Muzium
 Okultus Warren ialah muzium barangan angker milik Ed danLorraine 
Warren. Dua orang pemburu hantu dan pengkaji paranormal ini ada 
dipaparkan di dalam filem The Conjuring yang kini ditayangkan di 
pawagan. 
Muzium ini 
merupakan koleksi barangan yang mempunyai entiti yakni berpenunggu yang 
disimpan oleh pasangan Warren sejak memulakan kareer mereka pada tahun 
1952. Antara yang dipamerkan ialah patung Annabelle yang dikatakan 
sangat angker ia terpaksa disimpan di dalam bekas kacanya sendiri. 
Menurut cerita 
seorang lelaki mati ditikam oleh Annabelle yang dihuni makhluk halus. 
Barangan lain yang dipamerkan ialah keranda pontianak, papan Ouija dan 
barangan pemujaan setan. Muzium ini terletak diMonroe Connecticut 
Amerika Syarikat. 
 






 
No comments:
Post a Comment