Alien…ET atau Extra Terrestrial… saya lebih tertarik menggunakan Extra Intelligence Terrestrial dalam
 bahasa ibunda Makhluk Asing Yang Bijak. Sejak akhir-akhir ini minat 
saya tertumpu kepada makhluk di luar dunia ini yang selalu kita sebut 
sebagai Alien. Apabila membicarakan tentang alien atau makhluk 
asing,secara langsung terdapat perkaitannya dengan UFO (Unidentified Flying Object) atau  Objek tidak dikenali.
Kajian-kajian oleh para saintis  dan juga
 berdasarkan kepada laporan pemerhatian awam, mendapati fenomena 
kemunculan alien di bumi kita ini amat luarbiasa sekali banyaknya 
beberapa tahun kebelakangan ini. Makhluk asing atau Alien  dan juga UFO 
menjadi satu berita dan perdebatan yang hangat di seluruh dunia.
Situasi  ini berlaku disebabkan oleh 
sifat ingin tahu manusia yang melihat sesuatu benda  dan tidak boleh 
mengenalpasti apakah yang di lihat menyebabkan mereka cuba untuk cuba 
mencari bukti-bukti lain untuk memenuhi naluri perasaan ingin tahu 
mereka,
Melalui bukti-bukti yang manusia kumpulkan mereka juga  cuba untuk berkongsi maklumat dan mempengaruhi (influence) orang lain terhadap apa yang mereka lihat atau pengalaman  yang  telah mereka lalui.
Rekod menunjukkan bahawa alien  dan UFO 
telah mula berkunjung ke bumi sejak zaman ribuan tahun dahulu.  Semenjak
 dari dahulu makhluk asing telah mengadakan perhubungan secara langsung 
dengan pendiuduk bumi bagi sesetengah bangsa atau kaum terdahulu 
mengangap mereka sebagai tuhan. Berdasarkan kepada catatan dan 
rekod,terbukti bahawa kehadiran makhluk asing ke bumi  telah membawa 
kepada suatu keadaan yang boleh dikatakan sebagai” technology transfer”, memindahkan teknologi mereka untuk kegunaan manusia di bumi membantu membangunkan peradaban manusia.
 Pembinaan pelbagai jenis piramid di seluruh pelusuk duni seperti  The Great Pyramid of Cholula, juga di kenali sebagai di  Tlachihualtepetl  Cholula, Puebla, Mexico, Piramid Agung  atau  Pyramid of Khufu di Giza Mesir,Piramid  Nubian di Meroë , Sudan , pyramid  Hellinikon di Argolid, Greece dan Piramid Bulan atau Pyramid of the  Moon Teotihuacan di Mexico. Selain piramid, banyak lagi peninggalan lama (ancient relic) yang ditemui memperkuatkan lagi  hujah terhadap kewujudan teknologi silam (ancient technology) yang tidak boleh di sangkal oleh manusia zaman moden. Dari manakah teknologi ini datang?
- Sistem computer analog (Antikythera mechanism) pertama dipercaya telah di bina kira-kira 150 hingga 100 tahun sebelum masehi
- Heron (Raja Heron atau Hero of Alexanderia telah menggunakan system pintu automatic ( Aeolipile ) pertama didunia pada abad pertama sebelum masehi.
Selain itu terdapat artifak-artifak dan 
relik-relik  yang di temui oleh arkeologi  di seluruh pelusuk dunia , 
boleh digunakan sebagai bukti kehadiran makhluk asing ini pada zaman 
silam.  Jika benar makhluk asing yang bajiksana ini wujud sejak zaman 
dahulu  membantu mamperkembangkan tamadun dan kebudayaan silam, adakah 
kehadiran mereka pada hari ini masih lagi membawa maksud atau niat yang 
sama atau….?
Jenis-Jenis Makhluk  Asing.
Beberapa maklumat tentang Jenis-Jenis 
Alien yang di ketahui pernah hadir ke bumi. Kesahihannya adalah diragui 
sementelah tiada bukti-bukti jelas  dan tiada perhubungan secara formal 
berlangsung yang terbukti sehingga diantara mana-mana kerajaan didunia 
ini dengan warga alien ini. Walaupun banyak teori konsperasi dikeluarkan
 namun tidak disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.
