Bersama Dr. Amran Kasimin
SOALAN:
Sama seperti perempuan lain, saya ingin berkahwin, tetapi dihalang oleh keluarga dan macam-macam masalah. Seingat saya, lebih 10 orang yang datang meminang. Apabila saya terima pinangan, keluarga membantah, ataupun bantahan daripada pihak lelaki yang tidak setuju.
Sama seperti perempuan lain, saya ingin berkahwin, tetapi dihalang oleh keluarga dan macam-macam masalah. Seingat saya, lebih 10 orang yang datang meminang. Apabila saya terima pinangan, keluarga membantah, ataupun bantahan daripada pihak lelaki yang tidak setuju.
Umur
saya meningkat 30 tahun dan keluarga saya menyatakan jodoh saya berat,
mungkin saya disihir. Hingga sekarang ini saya menghadapi masalah
mimpi dengan seorang lelaki, kawan sama sekolah dahulu. Kami hanya
berkawan biasa tidak bercinta pun. Selalu terganggu di waktu tidur.
Saya selalu terhidu bau busuk, bau rumput terbakar dan kadang-kadang
bau wangi yang tidak ada puncanya yang dapat dipastikan. Adakah saya
terkena sihir? - IZNORA, Ampang
JAWAPAN:
Pertanyaan dan permasalahan yang saudari kemukakan adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Walaupun demikian segala pengalaman dan masalah seperti yang saudari jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar boleh berlaku.
Pertanyaan dan permasalahan yang saudari kemukakan adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Walaupun demikian segala pengalaman dan masalah seperti yang saudari jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar boleh berlaku.
Banyak
punca menyebabkan seseorang itu, sama ada lelaki atau perempuan tidak
menemui jodoh, sehingga mencecah umur yang membimbangkan, yang
mempunyai punca yang berbeza. Merujuk kepada permasalahan yang
dikemukakan, seperti yang dijelaskan dalam surat panjang saudari, saya
lebih berkecenderungan untuk mengatakan bahawa saudari menghadapi
masalah yang diistilah sebagai ``pelalau.''
Pelalau
adalah salah satu cabang amalan sihir yang terkutuk menurut pandangan
Islam. Ia merupakan salah satu dosa besar yang membinasakan. Sihir
yang dimaksudkan di sini ialah amalan yang dilakukan oleh manusia,
dengan pertolongan atau bantuan jin sama ada jin yang dibela, dibuat
sahabat untuk tujuan-tujuan tertentu, yang pada kebiasaannya dilakukan
untuk menyakiti orang lain, sebab-sebab tertentu seperti membalas
dendam, hasad dengki, cemburu, permusuhan yang berlaku sejak begitu
lama, untuk membinasakan orang lain dan sebagainya. Terdapat banyak
jenis sihir, di antaranya dan yang paling banyak berlaku ialah sihir
untuk memisahkan suami isteri yang juga dikenali sihir pembenci, sihir
pengasih, yang diistilahkan juga ilmu guna-guna, pukau, santau, pelalau
dan sebagainya.
Sihir
pelalau dilakukan atau dikenakan ke atas seseorang dengan tujuan di
antaranya untuk mengunci nafsu manusia, tidak kira sama ada nafsu lelaki
ataupun perempuan, daripada keinginan berkahwin. Pada kebiasaannya,
tabiat orang yang berkenaan (mangsa) akan berubah, menjadi pendiam,
tidak aktif, sentiasa dalam keadaan murung, menyendiri dan sering kali
melarikan diri apabila persoalan pernikahan atau perkahwinan dan hal-hal
lain berkaitan cinta itu ditimbulkan oleh keluarga atau teman-teman.
Selain
daripada pelalau yang menyebabkan nafsu kahwin seseorang itu tertutup,
sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan-halangan,
usaha-usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu terbantut. Sebagai
contoh, sekiranya seorang perempuan yang terkena sihir jenis ini
bersetuju mengahwini seseorang, setelah beberapa lama berkenalan,
bercinta dan sebagainya, pasangannya mungkin akan menolak, begitulah
sebaliknya. Pasangan ini mungkin telah bertunang beberapa tahun, tetapi
pada saat-saat terakhir si perempuan menolak, enggan berkahwin dengan
tunangnya yang pada asalnya lelaki itu amat dicintai dan tidak ada
masalah dan sebab-sebab yang jelas dapat diterima akal. Ada juga
perempuan yang melarikan diri di saat akhir setelah semua persiapan
lengkap diatur.
