MENU| Home | Facebook

Wednesday, 28 August 2013

Uqasha Senrose Dirasuk Hantu Sebenar Dalam Paku Pontianak

Uqasha Senrose berkata dia tidak sangka babak menari tarian Jaipong yang tidak pernah dilakukannya itu tiba-tiba dapat dilakukan dengan baik tanpa disedari. Uqasha dapat merasakan dia melakukan tarian itu selepas dirasuk sesuatu.
“Sebenarnya ketika diminta oleh pengarah, Ismail Bob Hashim untuk menari dalam beberapa babak, terus-terang saya katakan saya tidak pandai menari langsung, apatah lagi menari tarian Jaipong.
paku pontianak download+xlupa.net  Uqasha Senrose Dirasuk Hantu Sebenar Dalam Paku Pontianak
“Namun ketika lagu itu diperdengarkan kepada saya ketika babak tarian, dengan tiba-tiba saja saya boleh menggerakan jari jemari untuk menari sehingga tamat babak. Selepas tamat sahaja lagu itu, saya sendiri tidak tahu apa yang saya dah buat.
“Pengarah kemudian memuji tarian saya dan dia kata saya buat dengan sangat baik ketika babak tarian itu. Padahal saya lakukannya dengan tanpa sedar dan seperti ada sesuatu yang merasuk saya ketika itu,” ceritanya yang ditemui ketika Majlis Tayangan Preview Filem Paku Pontianak di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.
Pertama kali membawakan watak Pontianak dalam filem seram, pelakon, Uqasha Senrose akui telah menerima sedikit ‘gangguan’ ketika membawakan watak tersebut di dalam filem terbarunya, Paku Pontianak.
Selain Uqasha, Paku Pontianak terbitan Metrowelath (MIG) turut diterajui oleh kekasihnya, Pekin Ibrahim, diba Yunus, Along Azendy, Ruminah Sidek, Hidayah Samsudin, Rashidah Jaafar dan Ruzaidi A. Rahman.
Trailer++Paku,+Sebuah+Filem+Seram+Adaptasi+Kisah+Benar Uqasha Senrose Dirasuk Hantu Sebenar Dalam Paku Pontianak
Sementara itu, Pekin turut berkongsi pengalaman ‘diganggu’ mahkluk yang tidak diingini ketika di set apabila seekor lembaga hitam dilihat berada di dalam foto yang diambil.
“Ketika penggambaran, memang ada sedikit ‘gangguan’ apabila lampu tiba-tiba jadi malap sebentar dan satu perkara yang agak menakutkan apabila gambar yang kami ambil beramai-ramai kelihatan seperti wujud seekor lembaga bersama.
“Sebenarnya ketika mengambil foto itu, kami sendiri tidak nampak wujudnya lembaga hitam itu tetapi tidak tahu bagaimana ianya kelihatan di dalam foto. Namun kami teruskan penggambaran seperti biasa,” beritahunya.
Penggambaran Paku Pontianak yang dijalankan di Kuala Kangsar, Perak telah mengambil masa selama lebih kurang 30 hari.
Paku Pontianak yang temui penonton di pawagam bermula 22 Ogos 2013 itu secara ringkas menceritakan mengenai seorang anak kampong bernama Adam. Akibat rasa bersalah kerana melanggar gadis bernama Melati, Adam dan keluarganya menyuruh Melati tinggal bersama mereka selepas kejadian itu. Melati menghidap amnesia dan telah lupa ingatan. Namun, kedatangannya di situ telah menyebabkan pelbagai kejadian misteri berlaku. Mungkin juga kisah silam Melati sedang menghantui hidupnya.

No comments:

Post a Comment