2.12pagi dan masa atas katil baru aku cerita dkt dia.... Dia ckp dia mmg dah rasa pelik bila aku tiba2 tgh rancak bercerita dan tersebut "Allah" tadi tu...

Masa nak tido... Aku terlintas nak google... And... Aku jumpa cite pasal kemalangan di KM333 tu jugak... Aku tunjukkan dkt zue sambey mengucap panjang.... Allah hai.... Betul la abg ada eksiden.... Katanya.... Aku balas... Tapi... Tu eksiden pagi tadi..... Hmm... Wallahualam....

Sekian cerita aku....
Ikhlas dan benar....
READ MORE- Lelaki Cerita Detik Seram Diganggu "Sesuatu" Di KM333 Lebuhraya Pantai Timur 2

Anak diganggu Hantu Berbaju Merah di Nilai, Negeri Sembilan



Tempat = nilai
Masa = sebulan..mlm2, 2009
Ahli = sefamili....

ada satu malam tu, aku g lepak kat gombak ngan bebudak keta kia...lebih kurang kul 3 pagi aku balik.....otw tu xde pape kecuali masa kat selekoh lepas desa tun razak nak menghala ke hiway kl seremban....aku terkejut kat situ.....tiba2 je ati berdebar tp xde pepe......pastu sampai kat umah tetiba rasa nak terkencing....aku trus je la bukak kunci takde baca pepe trus meluru masuk....g bilik air lepas hajat.....kuar je bilik air anak aku (masa tu umur 3 tahun lebih) terus menangis......pujuk dier diam.....

esoknya time maghrib dier nangis.....pujuk2 diam.....tdo...tepat kul 12 bangun....nak kuar dr bilik....g ruang tamu...dok situ main2 sampai kul 4 -5 camtu.....malam esoknya pon sama......malam seterusnya pon sama.....pastu aku baru perasan blakang badan dier penuh calar2.....aku tanya kenapa....dier leh ckp main ngan kawan....kawan mana aku tanya....ada tu kakak yg pakai baju merah.......meremang bulu roma aku....pastu aku bwk balik kg....jumpa la tok moh....bagi la air tawar apa suma.....sari dua elok....pastu jadik lagik....aku ngan mem aku da penin....dua minggu beb.....anak aku makin teruk....main soran2 ketawa...tunjuk2, panggil kakak...kakak.....tp masa tu aku da x takut da....risau yg banyak....pastu aku g jumpa tok moh lain...dier siap leh citer kawasan umah aku camne, persekitaran camne......bagi air tawar gak......sari dua elok, pastu jadik balik......kira2 sebulan gak la mende ni berterusan.......aku ngan mem aku kira x cukup tdo la...malam tdo tiga pat jam je.....

last2 skali jiran aku bawak g jumpa satu wak ni kat jenderam.......mula2 dier bg garam tabur keliling umah......aku wat lass....tp x berkesan.......pastu dier dtg umah aku wat skali lagi.......baru la ok......then dier citer....umah aku tu jalan....kat tepi umah tu ada kampung....so ada satu budak ni da berkenan ngan anak aku..tu yg dier dok dtg main tuss.....cuma ye la..dier halus kita kasar.....mana bleh....pastu wak tu ckp sib baik la wat cepat....klu x mau dier bwk anak aku lari........

malam pertama lepas wak tu datang tabur garam, aku x brani tdo lam bilik...suma tdo luar.....lam kul 1 pagi camtu aku dgr bunyi cam pesta kat luar umah...siap bunyi gendang, seruling, trompet mcam2 la..giler...aku xleh lelap sampai ke pagi........

pas dua tiga ari masa dekat2 maghrib anak aku ckp : papa2....tu kakak kat luar pagar...dier nak masuk tapi xbleh.....aku pandang luar pagar, tgk xde pepe pun......aku trus tarik tangan dier masuk umah.....

dua tiga ari lagi masa makan kat dapur, dier tunjuk kat tingkap sambil lambai2....aku tanya lambai sapa? dier balas: lambai kakak la..........tu ada kat tingkap. dier nak masuk tp xleh....aku pandang tingkap tu tp x nampak ape2.......mem aku diam je....


pas pengalaman tu aku kene grounded......lama gak la...tp skang aku cuba limit sampai kul 11 camtu je la.....tp ada gak la terbabas sampai kul 1, 2.....tp aku lepak kat luar....isap rokok sbatang, basuh kaki, baca apa yg patut br masuk umah........

skang alhamdulillah.......xde pepe.....wak tu ckp dier da alihkan jalan tu ke arah lain.......
READ MORE- Anak diganggu Hantu Berbaju Merah di Nilai, Negeri Sembilan

Monday 4 December 2017

TANDA TANDA RUMAH, DIRI ADA GANGGUAN & CARA PENDINDING DALAM ISLAM


e043992f5024e0797b4c0a5d4fab774aApakah Tanda Ada Gangguan ?

*Petanda Ini Adalah diambil Daripada Petikan Kitab Assorimulbattar dan wiqatul insan oleh Imam Al Qurtubi.
antaranya..
  • Rasa Sesak Nafas Bermula Maghrib Sehingga Subuh
  • Kusut Fikiran
  • Sakit Dibahagian Belakang
  • Mengigau Di Waktu Tidur
  • Menjerit , Ketawa , Menangis Ketika Tidur
  • Rasa Tertindih Dengan Benda Yang Berat
  • Sering Mimpi Yg Menakutkan Dan Berulang Ulang
  • Mimpi Yang Memenatkan Seolah Olah Betul Yang Berlaku
  • Terdengar Suara Suara Yang Aneh , Spt Berjalan2 Atas Loteng , Guli , Buka Paip Tandas Dan Sebagainya.
  • Terserempak Dengan Kelibat Lembaga Di Dalam Atau Di Luar Rumah
  • Rumah_kedah
  • Terdengar Suara Anjing Yang Sayu Sayup Luar Biasa
  • Terjumpa Binatang2 Yang Ganjil Dengan Banyak Di Dalam Rumah .Spt Lalat Hijau,Ulat Bulu,Belalang,Langau Dll
  • Berbau Busuk Spt Darah,Longkagkang Dll
  • Terasa Ada Makhluk Seolah Olah Memperhatikan Gerak Geri Kita
  • Badan Rasa Tidak Selesa , Di Tengkuk , Sakit Kepala , Apabila Berada Di Tempat Tertentu Dalam Rumah Atau Pejabat
  • Badan Terasa Tidak Selesa Dan Disahkan Normal Tetapi Tidak Normal
  • Suka Bersendirian
  • mengatasi-gangguan-mental
  • Bisikan Di Telinga
  • Tertahan Drpd Menyebut Nama Allah , Menyebabkan Tidak Boleh Membaca Al Quran Dan Solat
  • Sering Mengantuk
  • Runsing Dan Tekanan Yang Serius
  • Sering Seram Bersendirian
  • Pelajar / Tempat Yang Kena Histeria
  • Sukar Tidur Malam
  • Terjaga Ditengah2 Malam
KESAN JIKA TIDAK BERIKHTIAR ?
  • Masalah berpanjangan
  • masalah jangka pendek dan panjang
  • masalah rumah tangga sehingga mudaratkan hubungan kekeluargaan
  • penceraian
  • anak anak menjadi masalah
  • putus asa dalam semua aspek
  • hilang fokus
  • hilang perkerjaan 
  • dan sebagainya


