MENU| Home | Facebook

Monday, 4 February 2013

lorong sunyi

Misteri lorong sunyi.
Ashraf pada mulanya memang
sukar untuk mempercayai cerita-
cerita mengenai hantu, makhluk
halus, ghaib dan sebagainya.
Kadang-kadang dia membantah
rakan-rakan apabila mereka
bercerita tentang kisah-kisah
pelik atau misteri. Bukan kerana
dia takut tetapi kerana dia
memang tidak mempercayainya.
Tetapi kejadian tiga bulan lalu
mengubah pendirian Ashraf.
Akhirnya dia terpaksa mengaku
bahawa kisah-kisah seram, ghaib
dan makhluk halus ini memang
wujud di dunia ini. Memang
kejadian itu begitu sukar untuk
dia lupakan, bahkan masih segar
dalam ingatannya.


Kejadian yang amat menakutkan
itu berlaku di satu lorong sunyi
yang terletak tidak jauh dari
kilang tempat Ashraf bekerja.
Sememangnya lorong sunyi itu
menjadi laluan baginya setiap kali
pulang dari tempat kerja. Ashraf
sebenarnya sudah lama
menggunakan lorong sunyi
tersebut. Boleh dikatakan hampir
empat tahun dia menggunakan
lorong itu. Tidak pernah dia
terserempak dengan sebarang
makhluk ghaib atau aneh.
Selama ini rakan-rakannya galak
menceritakan tentang ada orang
yang berjumpa dengan puntianak,
hantu raya, hantu bungkus dan
sebagainya. Walaupun pelbagai
cerita seram didengarinya,
biarpun beratus nasihat telah
diterimanya, namun Ashraf tetap
berdegil untuk melalui lorong
sunyi itu.
gambar hiasan


Sebenarnya Ashraf tidak
mempunyai pilihan. Lorong sunyi
itu adalah jalan pintas baginya,
sama ada untuk ke tempat kerja
atau pulang ke rumah. Ashraf
bekerja sebagai wartawan di
sebuah syarikat penerbitan
majalah. Disebabkan waktu
kerjanya yang tidak tentu masa
menyebabkan ada sesekali dia
terpaksa pulang lewat malam
disebabkan harus menyiapkan
tugasan terlebih dahulu
sehinggakan kadang kala
menjangkau pukul dua pagi.
Dahulu laluan sunyi itu memang
menjadi laluan ramai pekerja
kilang kerana kawasan itu
memang kawasan perindustrian.
Tetapi sejak setahun dua
kebelakangan ini, pekerja-pekerja
kilang sudah jarang menggunakan
lorong tersebut berikutan
tersebarnya cerita hantu
puntianak dan makhluk halus
yang menyerupai budak kecil.
Biarpun orang lain tidak berani
menggunakan lorong sunyi itu,
tetapi Ashraf tetap melaluinya.
Sehinggalah pada suatu malam,
selepas habis bekerja, Ashraf
terus pulang ke rumah. Tetapi
dalam perjalanan pulang sebelum
sampai lorong sunyi itu, Ashraf
singgah terlebih dahulu di warung
mamak bersama dua orang
rakannya, Sharil dan Muhaimin.
Kerana asyik berborak, mereka
bertiga terlupa hari sudah jauh
malam.
gambar hiasan


Jam di tangan Ashraf sudah
mencecah pukul 12.45 malam.
Kebetulan malam itu adalah
malam Jumaat. Shahril dan
Muhaimin tidak pulang melalui
lorong sunyi itu. Walaupun diajak
oleh Ashraf, Shahril dan
Muhaimin tetap enggan melalui
lorong tersebut. Tinggallah Ashraf
seorang yang terpaksa melaluinya
kerana tidak mempunyai pilihan
lain. Kalau dia ikut jalan raya,
sudah terlalu jauh untuk sampai
ke rumahnya. Mahu tidak mahu,
Ashraf terpaksa melalui lorong
sunyi itu.
 

