MENU| Home | Facebook

Thursday, 28 February 2013

Misteri Bunyi Cakaran Di Dinding Rumah


Bunyian misteri atau gangguan sering menjadi satu igauan kepada kita semua. Bagi yang kuat semangat ia tiada masalah untuk menghadapinya. Namun bagi yang lemah sangat, ia sebagai satu cabaran untuk menanganinya. Terdapat sebuah kisah yang berlaku pada tahun 2006 dan ia tentang misteri bunyi cakaran di dinding rumah. Ikuti kisah seram di bawah ini.

Saya berasal dari Johor Bahru dan menetap di kampung Dato Sulaiman Menteri. Nama timangan saya Batman, kerana panggilan ini muncul dari rakan-rakan saya. Di sini saya hendak menceritakan pengalaman yang benar-benar terjadi kepada diri saya dan kisah ini bukanlah rekaan semata-mata. Hanya Allah saja yang tahu bertapa kecutnya hati saya pada ketika itu.
GAMBAR HIASAN

Kisah ini terjadi pada tahun 2006 yang lalu, waktu itu saya masih bersekolah di tingkatan 4. Pada petang itu kalau tak silap saya pada pukul 5 lebih, saya menemani adik saya yang berumur 5 tahun berbasikal dikeliling rumah, yang mana adik saya ini sudah pandai mengayuh basikalnya. Saya duduk di rumah kampung, rumah ini memang besar dan halamannya juga luas. Keluarga saya hanya duduk sebahagian atau separuh saja dari rumah ini iaitu hanya bahagian hadapan.


Sedangkan belakang tiada sesiapa yang duduk.
Semasa saya menemani adik saya berbasikal, saya memang ada membawa kunci rumah belakang kerana ibu saya suruh bersihkan di dalamnya pada ketika itu. Bila saya lihat adik saya berbasikal, saya rasa sungguh gembira kerana adik saya semakin membesar. Setelah itu saya berkata pada adik saya, yang saya hendak masuk dahulu dan bersihkan rumah, “Aziz jangan bawa laju-laju, nanti jatuh.”


Adik saya hanya mengangguk. Semasa saya masuk ke dalam rumah tersebut, memang kotor dan berhabuk. Tetapi saya tidak membersihkan kerana saya penat setelah lebih kurang seharian berada di sekolah. Saya terus merebahkan badan saya di atas katil di sebuah bilik yang paling belakang di rumah itu.

Entah macam mana, saya tertidur di situ dan bila saya tersedar, hari sudah gelap, sudah malam. Saya sedar kerana ayah saya membuka pintu biliknya, kerana pintu biliknya boleh menembusi ke bahagian rumah belakang. Kalau anda hendak tahu, lorong tengah yang menghubungkan laluan rumah depan dan belakang telah ditutup. Jadi hanya boleh lalu melalui bilik ayah saya. Setelah itu saya terus bangkit dari situ dan bergegas menuju ke rumah depan kerana saya takut duduk seorang diri di situ.


Sampai di rumah depan, saya pandang jam di dinding rumah. Jam menunjukkan pukul 11 tepat. Sudah lama saya tidur, niat di hati sebenarnya hendak merehatkan diri sebentar di rumah belakang, tetapi saya terlelap. Semasa saya berada di rumah depan, saya lihat adik-adik saya sudah tidur di ruang tamu, dan abang saya tidur di biliknya. Saya yang baru terjaga dari tidur tidak dapat melelapkan mata walaupun pada hari esok saya akan bersekolah. Daripada membuang masa, saya terus mengambil barang-barang lukisan saya dan duduk di salah sebuah sofa yang berada di ruang tamu.

Sedang saya sibuk melukis kartun kegemaran saya (Batman), saya terdengar bunyi-bunyian di bawah kolong rumah. Rumah yang saya tinggal ini adalah rumah Johor lama mempunyai tingkap-tingkap yang besar, yang mana besarnya sama seperti pintu. Rumah ini telah diubahsuai menjadi semakin besar. Bunyi itu kedengaran di seperti di bawah kolong yang menyekat laluan rumah depan dan belakang. Saya tidak mengendahkan bunyi itu. Lama-kelamaan bunyi itu semakin hampir dan kuat. “Krek krek krek…!! Krek krek krek…!!” Saya teringat ibu saya pernah mengatakan kepada saya, itu adalah cicak yang besar yang suka duduk di celah-celah papan rumah, jadi saya tidak merasakan apa-apa.

Bunyi itu terus-menerus kedengaran, dan yang paling membuatkan saya terperanjat, bunyi itu seolah-olah melompat dari bawah kolong terus mencakar ke tingkap rumah. Bulu roma saya terus berdiri, menggigil saya dibuatnya. Saya berasa hairan, kalau kucing yang mencakar, mana mungkin boleh sampai kerana rumah depan saya mempunyai kolong yang tinggi. Saya fikir takkan burung ada kuku begini tajam sampaikan begitu kuat kedengaran. Saya terus membaca Ayat Kursi, “Allah hula ila ha illaaaa huwal……” saya terhenti, saya terlupa akan bacaannya. Saya cuba ingat kembali, , “Allah hula ila ha illaaaa huwal……” memang tak boleh baca, lidah saya menjadi kaku, saya menggigil ketakutan. Langsung tak boleh baca apa-apa ayat suci Al-Quran.

Bunyi itu terus berlagu, hilang saja di tingkap yang berada di belakang saya, terus dengar di tingkap yang seterusnya yang berada lebih kurang 2 meter jaraknya. Hilang saja bunyi di tingkap itu, terus saja berada di pintu rumah, pergerakannya atau bunyi itu sungguh pantas. Saya berasa sungguh pelik, sedangkan dari tingkap seterusnya hendak menuju ke pintu rumah adalah berbentuk L dan mempunyai beranda dan tembok yang menghalang. “Astaghfirullah hal azim” “Ya Allah”. Bunyi itu terus berlalu dan mencakar-cakar sehingga ke tingkap bilik abang saya dengan pergerakkannya yang pantas. Sehinggakan bunyi itu kedengaran seperti mencakar cermin tingkap rumah belakang “Ziinngg.. zziinngg.. zziinngg…!!!” dan terus menghilang. Bunyinya ngilu. Saya langsung terfikir, adakah bunyi itu akan membuat pusingan keliling rumah kerana saya sudah terlalu takut dan menggigil, namun itu tidak berlaku.

Pada keesokan harinya, semasa saya bersarapan, saya menceritakan kepada ibu saya. Ibu saya memarahi saya kerana petang-petang hari tidur, “Rumah belakang tu dahlah kosong, sebab tu dia ikut kau, kau tahu, padan muka kau…! Senja-senja tidur lagi…” Beliau memberitahu saya, 7 tahun yang lalu semasa kami baru-baru menetap di sini, ibu saya juga pernah mengalami peristiwa yang menyeramkan ini. Ketika itu beliau sedang menjahit baju, tetapi bunyi itu berpatah balik dan terus menghilang.

Selesai bersarapan, saya terus menuju ke pintu untuk memakai kasut yang berada di atas tembok beranda rumah. Saya terpandang pintu rumah, kelihatan seolah-olah pintu rumah bertanah dengan bekas cakaran yang jelas kelihatan. Saya terus memakai kasut dan saya melangkah menuju ke tingkap-tingkap. Semuanya bertanah dengan bekas cakaran tersebut. Saya menjerit memanggil ibu yang berada di dalam untuk melihat.

Setelah kejadian itu berlaku, kami sekeluarga menziarahi ke rumah makcik saya iaitu kakak kepada ibu saya yang berada di Kluang, Johor. Ayah saya menceritakan tentang pengalaman yang terjadi kepada diri saya seminggu yang lepas. Rupa-rupanya, sepupu saya, juga mengalami perkara yang sama seperti saya, pada waktu yang sama. Pada hari Jumaat yang sama, jam masih belum menunjukkan pukul 12 malam, semuanya sama. Makcik saya siap menunjukkan lagi kawasan cakaran yang masih terdapat di dinding rumahnya mempunyai tanah yang melekat. Sama seperti di rumah saya.

Makcik saya mengatakan, itu mungkin adalah saka peninggalan atuk saya yang sudah meninggal dunia, iaitu bapanya dan bapa kepada ibu saya. Mungkin ianya mencari tuan baru, dan tanah itu juga mungkin berasal dari tanah kubur.
READ MORE- Misteri Bunyi Cakaran Di Dinding Rumah

Diusik Jelmaan Penunggu Rumah

)
Penunggu rumah sering terjadi apabila wujudnya situasi seseorang itu berpindah ke rumah baru, atau tinggal di rumah yang sudah lama tidak berpenghuni. Sememangnya rumah yang sudah lama tidak berpenghuni akan menjadi kediaman makhluk-makhluk halus. Oleh kerana itulah, kita perlu sering membacakan ayat-ayat suci al-quran ketika berada di rumah,di samping mengerjakan solat fardhu.

Jom baca kisah seram di bawah ini.

Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.
Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!
gambar hiasan

Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.
Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.

Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.

Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu.
Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. “kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya “dia” masih taknak lepaskan rumah ini”. Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.

Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.

Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu.
READ MORE- Diusik Jelmaan Penunggu Rumah

Wednesday, 27 February 2013

saje-saje

Baru ada masa nak ubah background...