CARA PEMAGAR DIRI , KELUARGA DAN KEDIAMAN

DARI ANCAMAN SIHIR MENGIKUT ISLAM

dscn7408

Berpandukan Al Quran , Hadis Dan Kaedah Ulama bagi ikhtiar menghalang , mencegah dan mempertahankan diri , keluarga dan harta benda agar tidak dicerobohi oleh kejahatan manusia dan makhluk halus
PEMAGAR PERTAMA : MAKAN TAMAR AJWAH DAN TAMAR MADINAH
Amalkan memakan tamar (kurma) Ajwah dan kalau mampu makanlah sekali dengan Tamar Madinah. Hal ini sangat-sangatlah disuruh dan andaikata tidak mendapati kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah ï·º yang berbunyi:
Ertinya: “Barangsiapa Yang Memakan Tujuh Biji Tamar Ajwah, Dia Tidak Akan Mendapat Sebarang Kemudaratan Racun Atau Sihir Yang Terkena Pada Hari Itu”. Riwayat Al Bukhari.
5e7a244cea9a47cecd9190e88f2a5ba3
PEMAGAR KE 2 : BERWUDUK SEBELUM TIDUR
Sihir sama sekali tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Kerana setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah ï·º:
Ertinya: Sucikanlah Jasad-Jasad Ini Mudah-Mudahan Allah Akan Menyucikan Kalian. Kerana Sesungguhnya, Tiada Seorang Pun Dari Mereka Yang Bersuci Terlebih Dahulu Sebelum Tidur, Melainkan Ada Bersamanya Seorang Malaikat. Malaikat Tersebut Tidak Akan Pernah Terlalai Walaupun Sedetik Untuk Mengucapkan Doa:
“Ya Allah, Ampunilah Dosa Hambamu Ini Kerana Dia Telah Tidur Dalam Keadaan Bersuci””. Riwayat At Tabraaniy dengan sanad yang baik.
FB_IMG_1451308586012
PEMAGAR KE 3 : MENGAMBIL BERAT  TENTANG SOLAT BERJEMAAH
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim itu bebas dan aman dari gangguan syaitan. Adapun bersikap sambil lewa terhadap tugas tersebut menyebabkan syaitan akan mengambil peluang dengan mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan Berjaya merasuk, menyihir atau apa-apa kejahatan lain lagi yang mampu diperlakukan.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah ï·º telah bersabda:
Ertinya: Mana-Mana Kampung Mahupun Kawasan-Kawasan Hulu Yang Tidak Mendirikan Solat Berjemaah Meskipun Penduduknya Cuma Tiga Orang, Nescaya Akan Didampingi Oleh Syaitan.
 Oleh Itu, Hendaklah Dirikan Solat Berjemaah. Sesungguhnya Serigala Akan Memakan Kambing-Kambing Yang Menyendiri Dari Puaknya”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
FB_IMG_1453112774555
PEMAGAR KE 4 : MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD
Salah satu cara lain lagi untuk memagarkan diri dari sihir, hendaklah bangun mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan untuk bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai dirinya. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya tak ubah bagaikan bumi yang ketandusan, lantaran kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a telah berkata:
Rasulullah ï·º pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah ï·º pun bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.
 cac751956b59b3407ff6dedaa6a97572
PEMAGAR KE 5 : MEMBACA DOA PERLIDUNGAN KETIKA MASUK TANDAS
Tandas adalah tempat kotor dan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali dia masuk ke dalamnya. Salah seorang mangsa sihir telah memberitahu kepada saya bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Akan tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat menghalau dan menyuruh syaitan itu keluar dari jasad si mangsa.
Saya pernah diberitahu oleh seekor jin katanya:
Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada kamu satu senjata tajam yang mampu kamu pergunakannya untuk menentang kami tetapi aku harap kau jangan lah gunakannya untuk kami.
Saya kemudian bertanya apakah yang dimaksudkan dengan senjata tajam tersebut, lalu ia menjawab: zikir-zikir yang diajar oleh nabi.  
Rasulullah ï·º apabila mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:
TS
Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganmu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya berlindung dari gangguan syaitan-syaitan baik syaitan jantan atau betina.
96c63844177e226920086c6f580d6e89
PEMAGAR KE 6 : PERLINDUNGAN KETIKA HENDAK MENGERJAKAN SOLAT.
Jubair ibnu Mu’tim r.a pernah mendengar Rasulullah ï·º menyebut zikir berbunyi:

sebanyak tiga kali, kemudian menyebut:
 2704fa35c9372c0595efe4d36d2cce33
PEMAGAR KE 7 : MEMAGAR ISTERI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH.
Selepas majlis akad nikah, kemudian tibalah pula malam pengantin, sebelum memulan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang telah engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah engkau selubungi keatasnya.
Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dari perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dari perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya” Riwayat Abu Daud
Al Hambra in Granada - Spain (courtyard)
PEMAGAR KE 8 : MENDAHULUKAN KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA DENGAN BERSOLAT
Abdullah ibnu Mas’ud r.a telah berkata:
“Apabila seseorang kamu telah mendampingi isterinya (yakni pada malam pengantin) maka suruhlah dia ikut serta bersolat sunat dua rakaat di belakangmu. Selepas itu berdoalah dengan menyebut:
Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah Aku Dan Isteriku Serta Ahli Keluargaku. Ya Allah! Satukanlah Kami Suami Isteri Dengan Sebaik-Baiknya Sekiranya Catuan Yang Engkau Jadikan Ini Benar-Benar Memberi Kebaikan, Pisahkanlah Di Antara Kami Sekiranya Perpisahan Yang Engkau Jadikan Itu Benar-Benar Menuju Ke Jalan Kebahagiaan”. Riwayat At Tabraaniy
 10155375_10153168024083647_4273399159706956190_n
Pemagar Ke 9 : Memagar Diri Ketika Memulakan Aktiviti Persetubuhan.
Abdullah ibnu Abbas r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah ï·º telah bersabda:
Ertinya: “Sekiranya salah Seorang Di Antara Kamu Ingin Mendatangi (Menyetubuhi) Isterinya, Maka Hendaklah Dia Membaca Doa Ini:doa-untuk-memulakan-jimak
 318090_299531410149846_1267392478_n
PEMAGAR KE 10 :
“Hendaklah berwuduk sebelum tidur, kemudian bacalah ayat-ayat al kursi  kemudian berzikirlah kepada ALLAH sehingga terlelap”.
02-AyatulKursi
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursiy sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi. Rasulullah ï·º telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
Ertinya: “ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu:. Riwayat al Bukhari.
 9510f445b7d845f08a841faa965d0696
PEMAGAR KE 11 :
Bacalah ayat-ayat di bawah pada tiap-tiap hari selepas solat maghrib:
  • Surah al Baqarah dari ayat 1 hingga ayat 5.
  • Selepas itu bacalah ayat-ayat al Kursiy dengan ditambah dua ayat lagi selepasnya (yakni ayat 256 dan 257 surah al Baqarah).
  • Selepas itu bacalah tiga ayat terakhir surah al Baqarah. Riwayat ad Daarimiy dari Ibnu Mas’uud.
insyaAllah akan terlepaslah dari sebarang gangguan jin dan sihir, dari malam itu ke subuh.

