Assalamualaikum admin ni lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.
Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin.
Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang
lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan
terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.
Malam tu saya kerja kat wad bersalin
kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua
dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka
berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh
berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia
suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat
kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang
baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.
Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin
tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya
macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya
check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu
dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap
memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak
sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..
Esok kebetulan masa shift saya tu dia
sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4
cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah
habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik
cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada
kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…
Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Seram
Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin
tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya
tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni.
Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya
tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya
pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja
tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang
kan mengantuk kami baca buku atau berborak.
Saya pun duduk la check tiket. Tengah
kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur.
Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar.
Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi
muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap,
“Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak
makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya
tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia
asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke?
Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…
Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni
tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report..
Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi
dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat
saya.. Malam ni dia lain sangat.
Kawan saya ni bila saya pandang dia asik
berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan
aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun
senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi
apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni
buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan
sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..
Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu
sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada
sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan
saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin
tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa
meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior
jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu..
Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.
Lepas kejadian misteri tu, kawan saya
ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke
mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak
nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut..
Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam
tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya
cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak
limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal
lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..
Memang terkejut sangat. Sepanjang malam
tu saya fikir.. “Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan
aku mimpi kot..” Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya..
Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa
yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham
maaf ye.. Cuba fahamkan ye..
Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Kesimpulan
Macam mana kisah seram wad bersalin yang penuh misteri ni?? Korang boleh faham ke tak cara dia nak menyampaikan cerita seram
ni?? Aku harap korang dapat la apa yang cuba dia sampaikan ye.
Kesimpulannya, jangan ingat kalau kita jumpa seseorang tu dia adalah
manusia. Kita tak tahu sama ada dia manusia ataupun jelmaan semata-mata.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment