MENU| Home | Facebook

Monday, 9 September 2013

Misteri Kanak-Kanak Khinzir Yang Masih Belum Terungkai.



Misteri Kanak-Kanak Khinzir Yang Masih Belum Terungkai. Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan

misteri Kanak-Kanak Khinzir Yang Masih Belum Terungkai. Benarkah? | Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama di kalangan doktor. Sebaik sahaja berita ini disebarkan secara meluas, ramai di kalangan doktor dari Amerika Syarikat dan Kanada dikejarkan ke bekas negara Soviet Union itu untuk memeriksa bayi lelaki yang memiliki tubuh separuh khinzir dan separuh manusia itu.

Anak khinzir yang dinamakan Alexander, seberat 3 kg dan mempunyai muncung serta rambut seperti bulu khinzir. Sepasang kakinya adalah normal dan tangannya menyerupai tangan binatang (kaki). Kajian baka menunjukkan bayi itu memiliki kromosom manusia dan khinzir. Dia mempunyai otak manusia dan adakala menangis seperti bayi normal tetapi ada kalanya dia mendengus seperti khinzir di dalam kandang.

Menurut laporan, anak khinzir itu dilahirkan hasil ujikaji genetik ganjil yang dijalankan oleh penternak khinzir, Yuri Tenchin yang menyuntik air mani manusia pada dua ekor khinzir. Ujikaji aneh yang dibuat enam bulan lalu itu berjaya membuatkan seekor khinzir melahirkan bayi khinzir perempuan tetapi mati ketika dilahirkan.

Menurut Tenchin, dia menjalankan ujikaji itu untuk membaiki baka mutu khinzir. Dia mahu menghasilkan spesis khinzir yang mampu menjaga diri mereka sendiri.

Ujian genetik ini menimbulkan kemarahan pemimpin agama kerana manusia tidak berhak campur tangan dalam urusan Tuhan.

Beberapa pakar dari Amerika dan Kanada bagaimanapun berpendapat kewujudan bayi khinzir itu mungkin berpunca daripada kesan radioaktif yang menyelaputi Ukraine selepas kejadian kebocoran kilang nuklear Chernobyl pada April 1986.

Menurut pakar radiasi, dia tidak fikir dalam apa cara kebetulan sekalipun ia boleh terjadi. Ini kerana Alexander dilahirkan di bandar Slavutich, 160km dari reaktor Chernobyl.

Adalah mustahil seekor khinzir boleh mengandungkan anak manusia. Alexander dilaporkan lebih gembira menjalani kehidupan sebagai seekor khinzir daripada seorang bayi. Dia gemar bergelumang dengan lumpur dan mengotori makanannya.

No comments:

Post a Comment