Kisah Benar
Seorang anak telah bermimpi didatangi 
ibunya. Pada ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 
tahun. Dalam mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya 
memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi 
sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur. Tetapi anaknya 
dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati 
jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar. Subhanallah, biarpun ia sudah
 mencecah 30 tahun.
Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 
tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan 
dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa 
Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.
Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma 
agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini
 menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia 
yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.
Anak sulungnya Subri sering bermimpi 
ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. 
Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan 
wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah 
dan penyabar.
Banyak hari ini isteri-isteri kurang 
sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum 
suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun… 
namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga 
kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak 
dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar 
melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa 
tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan 
mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar. – Sumber
 Wallahu’alam
 
 
No comments:
Post a Comment