MENU| Home | Facebook

Monday 30 September 2013

9 Jalan Paling Berhantu Di Dunia (9 Gambar)























Tuen Mun Road – Hong Kong

Dianggap sebagai salah satu jalan paling maut di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak mengorbankan mangsanya selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan paling penting dan salah satu jalan paling banyak dilalui di Hong Kong. Tuen Mun Road dihantui oleh mereka yang telah terkorban di jalan itu. Dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pemandu sering terbabas dari jalan yang mengakibatkan kemalangan dan kematian. Korban-korban baru ini pula kemudiannya menghantui kembali dan menyebabkan kemalangan.



A229 – United Kingdom

The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama dikatakan sebagai seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari perkahwinannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah hantu yang sering menumpang kereta dan berbual tentang semua hal dengan pemandu kereta . Setelah pemandu tiba di destinasinya, hantu ini menghilang.




Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat

Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang merentasi seluruh Boone County, Illinois. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri, dan bahkan seorang kanak-kanak yang pernah digilis kereta api. Beberapa pelajar sekolah juga pernah maut ketika bas terbabas dari jambatan di daerah ini.





M6 –United Kingdom

M6 di UK telah wujud selama hampir 2000 tahun, justeru tidak menghairankan terdapat lagenda seram disampaikan dari waktu ke waktu. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penjajahan Rom di UK, dan sehingga kini dikatakan roh tentera Rom masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang berjalan melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita di sepanjang sisi jalan.




Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat

Menurut cerita, sebuah pasukan pengakap kanak-kanak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an menyertai sebuah ekspedisi di kawasan ini. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, salah seorang peserta lelaki dengan sengaja membakar kawasan perkhemahan itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan mengorbankan seluruh pasukan. Meskipun tidak ada catatan atau bukti nyata dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tetapi terdapat banyak cerita tentang kegiatan paranormal dan kemunculan hantu di kawasan ini.




A75 Kinmont – Scotland

Digelar sebagai “jalan hantu,” jalan di barat daya Scotland ini telah menjadi tempat ratusan kes penampakan hantu yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pemandu telah dilaporkan dapat melihat beberapa hantu berjalan di depan kenderaan mereka, burung-burung terbang ke cermin hadapan kereta dan kemudian menghilang, orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana.



N9 – Afrika Selatan

Bahagian jalan di antara Uniondale dan Willowmore dikenali sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom ini sangat sinonim dengan hantu yang dikenali sebagai Roux Charlotte Marie, iaitu seorang gadis yang maut dalam kemalangan kereta pada tahun 1968. Sejak itu, hantu Roux Charlotte Marie dikatakan sering menjadi penumpang belakang kenderaan yang melalui jalan itu, dan kemudian menghilang secara misteri.




Annie Road – New Jersey, Amerika Syarikat

Jalan ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang memakai gaun putih dan biru. Wanita itu dikenali sebagai Annie, dikatakan maut setelah kepalanya dipenggal pada malam perkahwinannya dan mayatnya telah diseret sepanjang jalan. Pemandu yang melalui jalan itu pada tengah malam mendakwa mereka dapat melihat hantunya berjalan sepanjang jalan, dan selalunya muncul pada ulang tahun kematiannya pada setiap tahun .



Terowong Belchen – Swiss

Terowong ini merupakan sebahagian dari jalan tol A2 dari Basel ke Chiasso. Jalan ini terkenal dengan kemunculan hantu wanita yang memakai pakaian putih dan sering melintas di depan kenderaan malah kadang-kadang berbual dengan pemandu kenderaan di situ.

No comments:

Post a Comment