Pemagar Ke 12 : Bacalah Zikir Ini Sebanyak Seratus Kali Pada Selepas Subuh Pada Tiap-Tiap Hari Iaitu:
Dalam sebuah hadis sahih ada meriwayatkan bahawa Rasulullah ï·º telah bersabda:
 209
Ertinya: zikir ini menyamai sepuluh orang pengawal, sesiapa yang menyebut zikir ini akan dituliskan baginya seratus kebaikan kemudian dihapuskan seratus kejahatan dan ia berperanan sebagai perisai melawan syaitan sepanjang hari itu.
Tidak seorang pun yang mampu menandingi kelebihan orang yang menyebut zikir ini melainkan sekiranya orang itu benar-benar beramal dengan amalan-amalan yang banyak”. Riwayat al Bukhari.

PEMAGAR KE 13 :
hendaklah membaca doa ini sebelum masuk masjid:
 MS
Dalam satu riwayat sahih ada menyebut:
Ertinya: Barangsiapa Yang Menyebut Doa Tersebut, Maka Syaitan Akan Mengeluh: Terlepas Aku Untuk Menggodanya Sepanjang Hari Ini”. Riwayat Abu Daud

PEMAGAR KE 14:
Hendaklah menyebut doa ini baik waktu pagi dan waktu petang sebanyak tiga kali:
1743747_438911432910230_502711337_n
Hadis riwayat Tirmiziy dan katanya: Hadis hasan gharib sahih.

Pemagar Ke 15 :
Hendaklah selalu menyebut doa ini ketika keluar dari rumah:
doa keluar rumah
Sekiranya anda berkata demikian nescaya syaitan akan berkata kepada anda: engkau telah Berjaya menyelamatkan dirimu dari godaan syaitan.
 Selanjutnya ia akan berkata kepada syaitan lain: Bagaimana Dengan Hasil Kau? Adapun Awal-Awal Lagi Lelaki Itu Telah Menyelamatkan Diri Dengan Ilmu Pendindingnya. Riwayat Abu Daud dan Tarmiziy hadis hasan sahih.

  • Rujukan Kitab Kitab Sihir Dan Guna Guna Cara Mencegahnya Dan Merawat Cara Islam Dan Senjata Tajam Untuk Menangkis Sihir Dan Ilmu Hitam Karangan Syeikh Wahid Abdul Salam Bali
READ MORE- TANDA TANDA RUMAH, DIRI ADA GANGGUAN & CARA PENDINDING DALAM ISLAM

Sunday 3 December 2017

seram kot - Disihir Oleh Pelanggan



 Image result for cerita seram singapura


-Saya ingin menceritakan tentang kejadian yang tak pernah berlaku
ketika menjalankan tugas saya. Saya adalah seorang jurujual di Singapura, kerja
saya bertemu dengan pelanggan. Tak perlulah saya menceritakan lebih
lanjut tentang pekerjaan saya kerana anda akan tahu apabila anda
membaca kisah saya ini.
 
Saya dan isteri bersama seorang pelanggan di rumahnya di kawasan Toa
Payoh. Selepas selesai saya menjalankan tugas saya, beliau
menhidangkan kami air minuman dan makanan ringan. Sedang kami
berborak-borak dan berbual kosong, tiba-tiba pelanggan kami itu yang
kami gelarkan "kakak", terus senyap DAN MENUNDUKKAN KEPALANYA KE
BAWAH. Isteri saya mula merasa gelisah dan tidak boleh duduk diam
serta rasa kepanasan. Saya bertanya kepada isteri kenapa beliau
 
semacam resah dan gelisah? Isteri saya berkata, "Saya rasa macam tak
sedap, macam ketakutan, tapi tak tahu apa yang saya takutkan. Telinga
saya macam rasa sebal seperti menaiki kapal terbang. Berdesing!"
Tiba-tiba kakak tersebut memberi salam seperti suara seorang nenek
tua, "Assalamualaikum..." Isteri terperanjat, disebabkan isteri duduk
di sebelah kakak itu. Saya macam nak ketawa pun ada. Ingatkan dia
berdrama. Muka isteri saya dah pucat lesi macam nak pengsan. Kakak itu
berkata dengan suara itu lagi, "Saya tahu apa terjadi dengan kamu,
 
saya tahu siapa yang tidak suka dengan kamu. Mari sini, duduk dengan
mbak. Biar mbak jelaskan siapa gerangan orang yang menghantar sihir
kepada awak. Sihir itu juga mahukan isteri kamu sukar untuk hamil!"
Bila dia berkata begitu, saya langsung tidak percaya. Tergamam dan
tidak bersuara. Adakah ini perkara yang benar atau permainan
semata-mata? Berdiri bulu roma. Isteri saya langsung tidak bersuara
kerana terlalu ketakutan. "Nenek tua" yang telah merasuk kakak tadi
itu langsung menceritakan hal2 saya, siapakah musuh saya, dan SIAPA
DIA!!! Gerun tapi tak percaya... Astaghfirullah... Hati ini tak
habis-habis beristighfar. Pelanggan saya yang tadi menurun, tiba-tiba
balik ke asalnya dan bertanyakan kepada suaminya apakah yang berlaku?
Saya tahu yang bercakap tadi itu mungkin adalah saka milik kakak
tersebut. Mungkin dia sendiri tidak tahu yang dia ada saka ini.
 
Apabila saya balik ke rumah, saya menelefon ibu saya, Saya ceritakan
hal ini dengan ibu saya. Secara kebetulan, ada ustaz yang hendak
datang ke rumah saya untuk menyemah rumah kami sebab saya baru pindah.
Ustaz itu pun sudah membuat temujanji untuk bertemu dengan kami
sekeluarga pada keesokan malamnya selepas Isyak untuk berubat.
Pada esok malamnya, semasa saya sedang berubat, saya terasa begitu
panas seperti sedang membara, padahal alat pendingin hawa jelas di
depan saya dengan suhu 16 Celsius. Saya berpeluh-peluh seolah-olah
sudah lama berlari-lari anak. Beberapa minit kemudian, saya rasa ada
sesuatu yang keluar dari tubuh saya dan saya rebah ke lantai
 
kepenatan. Memang benar rupanya kata kakak itu ketika beliau dirasuk,
sihir itu berjaya duduk di dalam badan saya selama ini dan saya tak
perasan. Saya rasa ringan selepas itu. Isteri saya cuma terkena
tempias sihir itu.
 