 
 




Berdasarkan kepada foto-foto diatas, 
seperti manusia , terdapat pelbagai bangsa makhluk asing yang kita 
kenali hanya sebagai alien atau alien race’s. Anda kenal satu darinya?
UFO, Alien dan Sejarah Peradaban Manusia
Masa: kira-kira 2900 tahun dahulu
Medium: Dinding Gua
Objek berbentuk seperti piring terbang, dan juga beberapa objek bercahaya di bahagian bawah grafiti.
Lokasi: Tassili, Gurun Sahara , Afrika Utara
Masa: 6000 tahun sebelum Masehi
Medium : Dinding Gua
Masa: 6000 tahun sebelum Masehi
Medium : Dinding Gua
Keterangan: Lembaga yang dikenalpasti bukan manusia dan kelihatan juga piring terbang di sudut kiri gambar.
 Lokasi : Toro Muerto, Peru
Masa : 12000 hingga 14000 tahun dahulu
Medium: Batu keras.
Masa : 12000 hingga 14000 tahun dahulu
Medium: Batu keras.
Keterangan: Kelihatan beberapa lembaga 
yang mempunyai kepala yang bercahaya. Kelihatan juga objek kelihatan 
seperti kapal angkasa.
Lokasi : Querato, Mexico
Masa: 5000 sebelum masehi
Medium: Dinding Batu (Petroglyph)
Masa: 5000 sebelum masehi
Medium: Dinding Batu (Petroglyph)
Keterangan : Kelihatan beberapa lembaga 
yang disifatkan sebagai manusia mendepangkan tangan terhadap satu objek 
bercahaya yang dikenalpasti sebagai matahari. Turut kelihatan beberapa 
piring terbang berada didepan matahari tersebut.
Lokasi : Sego Canyon, Utah, Amerika syarikat
Masa: 5500 tahun sebelum masehi
Medium : Batu Keras.
Masa: 5500 tahun sebelum masehi
Medium : Batu Keras.
Keterangan: Kelihatan beberapa lembaga  
yang dikenal pasti bukan manusia berdasarkan kepada benuk mata yang 
besar, seperti yang terdapat pada gambaran aliens pada masa kini.
Lokasi : New Kingdom temple, Mesir ( beberapa ratus batu dari selatan Kaherah)
Masa : Kira-kira 3000 tahun dahulu
Medium: Blok Siling ( Batu yang diukir/tempa)
Masa : Kira-kira 3000 tahun dahulu
Medium: Blok Siling ( Batu yang diukir/tempa)
Keterangan: Amat menakjubkan kelihatan 
beberapa lakaran tepat kenderaan moden yang amatdikenali pada hari ini 
seperti helicopter, kapal terbang, glider (Star Wars: Episode I – The 
Phantom Menace (1999)) dan kapal selam
Glider
The tomb of astronout
Lokasi : Palenque,Negeri  Chiapas Mexico
Masa : lebih kurang 650 tahun selepas masehi
Medium: Ukiran di Batu penutup Makam Pacal (Pakal) Raja Mayan
Masa : lebih kurang 650 tahun selepas masehi
Medium: Ukiran di Batu penutup Makam Pacal (Pakal) Raja Mayan
Keterangan: secara amnya batu ini 
menceritakan pengembaraan seorang raja selepas meninggal dunia, menaiki 
sebuah mesin pengangkutan. Mesin tersebut lengkap mempunyai bekalan 
oksigen alat pemanduan dan juga mempunyai  pedal kaki serta mempunyai 
muncung roket yang mengeluarkan api di bahagian belakangnaya. Alat 
pengangkutan ini dikenali sebagai mesin pengembaraan angkasa lepas 
(Space traveller ) bagi sesetengah pengkaji.
Carl Sagan seorang cendikiawan angkasa lepas apabila ditanya apakah dia percaya akan kewujudan makhluk asing. Jawabnya “If there are only us, the universe is such a waste of space”
Sila rujuk ke galeri untuk melihat 
lakaran, lukisan dan graffiti manusia purba berkenaan  sejarah lebih 
lanjut  Ufo, Alien dan Sejarah peradaban manusia.
Pertembungan Alien Dan UFO Dengan Manusia Pada Zaman Pertengahan
-akan datang-
-akan datang-
Pertembungan Alien Dan UFO Dengan Manusia  Zaman Moden.
