MENU| Home | Facebook

Thursday, 1 August 2013

Pocong dan Pontianak mengamuk di Cahaya Masai !

hantu-Pocong_1-copy
Semalam, saya sempat juga bertemu rakan lama yang agak lama juga tak berjumpa. Ada le hampir 2 tahun tetapi kami tinggal berdekatan. Cuma saya tak tau yang dia dah pun berpindah di Pasir Gudang dan menetap di Cahaya Masai. Namanya, saya panggil dia Nash aje. Beliau datang ke rumah saya, saje berborak-borak kosong sambil minum teh petang, sambil mengucapkan takziah kepada keluarga saya kerana kehilangan ibu saya yang meninggal pada dua hari lepas.
Sambil minum teh tu, terkeluarlah satu cerita daripada mulut si Nash ni.
“Man. Sekarang ni kat Cahaya Masai tengah heboh satu taman pasal nak tangkap hantu!”
“Hantu?, Berani betul nak tangkap?, hantu apa yang kau orang nak tangkap?”, tanya saya.
“Pocong, katanya ramai orang dah nampak si pocong ni berkeliaran sekitar taman ni, tak tau le betul ke tidak! Aku tak pernah lagi terserempak.”, Nash meneruskan perbualannya.
“Yang kata terjumpa tu, macam mana dia orang terserempak?”, tanya saya lagi.
“Tu le yang aku pelik. Ada yang cakap dia orang terjumpa masa di tengah jalan utama. Kau tau kan jalan utama Cahaya Masai tu kan ada kubur.”
“Memang tu kawasan kubur, habis tu?” tanya saya.
“Yang aku heran tu, ada pulak yang cakap Pocong tu siap beri salam depan pintu rumah. Dan ada yang aku heran tu, dia orang cakap pocong tu siap baring sama-sama ketika dia orang menonton tv. Bila perasan pocong kat sebelah. Apa lagi, histeria le satu rumah!”, sambung Nash.
“Menarik pocong ni, siap tengok tv sekali. Apa kata kau tengok tv kat rumah sorang-sorang malam ni. Lepas tu kau tengok sendiri le pocong tu ada kat sebelah ke tak? Macam mana? Ada berani?”, cabar saya pada si Nash.
“Kepala hotak kau Man!, Apa ke hal aku nak buat-buat panggil pocong!!!”, jawab Nash.
“Kau ni pun, kalau betullah pocong tu ada kat sebelah kau, tu betul le makhluk. Kau hempuk le dia dengan tukul ke, paku ke… mana tau jadi ultraman ke pocong tu….!!”
“Ntah le Man, aku nak percaya aku sendiri belum kena.Tapi aku tak sedap le dengar bila dia orang panggil pawang ntah dari mana, kononnya nak tangkap benda tu.. Bayar mahal pulak tu. Tapi aku takut bukan pocong tu yang hilang, duit orang taman tu yang hilang kena tipu dengan pawang tu”. jawab Nash
Hai entah le. Saya ni pun agak susah nak percaya benda-benda mistik macam ni. Tapi mungkin betul pocong tu ada, dan mungkin juga tidak. Dulu di Taman yang sama dan juga di Taman Scientex, pada 5 tahun yang lepas kecoh pasal pontianak mengamuk. Sekarang pocong le pulak. Ditambah lagi dengan adanya kawasan perkuburan berdekatan, menambah lagi keceriaaan cerita seram di Cahaya Masai ni……
Biasanya kalau saya balik dalam pukul 1 pagi, saya tak jumpa benda ni, tapi mat rempit accident dekat kawasan kubur memang kerap berlaku di Cahaya Masai. Mungkin tu bakal pocong kot!

No comments:

Post a Comment