READ MORE- saje-saje

Monday, 25 February 2013

Gambar seram

google image

Anda ada gambar seram untuk dikongsikan emailkan di            api.timejuice@gmail.com
Admin tengah mengumpulkan gambar-gambar penampakan..
READ MORE- Gambar seram

Pokok pontianak

Pernahkah anda dengar tentang pokok pontianak?
gambar hiasan
Menurut orang dulu-dulu terdapat pokok pontianak yang boleh ditemui di tempat tempat tetentu oleh orang orang tertentu sahaja.
Menurut sumber pokok ini selalunya ditemui oleh kanak-kanak,biasanya apabila kanak kanak menemui pokok yang ganjil ia akan mengambil dan membawanya pulang.
Selepas dibawa pulang pokok tersebut,dipercayai pontianak akan datang untuk menganggu di rumah tersebut dengan alasan mengambil balik haknya.
Jika tidak bernasib baik,kemungkinan pontianak menjadikan rumah tersebut sebagai tempat tinggalnya, ini menjadikan rumah tersebut mendapat gangguan yang berterusan sebelum diusir oleh pakar..
Secara am nya tidak dapat dipastikan rupa bentuk pokok pontianak ini, tetapi ada yang mengatakan orang-orang dewasa  secara naluri akan mengetahui apa yang dilihatnya adalah pokok pontianak walaupun itulah pertama kali melihatnya sebelum ini.
READ MORE- Pokok pontianak

Saturday, 23 February 2013

ASAL TOYOL


Cerita yang sebenarnya adalah berbeza sama sekali.
Orang yang berhajat sebenarnya perlu membuat amalan tertentu.
Biasanya membaca ayat-ayat al-Quran yang telah ditetapkan. Ada
cara dan tempat yang telah ditentukan. Selepas membuat segala
amalan, ia akan didatang oleh jin perempuan.

Denagan jin perempuan inilah dia akan membuat perjanjian, mereka
akan berkahwin. Perkahwinan adalah mengikut cara yang telah
ditetapkan oleh golongan jin. Bagaimana cara dan keadaan
perkahwinan itu tidak dapat diceritakan di sini.

Pada zahirnya, orang yang berhajat itu akan berkeadaan seperti
biasa. Menunaikan segala rukun-rukun dan kewajipan haji bersama-sama
dengan rakannya yang lain.

Dia juga akan balik bersama dengan rombongan haji seperti biasa.
Malah, dia mungkin lebih baik dan nampak lebih bersungguh-sungguh
dari jemaah haji yang lain.

Dalam perkahwinan itu, jin perempuan akan mengandung. Benih dari
manusia tadi akan dikandungkan mengikut tempoh yang tertentu.Ada
yang mengatakan selama 70 hari, ada selama 70 minggu, ada yang
mengatakan 17 bulan dan sebagainya. Masa juga dikira dalam alam
jin, bukan dalam alam manusia.

Apabila cukup masa mengandung, 'anak' tadi dilahirkan. Sesudah itu,
jin perempuan akan 'menghantar' anak tersebut kepada 'suaminya',
lelaki yang berhajat tadi. Maka tinggallah 'anak' hasil
perkahwinan antara jin dan manusia ini bersama 'bapanya'. Perkara
ini hanya diketahui oleh orang yang berhajat sahaja. Tetapi jika
ia perlu kepada 'penyusuan' (pada hakikatnya ia tidak menghisap
susu dari badan manusia, hanya sekadar simbolik atau syarat sahaja),
barulah isteri orang yang berhajat itu akan diberitahu. Biasanya
mereka akan takut dan keliru, tetapi setelah diceritakan kedudukan
yang sebenar, barulah mereka faham dan sanggup bekerjasama demi
mengejar 'kekayaan'!

'Membelanya' tidaklah susah. Tempat tinggalnya mudah, hanya perlu
membuatkan sebuah lubang dalam tanah di bawah rumah. Siang ia akan
tidur, malam ia akan keluar 'bekerja.'

Toyol jenis ini boleh membuat plbagai kerja, mengikut kehendak
tuannya. Selain dari mencuri duit, ia juga boleh melakukan
keganasan. Tetapi oleh kerana tidak mahu menanggung sebarang
risiko, mereka lebih suka melakukan perkara yang mudah, mencuri
sahaja.

Peringkat awal, toyol ini hanya menghisap darah dari tuannya
sahaja.
Tetapi setelah beberapa tahun dibela, toyol ini mahu sesuatu yang
agak berbeza. Ia mahu menghisap darah dari orang yang 'ditunjuk'
oleh tuannya.

Perkara seperti ini pernah terjadi beberapa tahun yang lalu,
ketika Pak Ariffin merantau di Negeri Johor. Ada seorang budak
yang suka datang ke rumah orang yang membela toyol ini. Kebetulan
anaknya sebaya, jadi dia selalu datang untuk bermain bersama-sama
dengannya.

Suatu hari, sedang dia bermain, bola yang ditendag telah meleret
masuk ke bawah rumah. Budak ini terus menyusup ke bawah rumah
untuk mengambil bola tersebut. Semasa merangkak (kolong rumah itu
rendah, sekitar tiga kaki), dia terlihat sebuah lubang yang agak
besar. Sangkanya bola itu tentu telah termasuk ke dalam lubang
tersebut.

Dia menghampiri lubang tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila
terlihat sepasang mata yang merah merenung ke arahnya. Dia pun
segera keluar dari bawah rumah. Tanpa bercerita apa-apa, dia terus
balik ke rumahnya. Dia tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa
kerana takut sesuatu yang buruk akan menimpanya.

Setelah ketakutannya reda, dengan pujukan dari anak toyol tadi,
budak ini datang semula ke rumah tersebut untuk bermain. Kali ini
tidak ada perkara ganjil yang berlaku.

Petang itu semasa budak ini hendak mandi, keluarganya menjadi
gempar keran terlihat beberapa kesan lebam di tubuhnya. Kesan itu
seolah-olah seperti gigitan dari budak kecil. Dirasakan tidak ada
apa yang merbahaya, mereka mendiamkan sahaja perkara tersebut.
Mereka hanya menyapukan ubat sahaja pada bekas gigtan itu.

Tetapi, dari sehari ke sehari, budak ini semain kurus. Selera
makan kuat, tetapi badan semakin susut. Akhirnya mereka menemui
Pak Ariffin untuk meminta bantuan darinya.

Menurut Pak Ariffin, kesan lebam itu memang gigitan dari budak
iaitu toyol. Dia boleh merawat budak itu dan seterusnya 'memagarnya'
agar tidak diganggu lagi. Tetapi ada beberapa syarat dan pantang
yang perlu dipatuhi. Jika tidak, 'pagar' akan musnah dan budak itu
akan diganggu lagi.

Selepas tiga tahun, Pak Ariffin mendengar berita bahawa budak itu
masih pergi ke tempat yang dilarang, melanggar syarat yang utama!

Membela toyol merupakan perkara yang amat bertentangan sekali
dengan ajaran Islam. Ia juga boleh merosakkan akidah tanpa
disedari. Pada zahirnya mereka mungkin nampak kaya tetapi
sebenarnya batin mereka menderita. Hati mereka tidak aman kerana
tahu mereka melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah swt.

Biasanya orang lain dapat melihat dengan jelas keadaan
kehidupannya yang agak kelam kabut. Orang lain tidak akan
menghormati dan memandang rendah kepadanya.

Dan yang paling ditakuti adalah semasa kematiannya nanti. Dapatkah
dia meminta maaf dari orang yang pernah dianiaya dan memulangkan
semula hak mereka?

Jadi,pada hakikatnya,membela toyol memang akan menyusahkan diri di
dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sanggupkah kita mendapat
sedikit kemewahan dunia sedangkan di akhirat nanti akan terus
disiksa selama-lamanya?

Tetapi syaitan amat pandai memberi jawapan, dah tua nanti buanglah
'benda' ini dan bertaubat!

Macamlah semua orang tahu bila masa ia akan mati!!!
READ MORE- ASAL TOYOL

ILMU MENANGKAP TOYOL

Ilmu Menangkap Toyol

Pada Lima tahun yang lalu hampir setiap hari saya menerima E mail dan panggilan untuk bertanyakan apakah saya ada mengajar Ilmu memanggil dan menangkap Toyol. Saya sendiri bingung apakah toyol itu ada, bagaimana rupa toyol. Apakah Toyol merupakan mitos lagenda atau cerita fantasi . Apakah fenomena Toyol mencuri wang orang ramai itu wujud. Bagaimana cara toyol itu bekerja. Semua persoalan ini bermain dalam fikiran saya.

Pada awal bulan muharam di tahun 2004 saya berjaya memijak kaki ke Gunung Kawi, merupakan sebuah daerah yang terkenal untuk mengambil persugihan ( menggunakan perjanjian syaitan untuk mendapatkan kekayaan ). Saya bertemu dengan Juru Kunci yang menjaga tempat mengambil persugihan tersebut. Dari juru kunci inilah saya menerima berbagai infomasi tentang berbagai-bagai Ilmu Persugihan. Tetapi yang paling menarik adalah tentang Ilmu Toyol.


Toyol

Merupakan sejenis makluk halus yang sangat efektif untuk mendapat kekayaan. Ini disebabkan Toyol mempunyai perangai mencuri wang orang lain. Bagi pemilik Toyol hanya perlu santai dan menyediakan makanan untuk toyol dan tunggu hasil curian Toyol tersebut sahaja. Menurut jurukunci tersebut makanan Toyol merupakan darah yang di perolehi dari menghisap payu dara isteri pembela toyol tersebut salah satu cara lagi untuk memberi makan toyol adalah dengan memberi darah yang di hisab melalui ibu jari kaki isteri pembela Toyol tersebut. Bagi orang pintar tentang dunia toyol ini mereka dapat mengesan pembela toyol dengan melihat ibu jari kaki isterinya, biasa kelihatan kecut dan pucat serta ada tanda luka.
Cara mendapatkan Toyol

Menurut juru kunci tersebut prsyarat untuk mendapatkan toyol adalah dengan 3 cara.
Cara yang pertama adalah dengan membeli Toyol dari juragan Toyol yang banyak berada di Negara tertangga kita Indonesia . Cara kedua adalah dengan melakukan ritual memanggil Toyol untuk di jadikan teman atau anak angkat , ritual untuk memanggil Toyol ini juga dapat di lakukan di Masjidil Haram ( Mekah ).Menurut Juru kunci tersebut di Masjidil Haram ada sebuah tiang yang di gunakan untuk mendapatkan Toyol ( juga di sebut tiang Jin ) . Cara ketiga adalah dengan menerima waris toyol dari jenerasi terdahulu.