Anak
yang waras tidak akan berbuat demikian, kerana perbuatan seperti ini
selain memberi aib kepada ibu bapanya, juga kaum keluarga. Biarpun
perbuatan tersebut seumpama mustahil boleh terjadi, tetapi ia pernah
berlaku dalam masyarakat kita lantaran sihir. Bakal pengantin
perempuan melarikan diri dalam keadaan separuh tidak sedarkan diri dan
seluruh perasaan, badannya seumpama ditarik-tarik keluar rumah pada
waktu malam. Pada telinganya dibisikkan, atau seumpama terdengar
bisikan supaya melarikan diri. Halangan untuk menyatukan pasangan ini
mungkin tidak tercetus daripada pasangan itu, tetapi mungkin berpunca
daripada sikap ibu bapa, ataupun salah seorang daripadanya. Biarpun
pasangan ini telah bersetuju untuk berkahwin, tetapi si ibu membantah
tanpa sebab yang jelas.
Si
ibu mungkin mengancam akan membunuh diri sekiranya anak perempuannya
tetap berkahwin dengan lelaki pasangannya, mengancam akan keluar lari
dari rumah, tidak menghalalkan makan, minum ataupun tidak mengaku anak
buat selama-lamanya dunia akhirat. Ada banyak kes yang saya temui
seperti yang saudari alami. Seorang responden berumur hampir 30 tahun,
tinggal di Kuala Lumpur, telah dipinang tidak kurang daripada 15 orang
lelaki, tetapi kesemuanya berakhir dengan kegagalan. Ada sahaja halangan
terjadi.
Pernah
satu ketika, satu rombongan yang datang lengkap dengan hantaran,
kerana kedua-dua pihak bersetuju. Setelah rombongan tersebut masuk ke
dalam rumah perempuan, tiba-tiba si perempuan dalam keadaan tidak dapat
mengawal diri telah memarahi rombongan ini, sambil menjerit-jerit,
akhirnya mereka balik dengan hampa. Pada hal ketika itu si perempuan
siap sedia dengan pakaian dan perhiasan untuk menerima peminangan itu.
Apa yang berlaku di luar kawalan, mula-mula si perempuan mendengar suara
seperti desiran angin datang dari jauh, kemudian dia mendengar suara
loceng berbalam-balam. Badannya berasa sejuk, bermula dari hujung
jari-jari, lalu dirasakan dunia sedikit demi sedikit menjadi gelap.
Ketika itu dia melihat wajah rombongan yang masuk ke ruang tamu seumpama
lembaga yang menakutkan, lalu dia menjerit, tidak sedarkan diri.
Dalam
kejadian lain, setelah pihak lelaki dipersetujui untuk datang
meminang, pada malam harinya, iaitu hari sebelum rombongan itu datang,
si perempuan ini bermimpi yang dia akan didatangi oleh rombongan untuk
meminangnya. Dalam mimpi itu dijelaskan bahawa rombongan itu akan
gagal, sama seperti rombongan-rombongan lain, yang pernah meminangnya.
Gambaran mimpi yang dialaminya benar-benar berlaku, di mana rombongan
tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya. Ketika berada di Shah
Alam, hujan turun dengan lebatnya berserta petir, akhirnya rombongan itu
balik hampa. Tidak jelas sama ada apa yang berlaku itu hanya secara
kebetulan, ataupun ada kaitannya dengan mimpi yang dialami. Apa yang
nyata peminangan itu gagal. Tidak mudah untuk menyatakan bahawa
kegagalan seseorang itu untuk menemui jodohnya itu berpunca daripada
pelalau yang dijelaskan di sini ataupun sebab-sebab biasa yang bukan
berpunca daripada perbuatan sihir.