Pada zaman moden ini pertambungan Alien 
dan ufo dengan manusia telah kerap kali diperkatakan. Pelbagai bukti 
berbentuk gambar-gambar fotografi, audio dan visual dikemukakan. Namun 
begitu manusia masih lagi was-was dan tidak pasti kerana pertembungan 
tersebut berlaku secara tidak di sengajakan. Terdapat banyak teori 
konsiperasi berkenaan dengan amalan sesetengah kerajaan pemerintah, 
terutamanya kuasa-kuasa besar yang sengaja menafikan kewujudan makhluk 
angkasa yang bijak ini.
 UFO:The Greatest Story Ever Denied
Saya pernah 
terbaca satu artikel berkenaan kini telah tiba waktunya bagi kerajaan 
Amerika mendedahkan segala rahsia yang tersimpan lebih 50 tahun 
berkenaan pertembungan diantara manusia dan makhluk asing kepada 
rakyatnya dan kepada dunia. The Disclosure Project melalui
 pengarahnya Dr. Steven Greer telah berjaya mengumpulkan ramai 
individu-individu profesional  yang berkerja di organisasi-organisasi 
rahsia  yang bersedia untuk mendedahkan apakah yang berlaku didunia ini 
sebenarnya. . Dokumentari ini juga menerangkan tentang organisasi di 
belakang  kerajaan yang amat berkuasa mengawal segala aktiviti kerajaan 
Amerika syarikat, sehinggakan Presiden Amerika juga tidak berupaya 
mengawal mereka. Organisasi yang tidak terletak dibawah mana 
undang-undang atau peraturan ini yang menjadikan segala “event”
 yang berlaku di dunia ini adalah sesuatu  yang telah dirancang sejak 
sekian lama semata-mata kerana tamakkan kuasa dan wang. Mereka ini 
mengeksploitasikan teknologi angkasa lepas yang diperolehi untuk 
kepentingan sendiri.  Lihat, dan fikir-fikirkan lah….
 Alien, UFO didalam Kitab Al Quran
 Bismillaaahir-rahmaanir-rahiim…
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani)
Alien, UFO atau makhluk asing, adakah 
benar mereka ini wujud? Persoalan seperti ini seringkali berlegar-legar 
dikepala dan minda kita. Tiada jawapan yang diperolehi dan akhirnya 
persoalan ini di tinggal sepi, menantikan kehadiran seseorang yang lain 
untuk memberikan jawapan. Inilah diri saya, diri anda, diri kita semua 
yang sebenar. Tiada apa yang dimalukan. Inilah hakikat yang sebenar 
tentang diri kita, mengharap, mengharap dan terus mengharap orang lain 
berfikir dan mencari jawapan bagi kita semua.
Persoalan berkenaan kewujudan Alien ini 
bermain difikiran saya setelah saya melawat satu laman web yang 
menceritakan kewujudan Crop Circle. Persoalan yang timbul pada diri 
saya, Siapakah membina jika bukan dibina oleh manusia….ALIEN? Jadi 
benarkah Alien atau makhluk asing ini wujud.
Pencarian berdasarkan rekod dan bukti 
yang wujud adalah berasaskan kepada maklumat  rekod-rekod zaman dahulu 
dan juga berdasarkan kepada bukti-bukti saintifik. Bagaimana pula dengan
 Al Quran?  Adakah maklumat berkenaan makhluk asing didalam Al Quraan? 
Jika ada juzuk apa, surah apa? Ataupun tiada langsung!
Setelah meneliti beberapa laman berkaitan
 tentang kewujudan makhluk asing  dan perkaitannya dengan Al Quran, 
berikuta adalah beberapa fakta yang dapat diutarakan yang dipetik dari 
laman-laman berkenaan. Seandainya ada kekurangan, anggaplah kekurangan 
itu sebagai kekurangan dan kelemahan seorang hamba Allah yang serba 
kekurangan, dan sangat kerdil disisi Nya.
Berikut adalah penelitian saya terhadap Al Quran terhadap ayat-ayat 
(yang mungkin) boleh dirujukkan kepada kewujudan makhluk asing di dunia 
ini,wallaahu ‘alam…
 Apabila saya mula mengupas perkara 
ini, persoalan ini seringkali bermain di minda saya .Perlukah kita 
berbincang, berbicara dan berhujah berkenaan UFO atau Alien yang 
sememangnya ghaib (tak pernah Nampak atau jumpa pun) dari pandangan mata
 sebahagian dari kita?
Setelah berfikir panjang ….Firman Allah Surah surah Al-Baqarah (Juzuk 2 ayat 2)
Kitab (al-Quran) ini, tiada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Firman Allah Surah Al-Ankabut (Juzuk 29 ayat 52)
Katakanlah 
(wahai Muhammad): Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara 
yang berbangkit) antaraku dengan kamu; Dia mengetahui segala yang ada di
 langit dan di bumi dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah 
dan tidak percaya kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi. -
 Firman Allah Surah Al-Mujaadalah (Juzuk 58 ayat 11)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila 
diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang 
lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan 
(segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka 
bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di 
antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari 
kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam 
PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
Firman Allah diatas digunakan bagi 
menolak hujah-hujah kepada umat manusia yang tidak mahu belajar dan 
mengkaji sesuatu perkara yang wujud di muka bumi.
 Firman Allah berkenaan menjelaskan umat 
manusia digalakkan untuk belajar dan mengkaji sesuatu perkara asalkan 
ianya tidak bertentangan dengan hukum-hukum Allah. Dan apabila kita 
tersesat atau kehilangan punca, maka hendaklah kita kembali kepada kitab
 Allah dan juga rasulnya.
Firman Allah Surah An nur (Juzuk24 ayat 42)
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
Firman Allah Surah Fussilat (Juzuk 41 ayat 44)
Dan kalaulah
 Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka 
akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang 
kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang 
membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Al Quran itu, 
menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; 
dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al Quran itu) menjadi 
sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan
 ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan 
cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri 
dari ajaran Al Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru 
dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau 
melihat dengan nyata)”.
 Sebagai seorang umat Islam apa pun 
perbicaraan dan perbincangan serta pelajaran hendaklah kita merujuk Al 
Quran sebagai sumber rujukan yang utama, lebih utama dari kitab-kitab 
yang terdahulu. Al Quran telah diturunkan oleh Allah  untuk menjadi 
panduan kepada manusia di muka bumi ini.
Firman Allah Surah An Nisaa’ (juzuk 4 Ayat 174)Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Firman Allah Surah At-Taubah (juzuk 9 Ayat33)
Dialah yang 
telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama 
yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas 
segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya
Firman Allah Surah Yunus Juzuk 10 ayat 57
Wahai 
manusia!Sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran (al-Quran) dari 
Tuhanmu, penyembuh kepada penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk 
serta rahmat bagi orang yang beriman.
Firman Allah Surah surah al-Jathiyah Juzuk 45 ayat 20
Al-Quran ini
 menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi 
hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini 
(kebenarannya).
 Jelas, kita sebagai hamba Allah hendaklah meninggikan agama Islam atas segala agama-agama yang lain.
 Melalui rujukan yang dibuat Al Quran 
tidak pernah menceritakan secara terus terang tentang kewujudan makhluk 
lain selain dari manusia di bumi Allah ini. Namun begitu ada beberapa 
surah yang saya rasakan boleh  atau memberi maksud dan pengajaran 
tentang  kewujudan makhluk lain yang bijak,  selain dari Manusia, 
Malaikat, Jin dan syaitan di alam ini.
Terdapat banyak artikel yang berhujah tentang kewujudan Alien dan Ufo.
Rujuk kepada link-link dibawah
-akan datang-
Berbicara Tentang Alien didalam Al Quran,
Benarkah ada kehidupan lain diluar dunia 
ini? Persoalan yang diutarakan ini akan mengundang pelbagai reaksi, dan 
mempunyai pelbagai jawapan yang erbeza-beza. Jawapan yang diterima 
kemungkinan sekali ialah tidak dan tidak pasti. Mengapa? Kerana 
ragu-ragu. Mengapa ragu-ragu? Kerana kebergantungan kita kepada penemuan
 yang dilakukan oleh ilmuan-ilmuan dari barat.  Ini yang berlaku pada 
masa ini iaitu umat manusia khususnya orang Islam lebih cenderung dan 
lebih percaya kepada orang Ilmuan dari barat.
Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha 
Mencipta, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah mencipta pelbagai 
makhluk tidak terhingga banyaknya. Kita sebagai makhluk Allah hanya 
mengenali sebahgian kecil sahaja makhluk-makhluk tuhan ini, dan banyak 
lagi selain dari manusia dan haiwan yang tidak kita kenali juga kita 
ketahui.