Membeli Toyol

Untuk membeli toyol biasanya di jual secara berpasangan, Toyol lelaki dan Toyol wanita di jual dalam satu pakej. Toyol jenis ini merupakan toyol kelas 1 di jual dalam lingkungan 9 Juta hingga 10 Juta Rp Wang Indonesia. Biasanya Toyol yang ingin di jual akan di latih untuk mencuri wang terlebih dahulu sebelum di jual. Penjual toyol akan melakukan beberapa proses untuk menangkap toyol. Biasanya menggunakan Minyak Poniba Salwa , candu ketam , kacang hijau dan pokok ara sebagai umpan untuk memanggil toyol tersebut.

Minyak Poniba Salwa dan candu di bakar di kawasan yang berair, seperti kawasan acar, anak sungai, tasik , kolam dan perigi buta ( yang tidak di gunakan lagi ) di kawasan inilah banyak makhluk toyol yang tidak bertuan menghuni. Dengan seruan beberapa mantra jawa dalam bahasa melayu lebih kurang berbunyi " anak ku , anak ku, anak ku hadir.... bangun.... ayah mu menanti bersama oleh - oleh kepiting... dan sebagainya..."

Setelah mantra dibaca beberapa kali sambil membakar minyak poniba salwa dan candu, Penjual Toyol akan menunggu dalam posisi meditasi sambil membaca mantara tersebut. Mantra tersebut di baca sehingga melihat berapa kanak-kanan lelaki dan perempuan yang tidak terjaga dengan penampilan yang sangat kotor bermain-main dengan ketam dan kacang hijau yang di sediakan sebelum ritual memanggil toyol di lakukan. Setelah bertemu dengan Toyol lelaki dan perempuan yang sesuai untuk di bawa pulang. Toyol tersebut di letakan di bahagian belakang punggung penjual Toyol sambil memegang pepohon kayu ara.

Toyol tersebut di bawa pulang rumah untuk di bersihkan dan di beri makan darah isteri. Proses perjanjian dan pendidikan untuk mengajar toyol biasanya di lakukan pada malam jumaat kliwon ( menurut kelender masyarakat Jawa ). Sesaji seperti rokok daun, wedang Asam, kopi pahit, kopi manis, susu dan 7 jenis kuih atau biskut di sediakan sebelum toyol di lepaskan untuk proses pembelajaran mencuri.

Sewaktu Toyol menjalankan kerjanya sebatang lilih merah harus di nyalakan untuk memantau pergerakan toyol agar toyol selamat sewaktu menjalan kerja-kerja kejinya. Pemilik Toyol dapat melihat pergerakan api lilin tersebut untuk melihat samaada toyol berada dalam bahaya atau tidak. Jika api lilin bergerak kekiri atau kekanan dengan kencang , menunjukan toyol berada dalam bahaya. Jika api lilin tersebut tetap dan diam menunjukan Toyol berada dalam keadaan selamat.

Mendapatkan Toyol dengan cara mencari sendiri

Melakukan ritual memanggil Toyol merupakan sebuah pekerjaan kurafat dan tidak haram di sisi agama islam. Apa yang saya tulis ini adalah sebagai sebuah landasan ilmiah tidak bermaksud untuk mengajar anda semua.
Caranya hampir sama seperti di atas. Cuma bezanya ritual memanggil toyol untuk kegunaan sendiri harus menggunakan kulit katak bobak yang biaasa dapat di kawasan air terjun dan persekitaran yang sejuk. katak tersebut di sembelih dengan menggunakan cara tertentu ( tidak dapat saya ceritakan di sini untuk mengelakan fitnah ). Setelah itu kulit katak itu di ambil, isinya di buang. kulit katak tersebut di keringkan .

Setelah kulit katak itu kering. Kulit katak tersebut di jadikan gendang dengan cara di ikat pada mulut tempurung kelapa yang telah di buang isinya. Setelah gendang dari kulit katak ini kita siap maka proses selanjutnya, kita harus mencari tempat yang di percayai banyak terdapat toyol ini. Pergi ke tempat yang di percayai banyak Toyol tersebut dan mulakan ritual memanggil toyol. Cara memanggil Toyol adalah dengan cara mencari seekor ketam nipah ( biasanya toyol yang ingin di panggil banyak menghuni di hutan paya bakau yang banyak pokok nipah ). Salah satu permainan toyol adalah ketam nipah. Ketam nipah tersebut di ikat kakinya pada sebatang pokok kecil biarkan ketam nipah tersebut bebas bergerak. Toyol sangat suka bermain dengan ketam nipah. Kebanyakan pencari ketam nipah sering di ganggu oleh toyol yang menyerupai anak-anak . Menurut orang tua-tua toyol merupakan penjaga kepada ketam nipah, entah betul atau tidak tidak dapat di pastikan dengan jelas.

Setelah bertemu dengan lokasi yang sesuai yang di percayai ada Toyol, kerja-kerja kurafat di mulai dengan cara -cara tertentu. Mengetuk gendang yang di perbuat dari kulit katak merupakan salah satu cara yang saya ceritakan di sini. Gendang di ketuk dengan menggunakan ranting pokok ara dengan menggunakan Irama tertentu biasanya menggunakan "Cak kecak bali" sambil mengalunkan mantra "HU JAI HU KUN, JAI JAI KUM KUM YA, YU YA HA HU" berulang-ulang sambil mengalunkan mantra anak ku yg saya sebut kan di atas.

Mendapatkan toyol secara warisan

Mendapatkan toyol secara warisan adalah dengan cara ritual dan proses tertentu dari pemilik asal toyol. Proses ini biasanya di lakukan sebelum pewaris toyol tersebut meninggal dunia.


ILMU MENANGKAP TOYOL

Ilmu menangkap toyol merupakan sebuah ilmu kuno yang merupakan kombinasi petua dan ilmu hikmah. Dalam petua anda akan di ajar untuk menangkap toyol dengan cara :

1. Mengumpan dan memegang toyol.
2. Memahami habitat toyol.
3. Cara melindungi wang anda dari di curi oleh toyol.
4. Pantang Larang bagi pemilik toyol.
5. Ritual kebatinan untuk memanggil toyol.
6. Cara mengenali pemilik toyol.
7. Teknik memanggil Toyol dalam berbagai versi hikmah.
8. Cara melemahkan toyol.
9. Cara menangkap toyol dan di masukan kedalam botol.
10. Cara menzahirkan Toyol. ( menggunakan petua asal Madura )

Mahar Rm250.00
READ MORE- ILMU MENANGKAP TOYOL

Pengenalan TOYOL

Kisah ini dipetik dari majalah Alim

 
APABILA bercakap mengenai toyol, ramai yang akan
mengatakan mereka pernah mendenarnya, malah ada yang mengalaminya
sendiri. Tidak kurang juga yang mengatakan ianya hanyalah satu
cerita karut atau tahyul.

Biasanya toyol akan dikaitkan dengan kecurian duit. Jarang
sekali atau tidak pernah langsung mengenai toyol yang membuat
jenayah lain. Contohnya merogol atau lebih-lebih lagi membunuh.

Kalau adapun kes yang terdengar hanyalah toyol mencederakan
orang. Itupun bukan orang lain, tuan punya toyol itu
sendiri.Maklumlah, toyol yang 'dibela' akan menghisap darah dari
tuannya atau isteri tuannya. Ada yang mengatakan ini adalah
sebagai makanannya dan ada yang mengatakan ia adalah sebahagian
dari syarat perjanjian jika mahu 'membelanya'.

Biasanya toyol akan menghisap darah dari ibu jari kaki
tuannya (atau iterinya). Ia dilakukan sebulan sekali atau yang
jenis bekerja kuat akan melakukannya seminggu sekali. Ada juga
orang mengatakan bahawa sesetengah toyol akan menghisap tetek atau
menetek dari isteri tuannya.

Apabila mencuri pula, toyol selalunya hanya akan mencuri
sebahagian dari duit orang tersebut.Ia tidak akan mencuri semuanya.
Kalau diikutkan, toyol lebih berhati perut dari manusia, tidak
seperti perompak yang biasanya akan 'sapu bersih' semuanya.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa toyol juga ada banyak
jenis atau golongan. Ada jenis yang biasa, hasil kerjanya amat
sedikit, ada jenis yang standart, hasil curiannya memang besar.
Ini bergantung kepada perjanjian asal semasa hendak 'mendapatkannya'.

Seorang pengamal perubatan tradisional pernah mengatakan
bahawa toyol akan mencuri mengikut pendapatan tuannya pada hari
tersebut. Kalau tuannya bekerja dan mendapat RM50.00 sehari, maka
toyol juga akan mencuri sebanyak itu.Kalau tuannya berniaga dan
pendapatan (jualan) pada hari itu adalah RM2,000.00, maka toyol
itu pun akan mencuri sebanyak itu.

Sebab itu jika ada di kalangan peniaga pasar malam yang membawa
toyolnya sekali, alamat akan kerugianlah peniaga-peniaga lain.
Kecuali orang yang tahu untuk mengelakkan gangguan toyol ini.

Kata orang, cara yang paling mudah ialah dengan meletakkann tulan
khinzir (dibungkus) di dalam tempat menyimpan wang. Walaupun
mereka tahu bahawa cara ini adalah salah di dalam syariat.Tetapi
telah banyak terbukti bahawa cara ini adalah berkesan.

Di kalangan toyol juga, ada yang jahat. Mereka dari golongan yang
agak pemalas tetapi pintar. Toyol ini adalah toyol bermata satu.Ia
dikatakan sebagai 'gangster' di kalanga toyol. Cara kerjanya juga
agak berbeza dari toyol-toyol yang biasa.

