Baru sahaja dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular di ABPBH2012, Wawa Zainal telah pun berkongsi cerita mengenai penyakit misteri yang menghantui dirinya. Seram juga kami membaca kisah Wawa Zainal ni. Terasa macam membaca novel seram pulak.
Sedikit sedutan kata-kata daripada Wawa Zainal mengenai penyakit misterinya yang dikeluarkan di dalam BiPop semalam:-
“Semuanya berpunca daripada kakak. Benda itu singgah
sekejap dalam badan saya. Apabila benda itu masuk dalam badan, saya
bercakap atau berinteraksi menggunakan suara orang lain”
“Saya sendiri tak tahu apa benda yang masuk dalam badan saya itu, ada yang cakap keturunan. Adik beradik yang lain kena sekejap-sekejap, cuma kakak saya yang sulung itu, dia paling lama terkena penyakit ni, lama dia menderita”
Kalau ikut pengetahuan kami dan juga kepercayaan orang lama, mungkin
benda itu dipanggil saka. Kesian Wawa Zainal. Sampai tak ada selera
makan dan kurus kering dibuatnya. Nasib baiklah sudah semakin pulih
selepas berubat dengan ustaz. “Saya sendiri tak tahu apa benda yang masuk dalam badan saya itu, ada yang cakap keturunan. Adik beradik yang lain kena sekejap-sekejap, cuma kakak saya yang sulung itu, dia paling lama terkena penyakit ni, lama dia menderita”
Yang seramnya kalau benda itu ada dalam badan Wawa, suara yang keluar seolah-olah suara bayi, suara makcik atau suara pakcik. Takut kan?
BorakMedia.com : Kami harap Wawa cepat sembuh dan dapat bekerja seperti biasa.
Sumber : Beautifulnara
No comments:
Post a Comment