Selepas "berubat", isteri mimpi ada orang menyeru nama penuh beliau
lalu sembur ke mukanya. Dia tersedar sekitar pukul 4 pagi lalu
terdengar ketukan yang dasyat di tingkap seolah-olah seperti ada orang
hendak masuk ke dalam.. Tak boleh tidur dibuatnya. Sekejap lagi,
terdengar lagi. Lebih kuat, kali ini saya tersedar. Kuat sangat sampai
bergegar bilik tidur saya. Bayangkan, rumah saya berada di tingkat
tinggi.
 
Mulai dari malam itu, saya lebih berhati-hati untuk bercampur dan juga
makan minum di rumah orang. "Buat-membuat" orang ini masih lagi wujud
lagi pada zaman ini. Astaghfirullah. Semoga orang itu mendapat taufik
dan hidayah. Kita sama-sama cari rezeki, sama-sama mahu berjaya. Tidak
perlu hendak berlumba dan membunuh kerjaya masing-masing. Itu sahaja
cerita saya.
 
Selamat tengah malam dan terima kasih...
READ MORE- seram kot - Disihir Oleh Pelanggan

4 Bulan Tidak Dapat Makan, 1 Bulan Tidak Dapat Minum



Jun 2010 - Ini adalah kes saya yang sukar dilupakan kerana memberi ia memberi impak
yang kuat di sepanjang penglibatan saya dalam kancah paranormal.

Di atas adalah ibu kepada salah seorang sahabat saya yang asalnya mempunyai
tubuh yang agak gempal. Namun keadaan berubah pada Mac 2010 apabila ibunya mengidap penyakit misteri yang menyebabkannya tidak dapat menelan makanan dan akan termuntah kembali semua yang disuap apabila digagahi juga.

Sahabat saya membawa ibunya ke klinik swasta dan seterusnya ke Hospital Sultanah
Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut. Namun, setelah diperiksa oleh beberapa doktor
dan doktor pakar, penyakit ibunya masih tidak dapat dikesan.

Tidak mahu hanya berputus asa dan menyerah kepada takdir, sahabat saya membawa
ibunya ke Putra Medical Centre (PMC) untuk diperiksa oleh doktor-doktor pakar di sana.
Tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan, termasuk menjalani ujian Magnetic Resonance
Imaging (MRI) Machine, malangnya masih gagal mengesan punca penyakit misteri itu.


Magnetic Resonance Imaging (MRI) Machine

Dari segi perubatan moden, ibu sahabat saya disahkan tiada sebarang penyakit dan doktor-doktor pakar sendiri menyarankan agar sahabat saya membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan alternatif atau tradisional sebagai ikhtiar seterusnya

Mereka juga belum pernah menangani kes yang sebegitu dan amat hairan bagaimana ibunya masih boleh terus hidup walaupun berminggu-minggu tidak makan. Tegas pakar-pakar di PMC, biasanya manusia hanya bertahan selama 7 hari tanpa makan.

Setelah gagal mendapat jawapan melalui kaedah sains, sahabat saya dan ahli keluarganya yang lain mula berikhtiar secara tradisional dan alternatif pula. Sebut sahaja di mana ada bomoh atau pakar perubatan Islam yang terkenal, mereka akan mencubanya.

Namun usaha mereka bagaikan sia-sia malah keadaan ibu sahabat saya, semakin uzur.
Malah ramai di antara bomoh dan pengamal perubatan Islam yang ditimpa musibah atau
sakit secara tiba-tiba apabila cuba merawat penyakit ibunya. Mereka semakin buntu,
kerana hampir 4 bulan berlalu, masih belum menampakkan kesan yang positif

Kebetulan pada satu malam, saya menelefon sahabat saya itu kerana telah lama tidak berhubung dengannya. Pada masa itu, barulah saya mendapat tahu perihal ibunya yang sedang sakit itu. Saya pun bertanya, kenapa perkara ini tidak dimaklumkan kepada saya lebih awal untuk saya cuba ikhtiarkan ? Jawabnya, dia agak keberatan kerana bimbang saya akan menerima nasib yang sama seperti bomoh dan pengamal perubatan yang lain.

Saya menegaskan yang dia adalah sahabat saya dan ibunya juga adalah seperti ibu saya. Adakah saya akan membiarkan saja ibu saya menderita hanya kerana takut ?

Keesokannya, saya membatalkan semua urusan dan temujanji, untuk melawat ibunya. Saya cuba sedaya upaya mengawal perasaan, apabila melihat keadaan ibunya. Apatah lagi apabila saya membayangkan bagaimana jika ibu saya sendiri dalam keadaan itu

Pada masa itu, ibunya telah 4 bulan tidak makan dan lebih teruk lagi apabila sudah 1 bulan tidak dapat minum pula. Menurut sains, manusia akan mati jika hanya 3 hari tidak minum Saya bertekad untuk mengendalikan kes ini dan terus mendirikan Solat Hajat

Kemudian, saya sediakan sedikit Air Penawar untuk kegunaan sementara dan meminta sahabat saya atau ahli keluarganya yang lain, memberi minum dan disapukan ke muka serta badan ibunya. Saya akan mendirikan Solat Hajat lagi dan menyediakan Air Penawar yang lebih 'sempurna' lagi selepas ini dengan izin Allah.

Pelbagai andaian yang diberikan oleh bomoh dan pengamal perubatan Islam sebelum ini. Tetapi ramai yang mengatakan ibunya terkena buatan orang. Sahabat saya bertanya, apa pandangan saya ? Saya cuma boleh menjawab, kita cuba minta pada Allah untuk sembuhkan ibunya, yang lainnya, terserah kepada Allah untuk menentukannya.

Saya juga mengingatkan yang kita tidak boleh menuduh orang sebarangan tanpa bukti yang kukuh. Jika benar ianya buatan orang, InsyaAllah, mereka akan menerima padahnya nanti. Yang penting kita perlu ikhtiarkan tentang keadaan ibunya terlebih dahulu

Saya juga memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka, berdasarkan pengalaman saya, keadaan ibunya adalah disebabkan ada jin yang 'menghuni' dalam tubuh ibunya. Jin itu sengaja menyekat ibunya daripada makan dan minum tetapi mengekalkan hayat ibunya supaya tidak mati. Jika benar ini buatan orang, mungkin mereka mahu mangsa menderita

Keadaan ini hampir serupa dengan orang yang memiliki saka. Contohnya mereka yang membela hantu raya. Tetapi keadaan mereka adalah berlainan kerana mereka sebenarnya sudah mati. Hanya saka berkenaan yang 'menghuni' mayat tuannya sehingga ada waris baru yang sanggup menerimanya. Keadaan tubuh tuannya adalah seperti mayat, akan bengkak, berbau dan berulat. Tetapi masih bergerak dan makan di waktu malam

Oleh itu, mereka perlu bersedia menerima hakikat bahawa kemungkinan besar ibunya akan meninggal jika jin tersebut dapat diusir dengan izin Allah. Ini kerana, keajaiban ibunya yang masih hidup tanpa makan dan minum itu, mungkin dibantu oleh kuasa sihir dari Jin itu Tetapi organ-organ dalam ibunya mungkin telah rosak teruk akibat ketiadaan zat makanan dan lebih teruk lagi apabila tidak mendapat sumber air yang mencukupi

Sahabat saya dan keluarganya faham dan bersedia meredhakan pemergian ibunya asalkan penyakit misteri itu dapat disembuhkan. Mereka juga mengakui, memang berat untuk kehilangannya, tetapi lebih tidak sanggup membiarkan ibunya terus menderita begitu

Walaubagaimanapun, saya menegaskan bahawa akan berikhtiar sedaya-upaya dalam memohon kepada Allah supaya ibunya kembali sihat seperti biasa. Saya meminta mereka juga agar turut sama mendirikan Solat Hajat dan berdoa, lebih-lebih lagi ayah kepada sahabat saya kerana itu adalah isterinya dan dia lebih afdal mendoakannya.

