Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang. |
KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya
besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di
Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat
malam kelmarin.
Nelayan, Zaidi
Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika
menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek
besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing
sungai.
“Kami
mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit
kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.
“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Rakannya,
Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang
tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi
nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara
tembaga yang cukup besar.
“Namun ramai
rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu
dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau
mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai
Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.
“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu,
Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke
lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut
bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun
untuk bedah siasat.
“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.
“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.

* Sumber myMetro
Hati hati geng pancing udang ...kut2 ada kawan nye lagi.
ReplyDelete