Untuk pengetahuan semua, lagenda Bloody Marry merupakan salah satu kisah lagenda yang popular di Amerika Syarikat. Bloody Marry atau nama sebenarnya ialah Mary Whirnington dipercayai mati di hadapan cermin. Segelintir mengatakan bahawa dia mati dibunuh kekasihnya dengan kejam dan ada juga yang mengatakan Mary merupakan seorang ahli sihir.
Hantu Mary terperangkap di dalam cermin sehingga tidak boleh keluar
melainkan ada seseorang yang akan membuka jalannya kerana terlalu lama
terperangkap di dalam cermin akan membuatkan jiwanya menjadi marah,
tidak bermaya dan boleh melakukan perkara-perkara yang di luar batasan
kemanusiaan. Bloody Marry dikatakan muncul dalam cermin apabila namanya
dipanggil tiga kali apabila anda berda di dalam bilik air yang
gelap.Bloody Marry juga digambarkan sebagai pembunuh kanak-kanak yang
tinggal di bandar.
Cara Memanggil:
1.Pergi ke bilik air di rumah anda.
2.Tutup suis lampu bilik air.
3.Buka paip air.
4.Sebut "Bloody Marry" 3 kali.
5.Tutup mata seketika.
6.Buka mata anda dan lihat di cermin bilik air.
7.Kalau tidak menjadi, cuba berpusing 3 kali.
TOLONG JANGAN LAKUKAN INI!Tapi sebangai pengetahuan kita supaya kita
boleh monitor anak2 kita, Mana la tahu kot2 depa terpengaruh dengan
perbuatan syirik begini~
Lagi al-kisah mary :
1.Terdapat cerita yang mengatakan bahawa Si Marry akan bertanya pada
anda tiga pertanyaan.Jika anda salah menjawab 2 soalan, anda mungkin
akan dicederakan. Jika anda salah menjawab ketiga-tiga soalan, anda
mungkin akan maut.
2.Selain itu, ada si polan yang ingin mencuba memanggil Bloody
Marry.Tetapi kerana takut, si polan tersebut tidak jadi untuk
melakukannya. Lalu, si polan pergi ke bilik air di rumahnya untuk
menutup lilin.Tetapi, Selepas menutup lilin, si polan masih dapat
melihat lilin masih menyala di dalam cermin di bilik air.
No comments:
Post a Comment