misteri nenek kebayan di gunung Ledang
Sebut
sahaja Gunung Ledang, sudah pasti tergambar betapa cantiknya kawasan di
situ yang kaya dengan spesis tumbuhan. Kawasan ini juga dikaitkan
dengan lagenda Puteri Gunung Ledang. Namun begitu KisahBest.My bukan
mahu bercerita tentang si puteri ini, akan tetapi tentang pengalaman
seorang lelaki yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Lelaki
ini telah terserempak dengan seorang Nenek Kebayan pada waktu senja.
Sejak daripada itu, dirinya sering meracau tidak tentu hala. Mengapa ini
terjadi?
Kisahnya
lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang
pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama
siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan
berkhemah di sana untuk bermalam.
Tiba pada masa yang dijanjikan
untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan
masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung
ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja
melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding
gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang
menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu
kala.
Baik, kita berbalik pada cerita si pemuda tadi. Hampir
sehari suntuk dia dan teman-teman yang lain menjelajah hutan, mendaki
gunung melalui sungai, memasak makanan sendiri, games misi mencari harta
karun dan sebagainya. Hari semakin senja, matahari semakin terbenam dan
benar-benar senja. Semasa si pemuda dan teman-teman yang lain menyusuri
hutan dan semak-samun, mata si pemuda seimbas lalu terlihat seorang
nenek kebayan tidak jauh dari kumpulan mereka. Tidak silap saya kata si
pemuda ni dia nampak susuk tubuh nenek kebayan itu dari belakang. Mujur
juga tidak nampak dari depan entah bagaimana rupa dia.
Sebaik
sahaja si pemuda melihat nenek kebayan yang berjalan pergi ke
semak-semak itu, terlintas di dalam hati “apa orang tua tu buat
senja-senja ni?” Tidak lama kemudian si pemuda sudah tidak nampak
kelibat nenek kebayan itu lagi. Setelah tamat perkhemahan mereka selama 2
hari keesokan harinya kumpulan si pemuda bersama teman-temannya
berangkat ke kampus untuk kuliah seperti biasa.
Pada malam itu
juga sesuatu yang aneh berlaku pada si pemuda itu. Kawan-kawan
sebiliknya merasa pelik dengan kelakuan si pemuda yang mengurungkan diri
di dalam bilik dan tidak mahu bercampur orang. Hanya diam dan termenung
sahaja di dalam bilik tanpa sebab. Semakin lama kawan sebilik si pemuda
itu merasa tingkah laku si pemuda itu berlainan. Macam kebingungan dan
terpinga-pinga. Malam semakin larut dan si pemuda masih tidak tidur
lagi.
Tidak lama kemudian lebih kurang jam 3 pagi, terdengar
bunyi cermin berderai. Kawan-kawan di bilik dan jiran mereka turut
terkejut mendengar bunyi benda pecah. Sebaik bangun kawan sebilik si
pemuda melihat si pemuda ini telah memecahkan kepingan-kepingan kaca
tingkap di bilik mereka. Si pemuda dengan tidak sedarkan diri seperti
dirasuk meronta-ronta ingin terjun tingkap.
Segera mereka
menahan si pemuda dari terus terjun tingkap dan mengamuk. Istilah
sekarang dipanggil histeria, begitulah yang di alami si pemuda. Segera
kawan sebiliknya memanggil warden asrama dan memanggil pensyarah yang
arif dalam bidang histeria untuk membantu si pemuda yang tidak sedarkan
diri itu. Setelah ustaz atau pensyarah yang berkaitan datang dan
meredakan si pemuda dari kerasukan, kelihatan si pemuda ini perlu
diubati atau dicutikan untuk pulang berubat.
Apa yang
diperhatikan benda yang merasuk di dalam tubuh si pemuda gagal
dikeluarkan dan amat ganas. Hanya mampu ditundukkan buat sementara waktu
sahaja. Tidak lama kemudian pihak universiti menghubungi keluarga si
pemuda dan meminta mereka menjemput anak mereka pulang untuk diubati
baru meneruskan pengajian seperti biasa.
Diringkaskan cerita
sebaik sahaja pulang di rumah perkara sama diulangi oleh si pemuda. Dia
seakan-akan dirasuk oleh sesuatu yang membuatkan dirinya melakukan
kekecohan. Habis tingkap di rumah keluarganya dipecahkan satu persatu.
