Pada zaman sekarang susah untuk membezakan antara betul betul cinta yang dianugerahkan oleh Allah dengan telah disihir dengan minyak pengasih atau minyak dagu..
Jika anda telah jatuh cinta cuba selidik balik adakah itu cinta ataupun hanya sekadar mainan syaitan..orang yang terkena sihir ini biasanya tidak menyedari dirinya berada dibawah sihir dan menganggap ianya adalah betul-betul cinta..
Cara untuk mengetahui diri telah disihir dengan minyak pengasih ini adalah diri akan terasa lalai dan malas untuk beribadat kepada Allah.selain itu, diri akan terasa marah,tidak sedap badan atau terasa sakit bila mendengar azan dan bacaan al quran..
Jika terkena sihir cinta ini tubuh akan terasa tidak selesa jika tidak berjumpa dan berhubung,terasa rindu yang teramat sangat sehingga sanggup membuat apa sahaja untuk berjumpa walaupun membahayakan nyawa..serta akan terasa menghubungi kekasih setiap minit setiap jam..padahal bekas-bekas kekasihnya yang lain tidak pernah sebegini.
Selain itu mangsa juga akan menjadi angau,sasau dan sering kali tidak menghiraukan orang yang bercakap dengannya,mangsa seolah-olah tidak memahami apa yang dikatakan kerana hanya memikirkan si penyihir..
Mangsa juga menjadi suka menyendiri dan menjadi tidak bergaul dengan orang lain tidak seperti perangai sebelum disihir.
Jadi pastikan anda dengan kekasih anda betul cinta,jika anda mempunyai ciri ciri diatas berhati hatilah kerana terlalu banyak perubahan mungkin anda telah terkena sihir minyak PENGASIH..
Jika anda memiliki hampir semua ciri jumpalah pakar..jika untuk pastikan lagi cuba datang berjemaah di masjid berturut-turut..serta membaca al quran..insya allah kebenaran akan terbongkar selepas itu..
Admin-Kawan saya pun macam ada tanda tanda ini namanya sleme...he5x
No comments:
Post a Comment