Apabila pulang ke rumah, saya mendirikan Solat Hajat selama beberapa hari dan menyediakan Air Penawar yang lebih 'sempurna'. Saya juga merayu bersungguh-sungguh kepada Allah semoga dapat melihat ibu sahabat saya itu kembali sihat

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa-doa kami dan ibu sahabat saya semakin sihat dan boleh meminum sedikit air. Saya amat gembira menerima berita itu dan mengingatkan mereka agar terus berdoa sehingga dia benar-benar sembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya

Namun, setelah pulih beberapa hari, akhirnya ibu sahabat saya meninggal juga di Putra Medical Centre (PMC) dan sekali lagi doktor-doktor pakar disitu kehairanan kerana semasa pemeriksaan sebelum ini, organ-organ dalamannya masih elok. Tetapi imbasan terakhir telah menunjukkan yang kebanyakkan organ-organ penting telah rosak teruk

Saya terkedu menerima berita itu. Walaupun sahabat saya dan ahli keluarganya yang lain tidak menyalahkan saya, tetapi saya merasa agak terkilan kerana inilah kes pertama yang berakhir dengan kematian walaupun ibunya telah sembuh daripada penyakit misteri itu

Selepas balik daripada pengkebumian, perasaan saya terlalu muram sambil memikirkan, apakah kesilapan saya kali ini ? Saya sedia maklum bahawa ini adalah ketentuan Allah, tetapi atas sebab yang tidak boleh dijelaskan, saya terus mencari kesilapan saya

Setelah beberapa hari, barulah saya mendapat ilham. ( amaran ! ini adalah 'Ijtihad' saya
sendiri dan tidak boleh digunapakai oleh orang lain kerana ia akan melibatkan akidah )

Semasa saya memohon untuk melihat ibunya kembali sihat, saya tidak nyatakan 'di mana'. Jika Allah tentukan tempatnya di Akhirat nanti, ia masih tidak menyalahi permohonan tersebut. Saya bertambah kagum dengan kebijaksanaan Allah dan akur dengan kebodohan saya sendiri. Walaupun Allah telah tentukan Qada dan Qadar, tetapi dalam masa yang sama, Allah tetap akan menjaga hati hamba-hamba yang amat berharap kepadaNya


Apa yang ingin saya tegaskan adalah, kita mesti berhati-hati dalam memohon doa. Seperti kisah dua orang yang ditangkap dan akan dikenakan hukum bunuh. Pada malam sebelum hari perbicaraan : Si Jahat, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan memohon agar terlepas daripada hukuman. Manakala Si Baik begitu yakin dengan dirinya dan hanya sekadar berdoa agar Allah memberikan keputusan yang adil untuknya.

Keputusannya : Si Jahat dilepaskan kerana terdapat keraguan di atas tuduhan ke atasnya. Ini bermakna Allah menerima taubatnya dan memberi peluang kepadanya untuk kembali ke jalan yang benar dan menebus kesilapannya dengan melakukan perkara-perkara yang baik

Manakala Si Baik pula dijatuhi hukuman bunuh kerana pengadilan tidak memihak kepadanya walaupun hakikatnya dia tidak bersalah. Tetapi, sebenarnya Si Baik ini pernah membunuh seekor nyamuk sebelum itu dan apabila dia berdoa agar diadili seadil-adilnya, maka dia juga layak dikenakan hukuman bunuh. Di sini Allah ingin mengigatkan kepada kita, jangan sesekali berasa diri cukup sempurna dan jangan sesekali merasa selamat hingga tidak berdoa untuk memohon perlindungan daripada Allah, dalam apa jua keadaan

Berbalik kepada kisah ibu kepada sahabat saya, saya ingin mengajak agar kita sentiasa memohon perlindungan Allah setiap masa daripada sebarang bahaya samada zahir atau batin. Kita boleh amalkan membaca Ayat Qursi samada dalam atau selepas setiap Solat fardhu. Dengan izin Allah, kita akan terpelihara daripada sebarang bahaya di antara waktu-waktu Solat Fardhu yang kita lakukan 5 kali sehari semalam.

Dan tidak perlu saya jelaskan panjang lebar tentang kewajipan menunaikan Solat 5 Waktu dengan sempurna dan menjauhi dosa atau maksiat yang boleh menyebabkan doa kita tidak diterima bahkan akan mengundang musibah ke atas diri kita samada di dunia atau Akhirat


Al Fatihah


Sudilah tuan/puan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah








sumber
READ MORE- 4 Bulan Tidak Dapat Makan, 1 Bulan Tidak Dapat Minum

Wednesday 29 November 2017

SERAM KOT !! DIGANGGU HANTU PENANGGAL


hantu penanggal
  Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

  Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang
gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

  Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah
perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.

  Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang
bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.

  Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulka
n.
READ MORE- SERAM KOT !! DIGANGGU HANTU PENANGGAL

Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit Batok


Kisah seram kali ini melibatkan hantu penanggal. Untuk pengetahuan korang, hantu penanggal ini adalah manusia yang mengamalkan ilmu hitam dengan menghisap darah orang yang baru bersalin. Hantu penanggal amat popular pada zaman dahulu. Manusia yang mengamalkan ilmu hitam ini akan mengikat dirinya terlebih dahulu pada tiang rumahnya dengan bumbung yang sudah siap terbuka di atasnya untuk memudahkan kepala yang ditanggalkannya keluar dan pulang dengan dengan selamat.
kisah seram hantu penanggal
Cukup serba sedikit mengenai maksud dan penganalan hantu penanggal ni. Kita teruskan dengan kisah seram benar yang dialami oleh seorang mangsa yang tidak mahu namanya dinyatakan di sini.

Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit Batok


Sewaktu umur saya 10 tahun, saya menetap di Blk 1** Bukit Batok West Ave 8. Kisah seram ini berlaku pada pukul 3.oo pagi. Waktu itu, saya adik beradik tidur di ruang tamu dan emak saya sedang menjahit di kawasan dapur. Antara saya dan emak, kami terpisah dengan sebuah tembok di mana emak menjahit di sebelah belakang tembok dan tempat tidur saya di sebelah depannya.
Ketika saya sedang tidur2 ayam, tiba² saya terdengar emak berbual seorangan. “Apa yang kau nak?” Di masa itu, telefon bimbit belum menjadi keperluan asas lagi. Yang ada hanya telefon rumah yang berada di ruang tamu. Di saat itu, saya pun keliru dan sebagai budak kecil yang nakal, saya pun mengintip di tepi dinding yang ada tersebut. Sekali lagi saya mendengar suara emak berkata, “Jangan usik aku dan keluarga aku eh?” Saya masih musykil. Dengan siapa emak berbual tu???
Pertanyaan saya dijawab apabila saya mendengar satu suara yang menakutkan dari tingkap dapur. Bunyi efek suara itu berdengung, namun cara perbualan suara itu seperti orang yang pelat. Suara itu berkata, “Nak berkawan dengan aku?” Emak saya menjawab, “Tidak sekali, aku manusia, engkau Syaitan!” Sepintas itu, suara itu ketawa, “Hihihihihihihih…” Mata saya masih mencari² sumber suara yang seram dan ganjil itu. Namun, apa yang saya nampak tak akan saya lupakan hingga ke hari ini walaupun sudah 16 tahun dulu!!!
Yang saya nampak adalah kepala berserta usus, perut dan hati tergantung. Makhluk bernama Hantu Penanggal!! Tapi ada sesuatu yang ganjil. Selain mukanya yang hodoh, tulang dagu makhluk tersebut macam tercabut dan tergantung dengan sisa kulit dan urat. Baru saya faham. Kerana mulutnye yang cacat, itu sebab cara perbualannya pelat macam budak² kecil baru nak belajar bercakap. Lebih menyeramkan apabila melihat mulutnya yang dah cacat itu bergoyang bila berbual dengan emak sekali lagi. Saya melihat peristiwa itu sehingga mahluk itu hilang dari pandangan.
Yang peliknya, emak seperti tidak takut sama sekali. Orang kampung lah katakan. Dalam kejadian tersebut, saya yakin bahawa makhluk itu tidak melihat saya kerana saya mengintai di belakang tembok dan saya perhatikan mata makhluk itu tidak sesekali melihat ke arah saya. Saya silap!! Pukul 6:30 pagi, sewaktu saya turun tangga dari rumah tingkat 3, saya dengar nama saya dipanggil. Suara yang memanggil sama dengung dan pelat seperti suara makhluk yang saya nampak berbual dengan emak!!! Saya lari lintang pukang turun tangga. Dengan jelas kedengaran ia mengilai di sudut tangga di tingkat 3 flet Bukit Batok tersebut. Sekian, terima kasih.

Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit Batok

Ini adalah kisah benar. Salah satu pengalaman yang seram sewaktu tinggal di Bukit Batok. Peringatan buat semua, jika anda melihat sesuatu makhluk ghaib atau hantu, jangan beranggapan dia tidak nampak anda kerana itu adalah strategi asas mereka untuk mengganggu anda. Hantu ini adalah syaitan yang menjelma membentuk rupa yang menyeramkan untuk menakutkan manusia, sedangkan kita sepatutnya takut kepada Allah. Sekian kisah seram pada kali ini.
READ MORE- Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit Batok

Sunday 26 November 2017

Diganggu Makhluk Halus di Pejabat : Berbogel Angkara Rasukan Jin






Nak citer sikit dulu pasal Nora ni, die ni memang sangat cun macam Nora Danish, serius. (sebab tu aku bagi name Nora ni). Mude setahun dari aku.  Bertudung tapi baju ketat, memang body die seksi pun, sebab tu nak tunjuk kot. Kitorang yang satu ofis ni memang rase bertuah sangat la dapat menatap die ni hari2… mase keje plak slalu je usha2 die ni… sebab tu memang susah kitorang ponteng keje kot… nak tengok die hari2… Die punye cantik ni sampai ofis tingkat2 lain hebohla… selalu je ade yang lalu depan ofis kitorang, usha Nora ni… ofis pintu depan kaca, boleh nampak dalam… Nora pulak duduk depan… macam receptionist… so kalau lalu depan ofis kitorang memang nampak Nora la… Nora ni pulak memang murah dengan senyuman, sape2 lalu tu die senyum je… cair beb… Nora ni mase start keje baru putus dengan boyfriend die…

Aku citer pasal Nora ni, bukan ape, sebab sejak 2 kejadian kat atas ni aku banyak mimpi pasal Nora ni… dalam mimpi tu aku selalu buat bende tak senonoh dengan die… tapi belum tahap 'bersama' la… aku pun pelik jugak, sebab ape selalu mimpi si Nora ni… nak kate aku jatuh cinte tu tak la pulak… aku memang suke tengok die, usha2 sebab die memang lawa kan… sebagai lelaki memang susah nak tahan la daripada tengok perempuan cantik ni… jadi aku anggap mimpi aku tu macam mainan tidur je… mungkin sebab hari2 asyik usha, dah ade pulak feeling… angau pulak ke? Aku dah putus dengan awek aku sebelum keje lagi, hubungan 5 tahun…putus di tengah jalan… aku dah serik, nak tahan dulu dari bercinta2 ni… kumpul duit banyak2 dulu…

Aku dengan Nora ni sebenarnye jarang sangat bercakap… walaupun satu ofis… aku ni pendiam… memang berat mulut… terutama dengan perempuan… maklumlah dah kecewa… selalunye kitorang saling senyum2 dan angguk2 je… Nora ni pun dengan pekeje lain cume cakap bende2 pasal keje je… kadang2 bile keluar lunch same2 barula die ade citer sikit2 pasal peribadi...

Pasal episod 1 & episod 2, kitorang sumer rahsiakan daripada Nora… die ni memang penakut sikit, kalau kitorang citer ofis tu berhantu, aku rase die memang takkan masuk pantry tu lagi dah buatkan air… silap2 berhenti keje terus…

Kejadian ke 3… berlaku dalam April 2010, beberape bulan lepas episod 2… sejak kejadian episod 2 kitorang memang tak duduk ofis tu lebih daripada pukul 8 malam… kalau ade keje kene siapkan, kitorang akan bawak balik rumah… Si Nora yang tak tau pasal kejadian2 ni, memang tabiat die balik pukul 6.30 petang… dah biase…

Hari tu hari Rabu, Said dan Bos keje outstation… 2 orang grafik designer tu ambik cuti seminggu, jadi tinggal la aku dengan Nora… seronok jugak dapat berdua, tapi memang tak cakap ape2 la… masing2 sibuk keje… mase lunch kitorang keluar sendiri2… dalam pukul 6.30, aku siap2 la nak balik… kejap lagi Nora balik, aku malas la nak duduk sorang2… tetiba Nora ni datang kat meja aku, mintak aku tunggu sampai die balik… die kate mungkin die lewat balik… pukul 8… die tak nak duduk sorang2… Nora ni, bapak die yang hantar pegi dan jemput balik keje… sebab die tak ade lesen… jadi haritu mungkin bapak die ade hal, lambat la sikit nak jemput… aku mase tu pinjam motor Said, kalau nak tolong hantarkan macam tak manis la pulak… helmet lebih pun takde… Jadi aku setuju tunggu sampai pukul 8 malam… aku duduk kat meja aku main game, Nora ni duduk kat meja die…

