MENU| Home | Facebook

Monday 30 September 2013

Hajat Lelaki Ini Ingin Berkahwin Dengan Hantu Tercapai



Gila! Akhirnya Hajat Lelaki Ini Ingin Berkahwin Dengan Hantu Tercapai

Gila! Akhirnya Hajat Lelaki Ini Ingin Berkahwin Dengan Hantu Tercapai. Dalam adat mereka , memang tidak hairan perkahwinan hantu sering dijalankan 
 

Gila! Akhirnya Hajat Lelaki Ini Ingin Berkahwin Dengan Hantu Tercapai | Dalam adat mereka , perkahwinan pelik iaitu berkahwin dengan hantu sering dijalankan. Kita juga biasa melihat mereka menjalankan upacara berkahwin dengan hantu setiap tahun. Di China , orang sanggup menggali kubur dan mencuri mayat wanita dalam usaha mereka berkahwin dengan wanita tersebut.
Ada satu kisah di China terdapat 5 orang perompak yang cuba menggali kubur seorang wanita dimana 2 orang menggali dan lagi 3 orang berkawal untuk mencuri mayat tersebut dan mengahwininya. Namun cubaan mereka gagal kerana kubur tersebut tertimbus ketika mereka sedang asyik menggali. Akhirnya, dua orang perompak tertimbus dalam kubur tesebut. Makanya, tercapailah hasrat mereka untuk berkahwin dengan hantu atau mayat yang mereka gali. Selain itu juga, mereka mengambil barang-barang berharga yang ditinggalkan bersama mayat.
Berikut adalah berita berkenaan kejadian ini:
Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan. Kubur purba di Xi’an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap.
Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan. Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital.
Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu, empat lelaki didakwa di mahkamah Xi’an kerana menggali mayat wanita dalam usaha untuk menjalankan upacara “perkahwinan hantu”. – Agensi

READ MORE- Hajat Lelaki Ini Ingin Berkahwin Dengan Hantu Tercapai

9 Jalan Paling Berhantu Di Dunia (9 Gambar)























Tuen Mun Road – Hong Kong

Dianggap sebagai salah satu jalan paling maut di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak mengorbankan mangsanya selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan paling penting dan salah satu jalan paling banyak dilalui di Hong Kong. Tuen Mun Road dihantui oleh mereka yang telah terkorban di jalan itu. Dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pemandu sering terbabas dari jalan yang mengakibatkan kemalangan dan kematian. Korban-korban baru ini pula kemudiannya menghantui kembali dan menyebabkan kemalangan.



A229 – United Kingdom

The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama dikatakan sebagai seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari perkahwinannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah hantu yang sering menumpang kereta dan berbual tentang semua hal dengan pemandu kereta . Setelah pemandu tiba di destinasinya, hantu ini menghilang.




Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat

Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang merentasi seluruh Boone County, Illinois. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri, dan bahkan seorang kanak-kanak yang pernah digilis kereta api. Beberapa pelajar sekolah juga pernah maut ketika bas terbabas dari jambatan di daerah ini.





M6 –United Kingdom

M6 di UK telah wujud selama hampir 2000 tahun, justeru tidak menghairankan terdapat lagenda seram disampaikan dari waktu ke waktu. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penjajahan Rom di UK, dan sehingga kini dikatakan roh tentera Rom masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang berjalan melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita di sepanjang sisi jalan.




Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat

Menurut cerita, sebuah pasukan pengakap kanak-kanak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an menyertai sebuah ekspedisi di kawasan ini. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, salah seorang peserta lelaki dengan sengaja membakar kawasan perkhemahan itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan mengorbankan seluruh pasukan. Meskipun tidak ada catatan atau bukti nyata dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tetapi terdapat banyak cerita tentang kegiatan paranormal dan kemunculan hantu di kawasan ini.




A75 Kinmont – Scotland

Digelar sebagai “jalan hantu,” jalan di barat daya Scotland ini telah menjadi tempat ratusan kes penampakan hantu yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pemandu telah dilaporkan dapat melihat beberapa hantu berjalan di depan kenderaan mereka, burung-burung terbang ke cermin hadapan kereta dan kemudian menghilang, orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana.