Toyol bermata satu jarang mencuri dari manusia. Dia lebih suka
menyamun dari toyol yang lain, yang sedang dalam perjalanan pulang
dari mencuri. Oleh kerana ia tahu laluan dan masa toyol-toyol
biasa ini balik, senanglah ia menungggunya. Biasanya toyol-toyol
lain tidak dapat melarikan diri darinya.

Perkara ini menyusahkan toyol-toyol biasa. Ini adalah kerana
apabila duit yang dicuri tadi disamun oleh toyol mata satu,mereka
terpaksa pergi mencuti lagi. Kalau tidak, mereka akan tentu 'dimarahi'
oleh tuan mereka jika hasil tidak mencukupi. Dan yang paling
ditakuti, tidak dapat menghisap darah.

Toyol mata satu ini memang ganas. Matanya yang hanya ditengah dahi
di atas hidung, cepat berwarna merah. Toyol biasa amat takut
kepadanya.

Toyol mata satu juga amat susah untuk dihapuskan. Kalau toyol
biasa, ia mudah diperdaya dengan kacang hijau, ketam hidup dan
lain-lain. Apabila toyol-toyol ini sedang leka, senanglah untuk
ditangkap (oleh orang yang mempunyai ilmu tersebut).

Menurut Pak Ariffin, seorang pengamal perubatan tradisional, hanya
orang yang alim sahaja yang mampu untuk menghapuskan toyol mana
satu. Kerana ia agak cerdik dari toyol biasa. Ia tidak mudah
tertipu dengan teknik yang biasa digunakan untuk menangkap toyol.

Oleh itu, untuk menyelamatkan diri dan orang ramai dari diganggu
oleh toyol jenis ini, cara yang paling mudah ialah memagar kawasan
satu kampung berkenaan. Tetapi yang agak tidak seronok ialah orang
di tempat lain pula akan menjadi mangsa.

Pak Ariffin sendiri pernah bersemuka dengan toyol mata satu ini.
Waktu itu dia hendak menemui seorang rakannya yang mengadu duit
simpanan dari perniagaannya selalu hilang. Kalau sekali atau dua
kali mungkin perbuatan manusia, tetapi ini sudah berpuluh kali.

Kadang-kadang dalam satu hari dia kehilangan duit sehingga lima
enam kali. Pernah satu hari, selepas habis berniaga dia mengira
duitnya, ada sebanyak RM2,500.00. Apabila dia mengira sekali lagi,
sudah tinggal RM2,000.000, sedangkan baru beberapa minit berlalu.
Pening juga dia memikirkannya kerana waktu itu dia sedang
bersendirian, tidak ada orang lain.

Akhirnya dia terus bergegas ke bank untuk menyimpan duitnya.
Sampai di luar bank dia mengira semula duitnya, hanya tinggal
RM1,000.00. Dia pun segera masuk ke dalam bank, fikirannya semakin
bingung. Semasa menulis borang simpanan masuk duit, dia pun
mengira semula untuk memastikan memastikan jumlah yang tepat. Dia
semakin tidak faham kerana duit yang ada di dalam tangannya itu
tinggal tinggal RM1,000.00.

Peristiwa itu berlaku sekitar jam 9.00 malam, selepas sembahyang
isyak. Seperti biasa Pak Ariffin menunggang motosikal buruknya
menuju ke rumah rakannya itu. Dalam perjalanan kira-kira seratus
meter dari rumah rakannya, lampu motosikalnya menyuluh sesuatu
yang agak ganjil.

Pada sangkaan Pak Ariffin, dia tersuluh 'budak' yang sedang
berjalan kaki. Tetapi yang menghairankan, mengapa ' budak' itu
berani berjalan seorang diri dalam kawasan gelap. Kerana sudah
terasa ada sesuatu yang tidak kena, dia pun bersedia.

Apabila sudah semakin hampir, 'budak' itu menoleh ke arah Pak
Ariffin. Walaupun terkejut, Pak Ariffin terpaksa mengawal dirinya.
Kerana kalau tersilap langkah dia sendiri akan binasa. 'Budak'
yang bertelanjang bulat itu sebenarnya toyol. Dan yang lebih
menghairankan, toyol itu bermata satu.



Peringkat awalnya toyol itu cuba untuk membuat sesuatu kepada Pak
Ariffin. Wajahnya yang bengis, merenung tajam ke arah Pak Ariffin.
Pak Ariffin pun terus tenang dan mula membaca beberapa ayat al-Quran.
Lama-kelamaan toyol itu 'tidak tahan' dan terus melarikan diri.
Toyol itu berpaling dan menyeberangi parit dengan berlari di atas
air.

Pak Ariffin bersyukur kerana tidak ada kejadian yang tidak
diingini yang berlaku. Dia juga agak terkilan kerana tidak sempat
untuk 'menangkap' toyol itu.

Sampai di rumah rakannya itu, dia terus melakukan tugasnya. Rumah
rakannya 'dipagar', beberapa potong ayat al-Quran diberikan untuk
diamalkan.

Semenjak itu tidak ada lagi berita tentang kehilangan duit.
Rakannya dapat meneruskan kehidupan dengan selesa.





Pak Ariffin menerangkan ada sedikit kekeliruan tentang cerita
orang yang 'mengambil' toyol di Mekah semasa menunaikan haj. Ada
yang mengatakan mereka mengambilnya dari satu tempat di sekitar
Masjidil Haram. Ada yang mengatakan mereka membelinya dari
seseorang dengan harga tertentu dan sebagainya.
READ MORE- Pengenalan TOYOL

Misteri Pulau Tengkorak


TUMPAT, KELANTAN: PULAU TENGKORAK adalah sebuah pulau cukup misteri dan dilaporkan menjadi tempat persinggahan sekumpulan lanun pada tahun 1969 dulu. Pulau ini terletak bersempadan di antara Kelantan dengan Thailand bagi daratan sebelah sini di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang dipisahkan sebuah sungai berjarak kira-kira 200 meter.

GAMBAR HIASAN

Para penduduk dari Kampung Geting ini memang sedia maklum tentang cerita pulau tidak berpenghuni itu, selain dikenali pulau lanun ia juga didakwa sebagai 'pulau puaka'. Berbagai cerita turut menjadi bualan beberapa penduduk dari kampung terbabit tentang keadaan pulau berbentuk buaya itu yang didakwa mempunyai penjaga dan penunggunya sebab itulah ramai yang ke sana dengan berniat serong akan mengalami beberapa perkara yang agak pelik, justeru sejak itu ramai yang seakan fobia untuk menjejakkan kaki ke pulau terbabit atas alasan diserang rasa takut.

Seorang penduduk yang ditemui Penulis, Zakaria Mamat atau Pak Ya, 43, berkata, sememangnya Pulau Tengkorak kelihatannya agak tenang tetapi kejadian yang berlaku agak tidak masuk akal, banyak misterinya yang belum terungkai.

Katanya, Pulau Tengkorak mendapat nama berikutan penemuan rangka dan tengkorak orang mati dibunuh telah dihumbankan ke pulau itu. Seorang nakhoda kapal yang merupakan Ketua Lanun dan juga raja kejam bernama Tok Sang Niaya telah membunuh sekurang-kurangnya 1,000 orang yang engkar arahannya lalu dengan kejamnya mayat itu dicampakkan ke pulau tersebut. Sehingga hari ini kebanyakan penduduk dari Kampung Geting seakan gementar apabila mendengar cerita pulau tersebut.

"Pulau Tengkorak memang agak keras dan ganjil, jika tidak berilmu tinggi tentunya tidak akan sampai ke pulau tersebut.

"Walaupun agak ganjil, penduduk kampung ini berasa yakin tentang adanya harta karun tertanam di pulau itu memang ada kebenarannya. Salah satu harta karun yang masih tidak dapat diambil sehingga kini ialah kura-kura emas", katanya ketika ditemui di gerai makanan milik kakaknya di tebing sungai kampung tersebut.

Walaupun dirinya tidak pernah membicarakan atau mengaitkan tentang hakikat dan suasana pulau misteri itu, beliau pernah mengalami mimpi sebanyak tiga kali melihat sebuah peti berwarna hitam, namun beliau tidak dapat melihat kandungan di dalam peti tersebut. Beliau yakin peti hitam sebagaimana jelmaan dalam mimpinya itu memang wujud kerana terdapat beberapa orang penduduk dari kampungnya yang pernah bermimpi perkara yang sama dan mereka yakin ada di pulau itu. Cuma kekuatan untuk mendapatkan peti hitam yang ada di pulau itu adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan.

"Pernah sewaktu ketika dulu, berlaku kematian berikutan ada kalangan penduduk dari kampung ini cuba untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan, namun setakat ini tidak ada seorang pun penduduk dari kampung ini yang berani dan berjaya masuk ke situ setelah kejadian itu berlaku", jelasnya sambil meneguk secawan teh.

Katanya, pengalaman lain yang pernah didengari oleh Pak Ya apabila terjadi suatu peristiwa penduduk dari kampungnya pergi ke pulau itu untuk mencari lokan. Pada mulanya memanglah hasil lokan yang ditangkap agak sedikit, tetapi entah bahana apa secara tiba-tiba lokan itu semakin banyak. Kemaruk dengan hasil tangkapan yang agak luar biasa si pulan itu cuba untuk berpatah balik kerana dirasakannya semakin jauh melangkau ke tengah pulau menyebabkan laluan asalnya hilang, mangsa dikatakan tersesat di pulau itu. Namun, beliau yakin mangsa sebenarnya bukan tersesat sebaliknya kena sorok di pulau itu. Setakat ini menurut Pak Ya, beliau belum pernah menjejakkan kaki ke pulau misteri itu, bukan ingin menuding jari kepada orang lain kononnya penakut sebab beliau sendiri juga tidak berkeyakinan untuk pergi ke pulau tersebut.



