MENU| Home | Facebook

Monday, 9 September 2013

Puaka Ayam Hutan (sembang sembang)

Ayam hutan adalah sejenis ayam. Ianya sama saja dengan ayam telur atau ayam daging. Berkaki dua, berbulu pelepah ayam, bukannya bulu pelepah angsa. Berparuh ayam bukan paruh itik. Yang betinanya bertelur. Tak pernah lagi aku dengar ayam hutan beranak. Warna dia ikut kaler ayam biasa.
Beza ayam hutan ini dia duduk didalam hutan. Kalau duduk dalam reban atau pasaraya Giant maka tak dipanggillah ayam hutan.

Ayam hutan adalah ayam liar. Maknanya takde tuan. Tapi mengikut cerita orang orang tua di England, ayam hutan ini berpuaka atau mempunyai badi. Pernah dikhabarkan, bahawa Robin Hood pernah demam panas akibat memanah seekor ayam hutan.


Kalau cerita orang tua di kampung aku pula, ayam hutan ini mempunyai tuannya sendiri. Ala macam dalam citer Beast Master tu. Tapi tuan dia bukanlah Dar (Daniel Goddard) macam dalam cerita movie tu tapi tuan ayam hutan ini adalah sesuatu entiti.

Dikatakan ayam hutan digembala (dibela kata orang moden) oleh jin atau puaka hutan. Kalau suka suka mak bapak President Obama je korang tembak ayam hutan, maka korang akan terkenalah badinya.

Antara badinya yang paling ringan cuma demam panas macam Robin Hood. Kalau kena yang berat memang korang akan mati. Yang sederhana korang akan jadi gila. Dia ada tiga peringkat ini. Sama ada demam, gila atau mati. Korang pilihlah yang mana nak.

Lagi satu yang magiknya, badi dia boleh main tukar tukar. Kadang kadang korang yang tembak tak kena apa apa. Tapi mungkin ahli keluarga korang yang kena. Biasanya kena pada anak kecil.

Pernah diceritakan oleh orang tua tua (ini kisah benar). Ada seorang pemburu handal. Banyak ilmu dunia dan akhirat. Dia menembak seekor ayam hutan lalu dibawa pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia tengok anak lelaki dia meninggal dunia. Semua orang kampung dah datang melawat malah siap nak dimandikan sekali.

Tapi pemburu ini tak kisah langsung. Dia terus bersihkan ayam hutan tu, siang siang dan masak gulai. Bila siap masak, dia bawa nasi dan gulai ayam tu ke sebelah jenazah anaknya. Lepas tu dia baca doa, terus tepuk jenazah anaknya.

Tiba tiba anaknya bangun seolah olah macam bangun dari tidur. Maka gemparlah seluruh kampung dengan kes ini. Dikatakan bahawa pemburu ini tahu anaknya tak mati. Cuma permainan syaitan yang menipu manusia.

Dikatakan ayam hutan itu bertukar nyawa dengan anaknya, Tapi disebabkan pemburu ini ada ilmu dunia akhirat maka dia dapat kalahkan permainan syaitan ini tadi. Kalau tak, maka memang nayalah anaknya dikebumikan hidup hidup.

Aku nak cakap permainan syaitan ini macam mana ini susah. Tapi kalau korang ada belajar agama lebih dari sekadar mengaji, solat maka korang fahamlah. Semua benda ini melibatkan alam ghaib. Ilmu Allah s.w.t ini terlalu luas. Meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Buat masyarakat moden sekarang, memang susah mereka nak paham. Tapi kalau buat mereka yang mahu berfikir, mereka akan faham. Segala galanya adalah didalam ketentuan Allah jua.

Cukup bab agama

Balik pada ayam hutan tadi, ada pantang larang dia nak tembak atau tangkap ayam hutan. Pantang pertama, jangan tembak ayam yang bertenggek diatas busut. Kedua, kalau dah tembak sekali, tapi ayam tu hidup lagi maka jangan ditembak lagi. Itu sudah bukan ayam. Mungkin syaitan atau jin. Yang ketiga, jangan menembak ayam ditengah hari. Maksudnya waktu matahari tegak diatas kepala. Dalam pukul 12 tengahhari.


Begitu juga dengan menangkap ayam hutan. Perangkap ini dipanggil racik. Ada denak atau umpan yang digunakan untuk memikat ayam hutan masuk ke perangkap. Tapi ada pantangnya. Kadang kadang bukan ayam yang datang sebaliknya harimau yang datang.

Begitulah kisah ayam hutan. Sebenarnya banyak lagi haiwan yang dikatakan berpenunggu atau mempunyai badi. Nantilah aku story lain kali.

Sesungguhnya syaitan dan jin tidak mempunyai apa apa kuasa. Walau apapun yang berlaku, semuanya didalam pengetahuan Allah s.w.t jua. Tiada makhluk lain yang lebih berkuasa dariNya. Semua badi dan penyakit daripada haiwan juga adalah datang dariNya dan kepadaNya sahaja kita memohon pelindungan.

No comments:

Post a Comment