N9 – Afrika Selatan

Bahagian jalan di antara Uniondale dan Willowmore dikenali sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom ini sangat sinonim dengan hantu yang dikenali sebagai Roux Charlotte Marie, iaitu seorang gadis yang maut dalam kemalangan kereta pada tahun 1968. Sejak itu, hantu Roux Charlotte Marie dikatakan sering menjadi penumpang belakang kenderaan yang melalui jalan itu, dan kemudian menghilang secara misteri.




Annie Road – New Jersey, Amerika Syarikat

Jalan ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang memakai gaun putih dan biru. Wanita itu dikenali sebagai Annie, dikatakan maut setelah kepalanya dipenggal pada malam perkahwinannya dan mayatnya telah diseret sepanjang jalan. Pemandu yang melalui jalan itu pada tengah malam mendakwa mereka dapat melihat hantunya berjalan sepanjang jalan, dan selalunya muncul pada ulang tahun kematiannya pada setiap tahun .



Terowong Belchen – Swiss

Terowong ini merupakan sebahagian dari jalan tol A2 dari Basel ke Chiasso. Jalan ini terkenal dengan kemunculan hantu wanita yang memakai pakaian putih dan sering melintas di depan kenderaan malah kadang-kadang berbual dengan pemandu kenderaan di situ.
READ MORE- 9 Jalan Paling Berhantu Di Dunia (9 Gambar)

Saturday 28 September 2013

Tempat-Tempat Berhantu di Malaysia


Awas,30 lokasi hantu di sekeliling anda! Demikianlah didedahkan oleh Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, mengulas mengenai lokasi hantu yang pernah di temuinya. Antara di lokasi utama, di Bandaraya Kuala Lumpur, yang dikenal pasti sebagai sarang lokasi hantu.

Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, memang mempunyai cerita tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dengan peristiwa semasa terutama menjelang perayaan.

Menurut pihak polis, menjelang perayaan,pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai megenai lokasi-lokasi maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jalan raya berhati-hati.

Namun tidak ramai yang tahu, terdapat juga lokasi-lokasi yang dikenal pasti berhantu diseluruh negara dan hasil soal selidik Perdana dengan beberapa pihak setakat ini terdapat 30 lokasi di Semenanjung Malaysia dan hampir separuh daripada lokasi itu terdapat di Kuala Lumpur.

Bagi mengesahkan lokasi terbabit, Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham berkata,memang terdapat banyak tempat berhantu yag pernah mereka jalankan kajian di sekitar Kuala Lumpur.

“Di Bukit Tunku sahaja terdapat empat buah banglo yang kami buat kajian didapati aktif dengan aktiviti paranormal,”katanya.
Katanya, ramai penghuninya terdiri daripada golongan elit, kawasan yang redup dengan pokok-pokok tinggi menjulang, menjadi lokasi menyeramkan setiap kali pemandu kereta menempuh jalan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kumpulan PSI yang dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ berkata kumpulannya pernah membuat lebih 16 kali kajian di Highland Tower yang terkenal dengan kejadian kondominium runtuh suatu ketika dahulu.

“Dulu kawasan tersebut memang aktif berhantu tetapi sejak akhir-akhir ini,kajian kami mendapati kawasan terbabit sudah tidak aktif lagi,”

Antara lain tempat yang memang aktif berhantu ialah kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang dan Hospital Lady Templer.

Di senaraikan kawasan-kawasan berhantu di seluruh Semenanjung Malaysia:


1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur

2. Institut Victoria, Kuala Lumpur

3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur

4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur

5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur
6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

7. Hospital Lady Templer.

8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

9. Berhampiran Poliklinik Cheras.

10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort

11. Pejara Pudu, Kuala Lumpur
12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur

13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang

14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu
Bharu, Selangor

15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor

16. Kellies Castle, Perak
17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak

18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai
Perak, Perak

19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.

21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah

22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah.

23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah.

24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.

25. Tobiar, Pendang.

26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang.

