KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk
dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang
pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di
pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.
Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira
jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang
di dalam ruangan khas gerai itu.
Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35,
bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan
telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.
“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.
“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih
dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu
gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin
tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu
ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.
Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui
salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk
mengesahkan imej lembaga berkenaan.
“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu
yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.
"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat
maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak
kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan
menyelesaikan perkara ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment