1.Terdapat satu kisah sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning yang dianggap berhantu. Dikisahkan bahawa ia sering menganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Sudah
lama juga dikira hantu Volkswagen ini menghantui kenderaan di jalan
raya. Namun begitu ia tidak berapa ketara sebelum pembinaan lebuh raya
Utara Selatan yang dinamakan Jelapang. Sejak pembinaan lebuh raya itu,
hantu ini semakin ketara muncul untuk menganggu kenderaan yang sentiasa
lalu lalang di kawasan tersebut. Kisah tersebut dipercayai bermula
ketika seorang isteri yang curang yang telah membunuh suaminya dengan
kejam dan kemudiannya merampas kereta volkswagen milik suaminya. Si
suami yang mati itu menyimpan dendam membara untuk memiliki semula
volkswagen itu. Volkswagen tersebut dikatakan akan muncul scara
tiba-tiba di tengah lebuhraya di hadapan mereka-mereka yang "bernasib
baik". Sekiranya pemandu kereta memintas volkswagen tersebut, ia akan
segera kembali berada di hadapan kenderaan mangsa secara mengejut.
2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas
ikut jalan lama karak (nak balik KL) Tetapi hampir 80% orang yang lalu
di sini bukan sahaja waktu malam, tengah hari siang buta pun akan
berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3.Dalam satu cerita lain,
pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas
terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah
mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi. Seperti
biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dalam bas tu sebab
ramai penumpang. Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun
di satu kawasan hutan atau kampung. Sampai di stesen Bentong bila
konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh
dengan daun saja, mana perginya duit tadi?
4.Pernah juga terbaca beberapa orang polis pernah terserempak
dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang
berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam
melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas
itu. Hilang.
No comments:
Post a Comment