Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, ustaz menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya ustaz dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. ustaz membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba ustaz lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya ustaz tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati ustaz mula bertanya-tanya. ustaz terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. ustaz keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala ustaz; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran ustaz.
Sedang ustaz termenung tiba-tiba ustaz dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah ustaz. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan ustaz. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "ustaz dengar anak ustaz meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi ustaz nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati ustaz ada sedikit tanda tanya,namun ustaz membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. ustaz tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya ustaz. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul. " kata ustaz. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. ustaz tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar ustaz bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada ustaz apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya ustaz. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. ustaz ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,ustaz tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata ustaz untuk menggertaknya. Bila ustaz berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak ustaz ni memang baik, patuh dan taat kepada ustaz. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam
hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan ustaz.
Teringat ustaz kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian ustaz pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, ustaz kembali ke rumah semula. ustaz perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati ustaz begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ustaz hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, ustaz berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan ustaz itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. ustaz ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" ustaz terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui ustaz pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, ustaz yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan ustaz.
Ia mengingatkan ustaz kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
No comments:
Post a Comment