MENU| Home | Facebook

Tuesday, 19 February 2013

ditindih binatang

Malam tu, aku lepak kat bilik pengawas, lepas wat homework pe sume, pastu malas dah nak balik bilik. So aku tumpang tdo kat bilik member (ketua pelajar ni laa). Time aku masuk bilik tu dia tdo dah, so aku tarik kusyen 2, 3 bijik wat lapik, terus landing kat lantai.

Baru je aku meniarap (ok, aku salah sebab meniarap), tetiba rasa macam ada kucing pijak blakang. Slow je, satu, satu, sampai la rasa keempat-empat kaki tu dah steady je atas blakang aku. Memang macam kucing, kecik je kaki tu (rasa je la, bukan nampak). Terus aku dah takbleh gerak.

Setakat takbleh gerak tak kisah la kan? Tapi pastu aku dengar macam angin kuat la, betul2 kat tepi telinga. Kepala rasa bengang, telinga berdesing. Macam hanyutt je rasa. Suara tak keluar, badan tak bleh gerak. PAstu aku nampak ada sorang member bukak pintu, jenguk dalam bilik. Aku panggil kuat2, tapi dia siap bebel lagi, "alamak, sume dah tdo laa..", pastu dia tutup pintu n blah. Tinggallah aku dook tergolek tu sambil ada macam2 bunyi kat telinga.

Tetiba rasa "kaki" tu slow2 jalan, meninggalkan belakang aku. Sama jugak macam datang tadi, slow2, satu2 langkah. Lepas je kaki yang terakhir, aku terus bangun, tarik kusyen2 tu sume p bilik sbelah. Member bilik sbelah tu heran je tengok, siap tanya lagi nape muka aku nampak semacam. Aku cakap x de pape (takut kecoh lak), pastu berusaha nak lelap kat bilik tu plak.



sumber : www.xlupa.com

No comments:

Post a Comment