MENU| Home | Facebook

Saturday 23 March 2013

kisah rasukan di uitm seri iskandar

histeria-kena-rasuk Bila kecoh pasal cerita student kena rasuk di UiTM Lendu semalam sampaikan trending di Twitter dan media-media sosial yang lain, tiba-tiba saya teringat tentang pengalaman saya tak lama dahulu pernah tengok orang kena rasuk.





Tengok Orang Kena Rasuk


Cerita ni berlaku masa bulan puasa tahun 2011, masa tu saya tengah praktikal di KL. Malam tu lepas solat terawikh saya turun makan di sebuah restoran mamak berdekatan sebuah flat di Pantai Dalam, dalam pukul sebelas lebih macam tu tak silap.

Masa tengah sedap-sedap nak makan, saya ternampak ada sekumpulan warga Indonesia, dalam 7-8 orang dan seorang perempuan lalu di sebelah kedai mamak tersebut.

Tiba-tiba tak lama saya dikejutkan dengan bunyi jeritan seorang perempuan, saya lihat perempuan Indonesia tadi dah terbaring di tengah jalan. Orang ramai termasuk saya yang tengah makan terpinga-pinga melihat, apa yang jadi?

Perempuan tu menjerit sekuat hati dan menggelupur semacam kat tengah jalan dan lelaki-lelaki Indonesia tadi cepat-cepat angkat perempuan tu ke tempat parking motor bawah flat tak jauh dari situ.


Tengok macam perempuan tu makin kuat menggelupur, saya dan beberapa orang di kedai mamak tu cepat-cepat pergi mambantu. Kalau korang pernah tengok orang histeria atau kena rasuk ni, memang tenaga diorang tiba-tiba jadi sangat kuat semacam, sampaikan beberapa orang lelaki pegang pun diorang still boleh lepas lagi.

Masa tu ada 7-8 orang yang pegang perempuan tu, 2 orang pegang kaki, seorang tahan perut, dua orang pegang tangan kanan, saya pegang tangan kiri dan seorang pegang bahagian kepala. Perempuan tu menjerit-jerit minta anak dia dan beberapa perkataan lagi yang saya tak faham.

Dia punya kuat menggelupur sampai beberapa kali saya jatuh terduduk. Mind you, ini perempuan, badan dia kecik saja tapi dia punya tenaga tu macam tenaga beberapa orang lelaki.


Kebetulan memang suami dia ada kat situ, dia cakap isteri dia memang sebelum ni ada beberapa kali pernah jadi benda yang sama. Ada pakcik-pakcik yang tengah tengok kat situ suggest suruh call ustaz. Sementara nak tunggu ustaz tu sampai ada dekat sejam lebih juga kitorang pegang perempuan tu menggelupur dan menjerit-jerit tak tentu hala.

Kejap-kejap dia ok dan kejap-kejap histeria dia datang balik, sampaikan naik lenguh dan berpeluh-peluh juga tangan saya nak pegang.

Sejam lebih lepas tu Alhamdulillah dia mula tenang balik, perkataan pertama yang waras keluar dari mulut dia adalah dia nak air, dah haus sangat kot menjerit-jerit, hehe. Tengok keadaan pun dah mula reda, saya pun menghala ke kedai mamak tadi, menghabiskan makanan yang tak habis, rugi kot.

Cerita ni dah lebih setahun, apa jadi dekat perempuan tu saya tak tahu, tapi kalau nak cakap dia kena rasuk, masa tu bulan puasa. Mungkin dia kena histeria sebab tekanan perasaan kot, ke camne?

Kisah Seram Di UiTM Seri Iskandar

uitm-seri-iskandar-perak
Berbalik pula kepada cerita UiTM Lendu tu, bila baca blog post tu seram juga. Dengar cerita sampai merebak ke UiTM Seri Iskandar, betul ke? Memandangkan saya pun pernah belajar di UiTM Seri Iskandar dua tahun setengah (minus semester praktikal), ada juga cerita yang saya nak kongsi pasal kes rasuk-merasuk ni kat sana.

Macam yang kita selalu dengar, kes rasuk atau histeria ni selalunya terjadi pada student perempuan. Kalau ikut sejarah atau dari sudut medikal, memang perempuan yang selalu kena. Memang sangat-sangat jaranglah kalau lelaki yang kena rasuk atau histeria terutamanya yang melibatkan mass hysteria.


