Kejadian ani berlaku masa tahun 2009 bulan Julai pasalnya aku masih 
ingat ada perayaan di Bandar. Kisahnya bermula semasa aku ‘ghost 
hunting’ di makam Luba. Seperti biasalah aku dengan kawan kawanku turun 
ke sana. Modus operandi ‘Tuan Puteri’.
Kami kesana dlm 
pukul 11 mlm. Tapi sayang mlm atu nada hasil pasalnya jangankan hantu, 
bunyinya pun inda ada. Bukan ku mengatakan tempat atu inda seram, jangan
 berucap inda seram. Masa kan kesana kitani tepaksa melintasi kubur. 
Tapi malam atu balum tah kali bisdia kan menunjukkan diri. Triala and 
error lah katakan. Kan 3 jam kami di sana langsung inda kejumpahan apa 
apa. Jadinya kami pun balik. Masa kami di parking kereta kami pun 
melepak sekajap lah sambil berbincang kan hunting di mana lagi selapas 
ani. Borak borak kosonglah katakan. Kan 20 minit kami di parking lot atu
 selapas atu sorang sorang tah kan mulih. Ku suruh lah bisdurang mulih 
dulu, aku kan stay sekajap sambil ku sambung besigup. Tinggalah aku 
sorang di sana. Aku masa atu besandar di kereta smbil ku besigup sigup. 
Mata ku ani balik balik merenung arah jambatan menuju ke makam luba ani 
sambil ku perhatikan pokok pokok di sebalah makam atu.
Tanpa
 ku sedari aku tepandang semacam ada lembaga bekain putih melayang 
layang dari salah satu pokok yang sadang basarnya. Macam ia melumpat 
dari satu pohon ke pohon yang lain.
"Nah tadi inda ia ada ani udah ku sorang baru tia hmm" kataku dalam hati.
Aku
 pun bertenang saja dulu konon nya malas kan memikirkan ia. Ku liat jam 
ani kan 3 pagi udah. Masih jua ia tahan tahan di atas pokok atu, 
walaupun inda ku berapa pasti macamana usulnya. Baru meliat dari jauh 
udah kabak kabak mun dakat, serangan jantung mengajut tah kali. Aku pun 
masuk ke dalam keretaku tarus ku keluar dari kawasan sana. Masih kabak 
kabak ni dada ani, sampat jua ku menoleh ke belakang mana tau ia 
membubut. Ku naikan semua jendela keretaku. Masa ku keluar dari simpang 
Jalan Hj Alus aku pun becadang kan mengunakan jalan Damuan untuk balik 
ke rumahku di Berakas. Jadinya aku tepaksa menggunnakan ‘u turn’ dakat 
stesen minyak.
Sedang ku memandu kereta ku ani terasa ku 
macam ada orang meniup niup telinga ku ani, iatah ku mula kambang bulu 
tu. Abis ku liat ne tempat duduk belakang, rasaku macam ada sesuatu yg 
mengikut. Beranti ku sekajap dakat pizza hut Jln Tutong. Niat ku kan 
menenangkan diri dulu. Sudah ok rasaku baru ku meneruskan pejalanan.
Masa
 ku melintasi bangunan Hj Chuchu dakat trafik light, kan besigup tia 
lagi aku ani. Ku turunkan jendela kiri kanan sambil ku menyalakan sigup 
ku. Masa ku kan melintasi kubur siring jalan Damuan *tau kali kamu kubur
 bawah bukit*
ku lihat ada lembaga bekain putih berambut panjang bediri siring jalan dakat kubur atu. Kebeliangan tarus ku di buatnya.
"Astaga pontianak usulnya ni!!" kata ku.
Perasaan
 takut dan panik mula merasuki diri. Jarak ku lagi inda berapa jauh dari
 ia. Usulnya lagi merijap, dengan rambutnya yg panjang sampai ke batis 
sambil kepalanya tunduk. Tapi hairanku masa atu tinggi dan basar 
pontianak ani. Ada dalam 7kaki tingginya. Aku masa atu jadi inda tantu 
rasa, kan membaca pemandai mulut ani macam tekunci rapat. Masa ku kan 
melintasi ia ku pelahankan kelajuan keretaku, ku cuba menaikkan cermin 
sebalah kiriku ani tapi inda mau.
"Mati eh mati ni jawapnya mati" tepacul perkataan atu keluar dari mulut ku. "antam tia" kataku dalam hati.;
Masa
 ku melintasi lembaga atu masa atu jua ia ketawa mengilai, benaung bunyi
 hilai tawanya, tarus karau seluruh badanku. Apalagi aku, kan menakan 
minyak lah niat ku tapi entah barat rasa keretaku masa atu. Inda ku tau 
berapa kah kelajuan keretaku masa atu. Bunyi ketawanya ani masih ne 
kedengaran, macam dalam kereta lagi bunyinya. Bangal rasa telingaku masa
 atu. Stereng keretaku ani lagi macam payahkan di pulas. Satu saja dalam
 pikiranku masa atu, Mati eksiden.
Masa ku melayan takutku
 atu keciuman ku bau buruk macam bangkai, payah ku kan bernafas. Stereng
 keretaku ani lagi masih inda mau di pulas sedangkan dapan atu ada 
selekoh. Makin galak bunyi ketawanya si Pontianak ani. Aku pun hairan 
mengapaku inda terfikir akn memberantikan kereta? Panik tah kali sudahku
 masa atu. Selekoh di hadapan ani inda lagi jauh, ku kumpul segala 
kekuatan ku semula terus ku menyabut ‘ALLAH’
Inda semena 
mena dapat ku mengawal semula stereng keretaku anio dan terus ku 
memberantikan keretaku. Sikit algi ku melanggar stable siring jalan. 
Tedangar ku masih bunyi hilaian ketawa si Pontianak ani mula menghilang.
 Semakin jauh bunyinya. Habis seluruh badanku ani bepaluh. Ku teruskan 
semula perjalanan ku. Sudah kan sampai Istana baru tah kuberasa tenang 
semula. Dari sana inda beranti ranti mulutku menyabut "Subahanallah"
Inda
 batah selepas atu sampai jua ku ke rumah. Masih ku tekanang macam mana 
usulnya Pontianak yang ku jumpa atu. Ku rehatkan badanku ani di katil 
dan inda batah atujua aku tetidur. Masa ku bangun pagi terasa sakit 
seluruh badanku bukan ganya sakit, banyak lagi kesan lebam lebam bewarna
 biru terutamanya arah bahagian belakang badanku. Lagi satu yang membuat
 aku seram, saat ku membuka pintu kereta ku masa paginya, tecium ni bau 
bangkai dalam kereta ku. Kan 2 minggu bau atu melakat, kan 3 butul 
Fabreeze ku pakai untuk menghilangkan bau buruk bekenaan. Atas nasihat 
Bapa aku menyiram kereta ku atu menggunakkan Air Yassin, membagi hairan 
nya selepas atu bau buruk atu hilang serta merta.
SEKIAN
 
 
No comments:
Post a Comment