salam
kat sini saya ingin berkongsi beberapa cerita seram yang mungkin menyeramkan
cerita yang saya ceritakan ini benar benar berlaku ada sebahagian dari 
pengalaman hidup saya dan ada sebahagian saya dapat dari ornag lain
cuma terpulanglah pada anda untuk mempercayai atau tak kerana perkara 
misteri ini sangat sukar dirungkaikan dengan akal fikiran kita
ini adalah cerita yang pertama dari saya
tapi sebelum saya meneruskan cerita ini terlebih dahulu saya ingin 
meminta maaf sekiranya cerita ini mungkin mengandungi unsur unsur 
kelucahan yang mungkin boleh mengganggu keselesaan sebahagian pembaca
cerita ini berkenaan dengan wak darmo (nama samaran)
pak darmo ini adalah seorang yang telah mempunyai beberapa orang cucu 
dan beliau ini terkenal dengan sikap nya yang suka cakap besar lebih 
lebih lagi berkenaan hal hal misteri ini
pada satu hari beliau telah mengadakan kenduri perkahwinan anak 
perempuan beliau setelah seharian penat melayan tetamu dari kalangan 
orang kampung dan sanak saudara dimalam nya beliau bercadang untuk pergi
 kepekan untuk mengeteh (bahasa jawa bermaksud duduk duduk di kedai 
kopi)
memang menjadi tabiat nya setiap malam beliau akan minum bersama sama 
rakannya dikedai kopi sambil berbincang perkara kosong untuk 
menghabiskan waktu malam yang terluang
al maklumlah diwaktu itu mana ada lagi telivisyen apalagi internet 
seperti zaman kita sekarang ini jadi itulah antara hibuaran penduduk 
kampung disamping itu juga salah satu cara penduduk kampung bersosial
ketika beliau hendak melangkah keluar rumah isteri beliau telah 
membantah rancangan beliau itu dengan alasan masih ramai lagi sanak 
saudara yang berada dirumah lagi pun awan yang sarat seperti hendak 
menurunkan kandungannya (hehehehe pakai bahasa sastera lak dah dah nak 
ujan lah maksudnya)
tapi semua leteran isterinya itu langsung tidak diendahkan oleh nya dan 
beliau hanya terasa dilidahnya keenakan kopi mamak ismail dan beliau 
telah melangkah pergi menghala kepekan
sampai dipekan beliau telah meminta secawan kopi dari mamak ismail dan 
menghabiskan waktu malam itu bersama rakan rakan beliau dengan berbual 
kosong sambil menghisap rokok lenteng (sejenis rokok yang digulung 
dengan tembakau jawa dan dicampur cengkeh yang digunting)
keasyikan bersembang dengan rakan rakan telah membuatkan beliau lupa 
malam telah lewat itu pun hujan renyai renyailah yang telah menyedarkan 
malam telah semakin larut dan telah melalui tengah malam
kerana takut hujan semakin lebat beliau telah membayar harga kopi yang diminumnya dan beliau hendak berlalu dari situ
semasa hendak berlalu dari situ mamak ismail telah menasihati beliau 
untuk tidur sahaja dikedai kopi itu dan beberapa orang kawan kawan nya 
telah menakutkan beliau dengan pelbagai cerita seram
dengan angkuhnya beliau bercakap
"ini darmolah kalau hantu datang aku selak kain aku semua hantu cabut lari"
sambil ketawa mengekek perbuatannya itu telah membuatkan rakan rakannya meluat dengna sikap ego beliau itu
dengan berbekalkan lampu suluh beliau telah berjalan sambil menyanyi kecil untuk menghiburkan hati
ketika beliau melalui sepohon pokok nipah secara tiba tiba pohon nipah 
itu bergoyang goyang seperti didalam rimbunan pohon nipah itu seperti 
ada sesuatu
beliau buat buat tidak melihat sambil menyanyi lebih kuat lagi untuk 
menghilangkan perasaan takut dihati namun apa yang mengecewakan goyangan
 pohon nipah itu semakin kuat
beliau terus menjerit kepada pohon nipah itu
"kau jangan buat hal nanti aku selak kain aku menyesal kau"
dengan tak semena mena satu tangan yang berbulu lebat telah keluar dari pohon nipah tersebut
pak darmo terpaku sebentar sambil menggeletar ketakutan seluruh tubuh 
apabila suluhan lampu suluhnya menerangi tangan berbulu tersebut
dalam ketakutan yang teramat sangat beliau menjerit kepada tangan tersebut
"kau ni tak faham bahasa lah aku selak kain aku nanti taulah kau"
tangan itu terus memanjang dan menghala kearah beliau yang lebih 
menghairankan badan tangan tersebut tidak kelihatan menyorok didalam 
pohon nipah ditepi jalan itu
dalam ketakutan yang amat sangat itu pak darmo telah menyelak kain nya 
dengan harapan tangan yang berbulu lebat itu akan hilang selepas beliau 
menyelak kainnya
namun
lebih malang lagi apabila beliau menyelak kan kainnya tangan itu semakin memangjang kearahnya
dan apa yang lebih mengecewakan apabila tangan itu telah meraba kemaluannya
tanpa membuang masa dengan ketakutan yang teramat sangat beliau mula 
melakukan langkah seribu sambil menjerit jerit ketakutan seperti gegak 
gempita sepanjang jalan larian wak darmo lalui
dalam larian itu wak darmo masih terasa kemaluannya masih diraba oleh 
tangan berbulu tersebut semakin diraba semakin kuat wak darmo menjerit 
dan berlari
sesampai dirumah wak darmo telah menerpa pintu rumahnya yang diperbuat dari atap nipah dan duduk kepenatan
seluruh ahli keluarga dan sanak saudara tidak ketinggalan jiran tetangga
 yang terkejut dengan suara wak darmo telah membawa lampu masing masing 
kearah wak darmo lantas masing masing menyuluh wak darmo
aduhai malang seribu kali malang rupa rupa nya ketika beliau lari dari 
tangan berbulu itu beliau telah melucutkan kain yang diselakkannya 
kerana kain yang diselakkannya telah menggannggu larian nya itu
seluruh kaum keluarga sanak saudara dan jiran jiran yang hadir dari 
kalangan perempuan bertambah terkejut melihat wak darmo hanya memakai 
songkok baju melayu dan tak berkain sambil duduk berlunjur melayan 
kepenatan
mereka menjerit jerit malu manakala yang lelaki pula terus menoleh kan muka menghala kelain
anak anak wak darmo kelam kabut mengambil kain dari biliknya untuk menutup tubuh wak darmo dan wak darmo terpingga pinga
selepas kejadian itu wak darmo telah mengalami demam yang sangat teruk selama seminggu
 
 
No comments:
Post a Comment