 Apabila kita berbicara tentang sesuatu 
yang tidak dapat dengan jelas,tentang alam ghaib, ruang perbicaraan kita
 amat luas seakan tiada penghujungnya. Allah memang mewajibkan kita 
untuk percaya atas kehadiran makhluk ghaib dan juga alam ghaib 
sebagaimana disebutkan di dalam firman Allah
Firman Allah surah Al-Baqarah  juzuk 2 ayat 4
Dan juga 
orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan 
kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu 
daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan 
sepenuhnya). 
Apabila kita diminta percaya kepada 
perkara-perkara ghaib seperti hari akhirat dalam surah diatas, sudah 
tentulah kewujud makhluk asing  atau alien itu bukan sesuatu yang 
mustahil.
Makhluk asing yang bijak sana ata Extra 
Intelegence Terestrial atau alien sememangnya tidak diterangkan dengan 
nyata didalam Al Quran, tetapi didalam Al Quran ada disebutkan beberapa 
ayat yang boleh ditafsirkan kepada kewujudan makhluk asing  ini.
Surah Al-Imran Juzuk 3 ayat 83.Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari Agama Allah? Padahal kepada Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.
Berdasarkan kepada pengajaran,pelajaran dan pemahaman yang diterima oleh kita semasa membesar, makhluk tuhan yang wujud di muka bumi adalah umat manusia, kerana hanya manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Bagaimana dengan Jin, iblis dan syaitan? sudah tentulah mereka juga makhluk Allah yang wujud di muka bumi ini walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Bagaimana dengan makhluk di langit? Sudah tentulah Jawapannya adalah para malaikat seperti Jibril dan Mikail.
Jika diteliti “makhluk di langit” yang disebut didalam ayat ini sudah tentulah bukan para malaikat, kerana malaikat tidak pernah menyengutukan Allah dengan mencari agama lain selain dari agama Allah. pemahaman yang lebih luas menunjukkan bahawa ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada Malaikat,manusia, jin, iblis dan syaitan, tetapi juga kepada makhluk Allah yang lain yang mendiami langit atau planet-planet lain selain dari bumi bahawa Allah maha berkuasa keatas mereka.
Surah Yasin Juzuk 36 Ayat 82
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka jadilah ia.
….wallaahu ‘alam.
 Firman Allah surah Ar-Ra’d  Juzuk  13 ayat 15
Dan kepada 
Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk 
menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian 
juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.
 Di dalam ayat ini terdapat  perkataan 
dalam bahasa Arab iaitu MAN. Perkataan ini biasanya digunakan untuk 
makhluk selain dari manusia tetapi mempunyai akal fikiran  seperti 
manusia.
 MAN biasanya digunakan untuk manusia  
yang tinggal di bumi yang mempunyai akal fikiran, tetapi didalam ayat 
ini Man juga ditujukan kepada makhluk selain dari manusia  yang tinggal 
di langit agar turut sujud kepada Allah. Didalam konteks perbincangan 
ini kemungkinan MAN didalam ayat ini adalah makhluk asing yang bijaksana
 ataupun Alien, yang juga  merupakan makhluk ciptaan Allah SWT.
Firman Allah SWT Surah Ibrahim Juzuk 14 ayat 19
Tidakkah 
kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan 
bumi dengan hak? Jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan
 mengganti(mu) dengan makhluk yang baru.
Didalam 
surah diatas, Allah menjelaskan kekuasaannya kepada umat manusia bahawa 
Allah boleh pada bila-bila masa dan ketika mengantikan kita  umat 
manusia dengan makhluk yang baru jika kita tidak beriman dan 
mendustakannya. Al Quran secara jelas menerangkan kemusnahan kaum-kaum 
yang menyengutukan Allah seperti  kisah kaum Ad, kaum Thanud dan Kaum 
Saba, dan digantikan dengan kaum yang baru.