Dari meja aku ni memang boleh nampak terus meja Nora ni, mase tu aku nampak la die ni macam resah gelisah sikit, kejap2 tengok handphone, pastu mengomel sorang2… memang tak senang duduk la die mase ni, tak biase balik lambat kot… aku usha2 je die, memang gelisah betul. Masuk waktu Maghrib, semayang… pas habis semayang aku sambung main game. Usha2 Nora ni, tengok die dah diam je pulak dah… tadi macam cacing kepanasan… mase ni bile aku usha die, die ni tengah pandang tepat kat aku… aku senyum, die senyum balik… tapi die pandang je aku, macam tak berkelip2 mate die… aku pulak, pandang die sekejap, pastu tengok skrin PC… hati dah rase lain… kenape pulak die pandang aku sambil senyum macam tu? Tak pernah2 die pandang aku sampai macam tu sekali… Aku tengok die lagi, masih same… memandang tepat kat aku… kalau dari meja die tu memang boleh nampak muke aku… aku dah rase lain… jangan2 Nora dah balik mase aku semayang tadi… ni Nora lain kot… alamak… aku terus capai handphone, call Nora… ade bunyi… dari meja depan… lega sikit aku… memang Nora betul la ni… 'Kenape  awak call…?' Nora tanye… suare die cukup lembut daripada biase… macam menggoda pun ade… 'Takde2, tersalah tekan la, sori2'… alasan aku. Tapi aku memang rase ade yang tak kena… kenape die buat lenggok suare macam tu… aku cube tak pikirkan sangat… lagipun die memang Nora yang sebenar… aku sambung main game… tengok jam… dah pukul 8.15 malam… alamak… tadi janji pukul sampai pukul 8 je… aku usha Nora lagi, kali ni die tersandar dekat kerusi, sambil tutup mate… tidur pulak dah?

Warning: ade sikit unsur 18sx!!!

Aku ingat Nora dah tidur… tapi tak. Mase die tengah sandar tutup mate tu, aku tengok tangan die bergerak2… … …  dalam baju die… die tengah meraba2 dirinye sendiri… terutama kat bahagian dada… aku terkesima… berdebar2… cukup confuse… tak tau nak rase ape… sebab aku tau, memang ade sangat yang tak kene. Tak kan la tetibe Nora ni nak buat macam tu. Die tu walaupun seksi, tapi beradab… tak logik. Aku sambung main game. Cube tenangkan perasan bercampur baur dalam diri aku ni. Mungkin Nora ingat aku syok sangat main game kot, die ingat aku takkan pandang die… sebab tu die ambik kesempatan, mungkin tempat tu gatal ke…  aku main je game… memang tak syok dah la. Aku cube lupekan ape yang aku nampak… lame jugak la aku tak pandang2 Nora lagi… sampai la pukul 9 malam… dah sejam lewat… tetiba aku dengar, 'ah… ah…' suare perempuan mengeluh, macam tengah 'buat' tu… berdebar lagi aku… Nora tengah buat ape pulak… tak kan la… aku memang tau tak de orang lain masuk… sebab pintu ofis aku macam 7-eleven tu, ade bunyi bile bukak… lame jugak la Nora buat bunyi seksi tu, aku memang tak nak pandang die… tapi sebab dah tak tahan lagi, aku rase nak jerit je kat die 'ape kau buat ni??'. Jadi aku bangun, nak suruh die berhenti la, sebelum sempat aku cakap tu, aku tengok Nora dah berdiri kat depan meja die, kitorang saling memandang… tetiba, die senyum, dan… menanggalkan pakaiannye… sampaila semua die tanggal… lepas tu die berjalan, terhuyung hayang sikit, datang kat aku… sambil tu die cakap, 'Marilah… marilah…' memang cukup menggoda… syukur, ade lagi iman walaupun tipis kat aku ni. Aku tadi memang macam terkaku dengan ape yang die buat, bile die dah nak sampai kat meja aku, aku cepat2 elak… jadila adegan kejar mengejar pusing2 meja…  Nora cube nak dapatkan aku… mase tu aku fokus pandang muke die je… sambil cakap 'Wei berhentila, ape kau buat ni'… ade la dalam 10 kali pusing2 meja, aku nampak ade ruang untuk aku lari… aku tolak kerusi ke arah Nora, die sambut kerusi tu, aku terus lari, pergi kat meja die, ambik kunci… kunci aku pulak memang aku dah ambik mase pusing2 meja tadi… aku lari keluar ofis, aku kunci… aku tengok balik dalam ofis… Nora tak kejar aku pun… dari luar tu memang aku tak nampak meja aku… Nora pun aku tak nampak… tadi bersungguh2 nak dapatkan aku, takde pulak die datang cube pecahkan pintu ni ke ape ke… kunci die aku dah ambik, jadi memang die terkurung la…

Aku da risau… macam2 bermain dalam otak… macam mane kalau ni perangkap kan… Nora nak tuduh aku cube rogol die… yela, dalam keadaan macam ni, mesti pihak lelaki yang dipersalahkan… tapi kenape? kenape pulak die nak tuduh aku… die tak suke aku ke… ke die dah telanjur dengan orang lain, cube nak perangkap aku kahwin dengan die jadi pak sanggup… hai… macam2la dalam otak… aku intai lagi kat dalam opis… takde lagi si Nora ni… hilang pulak dah ke… betul ke tadi tu Nora… haritu 'bende' tu memang menyamar jadi die… nak kan kepastian, aku call lagi… berbunyi handphone die atas meja tu… entah2 Nora sebenar dah balik, die tertinggal handphone… tengah handphone berbunyi tu, aku nampak Nora dari dalam ofis… tanpe seurat benang, die pergi kat meja die, angkat handphone… 'Kenape awak lari… marila… marila…' mendayu2 suare… sambil pandang aku yang kat luar pintu ofis ni…

Aku terus tarik shutter ofis aku. Jadi tak nampak la Nora dalam tu. Aku dah malas nak pikir. Memang tak dapat nak pikir dah. Aku call Bos… aku cakap ringkas… 'Nora dah kene rasuk, macam mane ni?'. Mase tu aku tak pasti pun Nora ni kene rasuk, tapi cakap je la macam tu… asalkan ade orang datang tolong… Bos ade nombor bapak Nora… Dalam 15 minit, aku masih berdiri kat luar tu… sampailah bapak Nora, dengan mak, dan abang die sekali datang… aku bagitau serba sikit ape jadi sebelum masuk… aku bagitau jugak die bukak baju… mase tu tak tau la family Nora ni percaye ke tak… adela dalam 2 minit aku citer… lepas tu aku bukak shutter… nampak terus Nora ni tengah duduk kat meja die… masih tak pakai baju… bile nampak je family die datang, Nora macam terkejut, bulat mate die… die terus lari… aku rase ke pantry… family Nora masuk… aku kunci balik pintu ofis… aku tunggu luar… dalam hati aku berdoa supaye Nora tak tuduh aku nak rogol die ke ape ke… habisla aku kalau die cakap macam tu…