27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang

28. Kawasan Kota Lama, Melaka
(Malaysia Ghost Talk's)
> > > > > Georgetown - The Deadly Junction - it is a T-Junction, located beside the Union High School, It Was said that if you ever drive across it late at night, your car will go out of control, & crash because there were many accidents happened there. some said that there is a tiny unknown tree which looks like a lady carrying a child beside the road, they saw her figure & a child screaming, some old folks said she was once a "bomoh"(witch) & she kidnapped her sister's son, somehow they never appear after being seen beside this "DEADLY JUNCTION".



> > > > > Kuala Kangsar - Malay College Kuala Kangsar - Said to be a former site of a Japanese occupation camp during WW2. Students sometimes
awakened by something that stares down directly at them. A marching platoon can be heard in the field. The sounds of chains. A tree on campus which is right beside a lamppost where the light shines down on it. The shadow produced is that of a man hanging from the tree.- this may be urban egend.A few though were conveniently historically 'situated' as they were old colonial admin buildings that were used by the Japanese during the Occupation in the 1940s where 'executions' would take place.
Some of these buildings were the Victoria Institution (school), the Bukit Bintang Girls School (used to be methodist grounds,now demolished)kuala Kubu Bharu - Mara Junior Science College Kuala Kubu Bharu -In various parts of the building a white flying apparition has been seen.

> > > > > Kuala Lumpur - Bukit(Hill) Tunku - A spooky place to be. Bukit (Hill) Tunku is actually one of the more elite residential areas in Kuala Lumpur. This place has many big and tall trees, and has this eerie feeling about it even at broad daylight and of course at night. It is said that a few years ago two youth embarked on a high speed motorcycle chase around the curvy roads of the area. One of the youth crashed at a dark stretch of the road, which is actually a very sharp corner.There have been claims about sightings of a young man riding a motorcycle at high speed, who mysteriously vanished in the dark.

> > > > > Kuala Lumpur - Cheras - Poliklinik Cheras - Used to be a government hospital but it is being abandoned with no reason, been to the place before seems haunted and bizarre, rumors heard that there are still some dead patient that is loitering around the area.

> > > > > Kuala Lumpur - Genting Highlands Resort - A famous hill-top resort and casino. Many people incurred gambling debts and committed suicide here. Some visitors leaving the hotel lobby reported seeing a man in red jump from the rooftop, just to disappear before he hits the ground.Certain rooms are not available for rent no matter how full the hotel was- those who have seen the inside reported that it was filled with old Chinese ghost wards. They would subsequently fall sick for days afterwards.

> > > > > Kuala Lumpur - Highland Towers - A tragic event that will forever live in the memory of Malaysians. One of the 3 blocks of apartment at
this place fell apart due to landslide and heavy downpour prior to that fateful day. And Highland Towers have become famous for claims of being a
very haunted place. Voices of the dead can be heard at night and ghostly figures are said to have appeared at the scene. There are also a story
about a taxi driver who picked up a woman passenger at the middle of the night and being asked to drop her at the place.She left a bag and the poor taxi driver found it to be full of blood!

> > > > > Kuala Lumpur - Pudu Prison - Old prison that was abandoned after the area around it became commercialized. Reports of a strange thin Indian man walking the prison hallways and disappearing around the corner.Screams can be heard from the room where hangings take place. Certain areas such as specific cells and holding chambers were far colder than others. -Update: They are turning this back into a prison (for low security prisoners) as no one will take it up for commercial property as it is too well known for the hauntings. There were plans to turn it into a hotel where you can stay a night at the cell of the most notorious criminals.Actually, the listing is wrong about hangings. The hangings do not take place at Pudu prison. Unless its self flicted/murder. Official hangings are done outside Pudu. There were of course many in-prison acts of violence that led to deaths of inmates. Many drug addicts were known to be victims of violent criminals and so they were moved out into another prison elsewhere.

>>>>>Kuala Lumpur - Victoria Institution - A very famous landmark in Kuala Lumpur, V.I. a boys school was a Japanese base during the occupation of Malaysia. Many British soldiers and locals were brutally tortured to death in the basement and some of the older buildings on the campus. It is said that not only are apparitions common in the day as well as the night, there have been many cases of spirits possessing students.The possessed boys would behave strangely, even olently,harming other students and teachers only to snap out of it a few hours later and remember nothing, even when they were forcibly restrained, their bruises would disappear when they returned to normal.