Pandangan 
terhadap “makhluk yang baru”  ini jika  berdasarkan kepada pemikiran dan
 rujukan kita berasaskan kepada kisah didalam Al Quraan adalah 
pengantian terhadap kaum umat manusia yang lain.Tetapi jika kita pandang
 dari prespektif  yang lebih luas ayat ini menjelaskan kekuasaan tuhan 
untuk mengantikan manusia dengan makhluk yang baru  yang boleh 
ditafsirkan selain dari manusia, jika manusia mengingkari perintah Allah
 SWT. Adakah Allah berkuasa untuk berbuat demikaian? Sesungguhnya Allah 
itu Maha Berkuasa,Maha Memiliki Kekuatandan  Maha Sempurna Kekuatannya.
Firman Allah surah Al-Isra’  (juzuk 17 ayat 70 )
Dan 
sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di 
daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami 
lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk 
yang telah kami ciptakan.
 Surat Al Isra menjelaskan tentang 
kelebihan anak-anak Adam yang ada di muka bumi ini. Sebab Al Quran di 
turunkan melalui Nabi Muhamad kepada seluruh umat iaitu cucu-cicit anak 
nabi Adam.
 Allah berfirman 
“kami lebihkan mereka kelebihan yang sempurna  atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan. 
Didalam surah ini  Al Quran menjelaskan 
bahawa makhluk-makhluk ciptaan Allah tidak hanya terdiri dari makhluk 
yang kita kenali atau tahu yang wujud di muka bumi ini sahaja. Allah 
juga telah mencipta makhluk-makhluk lain yang mungkin kita belum kenali 
dan berada di luar dunia kita.
 Firman Allah Surah Al-Baqarah ( Juzuk 2 ayat 21)
Wahai 
sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan 
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi 
orang-orang yang) bertaqwa.
 ”Orang-orang terdahulu daripada kamu”  
boleh ditafsirkan kepada beberapa tafisaran,antaranya ialah orang-orang 
terdahulu sebelum wujudnya agama islam,  seperti orang Yahudi ataupun 
orang Nasrani, atau ia juga boleh ditafsirkan sebagai orang-orang zaman 
purba (ancient people).
Memungkinkah kita member tafsiran yang 
lebih luas, iaitu orang-orang terdahulu daripada kamu adalah 
makhluk-makhluk lain yang Allah ciptakan didunia yang lain. Berdasarkan 
kajian sejarah, bukan manusia sahaja makhluk tuhan yang telah wujud 
sejak zama dahulu (ancient people). Tetapi terdapat juga astronaut purba
 (ancient astronaut). Ini dapat di lihat dari tulisan dan 
lakaran-lakaran yang terdapat di gua-gua masa silam dimana pada waktu 
itu tulisan belum wujud. Tetapi manusia silam berkebolehan pula merekod 
 peristiwa penting yang berlaku dalam bentuk lakaran dan juga lukisan. 
Jika tafisiran yang lebih luas  ini di ambil kira dapat di fahami bahawa
 makhluk asing yang bijak ini pun sememangnya wujud kerana mereka juga 
makhluk Allah
 Apabila tafisaran yang lebih luas 
diberikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah, secara langsung kita 
juga member tafisaran yang luas kepada dunia, langit dan bumi.
Oleh itu apa yang di maksudkan dengan 
dunia sudah tentulah bukan bumi sahaja, tatapi seluruh alam semesta. Ini
 kerana jika didalam Alquraan disebut bahawa dunia ini akan dihancurkan 
apabila berlakunya hari kiamat, sudah tentulah kehancuran tersebut 
bermaksud kehancuran  seluruh alam semesta dan bukan bumi sahaja yang 
musnah.
 Alam ciptaan Allah ini amat luas, 
mempunyai berratus –ratus juta bintang. Apabila alam ini mempunyai 
beratus-ratus juta bintang, bermaksud  bintang-bintang  tersebut masih 
lagi boleh dikira. Cerdik pandai seringkali menggunakan perumpamaan 
jumlah bintang dilangit sama seperti butiran pasir di pantai. Tidak 
dapat di hitung satu persatu.
 Apabila Allah SWT mencipta alam yang 
seluas demikianyang mempunyai berjuta-juta planet adakah hanya satu 
planet  sahaja iaitu bumi  yang mempunyai makhluk ciptaannya, dan 
planet-planet lain tidak.  Sedangkan setiap sesuatu yang diciptakan oleh
 itu mempunyai ketentuan serta  mempunyai peranan dan tanggung jawab 
yang tertentu.
 Firman Allah Surah Al Imran (Juzuk 3 ayat 83)
Patutkah 
sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari
 ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada
 di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan 
kepadaNya lah mereka dikembalikan.
Didalam  surah Al Imran  diatas apabila 
“SAMAWAT” itu ditafsirkan sebagai langit, berdasarkan kepada hukum akal 
manusia adakah manusia  boleh hidup di langit? Ini kerana secara 
fitrahnya manusia hanya boleh hidup di bumi sahaja. Namun apabila 
tafsiran secara lebih meluas bahawa SAMAWAT itu adalah bintang-bintang 
atau planet-planet maka mengikut hukum akal manusia ada makhluk Allah di
 luar sana yang tinggal di langit bermaksud menjadi penghuni 
planet-planet ciptaan Allah.
 Surah Al Imran ayat 83 ini juga  
menyatakan dengan jelas bahawa Allah telah menjadikan Islam sebagai 
agama orang-orang  di langit ( di bintang dan planet-planet) dan 
orang-orang yang  terdapat di Bumi dengan patuh dan terpaksa. Jika 
tafisaran ayat ini di perkembangkan adalah jelas bahawa Allah SWT telah 
menyampaikan kepada umat manusia bahawa terdapat makhluk-makhluk  yang 
tidak kenali  diluar muka bumi ini dan ada diantara mereka beragama 
islam. Makhluk yang tidak kenali  ini kita kenali sebagai Makhluk Asing 
yang bijaksana atau Alien.
Firman Allah Sura At-Talaaq (Juzuk 65 ayat 12)
Allah yang 
menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; 
perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. 
(Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya 
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah 
tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
 Pentafsiran “SAMAWAT” sebelum ini 
membawa maksud langit  dan didalam surah ini  menerangkan Allah SWT 
menciptakan tujuh petala langit. Apabila umat manusia berbicara tentang 
langit, perbincangan tentang langit terhenti begitu sahaja kerana ia 
merangkumi alam ghaib yang tidak diketahui oleh manusia. Al Quran itu 
diturunkan oleh Allah untuk memberikan petunjuk kepada manusia tentang 
berbagai-bagaipersoalan, baik menyangkut masalah ibadah maupun tentang 
ilmu pengetahuan dan tekhnologi yang tidak boleh dijawab oleh akal 
manusia. Jika ayat- ayat Al Quran tidak boleh difahami menurut akal 
fikiran manusia mahupun ilmu pengetahuan untuk apa Al Quran itu 
diturunkan? Oleh itu,
 Firman Allah Surah Al mu’minnun  (juzuk 23 ayat 17 )
Dan demi 
sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami 
pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.
Tujuh jalan di atas kamu membawa pelbagai
 pengertian dan tafsiran. Jalan-jalan ini juga boleh dimaksudkan sebagai
 orbit-orbit planet-planet  dan juga makhluk-makhluk yang ada didalamnya
 yang terletak berhampiran dengan bumi.
 Firman Allah Surah Nuh (juzuk 71 ayat 16)
“Tidakkah 
kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh 
petala langit bertingkat-tingkat,”Dan Ia menjadikan padanya bulan 
sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang 
terang-benderang),
Tetapi apabila samawat itu diberi maksud 
sebagai planet-plenet dan bintang-bintang yang terletak di angkasa raya,
 ayat ini menerangkan dengan jelas kewujudan hubungan diantara 
planet-planet tersebut dengan planet bumi.
 Firman Allah SWT (Surah  At-Talaaq  Juzuk 65 ayat 12)
 “Perintah Allah berlaku terus menerus diantara langit dan bumi” 
 Segala perintah Allah kepada umat 
manusia, begitu jugalah perintah Allah kepada makhluk-makhluknya yang 
lain. Apabila tiba ketentuan masa maka berlaku urusan terus menerus 
diantara keduanya iaitu langit  ( planet-planet) dan 
bumi.  Makhluk-makhluk Allah  yang berada di Samawat (planet-planet ini)
 akan berurusan dengan masyarakat yang ada di bumi ini tentang berbagai 
bagai perkara,seperti hubungan perdagangan, mungkin juga hubungan antara
 agama,dan kemungkinan juga perang diantara planet.