Kat luar ofis tu aku dengar macam ade bunyi gaduh2… bunyi jerit2… yang paling jelas aku dengar, Nora jerit 'Pergilaaaa!!'… dan memang sah… bunyi tu dari pantry… Bile aku pasti die lari kat pantry, terdetik kat hati aku yang ni keje hantu pantry tu… mase tu aku macam diberi ilham,  aku terus azan… kat luar ofis… sekuat hati… aku dengar Nora jerit 'Diamlaaaa!!'… pas aku azan, aku dengar abang die pulak azan dari dalam pantry… lagi kuat dari aku… keadaan jadi tenang… aku nampak mak Nora terkocoh2 datang kat meje Nora ambik baju2 die… nampak macam menangis mak die… kesian… pastu pekeje2 ofis tingkat 3 datang, dalam 4 orang, termasuk Ustaz haritu… tanye sebab ape azan… aku citerla… tapi aku tak bagitau bab die bukak baju… malu la die… kitorang masuk ofis, aku ketuk pintu pantry mintak izin masuk… aku bagitau ade ustaz boleh tolong… Ustaz pun masuk pantry… adela die bace2 aku tak dengar… yang lain duduk luar pantry… aku tengok Nora tengah duduk kat atas lantai menangis2… sambil ditenangkan family die… die dah berbaju balik dah… lepas Ustaz sapu2 dan bagi die minum air doa, Nora dah tenang sikit… mase tu dah pukul 11 malam… kitorang sumer pun balik… family Nora berterime kasih kat aku… tak tau la kenape… aku lega Nora tak cakap aku nak buat tak baik kat die… aku balik rumah, terus tidur… memang tak nak citer ape pun… malam tu jugak dalam pukul 12, Bos call tanye, aku citer tapi aku tetap tak bagitau bab bukak baju…

Esoknye Nora tak datang keje… die ambik cuti seminggu… Lepas seminggu Nora masuk balik, aku perasan die berubah terhadap aku… malu kot… die akan sedaye upaye elak dari bertentang mate dengan aku… cakap dengan aku pun die pandang tempat lain… takpela aku paham… rasenye die memang malu… aku dapat sms dari die berterime kasih kat aku sebab aku tak buat ape2 kat die mase tu… die berterima kasih jugak sebab bile aku citer, aku skip part bukak baju tu… tapi aku betul2 nak tau ape yang jadi malam tu, Nora setuju nak citer tapi tunggu mase sesuai la…

Sejak haritu Bos buat bacaan Yassin satu ofis setiap hari Khamis… Kadang2 pekeje ofis tingkat atas pun join sekali… dah takde gangguan… untuk seketika…

Lebih kurang 2 bulan kemudian, mase tu yang lain dah pergi lunch, aku tak keluar , alasan kenyang… sebenarnye Nora da sms nak citer kat aku mase lunch ni… pas kitorang tinggal berdue je, aku pun pergila kat meja die, supaye takdela die datang kat meja aku yang tersorok dari pandangan luar tu, kang jadi fitnah pulak… Nora pun bercerita kisah die malam tu…

Mase aku nampak die resah gelisah tu, memang die tengah gabra pun… sebabnye bapak dengan abang die tak balas2 sms die… die risau la jadi ape2… call pun tak angkat… macam mane die nak balik… sepanjang mase tu hati die memang berdebar2… die pun banyak kali doa dalam hati, 'mintak2 la Sham tunggu sampai aku balik…mintak2 la Sham tunggu sampai aku balik…' Tapi setiap kali die doa sebut name aku tu, makin berdebar pulak die rase… pastu bile aku pergi semayang, die dapat sms… bapak die dapat jemput pukul 9.30… kereta rosak katenye… lagi la die gabra… mase tu die memang fikirkan aku je… sebab die penakut… dalam hati kate, 'takpe, Sham ade lagi teman aku ni'… makin die berdebar2… pastu bile aku habis semayang, entah kenape, die rase nak tengok muke aku je… takdela hensem pun… tapi macam bagi ketenangan kat debaran2 die tadi… lagi lame die tengok… die rase sayang pulak… rase macam nak peluk aku… rase macam rindu… die cube lawan tapi tak terdaya… yela, die mengaku die ni lemah semangat, semayang pun kekadang buat kekadang tak… mudah la nak kene macam ni… die tengok je aku… debaran datang balik… tapi kalau tadi gabra sebab nak balik, skarang ni rase bernafsu pulak… makin lame makin bernafsu… die cube tahan tapi macam kuat sangat nafsu tu… die jadi lupe semua… lupe mak bapak, lupe tuhan, lupe semua la… yang die ingat mase tu… aku. Dan bertape die nak 'bersama' dengan aku… akhirnye… tu la jadi adegan 18sx tu…  mase mak bapak die datang pun, die tak ingat pun sape diorang… die jadi takut… sebab nampak diorang macam orang jahat… bile abang die dah azan… baru ingatan die pulih sikit2… baru die ingat… lepas tu die pergi berubat nak pulihkan semangat… orang yang ubatkan die tu pun kate memang takde ape dah dalam badan die… cume die kene pagar diri dengan amalan2 lepas ni… jangan tinggal semayang lagi… baguslah… ade hikmahnye setiap kejadian…

Kejadian ke 3 ni buat aku rase syak sesuatu… mase aku tanye Nora kenape lari kat pantry… die bagitau seolah2 tu memang tempat die… macam tempat selamat die… jadinye Nora ni memang kene rasuk jin pantry tu la… aku cube kaitkan kejadian2 sebelum ni… sebab aku syak… jin ni suke kat aku… adoi… maksudnye jin asyik… aku pernah bace kat forum ni tande2 jin jatuh cinte kat manusie… memang aku ade banyak pun tande tu… paling aku yakin, aku selalu mimpikan Nora… mungkin jin tu menyerupai Nora dan nak 'buat' dengan aku… tapi dalam mimpi, aku tak 'buat' jugak… tu yang die rasuk Nora ajak 'buat' di alam nyata pulak… gersang betul jin ni… kenape die pilih nak menyerupai Nora? Mungkin memang dah sebab semua orang syok kat die kot… termasukla aku… yang suke usha2 die… jin tu pun tau la aku suke orang cantik macam Nora tu... tapi ni sumer tekaan aku la...
READ MORE- Diganggu Makhluk Halus di Pejabat : Berbogel Angkara Rasukan Jin

apakah hantu bajang

Hantu Bajang mengeluarkan bunyi seperti kanak-kanak menangis. Biasanya menjelma ketika hujan lebat. Bila hujan lebat, amati betul-betul bunyi hujan tersebut. Kadang-kadang kita tak perasan ada suara tangisan dalam bunyi hujan tu. Suara ini menunjukkan kehadiran Hantu Bajang di kawasan sekitar.

Menurut Wikipedia:
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.
Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Jadi bila hujan jangan lupa pasang telinga. Barangkali ada Hantu bajang di kawasan sekitar.
READ MORE- apakah hantu bajang