MENU| Home | Facebook

Friday, 15 February 2013

Terkena badi mayat


gambar hiasan
gambar hiasan
Kisah ini telah diceritakan oleh
Ustaz Azrin Abdul Karim melalui
pengalamannya sendiri sebagai
seorang pengamal perubatan
Islam. Jom baca kisah kat bawah
ni..
Suatu hari saya dikunjungi oleh
pasangan suami isteri yang datang
untuk mendapatkan rawatan.
Ketika mereka datang si suami
memapah isterinya dalam
keadaan yang amat payah kerana
isterinya tidak dapat berjalan.
Kelihatan kaki dan tangan
isterinya bengkak dan
mengeluarkan bahang seperti
orang yang kena demam panas.
Isterinya tidak mampu untuk
mengeluarkan kata-kata kerana
menahan kesakitan yang amat
sangat. Kedengaran dia hanya
mengerang kesakitan.
Menurut si suami, isterinya
terkena badi mayat, dan semenjak
empat hari yang lalu dia mengadu
arwah adiknya yang baru
meninggal dunia seminggu yang
lepas kerap datang menemuinya
meminta tolong. Konon adiknya
tersiksa di alam barzakh dan
meminta isterinya mengadakan
kenduri arwah untuknya.
Kebetulan ketika itu pelajar-
pelajar yang baru mengikuti
kursus Rawatan Islam anjuran
saya datang ke rumah untuk
bertukar-tukar pendapat. Jadi
pada hari itu dapatlah kami
ramai-ramai melakukan rawatan
keatas wanita tersebut.
Saya bertanyakan dengan lebih
lanjut, bagaimana punca isterinya
boleh sakit sebegini. Menurut si
suami lagi, ketika arwah adik
isterinya meninggal dunia,
mayatnya disimpan di bilik mayat
hospital. Kemudian mereka
diminta datang untuk pengesahan
waris, ketika sampai di bilik
mayat, isterinya membuka kain
penutup mayat untuk melihat
wajah si mati, kebetulan apabila
terbuka sahaja kain penutup
mayat, tiba-tiba telefon bimbit
beliau berdering menyebabkan
beliau terlalu terkejut dan jatuh
terkulai. Seluruh anggota badan
isterinya menjadi lemah dan sejak
kejadian itu isterinya mulai jatuh
sakit.
Setelah mendapat penjelasan,
kami pun memulakan sessi
rawatan. Kami beramai-ramai
membaca ruqyah. Kelihatan
wanita tersebut amat tidak selesa
dan mula mengerang dengan agak
kuat. Saya menyedari bahawa jin
yang menganggu wanita tersebut
sudah menzahirkan dirinya. Saya
mula berinteraksi dengan
bertanyakan jin tersebut siapakah
dia. Pada mulanya dia mengaku
bahawa dia adalah arwah adik
wanita tersebut yang baru
meninggal akibat kemalangan
jalan raya. Dia memberitahu
mukanya sudah pecah dan sudah
tidak seperti muka manusia lagi.
Dia meminta belas kasihan supaya
membantunya.
Menyedari bahawa ini adalah tipu
daya jin, saya meminta ia keluar
dan mengugut untuk menyiksanya
dengan siksaan yang berat, kerana
dia menganggu wanita ini dan
membuat tipu daya untuk
memesongkan aqidah manusia.
Setelah saya mengenakan
beberapa siksaan barulah jin
tersebut mengaku bahawa dia
sebenarnya adalah jin dari bilik
mayat hospital. Dia mengambil
kesempatan untuk masuk kedalam
tubuh wanita tersebut ketika
wanita itu didalam keadaan
terperanjat sewaktu di bilik mayat
hospital tempohari.
Perlu kita ambil perhatian,
diantara waktu dan ketika-ketika
jin suka menganggu dan masuk ke
tubuh manusia ialah ketika
manusia terlalu suka, terlalu
sedih, terlalu marah, terlalu
bernafsu dan terlalu takut atau
terlalu terperanjat. Kerana itulah
Islam menganjurkan kita agar
sentiasa berada didalam keadaan
tenang dan jangan bersifat
keterlaluan didalam satu-satu
perkara kerana dikhuatiri syaitan
akan mencampuri urusan kita
ketika itu.
Akhirnya jin tersebut bersetuju
keluar dan berjanji tidak akan
mengganggu wanita itu lagi.
Setelah ia sedar, saya beri dia
minum segelas air rawatan dan
minta ia sapukan sedikit
kemukanya. Apa yang saya tidak
sangka, selepas lima minit wanita
tersebut sedar, dia sudah mula
boleh bercakap dan tubuh
badannya yang bengkak dan amat
panas tadi, telah kembali normal
seperti biasa. Sewaktu mereka
pulang juga wanita tersebut sudah
boleh berjalan sendiri, dan tidak
dipapah lagi oleh suaminya.
Keesokan harinya saya mendapat
panggilan telefon dari suami
wanita tersebut, mengucapkan
terima kasih dan memberitahu
isterinya sudah sihat sepenuhnya.
Maha Suci Allah, Dialah Pemilik
Kesembuhan, Dialah yang
menegakkan kebenaran dan
menghapuskan kebathilan.

No comments:

Post a Comment