 Sebagian besar orang-orang Islam 
beranggapan bahawa Samawat bermaksud langit, sehingga Allah menciptakan 
langit itu berlapis tujuh. Namun dimanakah lapisan langit-langit 
berkenan kerana tidak pernah ditemui lapisan langit berkenaan? Oleh 
kerana perkara ini berkaitan dengan perkara ghaib, kebanyakan dari kita 
hanya mengambil pendekatan memulangkan balik  perkara ini kepada Allah, 
kerana Allah SWT Maha Mengetahui dan maha Bijaksana….so simple?
Apabila kita berhadapan atau berhujah 
dengan sesiapa sahaja yang bukan beragama islam, penerangan seperti ini 
menjadikan mereka  dari barat tidak mempercayai  kewujudan dan kekuasaan
 Allah SWT, kerana langit yang berlapis tujuh itu tidak pernah ditemui 
dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya sehingga kini.   
Al Quran itu diturunkan oleh Allah kepada
 seluruh hambanya  untuk  memberikan petunjuk dan panduan kepada manusia
 terhadap pelbagai persoalan, baik menyangkut masalah ibadah maupun 
tentang ilmu pengetahuan dan teknologi. Jika dapat dibuktikan oleh orang
 bukan Islam bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam Al Quran ini 
tidak boleh difahami menurut akal dan fikiran, maupun ilmu pengetahuan 
manusia, contohnya  tentang Samawaat, itu tiada, belum ditemui atau 
mungkin dirahsiakan, untuk apa Al Qur’an itu diturunkan?  dan untuk apa 
manusia diberi akal dan fikiran jika tidak digunakan untuk berfikir. 
Sehingga bilakah muslimin berharap agar orang lain berfikir untuk 
mereka dan menerima bulat-bulat penjelasan orang lain yang tidak seagama
 dengan mereka? 
Firman Allah surah Al Anfaal ( Juzuk 8 ayat 22)
sesungguhnya
 sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) 
Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami 
sesuatupun (dengan akal fikirannya).
 Firman Allah Surat As-Syuura ( Juzuk 42 ayat 29)
Dan di 
antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta 
segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; 
dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki 
(melakukannya).
Firman Allah SWT didalam ayat ini 
menjelaskan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap segala kejadian
 di langit dan dibumi. Apa yang menariknya dalam terjemahan ayat ini 
adalah ayat berikutnya “serta segala ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata ( dabbatin). 
 Tafsiran secara umum makhluk-makhluk yang melata itu biasanya terdiri 
dari manusia yang menjadi penghuni planet bumi ini. Ini kerana secara 
umumnya ayat ini dan Al Quran diturunkan untuk hanya untuk umat manusia,
 dan hanya manusia itu sendiri  yang memahami Al Quran berdasarkan 
kepada Ilmu pengetahuan yang terdapat pada  mereka.
Namun, jika di teliti  dengan mendalam, 
ayat ini juga turut menjelaskan makhluk tuhan bukan sahaja yang terdapat
 di planet bumi sahaja , tetapi  juga di langit, bintang atau 
planet-planet ( assamawatiwal-ardi). Persoalannya siapakah atau apakah makhluk Allah  yang tinggal di langit, bintang atau planet-planet lain selain bumi ?…Alien?
Dalam pada itu penafsiran terhadap makhluk yang melata juga
 sebenarnya agak bertepatan dengan rupa bentuk makhluk asing yang pernah
 ditemukan atau  ditemui oleh para saksi. Makhluk yang melata dibumi ini
 bukan sahaja terdiri dari manusia. tetapi ada juga makhluk-makhluk lain
 yang melata di bumi Allah SWT ini  seperti ular, cicak, mengkarung dan 
lain-lain (reptlia).
 Bentuk-bentuk reptlia ini (biasanya 
bentuk kepala) sering kali ditemukan didalam lukisan, grafiti dan juga 
objek-objek  yang dilukis dan dibentuk oleh manusia zaman dahulu kala. 
Adakah manusia pernah bertembung dengan makhluk-nakhluk seperti ini 
sejak zaman dahulu? Adakah  makhluk-makhluk ini sering mengunjungi bumi?
 Dah sebagai muslimin, jika “mereka” ini wujud sudah tentulah “mereka” 
juga makhluk Allah. 
 Firman Allah Surah An-Nuur (juzuk24 ayat 45)
Dan Allah 
menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian
 di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya 
berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat 
kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang 
tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 


















 
No comments:
Post a Comment