>>>>>Perak - Ipoh - Tambun - Sighting of an old lady on the roadside while driving.

> > > > > Perak - Ipoh - Tambun Inn - Lights reported to turn on and off and sounds of whispering.

> > > > > Perak - Kellies Castle - sometimes door are opened themselves.lots of scary screaming voices........

> > > > > Puchong - Puchong House - Evil drawings on the walls. Some say the ghost of a woman who resided here before haunts it. Other than that,just stepping into the house is enough to keep you awake for months.
READ MORE- Tempat-Tempat Berhantu di Malaysia

Friday 27 September 2013

Misteri Kampung Tanduo Di Sabah


Seperti yang kita tahu, Kampung Tanduo merupakan antara lokasi sarang pengganas yang dijadikan sebagai pusat sehenti mereka. Tidak ada matlamat lain selain mereka menyatakan mahu merampas negeri Sabah. Namun ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda.Difahamkan, Kampung Tanduo sebenarnya dikatakan telah menyimpan 1001 misteri sejak 50 tahun dahulu. Misteri yang dikaitkan ini adalah seperti penemuan lembaga, makhluk halus dan lain-lain lagi.

misteri
BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal.
SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.
Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.
Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.
Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.
Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah ‘bertemu’ dengan ‘lembaga’ seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.
“Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.
“Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju.”
Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.
Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.
“Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.
“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja.”
Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.
“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.
“Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.
Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.
Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.
Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.
Tidak pasti sama ada yang hadir itu ‘angin’ negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.
Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.
Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.
Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.
Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.
Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun ‘sergahan’ anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.
Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.
Memang…sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.
Juga terasa seperti ada ‘suara’ yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.
Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.
Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.Aura aneh kembali hadir ‘mengacau’ jiwa.
Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam…hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.
Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.
Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.
Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.
Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.
Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga ‘bahang’ yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.
Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.
Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.
Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.
Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.
Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.
Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,
Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.
Alhamdulillah…kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.
Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan… secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.
Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.
Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!
Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.
READ MORE- Misteri Kampung Tanduo Di Sabah

Thursday 26 September 2013

29 Tempat Paling Keras Di Malaysia



Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, mempunyai story tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dngan peristiwa semasa terutama menjelang hari hari perayaan.

Menurut polis pula, menjelang perayaan,pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai mengenai lokasi2 maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jln raya berhati2.

Namun tidak ramai yang tahu, ada juga lokasi2 yang dikenal pasti berhantu diseluruh negara dan hasil soal selidik Perdana dengan pihak lain setakat ini terdapat 29 lokasi di Semenanjung Malaysia & hampir 1/2 daripada lokasi itu terdapat di KL.

Bagi mengesahkan lokasi tersebut PSI, Jamie Surina Hisham berkata,memang terdapat banyak tempat keras atau berantu yg pernah mereka jalankan kajian di sekitar KL.

“Di Bukit Tunku sahaja terdapat 4 buah banglo yang kami buat kajian didapati aktive dengan aktiwiti paranormal,”katanya.

Katanya lagi, ramai penghuninya terdiri daripada golongan elite, kawasan yang redop dengan pokok2 tinggi menjulang, menjadi lokasi menyeramkan setiap kali pemandu kereta atau motorsikal menempuh jalan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kumpulan PSI yang dikenali dgn ‘Uncle Seekers’ berkata kumpulannya pernah membuat lebih 16 kali kajian di Highland Tower yang terkenal dengan kejadian kondominium runtuh pada satu ketika dahulu.

“Dulu highland tower memang active & keras tetapi sejak akhir-akhir ini,kajian kami mendapati kawasan terbabit sudah tidak aktif lagi” katanya lagi.

Antara tempat lain yg memang aktif berhantu ialah kawasan Jerat Cina di Ampang, Jerat Cina di Brickfield, kaw perkuburuan Islam Jalan Ampang dan Wad Lady Templer.






senarai 29 lokasi dikenal pasti:




1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur.