Apabila ditanya adakah masa-masa tertentu wujudnya jelmaan dari pulau itu, beliau menyatakannya tidak. Bukan sahaja malam hari paling ditakuti, sebaliknya kerap berlaku di siang hari terutamanya sebelah petang sehingga Maghrib. Hal seumpama ini berlaku berikutan ketenangan penghuni ghaib di pulau itu telah diganggu sama ada penempatan dan barangan milik makhluk itu telah diceroboh atau dimusnahkan.

"Seorang remaja dari Tat Bai, Thailand bermimpi kononnya beliau mendayung perahu, apabila sampai diletakkannya perahunya di tebing sungai. Seraya turun ke dalam air, kakinya terpijak benda keras dan bulat. Apabila berasa agak aneh dengan apa yang dipijaknya itu, dipegangnya benda yang dimaksudkan. Alangkah terkejutnya, kerana apa yang dipegangnya itu adalah sebiji tengkorak manusia", ujarnya.

Sementara itu, menurut kakak Pak Ya, Mariah Mamat atau Kak Yah, 44, berkata, Tok Sang Aniaya memang seorang yang sangat kejam. Tubuhnya setinggi kira-kira empat meter di mana ketika makhluk itu sedang mencangkung hampir sama dengan seorang manusia sedang berdiri. Tok Sang Aniaya menurut Kak Yah sering tidak berbaju dengan hanya mengenakan kain yang diputar (dikilas) di sebelah rusuk sesuai sebagai nakhoda kapal lanun yang dimaksudkan. Menurut cerita yang didengarinya, Tok Sang Aniaya terdampar di pulau itu apabila kapal yang dinaikinya karam semenjak itulah Pulau Tengkorak menjadi miliknya.

"Orang-orang tua dahulu pernah bercerita, salah seorang penduduk dari kampung ini masuk ke Pulau Tengkorak untuk mencari lokan. Hairannya pada hari itu, didapati lokan semakin banyak menyebabkan dia lupa hari sudah beransur senja sehinggakan fikirannya terlupa jalan yang dilaluinya menyebabkannya tersesat.

"Dirasakannya beliau semakin jauh berjalan ke tengah pulau, lalu dilemparkan lokan itu kembali. Setelah lokan itu dicampakkan, perjalanannya tiba-tiba menjadi pendek di mana beliau betul-betul telah berada di tebing sungai", ujarnya mengingati kembali kisah yang begitu tersohor dari mulut ke mulut pada masa itu.

Katanya lagi, satu lagi kejadian yang agak pelik apabila beberapa orang remaja cuba mengambil kesempatan untuk mencuri kelapa muda di Pulau Tengkorak. Apabila mereka mendongak ke atas, mereka dapati pohon kelapa muda itu berbuah banyak. Salah seorang dari mereka memanjat dan apabila buah kelapa yang diidamkan telah diperolehi mereka menjamu bersama-sama.

"Dengan tidak disangka-sangka, mereka tidak dapat melangkah ke mana-mana kerana melihat terlalu banyak buaya telah mengepung mereka. Dalam usaha untuk mengelakkan dari dikerjakan atau menjadi mangsa reptilia terbabit mereka memanjat pohon kelapa tersebut. Setelah menjelang hari siang esoknya, apa yang mereka lihat tidak kelihatan walau seekor buaya pun di situ. Justeru, nasiblah mereka terpaksa bermalam di atas pohon kelapa", ujarnya sambil ketawa kecil.

Sambung Kak Yah lagi, suatu kejadian turut menggemparkan penduduk Kampung Geting apabila salah seorang kanak-kanak dari kampung berkenaan yang dikatakan merajuk dan membuat perangai telah melarikan diri dari rumah lalu masuk ke Pulau Tengkorak itu. Menurut kanak-kanak itu, beliau menemui sebuah kolam agak besar dipenuhi air yang agak jernih dan bersih tanpa dicemari walau sehelai daun pun. Melihatkan suasana kolam yang agak bersih di pulau itu menyebabkannya terpesona dan kanak-kanak itu berasa agak tenteram sambil berendam di dalamnya selama tiga hari tiga malam.

"Kanak-kanak itu memang bertuah kerana dapat melihat kolam itu dengan sempurna berbanding orang lain yang tidak mempunyai pengalaman seperti itu. Ini kerana, beliau tidak cuba mengambil kesempatan membuat sesuatu angkara. Sebaliknya, sekiranya melakukan tabiat buruk di pulau itu, tentunya akan menerima natijahnya seperti tidak menemui jalan pulang (tersesat), disorok atau sebagainya", ujarnya.

Kak Yah menambah, ada seorang yang berhati mulia telah menemui tiga batang nibong emas sebaik menjejakkan kaki ke pulau itu. Walau bagaimanapun, terdapat masalah apabila nibong emas itu tidak dapat dimiliki kerana terlalu sukar untuk mencabutnya. Namun, peluangnya dapat melihat batang nibong emas itu menandakan Pulau Tengkorak memang kaya dengan peninggalan harta karun mahupun bongkah-bongkah emas milik bunian di pulau itu sememangnya wujud dan bukan sekadar cerita dongeng, cuma cara untuk memiilikinya itu atas rezeki masing-masing.

"Banyak benda berharga boleh dimiliki jika ke pulau itu, namun setakat ini tidak ada pihak yang dapat berbuat apa-apa. Ini kerana, Pulau Tengkorak memang tempat keras. Jika Allah izin, dapatlah sesuatu yang berharga dari pulau itu walaupun dikatakan agak keras dan menakutkan", katanya.

Menurut Kak Yah lagi, kejadian pada tahun 1969 memang tidak dapat dilupakannya apabila seekor buaya putih masuk ke pulau tersebut. Kejadian berkenaan berlaku selepas banjir besar pada tahun 1967, seekor buaya yang entah dari mana datangnya didapati terdampar di pulau tersebut. Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku banjir di pulau terbabit.

Setakat ini menurut Kak Yah, belum lagi berlaku sebarang gangguan terhadap penduduk Kampung Geting itu. Tetapi jika kita berniat ke pulau tersebut secara suka-suka pasti menerima masalah sama ada diganggu ataupun disorok. Munculnya pelbagai jelmaan dan bunyi suara haiwan buas sebagai petanda untuk memberikan gambaran, penempatan makhluk halus di situ telah diganggu.

"Contohnya, pernah anak saudara Kak Yah yang sedang hamil masuk ke pulau itu untuk mencari lokan, tiba-tiba didapati kakinya bengkak agak luar biasa. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital, namun doktor kata tidak ada penyakit.

"Kerana tidak puas hati dengan jawapan tersebut, beliau berubat secara kampung dengan Pengamal Rawatan Tradisional. Katanya, anak saudara Kak Yah itu sengaja cari pasal masuk ke pulau tersebut. Kerana terasa sesuatu yang pelik, anak saudara Kak Yah mencampakkan kembali lokan ke pulau itu, secara tiba-tiba penyakit yang dialaminya itu sembuh serta merta", ujar Kak Yah lagi.

Sementara itu, terdapat kumpulan remaja seramai tujuh orang sedang berperahu ke Pulau Tengkorak dengan harapan untuk mendapatkan emas yang didakwa wujud di pulau tersebut. Namun, dengan tidak disangka-sangka, perahu yang didayung mereka diserang ribut yang agak dahsyat menyebabkan perahu yang mereka naiki itu hanyut. Salah seorang dari mereka diserang sakit yang datang secara tiba-tiba menyebabkannya meninggal dunia pada ketika itu juga. Sebab-sebab meninggal hanya Allah jua yang mengetahuinya.

"Bagi Kak Yah bukan mahu percaya makhluk itu hebat, tapi kalau ada niat buruk seseorang ke atas pulau tersebut, lambat laun akan terima akibatnya. Buktinya, pernah suatu masa ada pihak-pihak cuba masuk ke pulau itu untuk membuat kajian dengan tujuan membina sebuah pusat peranginan, akhirnya terpaksa dibatalkan kerana diserang rasa takut", ujarnya.

Seorang lagi penduduk tempatan yang ditemui Penulis, Wan Zainab binti Wan Hassan, 38, berkata, bertahun-tahun beliau menderita sakit kemudiannya beliau kembali sembuh. Setelah sembuh dari penyakit ganjil, secara tidak diduga beliau boleh mengubati orang yang memerlukan rawatan, namun selepas itu beliau menderita sakit sebagaimana sebelumnya. Ketika beliau menderita sakit yang amat sangat itulah, pada setiap malam beliau sering terdengar suara perempuan yang memanggil-manggil namanya. Beliau agak suara tersebut tentunya datang dari pulau berkenaan. Pada suatu malam, beliau bermimpi namanya dipanggil seperti malam-malam sebelumnya sehingga beliau dapat melihat perempuan berpakaian selindang seperti tujuh beradik, beliau agak tentunya puteri bunian dari Pulau Tengkorak itu.

Selepas itu, beliau bermimpi melihat seekor harimau besar, ular, gajah, beruk dan akhir sekali seorang wanita tua yang dikatakan penjaga pulau itu sering dialaminya. Peliknya dalam mimpinya itu, beliau diminta tidak melarikan diri apabila bertembung dengan gajah, ular dan beruk itu.

"Sudah berpuluh bomoh datang ke pulau itu apabila terdengar suara gajah, harimau dan binatang buas lain di pulau itu, akhirnya mereka melarikan diri. Ada juga yang terkejut dengan deruman suara binatang menakutkan itu boleh memanjat sebatang pohon kelapa yang agak tinggi di pulau itu", ujar Wan Zainab sambil ketawa kecil mengingatkan peristiwa itu agak lucu baginya.

