Anda
biasa 'kena tindih' semasa tidur? Atau sekurang-kurangnya anda biasa
mendengarnya dari kawan-kawan anda yang mengalaminya. Biasanya, 'kena
tindih' semasa tidur dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Situasinya
begini; semasa kita sedang tidur, ada jin datang dan menindih kita
hingga menyebabkan kita seolah-olah lumpuh seketika dan separuh sedar.
Apakah benar kita ditindih oleh jin atau diganggu oleh makhluk halus?
Atau bagaimana? Untuk memahaminya, mari kita baca artikel berikut:
Petikan dari wikipedia:
Kelumpuhan tidur
Kelumpuhan
tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun
tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan
mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk
bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi
dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.
Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar,
selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam
keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya
berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas.
Gejala dan ciri-ciri
Secara fisiologi, kelumpuhan
tidur berkaitan dengan REM atonia, kelumpuhan yang berlaku sebagai
sebahagian semula jadi bagi tidur mata gerak cepat (rapid eye movement,
REM). Kelumpuhan tidur berlaku apabila otak terjaga dari keadaan REM.
tetapi kelumpuhan badan tetap berlaku. Ini menyebabkan pesakit berada
dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat bergerak. Kelumpuhan ini boleh
memakan masa dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit "dengan
mana si pesakit mungkin akan mengalami gejala panik dan perasan yang
khayalan tersebut adalah palsu". (diterangkan di bawah) Sebagai mana
yang dicadangkan hubung kait dengan REM, kelumpuhan ini bukanlah
sepenuhnya; penggunaan surih EOG menunjukkan pergerakan mata masih boleh
berlaku semasa kejadian sebegini. Bila narkolepsi tidak hadir,
kelumpuhan tidur dirujuk sebagai kelumpuhan tidur terasing (isolated
sleep paralysis, ISP).
Lagi, kelumpuhan ini boleh diiringi oleh halusinasi seram atau
(hipnopompik or hipnagogik) dan perasaan takut yang amat sangat.
Ketakutan si pesakit terhadap kelumpuhan tidur utamanya datang daripada
kejelasan husinasi yang dialaminya. Elemen berhalusinasi bagi kelumpuhan
tidur membuatkan seseorang cenderung kepada menafsirkan pengalaman
tersebut sebagai mimpi, kerana objek-objek yang tidak masuk akal mungkin
muncul di dalam ruang bilik dalam pandangan mata kasar seseorang.
Sesetengah ahli sains mencadangkan keadaan ini sebagai penerangan bagi
penculikan makhluk asing dan penemuan hantu. Satu kajian daripada Susan
Blackmore dan Marcus Cox (kajian Blackmore-Cox) dari University of the
West of England menyokong pendapat bahawa laporan berkenaan penculikan
makhluk asing adalah berkaitan dengan kelumpuhan tidur berbanding
kelabilan lobus temporal. [ms.wikipedia.org]
Berikut ini pula adalah artikel dari akhbar online Indonesia mengenai'kena tindih' semasa tidor:
Sleep Paralysis, Penyakit Ketindihan Saat Tidur
Oleh: Innes
Pernah terbangun dari tidur, tapi sulit bergerak ataupun berteriak? Tenang, Anda tidak sedang diganggu makhluk halus.
Berdasarkan ilmu medis, keadaan itu disebut sleep paralysis atau
kelumpuhan tidur. Namun, banyak masyarakat menyebutnya 'erep-erep'.
Masyarakat juga selalu mengaitkan kondisi ini karena ulah makhluk halus
yang menindih tubuh kita.
Fenomena ini bisa terjadi pada siapa saja. Setidaknya orang akan
mengalaminya sekali atau dua kali dalam hidupnya. Namun, Anda tak perlu
khawatir, sleep paralysis biasanya tidak berbahaya.
Selama tidur, aktivitas dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak,
sehingga menyebabkan kelumpuhan sementara. Bahkan kadang-kadang
kelumpuhan tetap ada setelah orang terbangun. Biasanya, kelumpuhan tidur
diikuti dengan halusinasi. Orang yang mengalami kelumpuhan tidur merasa
seperti dicekik, dada sesak, badan sulit bergerak dan sulit berteriak.
Ketika seseorang tidur, aktifitas otak mengalami dua hal berbeda,
yang disebut tidur aktif atau REM (rapid eye movement) dan tidur
non-REM.
Non-REM selama tidur akan menghasilkan gerakkan selagi Anda tidur,
seperti berbicara dalam tidur atau berjalan ketika tidur. Sedangkan REM
akan mempengaruhi denyut jantung, laju respirasi dan tekanan darah
ketika tidur.
Secara psikologis, sleep paralysis berhubungan dengan tidur di tahap
REM, dimana setelah mengalami tidur REM, mata terbuka namun paralysis
tetap bertahan.
Biasanya hal ini mengakibatkan halusinasi. Sleep paralysis terjadi
sekitar 2-3 menit. Setelah otak dan tubuh berhubungan kembali, penderita
dapat menggerakkan tubuhnya kembali. Namun, memori dari sensasi yang
mengerikan atau mimpi buruk biasanya dapat bertahan lama
Secara fisiologis, penyebab sleep paralysis belum diketahui secara
pasti. Sejauh ini, para psikologis memberikan gambaran umum mengenai
penyebab terjadinya sleep paralysis, seperti kebiasaan tidur menghadap
ke atas, pola tidur tak tentu, stress, dan perubahan mendadak pada
lingkungan atau lifestyle. [ghiboo.com]
No comments:
Post a Comment