Namun, itulah yang berlaku di sebuah 
perkampungan di Mata Air berhampiran Bukit Payung, di sini. Penduduk 
kampung, Hanafi Saad, 80, berkata, misteri dan sejarah tanah perkuburan itu masih bermain diminda sejak dia mula tinggal di situ.
Katanya, walaupun dia dilahirkan di 
perkampungan tersebut, tetapi sejarah asal tanah perkuburan itu masih 
menjadi persoalan orang ramai.
“Apa yang saya tahu, sejak dila-hirkan lagi, tanah perkuburan itu sudah wujud. Dianggarkan sudah melebihi 80 tahun yang lalu.
“Bagaimanapun, sejarah asal mahupun misteri tanah perkuburan itu masih belum terjawab,” katanya kepada Sinar Harian.
Hanafi berkata, pada asalnya, tanah perkuburan itu adalah tempat pengebumian jenazah penduduk kampung berkenaan.
“Pada tahun 1980, apabila masjid baru dibina, semua jenazah baru akan dikebumikan di tanah perkuburan di masjid berkenaan.
“Sebab itulah tanah perkuburan tersebut terbiar. Itu yang saya tahulah..,” katanya.
Katanya, bagaimanapun, mesti ada sejarah
 dan sebab tertentu kenapa tanah perkuburan boleh terdapat di kawasan 
tanaman pokok getah sejak sekian lama.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan 
berkenaan bersama seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam 
mendapati kedudukan tanah perkuburan itu berada jauh lebih 2 kilometer 
dari jalan raya ataupun kawasan perkampungan.
Hasil pemerhatian, terdapat beberapa 
keunikan dan tanda tanya yang bermain di minda berikutan kawasan 
perkuburan yang terbiar itu berada dalam kawasan berpagar dan beberapa 
batu nisan yang tidak mempunyai ukiran nama mahupun tarikh kematian. – Sinar Harian
 

 
No comments:
Post a Comment