Monday, 4 February 2013

Gangguan di hadapan kedai motor

Cerita ni jadi sekitar tahun
1998-99, Masa tu aku baru abes
sekolah dah bekerja di Makro
Ipoh. kebiasaannya,kalau aku
kerja shift malam, abes kerja
dalam jam 11 malam, dan
biasanya bapak aku yg datang
amek aku kat tempat kerja pasal
takde dah bas.

Tapi ada satu hari bapak aku tak
dapat ambil pasal dia out station.
Kiranya aku sangkut kat tempat
keje la. nasib baik ada
sorang kawan aku yg bak hati
boleh tolong hantar aku balik,
dan nasib baik lagi pasal dia ada
bawak 2 helmet. (lepas dating
terus mai kerja la kot..)...

Lepas abes kerja. kita orang
bergerak balik, nak dijadikan
cerita, masa tgh naik highway
ipoh-jelapang, tayar motor
pancit...

adoyai.. rasa bersalah gile aku
time tu.. dah la ada org tolong
hantar balik, tayar motor dia
pancit pulak... tebal muka woo
time tu...

Aku terpaksa la call abg aku,
suruh datang amek aku kat tepi
highway. Bila abg aku sampai jer,
terus aku balik rumah tinggalkan
kawan aku tu sorang2 jaga motor
dia.. hahaha... Aku balik rumah
amek van la.. korang ingat aku
apa tinggal kawan mcm tu...
hahaha

Dipendekkan cerita, aku terus
bawa van buruk bapak aku tu,
terus pi ambil kawan aku yg
tunggu kat tepi highway, lepas
angkut motor dia naik dalam van,
aku terus hantar dia balik ke
Tanjung Rambutan. adoyai.. dia
nak hantar aku balik rumah, last2
aku yg kene hantar dia balik
pulak..

Lepas hantar dia balik, sebelum
aku blah, dia sempat pesan,
dekat2 Fah Kee Motor tu elok2
sket. aku cakap ok, masa tu aku
tak terpikir pun pasal makhluk
halus ni, aku ingat dia pesan bawa
van elok2 pasal jalan situ gelap..
ceh
aku pun bergerak balik, jam dah
lebih kurang jam 2-3 pagi dah,
masa nak sampai ke Fah Kee
Motor tetiba aku rasa seram
sejuk, dan bila aku sampai betul2
depan Fah Kee,
Hidung aku tercium bau yg sangat
wangi. Wangi yg menyesak
hidung. Aku tau itu bau apa, itu
bau kapur barus, dia punya wangi
sampai sampai susah aku nak
bernafas... Satu van bau mcm tu.

Jantung berdegup tak sah citer la
berapa punya laju... lumba lari
dgn carl lewis pun kompom dia
kalah punya...
dah la aku bawak van. Dibuatnya
penuh satu van tu benda tu
tumpang, abes aku... nak toleh
kebelakang takut. Takut nak tgk
apa yg ada kat belakang. Tawakkal
je la bawak van... Tapi
Alhamdulillah bila sampai pekan
bercham semua bau hilang...
huuhuhu...

Besok bila datang kerja, aku
cerita la kat kwn yg aku hantar
balik malam tu.. Dia gelak jer..
dia kata kat situ dah ramai yg
kena.

Sumber: www.xlupa.com

No comments:

Post a Comment