Sepanjang saya belajar di sana, cerita rasuk paling hebat saya pernah dengar masa saya part 3 (akhir tahun 2010). Masa tu kira havoc juga di sana, dengan kes pak guard (kalau yang student Seri Iskandar tu tahulah kot, saya tak nak cerita kat sini sebab kesahihannya pun tak pasti sangat) sampaikan ramai student memberontak dan juga kes rasuk ni.

Yang paling teruk saya dengar ada student perempuan meninggal disebabkan kena santau. Yup, meninggal, itu yang saya dengar.

Kesahihannya tak dapatlah saya pastikan sebab kami cuma dengar dari mulut ke mulut sahaja. Tapi rasanya mungkin ada betulnya sikit sebab ada ustaz yang bagi tazkirah maghrib di pusat islam di sana cerita pasal benda ni. Dia cuma cerita secara general pasal kes santau ni, tapi berdasarkan apa yang dia cakap mungkin kes tersebut ada dasarnya.


Dan yang menguatkan lagi keyakinan saya bila ada sekumpulan dari as-Syifa' yang dipanggil ke sana untuk membantu, tolong 'pagarkan' kawasan sekeliling universiti tersebut. Kira teruk jugalah agaknya kalau dah sampai ke tahap sebegitu.

Lepas solat maghrib beberapa orang student yang solat di pusat islam bersama orang-orang dari as-Syifa' dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan di kampus.


Saya juga ada turut serta, kami ditempatkan di padang kawad tak jauh dari pusat islam tersebut. Sambil mengikut bacaan ketua kumpulan, kami mengelilingi padang kawad tersebut sambil menabur garam. Yang di kawasan-kawasan lain pun buat benda yang sama agaknya.

Lepas habis part 3, saya tak dengar lagi pasal kes ni sebab masa tu saya dah tinggal di rumah sewa di luar, jadi tak berapa nak tahu sangatlah cerita-cerita di dalam kampus. Tapi kalau nak cakap kes ni betul-betul terjadi saya tak dapat nak pastikan sebab kadang-kadang mulut-mulut orang ni banyak sangat ditokok tambah.

Kejadian Rasuk/Histeria Di Asrama Dan Kampus

pelajar-histeria
Banyak sangat sebenarnya cerita tentang kes rasuk atau histeria ni terutamanya di asrama sekolah mahupun kampus universiti. Pergilah mana-mana asrama kat Malaysia ni yang mostly student dia adalah melayu, mesti ada versi cerita diorang sendiri.

Masa saya sekolah asrama dulu banyak juga cerita, sampaikan kena buat bacaan al-Mulk tiap-tiap malam di setiap dorm dan pasang melalui loud speaker. Tapi tak lama lepas tu okay balik, macam bermusim pula kes ni.


Tapi bila cerita pasal benda-benda rasuk macam ni, entahlah, saya percaya kepada kewujudan jin dan syaitan tapi kalau cerita pasal kena rasuk dengan hantu ni honestly saya agak skeptik sikit.

Bukan menolak sepenuhnya, mungkin ada yang betul-betul dirasuk, tapi saya rasa kalau kita kaji betul-betul, kes histeria ni sebenarnya berpunca dari medical atau psychological causes. Mungkin disebabkan tekanan perasaan dan lain-lain.


Lagipun orang kita ni selalu sangat dimomokkan dengan cerita-cerita macam ni. Kalau masuk asrama atau universiti, inilah antara cerita terhangat yang akan kita selalu dengar sampaikan perasaan takut dan fobia tu bersarang dalam otak. Cerita pasal tempat keras itulah, inilah.

Dan semua tu just tunggu masa untuk trigger anxiety disorder and hysteria dan seterusnya merebak ke orang lain.

Jadi tak hairanlah kalau ada cerita student UiTM Seri Iskandar yang histeria lepas habis baca kisah pasal di UiTM Lendu tu sebab rasa takut sangat sebab kalau ikut kajian, kes mass hysteria ni boleh berlaku dan merebak kepada orang lain terutamanya bila terdapat persamaan background dalam sesuatu kejadian (boleh baca di sini).


Jadi kesimpulannya cerita-cerita sebegini tak kira mana-mana asrama atau universiti memang sering berlaku, kadang-kadang yang lebihnya tambah-menambah cerita pun ada. Cuma mungkin kes UiTM Lendu ni special sedikit sebab sekarang dah ramai orang pakai Twitter, Facebook, etc, so cerita ni senang tersebar, lagipun tak dinafikan cerita si penulis blog tu boleh tahan seramnya juga (saya tak cakap dia bohong).

Wallahualam..

http://kfein.blogspot.com/2013/01/kena-rasuk-dan-kisah-seram-uitm-seri-iskandar.html

No comments:

Post a Comment