Dalam perjalanan pulang, hati
Asharf tiba-tiba berdebar.
Matanya menjeling kiri kanan
lorong. Tiba di pertengahan
lorong, dia tersentak. Wajah
seorang wanita jelas kelihatan di
hadapannya. Ashraf berhenti
seketika. Hati dan perasaannya
mula menggambarkan apa yang
telah diceritakan oleh rakan-
rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan
semangat.
Ketika langkahnya semakin
menghampiri wanita itu,
hidungnya tiba-tiba ditampar bau
wangi. Tidak pernah dia menghidu
bau wangi sedemikian sepanjang
dia melalui lorong tersebut.
Tetapi kali ini dia menghidunya.
Tidak mungkin wangian itu turun
bersama embun pagi! Ashraf mula
tertanya sendirian.


Segera Ashraf menutup
hidungnya. Dia terus berjalan
tanpa mempedulikan wanita di
hadapannya. Dia menundukkan
kepalanya ke bawah. Langkah
dicepatkan. Semakin dia
menghampiri wanita itu, semakin
kuat bau wangi itu menusuk
hidungnya.
Kala itu terlintas di fikirannya
tentang cerita rakan-rakannya.
Kalau terhidu bau wangi, jangan
dihidu kerana bau wangi itu
adalah bau hantu raya! Teringat
itu, Ashraf segera menahan nafas
seketika untuk tidak menghidu
bau wangi itu.
Degup jantungnya semakin
kencang. Hatinya mula berdebar-
debar. Tidak pernah dia
mengalami peristiwa sebegini.
Ashraf sudah dapat mengagak,
cerita hantu yang diberitahu oleh
rakannya itu memang benar. Kini
barulah Ashraf, tahu bahawa
cerita ngeri dan menakutkan ini
memang wujud.
Tiba-tiba Ashraf mendongak
kepalanya. Entah tidak semena-
mena, anak matanya mencuri
jeling ke arah wanita itu. Dalam
jelingan itu, Ashraf dapat melihat
seperti ada satu keganjilan pada
wajah wanita itu. Wajahnya putih,
bibirnya merah dan rambutnya
panjang melepasi bahu.
Seluruh bulu roma Ashraf berdiri
tegak. Langkahnya tiba-tiba
terhenti, bagaikan dipegang
sesuatu. Dia cuba melangkah
tetapi tidak berdaya. Kakinya
terasa begitu berat. Matanya
terus terpandang wanita itu yang
mula bertukar wajah. Bermula
dengan wajah senyum, berubah
menjadi bengis. Gigi yang
tersusun cantik tiba-tiba bertukar
tajam dengan susunan yang
menyeramkan.
Rambut wanita itu mula
mengerbang, disusuli hilaian
suara menakutkan yang memecah
lorong sunyi itu. Dengan wajah
yang menakutkan, wanita itu
menghampiri Ashraf. Dia cuba
lari, tetapi kakinya seolah-olah
terpijak gam. Serentak itu, dia
terus menjerit sekuat hatinya,
kemudian rebah menyembah
bumi.


Keesokan paginya, Ashraf ditemui
oleh seorang wanita tua yang
kebetulan melalui lorong sunyi
itu. Setelah mendapatkan
bantuan, Ashraf akhirnya dihantar
pulang dalam keadaan tubuhnya
yang lemah. Melihat wajahnya
yang kebiruan, nyata Ashraf sudah
tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari
dan menurut ibunya, Azizah,
Ashraf sering kali meracau-racau
dalam tidurnya terutamanya pada
sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi.
Akhirnya, untuk memulihkan
kembali semangat Ashraf, ibunya
memanggil seorang pakar
perubatan tradisional.


Dengan izin Allah SWT, akhirnya
dia berjaya dipulihkan biarpun
terpaksa menunggu masa yang
agak lama. Sejak peristiwa itu,
barulah Ashraf sedar dan percaya
apa yang telah diceritakan oleh
rakan-rakannya. Kini Ashraf juga
sudah tidak lagi menggunakan
lorong sunyi yang berpuaka itu!


Petikan dari Majalah Mingguan
Wanita Bil:1175.

No comments:

Post a Comment