MENU| Home | Facebook

Saturday, 23 February 2013

ASAL TOYOL


Cerita yang sebenarnya adalah berbeza sama sekali.
Orang yang berhajat sebenarnya perlu membuat amalan tertentu.
Biasanya membaca ayat-ayat al-Quran yang telah ditetapkan. Ada
cara dan tempat yang telah ditentukan. Selepas membuat segala
amalan, ia akan didatang oleh jin perempuan.

Denagan jin perempuan inilah dia akan membuat perjanjian, mereka
akan berkahwin. Perkahwinan adalah mengikut cara yang telah
ditetapkan oleh golongan jin. Bagaimana cara dan keadaan
perkahwinan itu tidak dapat diceritakan di sini.

Pada zahirnya, orang yang berhajat itu akan berkeadaan seperti
biasa. Menunaikan segala rukun-rukun dan kewajipan haji bersama-sama
dengan rakannya yang lain.

Dia juga akan balik bersama dengan rombongan haji seperti biasa.
Malah, dia mungkin lebih baik dan nampak lebih bersungguh-sungguh
dari jemaah haji yang lain.

Dalam perkahwinan itu, jin perempuan akan mengandung. Benih dari
manusia tadi akan dikandungkan mengikut tempoh yang tertentu.Ada
yang mengatakan selama 70 hari, ada selama 70 minggu, ada yang
mengatakan 17 bulan dan sebagainya. Masa juga dikira dalam alam
jin, bukan dalam alam manusia.

Apabila cukup masa mengandung, 'anak' tadi dilahirkan. Sesudah itu,
jin perempuan akan 'menghantar' anak tersebut kepada 'suaminya',
lelaki yang berhajat tadi. Maka tinggallah 'anak' hasil
perkahwinan antara jin dan manusia ini bersama 'bapanya'. Perkara
ini hanya diketahui oleh orang yang berhajat sahaja. Tetapi jika
ia perlu kepada 'penyusuan' (pada hakikatnya ia tidak menghisap
susu dari badan manusia, hanya sekadar simbolik atau syarat sahaja),
barulah isteri orang yang berhajat itu akan diberitahu. Biasanya
mereka akan takut dan keliru, tetapi setelah diceritakan kedudukan
yang sebenar, barulah mereka faham dan sanggup bekerjasama demi
mengejar 'kekayaan'!

'Membelanya' tidaklah susah. Tempat tinggalnya mudah, hanya perlu
membuatkan sebuah lubang dalam tanah di bawah rumah. Siang ia akan
tidur, malam ia akan keluar 'bekerja.'

Toyol jenis ini boleh membuat plbagai kerja, mengikut kehendak
tuannya. Selain dari mencuri duit, ia juga boleh melakukan
keganasan. Tetapi oleh kerana tidak mahu menanggung sebarang
risiko, mereka lebih suka melakukan perkara yang mudah, mencuri
sahaja.

Peringkat awal, toyol ini hanya menghisap darah dari tuannya
sahaja.
Tetapi setelah beberapa tahun dibela, toyol ini mahu sesuatu yang
agak berbeza. Ia mahu menghisap darah dari orang yang 'ditunjuk'
oleh tuannya.

Perkara seperti ini pernah terjadi beberapa tahun yang lalu,
ketika Pak Ariffin merantau di Negeri Johor. Ada seorang budak
yang suka datang ke rumah orang yang membela toyol ini. Kebetulan
anaknya sebaya, jadi dia selalu datang untuk bermain bersama-sama
dengannya.

Suatu hari, sedang dia bermain, bola yang ditendag telah meleret
masuk ke bawah rumah. Budak ini terus menyusup ke bawah rumah
untuk mengambil bola tersebut. Semasa merangkak (kolong rumah itu
rendah, sekitar tiga kaki), dia terlihat sebuah lubang yang agak
besar. Sangkanya bola itu tentu telah termasuk ke dalam lubang
tersebut.

Dia menghampiri lubang tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila
terlihat sepasang mata yang merah merenung ke arahnya. Dia pun
segera keluar dari bawah rumah. Tanpa bercerita apa-apa, dia terus
balik ke rumahnya. Dia tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa
kerana takut sesuatu yang buruk akan menimpanya.

Setelah ketakutannya reda, dengan pujukan dari anak toyol tadi,
budak ini datang semula ke rumah tersebut untuk bermain. Kali ini
tidak ada perkara ganjil yang berlaku.

Petang itu semasa budak ini hendak mandi, keluarganya menjadi
gempar keran terlihat beberapa kesan lebam di tubuhnya. Kesan itu
seolah-olah seperti gigitan dari budak kecil. Dirasakan tidak ada
apa yang merbahaya, mereka mendiamkan sahaja perkara tersebut.
Mereka hanya menyapukan ubat sahaja pada bekas gigtan itu.

Tetapi, dari sehari ke sehari, budak ini semain kurus. Selera
makan kuat, tetapi badan semakin susut. Akhirnya mereka menemui
Pak Ariffin untuk meminta bantuan darinya.

Menurut Pak Ariffin, kesan lebam itu memang gigitan dari budak
iaitu toyol. Dia boleh merawat budak itu dan seterusnya 'memagarnya'
agar tidak diganggu lagi. Tetapi ada beberapa syarat dan pantang
yang perlu dipatuhi. Jika tidak, 'pagar' akan musnah dan budak itu
akan diganggu lagi.

Selepas tiga tahun, Pak Ariffin mendengar berita bahawa budak itu
masih pergi ke tempat yang dilarang, melanggar syarat yang utama!

Membela toyol merupakan perkara yang amat bertentangan sekali
dengan ajaran Islam. Ia juga boleh merosakkan akidah tanpa
disedari. Pada zahirnya mereka mungkin nampak kaya tetapi
sebenarnya batin mereka menderita. Hati mereka tidak aman kerana
tahu mereka melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah swt.

Biasanya orang lain dapat melihat dengan jelas keadaan
kehidupannya yang agak kelam kabut. Orang lain tidak akan
menghormati dan memandang rendah kepadanya.

Dan yang paling ditakuti adalah semasa kematiannya nanti. Dapatkah
dia meminta maaf dari orang yang pernah dianiaya dan memulangkan
semula hak mereka?

Jadi,pada hakikatnya,membela toyol memang akan menyusahkan diri di
dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sanggupkah kita mendapat
sedikit kemewahan dunia sedangkan di akhirat nanti akan terus
disiksa selama-lamanya?

Tetapi syaitan amat pandai memberi jawapan, dah tua nanti buanglah
'benda' ini dan bertaubat!

Macamlah semua orang tahu bila masa ia akan mati!!!

No comments:

Post a Comment