Katanya, beliau mengetahui cerita Pulau Tengkorak daripada arwah bapanya yang mendakwa pulau itu adalah tempat persinggahan kumpulan lanun terbabit untuk menyembunyikan harta karun yang dirampas dan dirompak. Menurutnya, agak ramai penduduk kampungnya yang telah menjejakkan kaki ke pulau itu menemui barangan bernilai termasuklah emas di beberapa tempat di pulau terbabit.

Contohnya, salah seorang penduduk dikenali Kak Yam pernah menemui wang dinar dari dalam guri, di mana wang tersebut boleh digantungkan di leher. Namun, paling banyak kali beliau dengar apabila ramai yang menjejakkan kaki ke Pulau Tengkorak selepas itu laluannya itu tidak kelihatan menyebabkan mereka tersesat dan tidak menemui jalan pulang.
READ MORE- Misteri Pulau Tengkorak
READ MORE-

BABI JADIAN

Penduduk Tangkap Babi Jadian Jawa Timur | Makhluk jadian sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik sama ada ia benar-benar ditemui atau sekadar satu cerita dongeng. Baru-baru ini di Situbondo, Jawa Timur gempar diperkatakan tentang penangkapan seekor babi yang dilihat bersaiz kecil. Haiwan ini dipercayai merupakan seekor babi jadian yang telah mencuri wang penduduk kampung.

SITUBONDO, Jawa Timur – Penduduk desa Pesanggrahan di sini dihebohkan dengan penangkapan seekor babi yang percayai makhluk jadi-jadian atau lebih dikenali sebagai babi ngepet.

Makhluk tersebut yang berukuran 30 sentimeter panjang dan seberat tiga kilogram ditangkap ketika haiwan itu masuk ke halaman sebuah rumah penduduk di sini.

Babi ngepet itu kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung, H. Abdurrahman yang mengurung haiwan berkenaan di dalam kandang di rumahnya.

“Sejak berita penangkapan babi ngepet itu, rumah saya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai, tidak kira dari dalam kampung atau luar daerah.

“Saya terpaksa mengurung haiwan ini di dalam kandang bagi mengelakkan penduduk membunuhnya,” katanya kepada suaramerdeka.com.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Sofi mengakui, sebelum babi ngepet itu ditangkap, banyak laporan kehilangan wang berlaku di kampungnya.

Malah katanya, ramai penduduk melihat kelibat babi itu berkeliaran pada setiap malam.

“Sudah lama kami memburu babi ngepet itu kerana setiap kali penduduk kampung melihat kelibat babi itu pada waktu malam, maka keesokannya pasti ada penduduk yang mengadu kehilangan wang,”
READ MORE- BABI JADIAN

Friday, 22 February 2013

READ MORE-

Thursday, 21 February 2013

Nenek gayung


Nenek gayung adalah satu mitos yang tersohor di negara indonesia..tetapi cerita ini dikatakan betul betul berlaku di sebuah kampung suatu masa dahulu..tetapi masyarakat zaman sekarang hanya menganggap ia hanyalah mitos..
Nenek gayung memang cukup porpular di indonesia
Cerita yang diceritakan tentang mitos nenek gayung berbunyi begini.

 Di suatu masa dahulu terdapat seorang nenek yang  tugasnya adalah memandikan jenazah,
Disebabkan kampung mereka sedikit terpecil hanya nenek ini sahaja yang pandai memandikan jenazah...nenek ini terkenal dgn memandikan jenazah dgn mengunakan gayung (alat yang digunakan untuk mencedok air)..


Sehinggalah nenek ini telah meninggal dunia pada suatu hari..
Disebabkan tiada lagi yang sanggup atau mampu untuk memandikan jenazah nenek itu,
Nenek tersebut telah dikebumikan tanpa jenazah dimandikan terlebih dahulu..


Semenjak hari itu penduduk kampung diganggu oleh kelibat nenek tua yang membawa gayung dan menyuruh orang yang ditemuinya untuk memandikannya,jika mereka enggan mereka yang akan dimandikan oleh nenek gayung yang bererti MATI...


Dikatakan nenek gayung mencari orang yang mampu untuk memandikan jenazahnya,selagi tiada yang mampu untuk memandikannya nenek gayung akan terus menganggu dan mencari mangsanya..

 
READ MORE- Nenek gayung

Wednesday, 20 February 2013

Cara Memanggil Hantu Cermin

Untuk pengetahuan semua, lagenda Bloody Marry merupakan salah satu kisah lagenda yang popular di Amerika Syarikat. Bloody Marry atau nama sebenarnya ialah Mary Whirnington dipercayai mati di hadapan cermin. Segelintir mengatakan bahawa dia mati dibunuh kekasihnya dengan kejam dan ada juga yang mengatakan Mary merupakan seorang ahli sihir.

Hantu Mary terperangkap di dalam cermin sehingga tidak boleh keluar melainkan ada seseorang yang akan membuka jalannya kerana terlalu lama terperangkap di dalam cermin akan membuatkan jiwanya menjadi marah, tidak bermaya dan boleh melakukan perkara-perkara yang di luar batasan kemanusiaan. Bloody Marry dikatakan muncul dalam cermin apabila namanya dipanggil tiga kali apabila anda berda di dalam bilik air yang gelap.Bloody Marry juga digambarkan sebagai pembunuh kanak-kanak yang tinggal di bandar.

Cara Memanggil:

1.Pergi ke bilik air di rumah anda.
2.Tutup suis lampu bilik air.
3.Buka paip air.
4.Sebut "Bloody Marry" 3 kali.
5.Tutup mata seketika.
6.Buka mata anda dan lihat di cermin bilik air.
7.Kalau tidak menjadi, cuba berpusing 3 kali.
TOLONG JANGAN LAKUKAN INI!Tapi sebangai pengetahuan kita supaya kita boleh monitor anak2 kita, Mana la tahu kot2 depa terpengaruh dengan perbuatan syirik begini~
Lagi al-kisah mary :
1.Terdapat cerita yang mengatakan bahawa Si Marry akan bertanya pada anda tiga pertanyaan.Jika anda salah menjawab 2 soalan, anda mungkin akan dicederakan. Jika anda salah menjawab ketiga-tiga soalan, anda mungkin akan maut.
2.Selain itu, ada si polan yang ingin mencuba memanggil Bloody Marry.Tetapi kerana takut, si polan tersebut tidak jadi untuk melakukannya. Lalu, si polan pergi ke bilik air di rumahnya untuk menutup lilin.Tetapi, Selepas menutup lilin, si polan masih dapat melihat lilin masih menyala di dalam cermin di bilik air.

READ MORE- Cara Memanggil Hantu Cermin

Misteri Pulau Tengkorak


TUMPAT, KELANTAN: PULAU TENGKORAK adalah sebuah pulau cukup misteri dan dilaporkan menjadi tempat persinggahan sekumpulan lanun pada tahun 1969 dulu. Pulau ini terletak bersempadan di antara Kelantan dengan Thailand bagi daratan sebelah sini di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang dipisahkan sebuah sungai berjarak kira-kira 200 meter.

Para penduduk dari Kampung Geting ini memang sedia maklum tentang cerita pulau tidak berpenghuni itu, selain dikenali pulau lanun ia juga didakwa sebagai 'pulau puaka'. Berbagai cerita turut menjadi bualan beberapa penduduk dari kampung terbabit tentang keadaan pulau berbentuk buaya itu yang didakwa mempunyai penjaga dan penunggunya sebab itulah ramai yang ke sana dengan berniat serong akan mengalami beberapa perkara yang agak pelik, justeru sejak itu ramai yang seakan fobia untuk menjejakkan kaki ke pulau terbabit atas alasan diserang rasa takut.

Seorang penduduk yang ditemui Penulis, Zakaria Mamat atau Pak Ya, 43, berkata, sememangnya Pulau Tengkorak kelihatannya agak tenang tetapi kejadian yang berlaku agak tidak masuk akal, banyak misterinya yang belum terungkai.

Katanya, Pulau Tengkorak mendapat nama berikutan penemuan rangka dan tengkorak orang mati dibunuh telah dihumbankan ke pulau itu. Seorang nakhoda kapal yang merupakan Ketua Lanun dan juga raja kejam bernama Tok Sang Niaya telah membunuh sekurang-kurangnya 1,000 orang yang engkar arahannya lalu dengan kejamnya mayat itu dicampakkan ke pulau tersebut. Sehingga hari ini kebanyakan penduduk dari Kampung Geting seakan gementar apabila mendengar cerita pulau tersebut.

"Pulau Tengkorak memang agak keras dan ganjil, jika tidak berilmu tinggi tentunya tidak akan sampai ke pulau tersebut.

"Walaupun agak ganjil, penduduk kampung ini berasa yakin tentang adanya harta karun tertanam di pulau itu memang ada kebenarannya. Salah satu harta karun yang masih tidak dapat diambil sehingga kini ialah kura-kura emas", katanya ketika ditemui di gerai makanan milik kakaknya di tebing sungai kampung tersebut.

Walaupun dirinya tidak pernah membicarakan atau mengaitkan tentang hakikat dan suasana pulau misteri itu, beliau pernah mengalami mimpi sebanyak tiga kali melihat sebuah peti berwarna hitam, namun beliau tidak dapat melihat kandungan di dalam peti tersebut. Beliau yakin peti hitam sebagaimana jelmaan dalam mimpinya itu memang wujud kerana terdapat beberapa orang penduduk dari kampungnya yang pernah bermimpi perkara yang sama dan mereka yakin ada di pulau itu. Cuma kekuatan untuk mendapatkan peti hitam yang ada di pulau itu adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan.

"Pernah sewaktu ketika dulu, berlaku kematian berikutan ada kalangan penduduk dari kampung ini cuba untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan, namun setakat ini tidak ada seorang pun penduduk dari kampung ini yang berani dan berjaya masuk ke situ setelah kejadian itu berlaku", jelasnya sambil meneguk secawan teh.