2. Institut Victoria, Kuala Lumpur









3.Kubur Islam Jln Ampang,KL






4.Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai

Perak, Perak






5. Jirat Cina Brickfield, KL






6. Jalan KL ke Genting Highland Resort






7.Kawasan Kota Lama, Melaka





8.Kawasan Bukit Damansara, KL









9.Tobiar, Pendang.









10.Jirat Cina Ampang, KL






11. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kubu

Bharu, Selangor






12.Lebuhraya karak (baru dan lama)














13.Hospital Lady Templer atau poliklinik, Cheras KL






14.Jalan Simpang Masuk 2 hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak






15.Rumah sewa rm50. Seksyen 2 & beberapa rumah lagi di Shah alam, Selangor.






16.Kawasan Kubur Panjang, Pendang.






17.Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur

(salah satu daripada 4 biji tu)






18. Penjara Pudu,KL (telah dirobohkan, tiada lawatan di sini)









19.Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak






20.Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang.






21.Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran

Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.



22. Kellie's castle di Perak












23.Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang




24. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah




25. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah.




26. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah.




27.Sekitar Puchong, Kuala Lumpur




28. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang




29. Kawasan di sekitar Sek Menengah Perempuan Bukit Bintang, KL
READ MORE- 29 Tempat Paling Keras Di Malaysia

Monday 23 September 2013

10 tempat berhantu

10. Berry Pomeroy Castle, Totness

tempat paling berhantu di dunia

Ada beberapa legenda yang berkaitan dengan istana ini pada abad ke-14, dan memiliki reputasi sebagai tempat paling berhantu di dunia. Ia memiliki 2 hantu wanita terkenal iaitu White Lady dan Blue Lady. Menurut legenda White Lady ialah semangat Margaret Pomeroy yang mati kelaparan ketika dipenjarakan di bawah tanah oleh seorang kakak yang cemburu padanya. Dia dikatakan menghantui ruang bawah tanah yang gelap, dan naik dari St Margaret's Tower ke dinding istana. Blue Lady pula berlegar di seluruh kawasan tersebut. Bahayanya dia selalu mengumpan lelaki untuk menemui ajal dipersekitaran istana yang tidak selamat dan sukar untuk mendapatkan bantuan.

9. Dominican Hill, Baguio City, Philippines

tempat paling berhantu di dunia

Menurut cerita, kawasan ini dihantui oleh roh-roh yang mati akibat peperangan sehingga mendapat reputasi sebagai salah satu tempat paling berhantu di dunia. Sebahagian penduduk mengatakan bahawa pesakit disini akan meninggal meskipun memiliki harapan untuk hidup. Kemudiannya mereka akan berubah menjadi hantu. Tanda-tanda tempat ini dihantui ialah terdengar kocakan pintu atau tingkap, pinggang mangkuk berlaga dan jeritan di waktu malam.

8. Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland: 

tempat paling berhantu di dunia

Istana megah yang dikatakan paling berhantu di dunia ini dibangunkan pada abad pertengahan. Ianya teguh di atas batu karang dan memberikan sebuah identiti yang menakjubkan di Bukit Scotland. Peliknya, di dalam ruang kosong istana dan jalan-jalan sempit dari Edinburgh, terdapat gema suara orang yang telah mati. Itulah yang telah dilaporkan oleh mereka yang mengalaminya. Kawasan yang dikatakan keras termasuk tembok penjara, Kubah South Bridge dan Mary King Close, jalan yang pernah digunakan untuk pengasingan pesalah dan mengkebumikan mereka. Ada juga kejadian lain seperti terserempak anjing hantu, drummer tanpa kepala, dan jelmaan bekas tahanan tujuh tahun perang Perancis dan Perang Kemerdekaan Amerika.


7. Monte Cristo, New South Wales, Australia: 

tempat paling berhantu di dunia

Monte Cristo, rumah paling berhantu di Australia terletak di Junee, New South Wales. Madam Crawley, pemilik rumah tersebut tidak pernah keluar dari rumahnya setelah kematian suaminya. 23 tahun beliau tidak pernah keluar dari rumahnya dan hanya sekali dua sahaja. Setelah kematian Madam Crawley, rohnya menghantui tempat itu khususnya bilik tidur. Saksi pernah melihat hantu tanpa tubuh, wajah tidak di kenali di tingkap, susuk tubuh yang menjelma lalu hilang, suara-suara misteri, dan lampu menyala padam berulang kali. Beberapa orang melaporkan bahawa ketika mereka memasuki bilik tidur, anak mereka menjadi sesak nafas sehingga pucat dan hampir meninggal dunia. Semuanya kembali normal setelah mereka meninggalkan bilik tersebut.