Biar
dalam keadaan apa sekalipun, sekiranya kegagalan untuk mendapat jodoh
itu berpunca daripada sihir, seperti yang dijelaskan, orang yang
terlibat, sama ada si perempuan atau kedua-dua ibu bapanya akan
mengalami tanda-tanda berlakunya sihir, sama ada tanda tersebut berlaku
sebahagian daripadanya ataupun terjadi secara menyeluruh. Syeikh Wahid
Abdul Salam Bali membahagikan tanda-tanda seseorang itu terkena sihir
kepada dua iaitu tanda ketika tidur dan tanda-tanda ketika dalam keadaan
jaga. Gangguan tidur sering berlaku ketika seseorang itu baru hendak
terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang terasa
perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda-benda tajam, dilanggar
kenderaan, menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh
makhluk yang menakutkan, yang biasanya berwarna hitam dan sebagainya.
Gangguan yang menakutkan ini datang lagi sebaik-baik seseorang itu
menyambung tidurnya. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu
rasa takut dan bimbang untuk menyambung tidur.
Mereka
yang menghadapi masalah seperti ini sering bermimpi melihat makhluk
ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh
makhluk besar, lalu diselam dalam air dan tercungap-cungap sukar
bernafas. Mimpi melihat binatang yang menakutkan, seperti ular, kucing
besar, anjing ataupun harimau. Makhluk itu kadang-kadang datang
menghambat atau menggigit. Bermimpi berada di tempat asing lagi
menggerunkan atau berada di kubur bersendirian, melihat dirinya sedang
dikapankan dan ditanam dalam tanah, melihat mayat atau berjumpa dengan
orang yang meninggal dunia.
Terasa
seolah-olah berada di awang-awang, di tempat tinggi, di gunung ataupun
di hutan lalu jatuh ke bumi. Bermimpi menangis ketika sedang tidur,
lalu menjerit atau merengek, seolah-olah sedang sakit. Orang berkenaan
tidak menyedari dia menangis, tetapi tangisannya dapat didengari oleh
orang lain. Ketika terjaga dia menyedari yang dirinya benar-benar
menangis, mengeluarkan air mata. Terasa seolah-olah digigit oleh
sesuatu, di hujung jari tangan atau kaki atau pada bahagian badan.
Bekas lebam biru dapat dilihat di celah paha atau betis. Terasa bisa,
lenguh pada bahagian berkenaan.
Berlaku
juga kejadian ganjil, seperti terdengar bunyi suis lampu dibuka, paip,
suara, pintu, atau tingkap dibuka dan ditutup, suara orang berlari
atau naik tangga dan sebagainya. Lampu rumah kadang-kadang menyala
sendiri, paip mengeluarkan air kemudian tertutup. Terlihat kepulan asap
dalam rumah seolah-olah ada benda yang terbakar. Terbau bauan yang
tiada punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau
wangi. Bau ini selalunya dapat dihidu hanya orang tertentu iaitu orang
yang terlibat atau oleh semua mereka yang berada di tempat berkenaan.
Rasa putus asa hidup. Timbul rasa gelisah, gembira bersangatan dan sedih
saling berganti tanpa sebab yang jelas. Ada ketikanya timbul dorongan
untuk membunuh diri, terutamanya ketika berada di bangunan tinggi.
Didatangi
binatang dalam rumah seperti ular, lipan, kala jengking, ulat bulu,
belalang atau jengkerik, langau, kupu-kupu besar kelihatan bertaburan di
ruang tamu, dalam bilik atau tempat lain tanpa dapat dikesan punca
dari mana binatang itu datang bukan setakat dalam rumah malah di luar
seperti dalam perjalanan balik kampung atau sebagainya, seolah-olah
diekori oleh binatang yang sama. Hakikatnya, tanda-tanda sihir itu
banyak, yang tidak kesemuanya berlaku kepada diri seseorang yang
terlibat. Dalam keadaan tertentu tanda-tanda tersebut berbeza,
bergantung kepada jenis sihir yang berlaku. Berdasarkan simptom-simptom
di atas, juga lain-lain simptom yang tidak dijelaskan, seseorang itu
dapat membezakan sama ada kejadian yang berlaku kepada dirinya itu
seperti kesukaran untuk mendapatkan jodoh itu berlaku kerana sebab-sebab
biasa ataupun akibat perbuatan sihir.
Mingguan Malaysia 1/8/04Dipetik daripada :
http://www.syifa-alhidayah.com/penyakit.asp?id=60
Maklumat Penyakit
No comments:
Post a Comment