Katanya, pengalaman lain yang pernah didengari oleh Pak Ya apabila terjadi suatu peristiwa penduduk dari kampungnya pergi ke pulau itu untuk mencari lokan. Pada mulanya memanglah hasil lokan yang ditangkap agak sedikit, tetapi entah bahana apa secara tiba-tiba lokan itu semakin banyak. Kemaruk dengan hasil tangkapan yang agak luar biasa si pulan itu cuba untuk berpatah balik kerana dirasakannya semakin jauh melangkau ke tengah pulau menyebabkan laluan asalnya hilang, mangsa dikatakan tersesat di pulau itu. Namun, beliau yakin mangsa sebenarnya bukan tersesat sebaliknya kena sorok di pulau itu. Setakat ini menurut Pak Ya, beliau belum pernah menjejakkan kaki ke pulau misteri itu, bukan ingin menuding jari kepada orang lain kononnya penakut sebab beliau sendiri juga tidak berkeyakinan untuk pergi ke pulau tersebut.

Apabila ditanya adakah masa-masa tertentu wujudnya jelmaan dari pulau itu, beliau menyatakannya tidak. Bukan sahaja malam hari paling ditakuti, sebaliknya kerap berlaku di siang hari terutamanya sebelah petang sehingga Maghrib. Hal seumpama ini berlaku berikutan ketenangan penghuni ghaib di pulau itu telah diganggu sama ada penempatan dan barangan milik makhluk itu telah diceroboh atau dimusnahkan.

"Seorang remaja dari Tat Bai, Thailand bermimpi kononnya beliau mendayung perahu, apabila sampai diletakkannya perahunya di tebing sungai. Seraya turun ke dalam air, kakinya terpijak benda keras dan bulat. Apabila berasa agak aneh dengan apa yang dipijaknya itu, dipegangnya benda yang dimaksudkan. Alangkah terkejutnya, kerana apa yang dipegangnya itu adalah sebiji tengkorak manusia", ujarnya.

Sementara itu, menurut kakak Pak Ya, Mariah Mamat atau Kak Yah, 44, berkata, Tok Sang Aniaya memang seorang yang sangat kejam. Tubuhnya setinggi kira-kira empat meter di mana ketika makhluk itu sedang mencangkung hampir sama dengan seorang manusia sedang berdiri. Tok Sang Aniaya menurut Kak Yah sering tidak berbaju dengan hanya mengenakan kain yang diputar (dikilas) di sebelah rusuk sesuai sebagai nakhoda kapal lanun yang dimaksudkan. Menurut cerita yang didengarinya, Tok Sang Aniaya terdampar di pulau itu apabila kapal yang dinaikinya karam semenjak itulah Pulau Tengkorak menjadi miliknya.

"Orang-orang tua dahulu pernah bercerita, salah seorang penduduk dari kampung ini masuk ke Pulau Tengkorak untuk mencari lokan. Hairannya pada hari itu, didapati lokan semakin banyak menyebabkan dia lupa hari sudah beransur senja sehinggakan fikirannya terlupa jalan yang dilaluinya menyebabkannya tersesat.

"Dirasakannya beliau semakin jauh berjalan ke tengah pulau, lalu dilemparkan lokan itu kembali. Setelah lokan itu dicampakkan, perjalanannya tiba-tiba menjadi pendek di mana beliau betul-betul telah berada di tebing sungai", ujarnya mengingati kembali kisah yang begitu tersohor dari mulut ke mulut pada masa itu.

Katanya lagi, satu lagi kejadian yang agak pelik apabila beberapa orang remaja cuba mengambil kesempatan untuk mencuri kelapa muda di Pulau Tengkorak. Apabila mereka mendongak ke atas, mereka dapati pohon kelapa muda itu berbuah banyak. Salah seorang dari mereka memanjat dan apabila buah kelapa yang diidamkan telah diperolehi mereka menjamu bersama-sama.

"Dengan tidak disangka-sangka, mereka tidak dapat melangkah ke mana-mana kerana melihat terlalu banyak buaya telah mengepung mereka. Dalam usaha untuk mengelakkan dari dikerjakan atau menjadi mangsa reptilia terbabit mereka memanjat pohon kelapa tersebut. Setelah menjelang hari siang esoknya, apa yang mereka lihat tidak kelihatan walau seekor buaya pun di situ. Justeru, nasiblah mereka terpaksa bermalam di atas pohon kelapa", ujarnya sambil ketawa kecil.

Sambung Kak Yah lagi, suatu kejadian turut menggemparkan penduduk Kampung Geting apabila salah seorang kanak-kanak dari kampung berkenaan yang dikatakan merajuk dan membuat perangai telah melarikan diri dari rumah lalu masuk ke Pulau Tengkorak itu. Menurut kanak-kanak itu, beliau menemui sebuah kolam agak besar dipenuhi air yang agak jernih dan bersih tanpa dicemari walau sehelai daun pun. Melihatkan suasana kolam yang agak bersih di pulau itu menyebabkannya terpesona dan kanak-kanak itu berasa agak tenteram sambil berendam di dalamnya selama tiga hari tiga malam.

"Kanak-kanak itu memang bertuah kerana dapat melihat kolam itu dengan sempurna berbanding orang lain yang tidak mempunyai pengalaman seperti itu. Ini kerana, beliau tidak cuba mengambil kesempatan membuat sesuatu angkara. Sebaliknya, sekiranya melakukan tabiat buruk di pulau itu, tentunya akan menerima natijahnya seperti tidak menemui jalan pulang (tersesat), disorok atau sebagainya", ujarnya.

Kak Yah menambah, ada seorang yang berhati mulia telah menemui tiga batang nibong emas sebaik menjejakkan kaki ke pulau itu. Walau bagaimanapun, terdapat masalah apabila nibong emas itu tidak dapat dimiliki kerana terlalu sukar untuk mencabutnya. Namun, peluangnya dapat melihat batang nibong emas itu menandakan Pulau Tengkorak memang kaya dengan peninggalan harta karun mahupun bongkah-bongkah emas milik bunian di pulau itu sememangnya wujud dan bukan sekadar cerita dongeng, cuma cara untuk memiilikinya itu atas rezeki masing-masing.

"Banyak benda berharga boleh dimiliki jika ke pulau itu, namun setakat ini tidak ada pihak yang dapat berbuat apa-apa. Ini kerana, Pulau Tengkorak memang tempat keras. Jika Allah izin, dapatlah sesuatu yang berharga dari pulau itu walaupun dikatakan agak keras dan menakutkan", katanya.

Menurut Kak Yah lagi, kejadian pada tahun 1969 memang tidak dapat dilupakannya apabila seekor buaya putih masuk ke pulau tersebut. Kejadian berkenaan berlaku selepas banjir besar pada tahun 1967, seekor buaya yang entah dari mana datangnya didapati terdampar di pulau tersebut. Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku banjir di pulau terbabit.

Setakat ini menurut Kak Yah, belum lagi berlaku sebarang gangguan terhadap penduduk Kampung Geting itu. Tetapi jika kita berniat ke pulau tersebut secara suka-suka pasti menerima masalah sama ada diganggu ataupun disorok. Munculnya pelbagai jelmaan dan bunyi suara haiwan buas sebagai petanda untuk memberikan gambaran, penempatan makhluk halus di situ telah diganggu.

"Contohnya, pernah anak saudara Kak Yah yang sedang hamil masuk ke pulau itu untuk mencari lokan, tiba-tiba didapati kakinya bengkak agak luar biasa. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital, namun doktor kata tidak ada penyakit.

"Kerana tidak puas hati dengan jawapan tersebut, beliau berubat secara kampung dengan Pengamal Rawatan Tradisional. Katanya, anak saudara Kak Yah itu sengaja cari pasal masuk ke pulau tersebut. Kerana terasa sesuatu yang pelik, anak saudara Kak Yah mencampakkan kembali lokan ke pulau itu, secara tiba-tiba penyakit yang dialaminya itu sembuh serta merta", ujar Kak Yah lagi.

Sementara itu, terdapat kumpulan remaja seramai tujuh orang sedang berperahu ke Pulau Tengkorak dengan harapan untuk mendapatkan emas yang didakwa wujud di pulau tersebut. Namun, dengan tidak disangka-sangka, perahu yang didayung mereka diserang ribut yang agak dahsyat menyebabkan perahu yang mereka naiki itu hanyut. Salah seorang dari mereka diserang sakit yang datang secara tiba-tiba menyebabkannya meninggal dunia pada ketika itu juga. Sebab-sebab meninggal hanya Allah jua yang mengetahuinya.

"Bagi Kak Yah bukan mahu percaya makhluk itu hebat, tapi kalau ada niat buruk seseorang ke atas pulau tersebut, lambat laun akan terima akibatnya. Buktinya, pernah suatu masa ada pihak-pihak cuba masuk ke pulau itu untuk membuat kajian dengan tujuan membina sebuah pusat peranginan, akhirnya terpaksa dibatalkan kerana diserang rasa takut", ujarnya.

Seorang lagi penduduk tempatan yang ditemui Penulis, Wan Zainab binti Wan Hassan, 38, berkata, bertahun-tahun beliau menderita sakit kemudiannya beliau kembali sembuh. Setelah sembuh dari penyakit ganjil, secara tidak diduga beliau boleh mengubati orang yang memerlukan rawatan, namun selepas itu beliau menderita sakit sebagaimana sebelumnya. Ketika beliau menderita sakit yang amat sangat itulah, pada setiap malam beliau sering terdengar suara perempuan yang memanggil-manggil namanya. Beliau agak suara tersebut tentunya datang dari pulau berkenaan. Pada suatu malam, beliau bermimpi namanya dipanggil seperti malam-malam sebelumnya sehingga beliau dapat melihat perempuan berpakaian selindang seperti tujuh beradik, beliau agak tentunya puteri bunian dari Pulau Tengkorak itu.

