MENU| Home | Facebook

Monday, 23 September 2013

Misteri Kapal Berhantu Flying Dutchman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kisah dan misteri mengenai Kapal Hantu Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sudah banyak buku ditulis dengan mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika anda menonton filem blockbuster Pirates of the Caribbean Dead Man’s Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) kapal hantu ini turut muncul dalam banyak babak filem tersebut. Dan yang sebenarnya kapal ini bukanlah sebuah cerita dongeng tempatan kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar.
The Flying Dutchman dianggap sebuah kapal hantu yang selalu dilihat ketika kabus tebal melanda di kawasan perairan yang bergelora. Kapal misteri ini akan muncul dan hilang sebaik saja ia mendekati kapal yang berada didalam laluannya. Bagi ahli-ahli pelayaran di sekitar Eropah dan Barat ,mereka percaya The Flying Dutchman dihuni oleh hantu yang hidup berpuluh-puluh tahun.Kapal ini akan menggangu mana2 kapal dagang ,persiaran yang lalu berhampiran dengan mereka.
Mengikut fakta ,The Flying Dutchman adalah kapal milik seorang kapten bernama Kapten Falkenburg.Dia telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan. Konon ceritanya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selamanya
Sehingga kini kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka.Bagi mengelak dari gangguan itu, mereka telah memakukan badam kuda di kapal mereka untuk perlindungan. Mengikut catatan seorang nakhoda kapal,The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika. Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.
Malahan ntuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya lagenda dan cerita rekaan banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Mulkzenberg. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap ketika seolah ingin melanggar batu karang. Penampakan The Flying Dutchman kembali terlihat oleh awak kapal laut militer M.H.S Jubilee di dekat Cape Town di bulan ogos 1942.
Bahkan ada suatu catatan kisah tentang pelayaran Christoper Columbus , waktu itu krew kapal Columbus melihat ada sebuah kapal terumbang-ambing dengan layar mengembang. Setelah itu krew yang pertama melihat kapal berhantu tersebut telah menemui ajal tidak lama kemudian.
Di bawah ini merupakan antara cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai penampakan Kapal Hantu Flying Dutchman ini :
1823 : Kapten Oweb,HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman
1835 : Sebuah kapal dagang British yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman,yang telah muncul secara tiba-tiba.Beberapa orang kelasinya dirasuk.Kapal misteri itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal
1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya, salah seorang daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.
1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu , namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak daripada bertembung dengan kapal puaka itu.
1911 : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu berpuaka itu di perairan.
1939 : Beberapa orang pengunjung sebuah pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal dan hilang dengan secara tiba-tiba.
1941 : Seorang pengunjung di pantai Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.
1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.
1959 : Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal

#Inilah antara secebis kisah penampakan dan kejadian aneh yang berlaku yang direkodkan dan sehingga kini terdapat lagi beberapa kejadian aneh mengenai penampakan kapal Flying Dutcman .

No comments:

Post a Comment