Kisah Seram Pekerja Di Genting Highlands | Seperti sebelum ini, kita banyak membaca tentang kisah-kisah seram yang berlaku di pusat-pusat penginapan seperti di Genting Highlands contohnya. Ia sendiri diakui apabila terdapat segelintir pengunjung merasai sendiri pengalaman seram
itu. Namun kali ini, kisah seram yang ingin dibawakan adalah tentang
pengalaman seram seorang pekerja hotel. Beliau menceritakan tentang kejadian diganggu oleh seorang wanita misteri yang menangis teresak-esak dari sebuah bilik hotel. Ikuti kisah di bawah ini.
Kejadian ini berlaku sewaktu hadi bekerja pada shiff malam.
Hadi yg di tugaskan menghantar barang- barang keperluan untuk tetamu yg
menginap di bilik hotel tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada
malam itu.. Kebetulan pula supervisor yg sama shiff dgn hadi ketika itu
telah mengambil cuti sakit.. Terpaksalah dia yg menjalankan segala
urusan pada malam tersebut.
Bunyi deringan telefon yg tidak putus di
bilik department housekeeping itu memecah kesunyian malam.. Hadi dengan
penuh sabar menjawab semua panggilan tersebut, Walaupun dia seakan
merasa serba tidak kena pada malam itu, Akan tetapi dia tetap
menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pekerja yg
berdidikasi.. Mungkin sebab kerana itulah jugalah dia sering mendapat kepujian dan anugerah pekerja terbaik selama 3 tahun berturut-turut.
Jam yg di pakai oleh Hadi sudah
menunjukkan ke angka 10.30 malam. Bermakna Hanya setengah jam saja lagi
waktu kerjanya akan berakhir. Dia yg sedang berdiri di balkoni luar
offis tingkat 4 itu khayal melihat permandangan ke arah theme park yg
menempatkan kolam mandi serta bermacam permainan khas buat
pelanggan-pelanggan yg menginap di hotel tersebut.. terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme park yg beroperasi sedari pagi tadi..
Suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin
kerana tetamu sudah mula masuk ke dalam bilik masing-masing untuk
merehatkan diri.. Hadi yg masih berkhayal itu tiba-tiba tersentak
apabila bunyi talifon berdering kuat dari dalam office, Dia terus masuk
dan menjawab panggilan itu. ganggang talifon di lekapkan pada
telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan
sedang menangis, hadi berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu
itu menangis.. di skrin talifon pula terpapar nombor bilik pemanggil..
setelah pertanyaan demi pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya
di jawab dengan esak tangis berterusan. Hadi, Tanpa berfikir panjang
terus keluar menuju ke bilik tetamu yg agak jauh dari office nya itu..
fikir Hadi, mungkin tetamu itu berada dalam kesulitan dan memerlukan
bantuan darinya..
Entah kenapa Jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba di hadapan pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yg terlalu risau terus menekan loceng bilik tersebut berkali-kali..
tapi malangnya tiada jawapan yg di berikan, dadanya mula berdebar-debar
memikirkan apa yangg berlaku di dalam bilik tersebut sehingga
membuatkan tetamu itu menangis.. setelah puas dia memanggil dan langsung
tiada jawapan yg di terima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil master key yg sememangnya di bawa kemana saja dalam waktu kerja pada malam itu,
Hadi nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah
kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi semua itu tidak
penting baginya, niatnya hanya ingin membantu..
Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di
dalam bilik gelap gelita, seakan tiada tetamu yg menyewa bilik itu, Hadi
memetik suis lampu, perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil
meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, sah!! memang tiada siapa..
bilik tersebut masih dalam keadaan kemas.. Hadi seperti tidak percaya,
hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi?? bulu roma hadi
sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yg berlaku
sebenarnya, cerita-cerita seram yg di sampaikan oleh
rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran Hadi..barulah dia
teringat, bilik yg dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu
oleh rakan-rakannya.. mereka sering terdengar suara orang
memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg menginap di bilik
ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling dengan kuat..
Tiba-tiba Hadi tersentak!! dia terkejut
apabila merasakan seolah-olah telinganya di hembus dengan nafas yg
kuat.. serta merta badannya mengigil dan perasaan takut menyelubungi
dirinya, tanpa berlengah Hadi terus berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka, serentak itu jelas kedengaran di telinga hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi terus menoleh ke belakang…
Alangkah terkejutnya Hadi apabila
mendapati susuk tubuh di balut kain kafan yg lusuh di tambah dengan
wajah yg cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa meter sahaja di
hadapannya.. dan kini lembaga itu semakin menghampiri hadi, tubuh hadi
menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada lantai. kini
wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung hadi, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu,
amat mengerikan di tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai
seolah-olah mahu menerkamnya, dia yg sudah ketakutan terus
menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hadi terus rebah di
tepi pintu bilik tersebut..
Tepat pukul 12 malam, pak kasim yg
bertugas sebagai pakcik guard memulakan tugasnya meronda kawasan hotel,
setiba di blok 3 pak kasim terpandang pada satu pintu bilik yg terbuka
luas, dan bilik tersebut terang menderang dengan limpahan cahaya lampu.
pak kasim yg berasa pelik dan curiga terus menuju ke bilik tersebut,
terkejut pak kasim bila mendapati Hadi terbaring di sisi pintu bilik yg
terbuka luas itu.. sekali lagi pak karim terkejut bila mendapati,
terdapat tanah bertaburan di atas lantai bilik tersebut… dan bau yg
meloyakan tekaknya..
Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel
kecoh dengan kejadian yg menimpa Hadi.. Sehingga memaksa pihak hotel
membuat siasatan terhadap insiden yg menimpa hadi pada malam itu, Bilik
3318 itu pula tiba-tiba di tutup serta merta supaya tidak di sewakan
kepada tetamu buat sementara waktu, berita penutupan bilik tersebut
menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan tindakan itu,
pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi pihak
atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini..
Selepas kejadian itu Hadi demam selama
seminggu, pengalaman itu menjadi kenangan pahit yg tidak dapat dia
lupakan seumur hidupnya.. akan tetapi hadi tetap meneruskan kerjanya di
hotel tersebut, dia kini telah di naikkan pangkat menjadi supervisor
department housekeeping. Setiap kali dia melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di tutup.
Misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini dan
mungkin sehingga ia di buka semula untuk tetamu baru, adakah tetamu itu
anda?
Sumber : Nasir Hamzah
No comments:
Post a Comment