Selepas itu, beliau bermimpi melihat seekor harimau besar, ular, gajah, beruk dan akhir sekali seorang wanita tua yang dikatakan penjaga pulau itu sering dialaminya. Peliknya dalam mimpinya itu, beliau diminta tidak melarikan diri apabila bertembung dengan gajah, ular dan beruk itu.

"Sudah berpuluh bomoh datang ke pulau itu apabila terdengar suara gajah, harimau dan binatang buas lain di pulau itu, akhirnya mereka melarikan diri. Ada juga yang terkejut dengan deruman suara binatang menakutkan itu boleh memanjat sebatang pohon kelapa yang agak tinggi di pulau itu", ujar Wan Zainab sambil ketawa kecil mengingatkan peristiwa itu agak lucu baginya.

Katanya, beliau mengetahui cerita Pulau Tengkorak daripada arwah bapanya yang mendakwa pulau itu adalah tempat persinggahan kumpulan lanun terbabit untuk menyembunyikan harta karun yang dirampas dan dirompak. Menurutnya, agak ramai penduduk kampungnya yang telah menjejakkan kaki ke pulau itu menemui barangan bernilai termasuklah emas di beberapa tempat di pulau terbabit.

Contohnya, salah seorang penduduk dikenali Kak Yam pernah menemui wang dinar dari dalam guri, di mana wang tersebut boleh digantungkan di leher. Namun, paling banyak kali beliau dengar apabila ramai yang menjejakkan kaki ke Pulau Tengkorak selepas itu laluannya itu tidak kelihatan menyebabkan mereka tersesat dan tidak menemui jalan pulang.
READ MORE- Misteri Pulau Tengkorak

mumia berusia 500 tahun seolah hidup

Lazimnya, penemuan mumia sering dikaitkan dengan teknologi pengawetan mayat yang berasal dari Mesir purba..Namun, penemuan mumia seorang gadis kaum Inca yang berusia 500 tahun dalam keadaan sempurna di dalam ais membuktikan proses dan teknologi pengawetan mayat juga telah berkembang ke seluruh dunia..Nak tengok betapa sempurnanya mumia tersebut, meh usha kat bawah ni..
Mumia seorang gadis dari kaum Inca yang yang jugak digelar sebagai "Maiden" oleh para arkeologi ini dianggarkan berumur dalam lingkungan 14-15 tahun sewaktu kematiannya telah terpelihara dengan sempurna selama 500 tahun. Turut ditemui bersebelahan mumia tersebut adalah mumia seorang budak lelaki berusia 7 tahun dan mumia seorang budak perempuan berusia 6 tahun.
Berdasarkan analisis DNA tradisional, para saintis telah mengkaji protein di dalam tisu dan mendapati paru-paru gadis mumia tersebut telah dijangkiti dengan penyakit paru-paru yang menyerupai batuk kering. Buat pertama kalinya jangkitan seumpama ini telah dikesan dalam mumia.
Menurut para arkeologi. tidak mustahil kanak-kanak berkenaan telah dikorbankan berdasarkan penemuan perak, emas, pakaian, mangkuk tembikar yang penuh dengan makanan dan tengkolok mewah dilengkapi bulu burung putih berhampiran mayat mereka.

READ MORE- mumia berusia 500 tahun seolah hidup

Tuesday, 19 February 2013

kemaluan diraba makhluk

salam

kat sini saya ingin berkongsi beberapa cerita seram yang mungkin menyeramkan

cerita yang saya ceritakan ini benar benar berlaku ada sebahagian dari pengalaman hidup saya dan ada sebahagian saya dapat dari ornag lain

cuma terpulanglah pada anda untuk mempercayai atau tak kerana perkara misteri ini sangat sukar dirungkaikan dengan akal fikiran kita

ini adalah cerita yang pertama dari saya

tapi sebelum saya meneruskan cerita ini terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya cerita ini mungkin mengandungi unsur unsur kelucahan yang mungkin boleh mengganggu keselesaan sebahagian pembaca

cerita ini berkenaan dengan wak darmo (nama samaran)

pak darmo ini adalah seorang yang telah mempunyai beberapa orang cucu dan beliau ini terkenal dengan sikap nya yang suka cakap besar lebih lebih lagi berkenaan hal hal misteri ini

pada satu hari beliau telah mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuan beliau setelah seharian penat melayan tetamu dari kalangan orang kampung dan sanak saudara dimalam nya beliau bercadang untuk pergi kepekan untuk mengeteh (bahasa jawa bermaksud duduk duduk di kedai kopi)

memang menjadi tabiat nya setiap malam beliau akan minum bersama sama rakannya dikedai kopi sambil berbincang perkara kosong untuk menghabiskan waktu malam yang terluang

al maklumlah diwaktu itu mana ada lagi telivisyen apalagi internet seperti zaman kita sekarang ini jadi itulah antara hibuaran penduduk kampung disamping itu juga salah satu cara penduduk kampung bersosial

ketika beliau hendak melangkah keluar rumah isteri beliau telah membantah rancangan beliau itu dengan alasan masih ramai lagi sanak saudara yang berada dirumah lagi pun awan yang sarat seperti hendak menurunkan kandungannya (hehehehe pakai bahasa sastera lak dah dah nak ujan lah maksudnya)

tapi semua leteran isterinya itu langsung tidak diendahkan oleh nya dan beliau hanya terasa dilidahnya keenakan kopi mamak ismail dan beliau telah melangkah pergi menghala kepekan

sampai dipekan beliau telah meminta secawan kopi dari mamak ismail dan menghabiskan waktu malam itu bersama rakan rakan beliau dengan berbual kosong sambil menghisap rokok lenteng (sejenis rokok yang digulung dengan tembakau jawa dan dicampur cengkeh yang digunting)

keasyikan bersembang dengan rakan rakan telah membuatkan beliau lupa malam telah lewat itu pun hujan renyai renyailah yang telah menyedarkan malam telah semakin larut dan telah melalui tengah malam

kerana takut hujan semakin lebat beliau telah membayar harga kopi yang diminumnya dan beliau hendak berlalu dari situ

semasa hendak berlalu dari situ mamak ismail telah menasihati beliau untuk tidur sahaja dikedai kopi itu dan beberapa orang kawan kawan nya telah menakutkan beliau dengan pelbagai cerita seram

dengan angkuhnya beliau bercakap

"ini darmolah kalau hantu datang aku selak kain aku semua hantu cabut lari"

sambil ketawa mengekek perbuatannya itu telah membuatkan rakan rakannya meluat dengna sikap ego beliau itu

dengan berbekalkan lampu suluh beliau telah berjalan sambil menyanyi kecil untuk menghiburkan hati

ketika beliau melalui sepohon pokok nipah secara tiba tiba pohon nipah itu bergoyang goyang seperti didalam rimbunan pohon nipah itu seperti ada sesuatu

beliau buat buat tidak melihat sambil menyanyi lebih kuat lagi untuk menghilangkan perasaan takut dihati namun apa yang mengecewakan goyangan pohon nipah itu semakin kuat

beliau terus menjerit kepada pohon nipah itu

"kau jangan buat hal nanti aku selak kain aku menyesal kau"

dengan tak semena mena satu tangan yang berbulu lebat telah keluar dari pohon nipah tersebut

pak darmo terpaku sebentar sambil menggeletar ketakutan seluruh tubuh apabila suluhan lampu suluhnya menerangi tangan berbulu tersebut

dalam ketakutan yang teramat sangat beliau menjerit kepada tangan tersebut

"kau ni tak faham bahasa lah aku selak kain aku nanti taulah kau"

tangan itu terus memanjang dan menghala kearah beliau yang lebih menghairankan badan tangan tersebut tidak kelihatan menyorok didalam pohon nipah ditepi jalan itu

dalam ketakutan yang amat sangat itu pak darmo telah menyelak kain nya dengan harapan tangan yang berbulu lebat itu akan hilang selepas beliau menyelak kainnya

namun

lebih malang lagi apabila beliau menyelak kan kainnya tangan itu semakin memangjang kearahnya

dan apa yang lebih mengecewakan apabila tangan itu telah meraba kemaluannya

tanpa membuang masa dengan ketakutan yang teramat sangat beliau mula melakukan langkah seribu sambil menjerit jerit ketakutan seperti gegak gempita sepanjang jalan larian wak darmo lalui

dalam larian itu wak darmo masih terasa kemaluannya masih diraba oleh tangan berbulu tersebut semakin diraba semakin kuat wak darmo menjerit dan berlari

sesampai dirumah wak darmo telah menerpa pintu rumahnya yang diperbuat dari atap nipah dan duduk kepenatan

seluruh ahli keluarga dan sanak saudara tidak ketinggalan jiran tetangga yang terkejut dengan suara wak darmo telah membawa lampu masing masing kearah wak darmo lantas masing masing menyuluh wak darmo

aduhai malang seribu kali malang rupa rupa nya ketika beliau lari dari tangan berbulu itu beliau telah melucutkan kain yang diselakkannya kerana kain yang diselakkannya telah menggannggu larian nya itu

seluruh kaum keluarga sanak saudara dan jiran jiran yang hadir dari kalangan perempuan bertambah terkejut melihat wak darmo hanya memakai songkok baju melayu dan tak berkain sambil duduk berlunjur melayan kepenatan

mereka menjerit jerit malu manakala yang lelaki pula terus menoleh kan muka menghala kelain

anak anak wak darmo kelam kabut mengambil kain dari biliknya untuk menutup tubuh wak darmo dan wak darmo terpingga pinga

selepas kejadian itu wak darmo telah mengalami demam yang sangat teruk selama seminggu
 
 
sumber:www.xlupa.com
READ MORE- kemaluan diraba makhluk