6. Ancient Ram Inn, Gloucestershire, England:

tempat paling berhantu di dunia

Perjalanan ke Ancient Ram Inn adalah sebuah pengalaman yang penuh dengan gangguan misteri. Lantai berdesir, bauan aneh, sejuk hingga meremang bulu roma menandakan tempat ini berhantu. Kisah yang berlaku di tempat ini cukup menakutkan. Pembunuhan ritual satanisme dan menjadikan kanak-kanak sebagai korban adalah antara amalan keji yang pernah dilakukan di sini sehinggakan ia menjadi antara tempat paling berhantu di dunia. Memang tidak dinafikan bangunan itu didirikan di tempat yang penuh dengan kemungkaran sehingga mengundang pelbagai perkara aneh.

5. Highgate Cemetery, North London, England: 

tempat paling berhantu di dunia

Pada waktu malam, Highgate Cemetery seperti babak dalam cerita seram. Batu nisan membengkok, pohon-pohon kelihatan bergerak, adalah antara tanda-tanda ianya tempat berhantu. Walaupun berhantu, tempat ini menampilkan arkitektur gothic yang menarik di Britain. Tempat ini juga Karl Marx disemadikan. Beliau ialah pengasas fahaman komunis dunia. 

4. Bhangarh Fort, India: 

tempat paling berhantu di dunia

Bhangarh Fort terletak diantara jalan Jaipur ke Alwar di Rajasthan, India. Menurut legenda, Singhia, seorang pengamal ilmu hitam membuat sumpahan di istana bahawa semua orang akan mati di istana dan jiwa mereka akan tinggal di sana selama berabad-abad tanpa kelahiran semula. Yang menghairankan, kesemua rumah di daerah ini tanpa atap kerana ketika setiap rumah ingin dibangunkan dengan atap, ia akan runtuh. Ianya adalah tempat paling berhantu di India. Orang yang mengunjungi tempat ini akan cemas  dan kegelisahan. Dikatakan bahawa tiada sesiapa yang akan kembali dari tempat ini jika tinggal setelah gelap. Pemerintah daerah ini melarang sesiapa sahaja berada disana setelah terbenam matahari. Terdapat papan tanda yang dipasang oleh Ahli Arkeologi India menulis "Di larang berada di daerah ini setelah terbenam matahari".

3. Screaming Tunnel, Niagara Falls, Ontario: 

tempat paling berhantu di dunia

Hantu Terseram Screaming Tunnel adalah salah satu legenda Niagara Falls paling abadi. Terletak di penghujung Warner Road, terowong di bawah rel kereta api yang menghubungkan Niagara Falls ke Toronto dan New York City. Menurut lagenda tempatan, lebih dari satu abad yang lalu, sebuah rumah ladang yang terletak berdekatan pintu masuk ke terowong selatan terbakar pada satu malam. Pakaian seorang gadis terbakar dan berlari-lari meminta tolong. Dia berlari memasuki terowong dalam usaha untuk memadamkan api. Akhirnya dia meninggal di dalam terowong tersebut. Dari versi lain, gadis tersebut di bakar oleh ayahnya dalam perebutan hak penjagaan ketika berlakunya penceraian. Ada juga yang mengatakan gadis tersebut dibakar setelah dirogol untuk menutup bukti. Walau apapun cerita sebenar, orang yang melalui terowong ini pada tengah malam pasti ternampak nyalaan api dan jeritan seorang gadis.

