Proses
pengebumian adalah proses akhir dalam menguruskan jenazah. Pada ketika
inilah ramai orang akan berpusu-pusu menuju ke kawasan perkuburan untuk
sama-sama membantu dan menyaksikan bagaimana jenazah itu dikebumikan
dalam liang lahad. Terdapat pelbagai peristiwa pelik yang berlaku
antaranya pengalaman seorang ustaz yang diganggu makhluk halus selepas
pulang dari kubur. Namun mengapa ustaz itu diganggu?
Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan
bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak
tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang
sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan
ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut
memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya
dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu
dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ.
Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan
saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih
dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam
sedikit
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya
uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat
kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu
perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah
dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke
kawasan perkuburan. “Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga
saya datang ke sini semula,” pesan saya kepada penggali kubur. Saya
tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus
jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.
“Insya-Allah,” jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa
memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini
perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan
perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah
berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah
dikebumikan
“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut.
“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada
sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk
mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan
serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun
saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam
itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula
rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu
yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu
roma saya meremang. Ustaz Diganggu Makhluk Halus Selepas Pulang Dari Kubur
Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu
pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga
Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir.
Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu
datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan
hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam,
tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata,
ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi
tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali
gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun
apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya.
Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan
badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam
diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa
sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya
uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa
lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit
selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur
itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila
dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam
pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di
bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu.
Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas
puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka,
tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun,
alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis
menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada
menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana
menguruskan jenazah adalah ibadah. Ustaz Diganggu Makhluk Halus Selepas Pulang Dari Kubur
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang
diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang,
gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan
syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah
dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh
lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian
tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia
akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang
saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat
dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh
kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera
semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran.
http://baca-blogspot.blogspot.com/2012/11/ustaz-diganggu-makhluk-halus-selepas.html
No comments:
Post a Comment