MENU| Home | Facebook

Tuesday 27 August 2013

asal usul jin

Jin dicipta daripada api iaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hijr ayat 27 bermaksud:

"Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma"

Dan didalam Surah Ar-Rahman ayat 15 bermaksud :

"Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang"

Dapatlah disimpulakn bahawa jin itu berasal daripada api sebagaimana manusia dicipta daripada tanah.Oleh itu jelaslah, penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidak dapat diketahui secara tepat berapa tahunkan jarak penciptaan antara kedua makhluk ini.Ibn Basyar Al-Quraisyi di dalam kitabnya Al-Mubtada daripada Abdullah Bin Umar Bin Al-‘As, katanya : Allah mencipta Jin sebelum adam selama dua puluh tahun.

Ada pula pendapat lain yang mengatakan jaraknya selama 40 tahun.Walaubagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tidak ada dalil daripada Al-quran atau hadis Rasulullah S.A.W.Memadailah kita mengatakan bahawa manusia diciptakan kemudian daripada jin.Jin adalah dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada tanah sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 12 bermaksud :
"Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."

No comments:

Post a Comment