Tingkap dapur dan tidak lama selepas itu tingkap di bilik air. Kemudian
menjerit-jerit meminta tolong.
Apa yang anehnya tangan yang
digunakan untuk pecahkan kaca-kaca tingkap tidak luka dan berdarah.
Memang sesuatu yang jika difikirkan dengan fikiran waras hakikatnya
mesti berdarah dan cedera. Seperti kebal pula langsung tidak luka malah
si pemuda tidak merasa sakit. Mungkin begitulah yang akan terjadi
setelah ada makhluk lain di dalam badan manusia.
Bila melihat
situasi yang serius ini, ayah si pemuda segera memasung anaknya yang
kerasukan itu dengan tali dan ikat tangan dan kakinya. Kasihan sungguh
melihat apa yang berlaku. Tiada ibu atau ayah yang ingin menyakiti anak
sendiri tapi dalam kes ini terpaksa diikat dulu untuk keselamatan semua
pihak.
Ayah dan ibu si pemuda mencari jalan keluar untuk
memulihkan anak mereka. Setelah mereka mendapat tahu ada seorang tukang
ubat yang boleh mengubati anaknya segera mereka bawa. Malangnya tidak
berjaya malah semakin mengganas reaksi si pemuda seolah-olah tidak takut
diubatkan.
Begitulah kesnya ramai juga yang cuba ubatkan tapi
gagal. Yang terakhir setelah melalui jalan buntu, ibu dan ayah pemuda
mendengar khabar ada seorang kiyai yang boleh mengubati
penyakit-penyakit ganjil yang pelik. Setelah dibawa berubat
Alhamdulillah menampakkan kesan positif dan sifat si pemuda yang sering
mengganas bertukar sedikit demi sedikit lembut dan tidak berkasar. Cuma
kelakuannya masih keanak-anakan dan separuh sedar.
Setahu saya
sepanjang keluarganya menjaga si pemuda ini, ianya berlaku di bulan yang
berkat iaitu ramadhan bulan umat islam berpuasa. Kejadian itu
berlarutan sehingga syawal sambil mendengar takbir raya. Cukup sedih dan
syahdu mana tidaknya semua menyambut raya dengan gembira tapi mereka
dalam keadaan berduka dengan anak yang masih separuh pulih.
Ada
yang menyarankan untuk di bawa ke hospital orang sakit jiwa sahaja
kerana sudah tidak boleh dikawal lagi. Orang sekeliling memandangnya
seperti orang gila. Siang hari berjalan kaki seorang pergi ke kedai
dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek. Jalan tidak
menoleh ke kiri dan ke kanan dan tidak hiraukan orang yang hon kereta
dengar cerita. Nasib tidak berlaku kemalangan.
Di ringkaskan lagi
cerita ini, si pemuda yang sakit dirasuk oleh sesuatu yang tidak tahu
dari mana puncanya pulih setelah menjalani susulan perubatan dengan
kiyai yang mengubatinya. Si pemuda tidak lama itu menghabiskan
pengajiannya dan tamat mendapat ijazah sarjana muda. Syukur pada Allah
masa depannya cerah dan berjaya menjadi pegawai kerajaan yang disegani
dan dihormati.
Siapa sangka dahulu jika dilihat akan mengatakan
dia orang gila dan patut berada di hospital gila atau tanjung rambutan
sekarang telah menjadi orang yang berjawatan tinggi. Ini semua berkat
kesabaran ibu dan ayah serta keluarga yang membantu memulihkan anaknya.
Jika
ikut kajian juga setahu saya, peratusan orang gila yang jika
diperdengarkan selalu dengan ayat suci Al-quran akan pulih dari
sakitnya. Berbalik pada tajuk kita misteri nenek kebayan gunung ledang
tadi. Sehingga sekarang masih tidak dapat dirungkaikan apa kaitan nenek
kebayan yang dilihat di gunung ledang dengan si pemuda itu.
Yang
pasti selepas kejadian melihat nenek kebayan itu telah berlaku perkara
misteri dalam hidup si pemuda. Adakah nenek itu sejenis jin ifrit yang
merasuk atau jin baik? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang saya
dengar jin islam memang tidak boleh merasuk tubuh manusia kerana itulah
perjanjiannya.
No comments:
Post a Comment