2. Ohio University, Athens, America: 

tempat paling berhantu di dunia

Ohio University dikenali sebagai Universiti paling berhantu di dunia. Sejumlah besar kawasan di kampus ini dikatakan berpuaka, dan telah banyak cerita misteri yang berlaku disini. Masyarakat Inggeris merumuskan Athens, Ohio, adalah salah satu tempat paling berhantu di dunia. Wilson Hall, terkenal kerana seorang gadis (dikatakan sebagai seorang ahli sihir) yang membunuh diri setelah menulis perihal syaitan dan supernatural di dinding darahnya sendiri. Lima kubur yang membentuk sebuah pentagram mengelilingi kampus dan dengan pusat pentadbiran berada di tengah menjadi tanda syaitan. Washington Hall, terkenal dihuni  oleh sekumpulan pasukan bola keranjang yang kesemuanya meninggal dunia akibat kemalangan yang mengerikan. Roh mereka menghantui jalan tersebut dan adakala terdengar mereka mengiringi bola. Katakombe dari Jefferson Hall, dimana lebih banyak kejadian terserempak dengan hantu berlaku..

1. Changi Beach, Singapore: 

tempat paling berhantu di dunia

Changi Beach dijadikan tempat pembunuhan tahanan ketika Perang Dunia Kedua dan mempunyai reputasi sebagai pantai paling berhantu di dunia. Ribuan bangsa cina diseksa dan dibunuh kerana di ragui anti Jepun. Kejadian aneh berlaku disini dengan tangisan dan jeritan. Kepala kadang-kadang terlihat terbang di mana-mana dan badan-badan tanpa kepala berjalan di sekitar pantai. Hal yang paling menakutkan ialah hantu-hantu tersebut juga meninggalkan nota berdarah. Adakalanya terlihat susuk tubuh menggali lubang seakan-akan menggali kubur.
READ MORE- 10 tempat berhantu

Misteri Kapal Berhantu Flying Dutchman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kisah dan misteri mengenai Kapal Hantu Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sudah banyak buku ditulis dengan mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika anda menonton filem blockbuster Pirates of the Caribbean Dead Man’s Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) kapal hantu ini turut muncul dalam banyak babak filem tersebut. Dan yang sebenarnya kapal ini bukanlah sebuah cerita dongeng tempatan kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar.
The Flying Dutchman dianggap sebuah kapal hantu yang selalu dilihat ketika kabus tebal melanda di kawasan perairan yang bergelora. Kapal misteri ini akan muncul dan hilang sebaik saja ia mendekati kapal yang berada didalam laluannya. Bagi ahli-ahli pelayaran di sekitar Eropah dan Barat ,mereka percaya The Flying Dutchman dihuni oleh hantu yang hidup berpuluh-puluh tahun.Kapal ini akan menggangu mana2 kapal dagang ,persiaran yang lalu berhampiran dengan mereka.
Mengikut fakta ,The Flying Dutchman adalah kapal milik seorang kapten bernama Kapten Falkenburg.Dia telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan. Konon ceritanya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selamanya
Sehingga kini kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka.Bagi mengelak dari gangguan itu, mereka telah memakukan badam kuda di kapal mereka untuk perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal,The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika. Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.
Malahan ntuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya lagenda dan cerita rekaan banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Mulkzenberg. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap ketika seolah ingin melanggar batu karang. Penampakan The Flying Dutchman kembali terlihat oleh awak kapal laut militer M.H.S Jubilee di dekat Cape Town di bulan ogos 1942.
Bahkan ada suatu catatan kisah tentang pelayaran Christoper Columbus , waktu itu krew kapal Columbus melihat ada sebuah kapal terumbang-ambing dengan layar mengembang. Setelah itu krew yang pertama melihat kapal berhantu tersebut telah menemui ajal tidak lama kemudian.
Di bawah ini merupakan antara cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai penampakan Kapal Hantu Flying Dutchman ini :
1823 : Kapten Oweb,HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman
1835 : Sebuah kapal dagang British yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman,yang telah muncul secara tiba-tiba.Beberapa orang kelasinya dirasuk.Kapal misteri itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal
1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya, salah seorang daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.
1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu , namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak daripada bertembung dengan kapal puaka itu.
1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu berpuaka itu di perairan.
1939 : Beberapa orang pengunjung sebuah pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal dan hilang dengan secara tiba-tiba.
1941 : Seorang pengunjung di pantai Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.
1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.
1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal

#Inilah antara secebis kisah penampakan dan kejadian aneh yang berlaku yang direkodkan dan sehingga kini terdapat lagi beberapa kejadian aneh mengenai penampakan kapal Flying Dutcman .
READ MORE- Misteri Kapal Berhantu Flying Dutchman

Patung Annabelle



Pada tahun 1970, seorang gadis telah menerima sebuah patung dengan stail Raggedy-Ann sebagai hadiah dari ibunya yang telah membeli patung tersebut dari satu jualan kebajikan. Gadis itu pada masa itu sedang belajar di sebuah kolej.
Gadis itu menyukai patung itu dan ia diletakkan dalam apartment tempat dia tinggal, tetapi selepas itu dia dan teman serumahnya menyedari kejadian-kejadian aneh mula berlaku di apartment tersebut membabitkan patung itu. Ia selalu ditemui dalam bilik lain walaupun ia tidak disentuh oleh sesiapa pun sebelum itu. Mereka sering menemui cebisan kertas kain lama yang diconteng dengan tulisan kanak-kanak. Pernah juga mereka menemui patung itu dalam keadaan berdiri walaupun kaki patung itu dibuat dari kain guni saja.

Gadis-gadis yang ketakutan telah menghubungi seorang perantara psikik, yang memberitahu patung itu telah dirasuk oleh roh seorang kanak-kanak perempuan yang telah meninggal dunia di bangunan apartment mereka. “Annabelle” memberitahu dia sukakan gadis-gadis kolej itu dan mahu tinggal bersama mereka. Bagaimanapun, setelah ia diberi keizinan untuk tinggal bersama, jumlah aktiviti paranormal di apartment mereka telah meningkat, antaranya salah seorang kawan lelaki mereka telah diserang oleh patung Annabelle pada suatu malam, meninggalkan kesan cakaran yang sangat teruk di bahagian dada dan perutnya.

Buntu dengan kejadian tersebut, gadis-gadis kolej itu telah menemui dua orang penyiasat paranormal yang dikenali ramai iaitu Ed dan Lorraine Warren. Pasangan yang telah berkahwin itu mendapati yang patung Annabelle bukan dihantui roh kanak-kanak perempuan, sebaliknya satu mahkluk yang telah menipu tentang identitinya bagi merapati gadis-gadis kolej tersebut, mungkin dengan niat mahu merasuk salah seorang dari mereka. Gadis-gadis itu kemudiannya memberikan patung Annabelle kepada pasangan Warren, yang kemudiannya menyimpan Annabelle dalam satu kotak kaca di museum mistik milik mereka di Connecticut. Papan tanda pada kotak itu ditulis, “Amaran: Dengan positif jangan buka kotak ini.”
READ MORE- Patung Annabelle

Saturday 21 September 2013

Mayat Mummy Berubah menjadi Sabun

Beginilah kalau orang sudah menjadi mayat.  jom tengok info lanjut mengenai Tubuh Mayat Berubah Menjadi Sabun.

Ketika mayat di bawah ini ditemui pada tahun 1875 selama penggalian oleh sebuah yayasan depo kereta api di Philadelphia, telah berubah menjadi sabun (itu sebabnya disebut 'Soapman' oleh Smithsonian Institute). Air telah meresap ke dalam keranda dan terus ke tanah lalu menukarkannya kepada alkali lalu menukar lemak dalam tubuh mayat itu melalui jenis hidrolisis disebut saponifikasi, ini foto-fotonya dari berbagai sumber:

Tinggal di Philadelphia dan dikuburkan di sana sekitar 1800 (jika anda perhatikan dengan teliti, anda masih boleh melihat balutan pada kaki yang dikenakanya yang menunjukkan cara pengawet di zaman itu)


           
=> sumber 
READ MORE- Mayat Mummy Berubah menjadi Sabun

Subhanallah! (Kisah Benar) Al-Quran Terbang Dan Melekat Di Kaabah


Subhanallah! (Kisah Benar) Al-Quran Terbang Dan Melekat Di Kaabah

Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah.

Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. (Petikan Warta Perdana)
READ MORE- Subhanallah! (Kisah Benar) Al-Quran Terbang Dan Melekat Di Kaabah