Pengalaman seram yang tidak mudah saya
lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia
adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan
saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut
belum membangun pesat seperti sekarang.
Waktu itu selepas maghrib, saya
bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli
pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.
Setibanya dipersimpangan
Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami
sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon
awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya
beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan
meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.
Kami terus berjalan perlahan
lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada
teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan
kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu,
tak sebuah teksi pun kelihatan.
Dalam keadaan bosan menunggu,
tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul
dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah
kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.
Dalam teksi entah mengapa
terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar
masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar
hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba
ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos
crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.
Saya segera mencuit kakak saya
bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui
benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh
membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut
kami.
Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.
Bertambah gementar saya seperti
hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa
saja ayat ayat yang kami ingat.
Tiba tiba, kami seperti keluar
daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent.
Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk
betuk dihadapan blok kami.
Tanpa berlengah, kakak saya yang
duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus
menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.
Waktu saya menghulurkan wang,
alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut
adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan
sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung
wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.
Tanpa bersuara, pemandu itu
menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan
kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu
dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus
turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.
Alangkah terperanjatnya kami,
kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh,
teksi sudah tidak kelihatan lagi.
Menurut penerangan kakak saya,
sewaktu turun dari teksi tadi, dia terperanjat apabila menyedari
sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang
pada pandangannya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30
malam.
Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.
No comments:
Post a Comment