MENU| Home | Facebook

Friday, 1 March 2013

Disihir kerana dengki

Bermula Dengan Perasaan Hasad
Dengki
Apabila hasad dengki mula timbul
di dalam hati gelap mereka, maka
alternatif yang terbaik adalah
dengan jumpa dengan tok bomoh
untuk menghancurkan kejayaan
milik orang lain. Kenapa cara ini
adalah yang terbaik? Orang yang
terkena secara halus ini tidak
mungkin tahu siapa yang
melakukannya.
Di depan kita mungkin dia senyum
baik, di belakang hatinya busuk.
Arwah ayah pernah berpesan
kepada saya, “ Sebagai seorang
usahawan, pendinding diri kuat.
Mungkin ada musuh-musuh
yang kita tidak nampak. Paling
tidak, amalkan ayat kursi dan
surah 3 kul (Surah An-Nas,
Surah Al-Falaq dan Surah Al-
Ikhlas) setiap kali lepas solat. ”
Arwah ayah saya pernah buka satu
restoran masakan panas di area
Kuantan dan alhamdulillah 6 bulan
pertama perniagaan berjalan
dengan lancar. Pada waktu tu, tak
banyak lagi kedai makan dan
restoran ayah saya menjadi buah
mulut masyarakat setempat dengan
kelazatan makanannya.
Perubahan Mendadak Terhadap
Perniagaan
Namun, masuk bulan yang ke-7,
semuanya berpusing 360 darjah!
Nasi yang ditanak tak sampai 2 jam
dah basi. Dah cuba pelbagai cara
seperti tukar jenis beras, tukar
periuk, letak lada lah dan
sebagainya. Namun, nasi tersebut
tetap akan basi dalam tempoh 2
jam.
Kalau ada keluarga yang datang
bawa anak kecil makan kat kedai,
nak kecil pasti akan menangis tak
henti-henti sehingga menganggu
keselesaan pelanggan lain. Bila
bawa keluar kedai jer, anak kecil tu
dah boleh ‘cool down’ dia punya
tangisan. Pelik bin ajaib betul.
Ada juga pelanggan yang telefon
tanya kepada ayah saya kenapa tak
buka kedai. Walhal, kedai memang
hari-hari buka tetapi para
pelanggan nampak macam kedai tu
gelap.
Pengurusan restoran pun jadi
makin lemah dengan para pekerja
mula bergaduh sesama sendiri
walaupun untuk hal yang kecil.
Arwah ayah meminta bantuan
rakannya yang sama-sama belajar
di Mesir dulu untuk ‘scan’ restoran
tersebut dan memang ada hamba
Allah menghantar makhluk halus
yang menunggu di restoran
tersebut.
Pendapatan dari kedai tersebut
turun mendadak dan arwah ayah
terpaksa menutup kedai tersebut
kerana kakitangan pun sudah ada
yang cabut.
Penggunaan Barang Kotor
Itu cerita benar dan saya masih
kecil ketika itu. Ketika ayah kembali
ke Kelantan, sekali lagi ayah saya
membuka restoran di Kota Bharu
tetapi akhirnya menghadapi
masalah yang lebih kurang sama.
Pernah
seorang
ustaz
datang
ke
restoran
dan
melakukan
proses
‘scan’
sekeliling
kedai, dapat jumpa 7 benda dalam
plastik yang tertanam di bawah
tanah. Ada darah haid dalam botol
kecil, jarum dengan benang kuning
dan macam-macam lagi yang buat
saya demam melihatnya!
Ketika itu saya berada di tingakatan
dua. Kadang-kadang jam 4-5 pagi
ketika saya bangun untuk belajar,
terdengar di dapur seperti ada
orang sedang memasak. Saya pergi
jenguk tengok kat dapur kedai,
mana ada. Kedai dah tutup dan
semua pekerja dah naik tidur di
bahagian atas. Jadi, siapa yang
main-main kuali tu?!
Bukan sekali, tetapi berkali-kali
benda macam ni berlaku.
Tiada Apa Yang Berkuasa Selain
Allah
Terpulang kepada individu untuk
percaya atau tidak dengan perkara
sebegini. Namun, bagi saya sendiri
yang pernah mengalami perkara ini
pasti percaya bahawa ‘benda’ ini
wujud dan di dalam Al-Quran
sendiri ada menyebut mengenai
perkara ini.
Kita juga perlu ingat bahawa tiada
yang berkuasa selain Allah dan
makhluk tersebut tidak dapat
memberikan sedikitpun mudarat
kepada kita tanpa izinNYA.
Bertepatan dengan Firman Allah di
dalam Surah Yunus ayat 10:
Katakanlah: Siapakah yang
memberi rezeki kepadamu dari
langit dan bumi atau siapakah
yang memliki penciptaan,
pendengaran dan penglihatan?
Siapakah yang mengeluarkan
yang hidup dari yang mati dan
mengeluarkan yang mati dari
yang hidup dan siapakah yang
mengatur segala urusan? Maka
mereka akan menjawab: Allah!
Maka katakanlah: Mengapa
kamu tidak bertakwa
kepadaNya?
Walaupun begitu, kita sendiri
disarankan untuk membaca
potongan ayat-ayat tertentu dari
Al-Quran sebagai pendinding diri
terutamanya kita yang menjadi
usahawan.
Pernah tengok rancangan Al-
Kuliyah, seorang ustaz pernah
memberitahu bahawa hatta sesama
penjual goreng pisang pun
menggunakan jin untuk
melemahkan pesaing. Apatah kita
yang buat bisnes nilai jutaan ringgit
kan?
Walaupun dunia semakin moden,
benda macam ni semakin banyak
berlaku. Semoga Flarebiz Network
dan pembaca blog ini dilindungi
oleh Allah dari sihir orang-orang
yang mempunyai hasad dengki
terhadap kita. Amin.
Mungkin anda ada cerita yang
tersendiri? Jangan biar hidup anda
diselubungi misteri.

No comments:

Post a Comment